SIDANG PARLIMEN KHAS TENTU KEABSAHAN MAHIADDIN MESTI DIADAKAN SEGERA, BUKANNYA SEPTEMBER



Kami, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang bersependapat bahawa satu sidang khas Parlimen mesti diadakan SESEGERA MUNGKIN TIDAK LEWAT DARI 9 OGOS berasaskan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.


Kami tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini ditangguhkan sehingga bulan September.


Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah Kerajaan yang dipertikai keabsahan dan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk melengah-lengahkan proses menentukan sokongan di Parlimen.


Ini kerana kami mengambil kira keadaan pandemik yang terus mencengkam rakyat, jumlah kematian akibat wabak COVID-19 yang terus meningkat begitu tinggi setiap hari, situasi ekonomi yang terus lesu, dan persoalan kestabilan kerajaan yang mesti diselesaikan sekarang.


Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawasanya usul undi percaya tersebut wajib dibentang, dibahas dan diputuskan sekarang sekaligus menamatkan isu keabsahan Perdana Menteri.

   

Anwar Ibrahim 

(Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN)


Mohamad Sabu 

(Parti Amanah Negara, AMANAH)


Lim Guan Eng

(Parti Tindakan Demokratik, DAP)


Shafie Apdal

(Parti Warisan Sabah, WARISAN)


Mukhriz Mahathir

(Parti Pejuang Tanah Air, PEJUANG)


Wilfred Madius Tangau

(Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu, UPKO)


Baru Bian

(Parti Sarawak Bersatu, PSB)


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

(Parti Ikatan Demokratik Malaysia, MUDA)


Maszlee Malik

(Bebas)

*MESEJ GERAK KEPADA ISTANA NEGARA* - MAHIADIN ADALAH PENJENAYAH RASUAH PALING BAHAYA.


GERAK mohon sembah takzim menyampaikan kebawah DYMM Yang DiPertuan Agong  bahawa sesungguhnya *Tan Sri Mahiadin Yasin adalah penjenayah rasuah paling besar dan bahaya.*


2. Rasuah adalah jenayah. Dan merasuah untuk mendapatkan kuasa adalah jenayah paling bahaya kerana ia memberi kesan langsung kepada negara.Lihatlah apa yang sudah jadi pada negara ini.


4. Mahiadin jelas melakukan jenayah ini didalam rakaman audio beberapa hari sebelum beliau menjadi PM. Beliau dengan jelas menyatakan 'scheme of things" nya untuk mendapat sokongan Ahli Parlimen dengan merasuah mereka. 


5. Setelah menjadi PM beliau melaksanakan 'scheme of things' nya dengan memberi habuan jawatan kepada ramai ahli-ahli Parlimen. 


6. Kertas siasatan SPRM telah dibuka atas jenayah rasuah paling besar ini dan tentunya PM perasuah ini akan mempastikan siasatan terhadapnya tinggal siasatan. (Juga satu bentuk rasuah). 


7. Hari ini dia ke Istana Negara untuk mendapatkan jangka waktu lebih sebulan untuk menguji samada beliau mempunyai ahli parlimen yang cukup menyokongnya. 


8. *Seorang yang merasuah untuk mendapatkan kuasa PASTI akan merasuah lagi untuk mengekalkan kuasa.* 


9. Tempoh sebulan lebih itu PASTI akan digunakan beliau dan konco-konconya untuk merasuah. 


10. Beliau pamerkan jenayahnya dengan kononnya berpendirian tegas terhadap penjenayah lain.


11.Hakikatnya dakwaan jenayah-jenayah itu satu pun tidak berlaku dizamannya menjadi PM. Dan kes masih berjalan di Mahkamah.


12. Dan hakikatnya dizaman Mahiadin menjadi PM, ada penjenayah rasuah dikalangan ahli parlimen lepas bebas selepas membuat lompatan menyokong kerajaannya. 


12. Makanya , GERAK memohon perhatian Tuanku mengambil maklum hakikat sebenar memanda PM bernama Mahiadin ini dan demi keluhuran negara ini, tidak membenarkan sedikitpun waktu untuk beliau berkuasa dan terus menghancurkan negara ini. 


13.*Satu hari kuasa diberi kepada seorang penjenayah rasuah yang terdesak amat membahayakan. Apatah lagi satu bulan.* 


AMPUN TUANKU 


MOHAMAD EZAM MOHD NOR

Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia

GERAK 


4 Ogos 2021, 25 Zulhijjah 1442H

MAHIADDIN TIPU AGONG?


