PELBAGAI KISAH BILLIE EILISH NAK KU SAMPAIKAN. TRAGEDI ANAK MELAYU SERTA YANG BERKOPIAH




MASA PH DULU KONSERT KONSERT NI BUKAN TAK ADA...ADA... TAPI SELAMA 22 BULAN YANG DOK JAJA HANCING BAGAI TU...WALAUN BOLEH SENARAIKAN BERAPA YANG ADA....SEKARANG MACAMANA ???? SEBAB TU JANGAN MENGATA PADA ORANG. PAS ADA DALAM KERAJAAN PUN TAK BOLEH BUAT APA . BAIK TOK SAH ADA DALAM KERAJAAN...PERANAN PAS DALAM KERAJAAN NGANGA SAHAJA.PEMBOHONG KUAT.



https://wrlr.blogspot.com/2022/08/catatan-sagon-senarai-konsert-akan.html





NORMAN RADZUAN


Pelbagai cerita mengenai konsert Billie Eilish ingin ku sampaikan di pagi minggu yang santai ini. Aku kenal penyanyi ini menerusi lagunya Lovely yang dimainkan anak di dalam kereta.

Baiklah aku terbuka mengenai kehadiran Billie. Apapun untuk aku sudah tentu tidak akan pergi kerana ia bukan jiwa aku untuk menontonnya ( lagu tak sesuai dengan jiwa atau usia ) tetapi untuk anak muda sebaliknya.

Aku terlihat di Tik Tok seorang anak muda menceritakan dia keluar rumah dari jam 4 pagi ke Stadium Bukit Jalil… what? Konsert mula jam 9 malam kau hadirkan diri jam 4 pagi.

Kalau orang pergi masjid jam 4 pagi sedangkan solat Subuh 6 pagi pun kena tuduh ekstrim. Begitulah masyarakat kita untuk artis dipanggil ‘die hard fan’ tetapi untuk tujuan agama dipanggil ‘ekstrim.’ Kesian org agama kan.

Okay selesai bab itu. Aku nak sentuh tentang penganjur pula. Aku rasa kelakar bila melihat cara penganjur ini menyediakan set pentas. Aku rasa penonton terpaksa bawa teropong untuk konsert tersebut. Penonton bayar tiket pada harga RM 500 untuk tengok rumput je la… punya jauh.

Okay next… aku ada terlihat aksi Nabil yang berkopiah dan berjubah menzahirkan kekesalan atau kesedihan apabila lupa tarikh konsert tersebut. Dia beritahu kerugian RM 2,500 apabila sudah membeli tiket tersebut untuk keluarganya.

Kenapa Nabil beraksi begitu dan selepas itu beritahu tidak kesal. Sedangkan aksinya menunjukkan dia bersedih sangat. Aksinya dengan berkopiah dan berjubah berbuat demikian mendapat kecaman netizen…sebenar tak perlu Nabil berbuat demikian. Apa dia nak show off banyak duit atau trending ?

Yang terakhir paling tragedi mengenai PAS. Masihkah kita ingat di zaman BN dan PH memerintah setiap kali muncul artis-artis luar negara… anak-anak muda parti ini lah yang keluar demontrasi membantah.

Malah Billie yang dikatakan pro LGBT menerusi singlenya ‘Wish You Were Gay’ langsung tidak mendapat bantahan awal. Bila dah habis atas dasar politik baru lah ada mamat ini bersuara bantah.

Sedangkan Menteri Agamanya dari PAS hingga sekarang diam membisu. Sangat hipokrit dan jelas memperdagangkan agama untuk tujuan peribadi. Bila orang lain ingin berbuat demikian dikatakan tidak Islamik, Islam Liberal, Islam Terancam, subahat, tunduk pada Cina, Jangan Terlibat dengan konsert haram dan bermacam macam lagi.

Tak apa lebai masih ada banyak konsert lagi untuk anda berdemontrasi. Lepas ini ada konsert Dewa19, Fourtwnty, Boys Like Girls, Justin Bieber, Calum Scott dan beberapa artis lagi. Kita harap Menteri "al fulus fi dunia wal mampus fil akhirat” bersuara… Islam terancam skg ini… tak akan nak biar LGBT berkembang.


JANGAN LUPA DERIS SAGON....INGAT TU WALAUN. SENARAI KAT ATAS ADA TU.