ADA PERKARA KITA SETUJU, ADA YANG TIDAK.

 




SHAMSUDIN NAWAWI


But we don't speaketh eloquent rubbish!

Sebagai peguam, kalau kita tarik diri atau diberhentikan khidmat oleh anakguam, apa perlunya buat statement macam2?

Buat press conference, keluarkan press statement itu kenapa? Kalau bertujuan hendak memberi penyokong dan taksubers faham, apa perlu nya pula mempersoalkan apa yang telah diputuskan oleh hakim?

Hakim telah putuskan bukti baru yang diwar-warkan itu tidak lagi boleh dibawa masuk dengan alasan undang2 yang sedia terpakai. Itu keputusan mahkamah tertinggi negara, the Apex Court.

Hujahan yang kita buat tidak sampai ke tahap boleh diterima oleh mahkamah terpaksalah kita terima. Kerana hujahan itu sudah di Apex Court. Lain lah kalau dikemukakan di mahkamah lebih rendah, boleh lah kita terus merayu ke mahkamah yang lebih tinggi.

Akui kesilapan kita kerana tidak bawa perkara itu semasa di mahkamah lebih rendah dulu. Kalau tak perasan semasa di Mahkamah Tinggi, takkan lah semasa di Mahkamah Rayuan juga tidak perasan? Those materials were readily available had your team be a little bit more diligent.

Bukankah itu mendedahkan kelemahan persediaan kita sendiri.

Apa perlunya lagi bercakap pasal "nuclear effect" sedangkan bidangkuasa mahkamah menolak permohonan yang tidak menepati kehendak undang2 tidak perlukan kita jadi nuclear scientist untuk memahaminya.

Apa juga perlunya mendedahkan ketidakcekapan kita bila mengaku tidak tahu yang peguam menarik diri dari perbicaraan kes jenayah perlukan kebenaran mahkamah. Perkara asas begitu kalau tidak tahu menunjukkan bahawa perbicaraan kes jenayah bukan lah bidang kita. Dan sekali gus menjadikan tanda tanya mengapa lah dia dilantik untuk menjadi peguam dalam kes jenayah yang besar?

Apa juga peguam buat di mahkamah mesti mendapat kebenaran mahkamah dulu. Hendak bangun berhujah pun perlu izin mahkamah dulu. Bukan boleh bangun tiba2 berhujah sahaja. Itu contoh buruk yang sering berlaku dalam Dewan Parlimen.

Memang benar kita kena akui apabila hakim tidak berpihak kepada kita sangat menyakitkan hati. Tapi sakit hati itu bukan traits of a real pro. Itu amateurish.

In the final analysis, you speaketh eloquently uttering rubbish!