Shahbudin Husin


PH iaitu PKR, DAP Amanah mempunyai 89 kerusi Parlimen.


UPKO (1 kerusi - Madius Tangau) dan PSB (dua kerusi -Baru Bian dan Masir Kujat yang sering mengeluarkan  kenyataan media bersama PH, kedua-duanya mempunyai 3 kerusi Parlimen.


Ditambah dengan Pejuang, Warisan dan Muda hari ini yang mengeluarkan kenyataan media berasingan kekal dengan pendirian menolak kepimpinan Mahiddin, mereka mempunyai jumlah 13 Ahli Parlimen.


89 + 3 + 13 = 105 Ahli Parlimen.


Berdasarkan perutusan khas Mahiaddin bahawa 8 orang Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan terhadapnya - bermakna 105 + 8 = 113.


Begitu pun, jumlah sebenar Ahli Parlimen UMNO yang setuju menarik sokongan terhadap Mahiaddin dikhabarkan telah meningkat kepada antara 12 hingga 14 berbanding surat akuan pertama seramai 8 orang yang dipersembahkan kepada Agong petang semalam.


Memahami bahawa dua Ahli Parlimen telah meninggal dunia yang bermakna jumlahnya sekarang hanya 220 dan dengan itu, keperluan untuk memiliki majoriti mudah ialah 111.


Ini bermakna jika 8 orang sekali pun Ahli Parlimen menarik sokongan yang jumlahnya seramai 113 orang, Mahiaddin tidak mungkin memiliki majoriti lagi.


Kiranya 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan, jumlahnya sama ada 117 atau 119.


Bagaimana Mahiaddin boleh mengaku kepada Agong bahawa beliau masih memiliki sokongan majoriti?


Kalau benar majoriti ada dalam tangannya, kenapa Mahiaddin mahu menunggu sehingga September untuk membuktikannya melalui usul percaya di Parlimen.


Adakah yang dibawanya ke Istana Negara pagi tadi adalah surat akuan atau SD palsu?


Jika begitu, adakah Mahiaddin telah berbohong dan menipu Agong?


POOOOODAH...KERJA MENYONDOL JE PUN

 

Panas! Pemuda Pas hentam ‘kluster mahkamah’ Umno



Panas! Pemuda Pas hentam ‘kluster mahkamah’ Umno




Ketika Perikatan Nasional (PN) diasak oleh pembangkang dan Umno, seorang pemimpin Pemuda PAS tampil membela gabungan itu.

Senator Khairil Nizam Khirudin berpendapat apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah langkah mensabotaj rancangan dan gerak kerja kerajaan melawan Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat.

“Mereka yang berada dalam ‘kluster mahkamah’ telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri mereka daripada tindakan undang-undang.

“Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan. You’ve made your decision (Anda sudah membuat keputusan),” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Kluster mahkamah yang dipetik Khairil Nizam itu merujuk kepada beberapa ahli parlimen Umno yang konsisten mahu agar Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Antara pemimpin Umno yang sedang dibicarakan ialah presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Bagaimanapun untuk rekod tidak semua kumpulan terbabit mempunyai kes mahkamah. Antaranya ialah Ahli Parlimen Pengerang yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, dan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Untuk rekod PAS sebelum ini memeterai piagam untuk bersama Umno melalui Muafakat Nasional. Bagaimanapun selepas PN ditubuhkan PAS menyertai gabungan berkenaan dan hubungan mereka dengan Umno mula renggang sejak itu.

Hari ini PAS menyatakan pendirian mereka untuk kekal menyokong PN dan Muhyiddin.

Kata Khairil Nizam dia kekal teguh untuk terus mendukung PN.

Dia yang juga ketua Pemuda PAS Pusat mengakui ada kelemahan yang berlaku namun tidak sekali-kali sanggup meninggalkan “sahabat” yang susah kerana ia bukan amalan yang baik.

“Kepada barisan hadapan dan rakyat, usahlah kalian bimbang dengan polemik yang dicipta kluster mahkamah ini,” katanya.

Zuraida biadap dengan Agong – Hans Isaac

 MGF16112020_HANS-ISAAC-5

Pelakon, Datuk Hans Isaac ketika sidang media selepas selesai Majlis Penyerahan Motosikal kepada Asnaf Ampang di Tall and Order Sdn Bhd, Ampang. foto AFIQ HAMBALI, 16 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah, Hans Isaac kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.

Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu menyifatkan kenyataan Zuraida sebagai tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip menghormati institusi diraja.

“Sebagai seorang yang menjunjung perlembagaan negara yang mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja, saya melahirkan perasaan dukacita dengan sikap seorang yang berstatus Ahli Parlimen.

“(Dia) sepatutnya membawa obor menghormati kedaulatan ini tetapi malangnya membawa sikap yang menjurus kepada kebiadaban dan penderhakaan kepada raja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Zuraida dilapor berkata kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan Ordinan Darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak wajar.

Ini selepas Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa dukacita apabila pembatalan Ordinan Darurat pada 26 Julai lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan baginda dan tidak dibentangkan di Dewan Rakyat.

Zuraida berkata, Yang di-Pertuan Agong sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

Mengulas lanjut, Hans berkata tindakan Zuraida itu menggambarkan dirinya tidak menghormati penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang lalu.

Untuk rekod, Hans menyertai PKR pada November tahun lalu selain dua lagi rakan artis Afdlin Shauki dan Altimet.


Pembangkang mahu Parlimen bersidang segera, bentang usul undi percaya PM

 MGF01082021_PARLIMENTUTUP03

IMBAS . Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli-ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum bergerak menuju ke Jalan Parlimen berikutan tidak dibenarkan masuk ke dalam Parlimen, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 02 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat pembangkang mahu sidang khas Parlimen mesti diadakan selewat-lewatnya 9 Ogos ini berasaskan Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk membentang, membahas dan memulakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

“Kami tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini ditangguhkan sehingga bulan September.

“Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah kerajaan yang dipertikai keabsahan dan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen untuk melengah-lengahkan proses menentukan sokongan di Parlimen,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan bersama itu melibatkan Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ia juga disertai Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden parti pejuang tanah Air, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu, Datuk Seri Wilfred Madisu Tangau, Presiden parti Sarawak Bersatu, baru Bian dan Pengasa parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam kenyataan itu, mereka berpendapat, isu usul percaya itu wajar dipercepatkan memandangkan masalah berkaitan pandemik semakin teruk di negara ini.

“Oleh demikian, kami berpendirian bahawa usul undi percaya tersebut wajib dibentang, dibahas dan diputuskan sekarang sekaligus menamatkan isu keabsahan Perdana Menteri,” katanya.- MG



MP UMNO YANG MASIH PERTAHAN MAHIADDIN TAK LAYAK LAGI KEKAL DALAM UMNO

 

Berikutan MT UMNO semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan PN, dengan kumpulan pertama antara 12 hingga 14 Ahli Parlimennya telah pun menyerahkan surat akuan kepada Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, tindakan tersebut seharusnya diterima baik dan disokong oleh semua pemimpin, khusus yang bergelar Ahli Parlimen.

Hakikatnya, itulah sebenarnya kehendak dan keinginan sebagaimana yang dimuktamadkan dalam PAU2020 pada Mac lalu.

Sepatutnya, sebagai tanda akur kepada keputusan MT UMNO yang merupakan badan tertinggi parti dalam memutuskan sesuatu perkara, semua Ahli Parlimen yang berada dalam kerajaan akan segera melepaskan jawatan masing-masing mereka.

Namun demikian, amatlah malang bila mana sehingga ini hanya seorang saja Ahli MT dan Ahli Parlimen UMNO, Shamsul Anuar Nasarah yang sedia meletak jawatan sebagai menteri.

Tiada menteri lain, timbalan menteri dan pengerusi GLC yang sedia menuruti jejak langkah terpuji Shamsul Anuar.

Mereka nampaknya masih buat tak tahu, berdiam diri dan atau mungkin enggan akur dengan ketetapan parti.

Lebih malang lagi, ada pula yang terus menunjukkan kedegilan dengan ingin mempertahankan lagi kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri yang tiada majoriti itu.

Selain ada yang masih pergi ke rumah Mahiaddin menyatakan sokongan, yang lain pula sanggup mengadakan perjumpaan tertutup di sebuah hotel di ibu kota bagi maksud yang sama.

Pelik sungguh perangai mereka itu, Mahiddin yang gagal, menimbulkan banyak masalah kepada negara, tiada majoriti, bukan merupakan pemimpin UMNO dan derhaka berkali-kali kepada Agong, tapi masih ingin dipertahankan lagi?

Tidakkah mereka sedar, sikap mereka sekarang bukan saja menunjukkan ketidaksetiaan kepada parti sendiri, bahkan memperlihatkan ingin lebih derhaka kepada Raja?

Kepada siapakah kesetiaan mereka sebenarnya – kepada parti sendiri atau kepada Presiden Bersatu yang telah diputuskan oleh UMNO sendiri untuk tiada lagi sebarang hubungan atau kerjasama. dalam PRU15 akan datang?

Juga, apakah matlamat perjuangan mereka itu – gila untuk mengekalkan keseronokan mmemegang jawatan dalam kerajaan atau ingin memperjuangan masa depan UMNO?

Realitinya, itulah wajah sebenar sebahagian pemimpin UMNO, dalam selalu berapi mulut berteriak konon sayangkan parti dan berjuang untuk rakyat, yang benar-benar mereka pelahap melebihi segala-galanya tidak lain adalah jawatan serta kedudukan dalam kerajaan semata-mata.

Baru diuji dengan kalah PRU14 lalu, kemudian berpeluang menumpang jadi kerajaan dan kini dalam persimpangan untuk membuat pilihan, habis tembelang perjuangan dan wajah keutamaan mereka terdedah menjadi tontotan kita semua.

Agaknya bagaimanakah keadaan mereka jika berhadapan dengan dajal dengan tawaran dunianya jauh lebih menggiurkan dan mempersona?

Yang penting di sini, inilah masanya untuk ahli dan akar umbi UMNO seluruh negara menilai sendiri watak pemimpin mereka yang bergelar Ahli Parlimen itu.

Paling mudah untuk disimpulkan, mereka yang enggan akur ketetapan parti, berdiam diri atau masih lagi menyokong Mahiaddin, itulah kelompok paling tak guna dalam UMNO.

Keutamaan dan matlamat mereka bukanlah masa depan UMNO, tetapi semata-mata kepentingan nafsu dan poket sendiri.

Ahli dan akar umbi harus tekad dan sepakat menolak mereka daripada terus jadi pemimpin dalam UMNO, jauh sekali untuk dikekalkan lagi sebagai calon pilihanraya selepas ini.

Mereka yang ingin mengekalkan lagi Mahiaddin setelah MT membuat ketetapan menolaknya, adalah pemuka-pemuka yang tidak layak lagi berada dan menjadi pemimpin dalam UMNO.

Bersatu yang berhimpun di dalamnya segala jenis pengkhianat daripada pelbagai parti barangkali amat secocok sebagai wadah baru untuk mereka meneruskan sandiwara dan perjuangan yang selama ini hanyalah pura-pura.

 (ShahbudinHusin 04/08/2021)



SEMUA DIA JAJA DEMI MAKAN GAJI BUTA

 

MOHD MUKLIS


Saudaraku, saja nak habaq hari ni zoo bukak awai sebab shepherd tak di

 jemput  meeting candat sutong semalam. Proksi kuasa asing tu macam

 makhluk asing

 ke?

 May be an image of 1 person and text that says "Abdul Hadi Awang Minda Presiden PAS AWAS! JANGAN JADI PANGKALAN ATAU PROKSI KUASA ASING Sejarah pertembungan kuasa besar sering kali menjadikan tanahjajahannya sebagai pangkalan hadapan bagi menghadapi pihak musuh. merupakan strateg yang sering kali digunakan dalam sejarah perang bagi mengelak tanah airnya sendiri ipada menjadi sasaran secara langsung. ... See More TGHH #MindaPresidenPAS AWAS! JANGAN JADI PANGKALAN ATAU PROKSI KUASA ASING ARDUL HADI AWANG RESIOENPAS Awang abdulhadk_awang Abdi/HadAnang"

Khir Toyo dakwa Umno akan berpecah

 Gempar! Khir Toyo dakwa Umno akan berpecah


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkonsi pendapatnya bahawa UMNO akan berpecah manakala hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini di hujung tanduk.

Beliau menjangkakan dua keadaan itu bakal berlaku selepas keputusan UMNO untuk tidak bersama kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pasti ada ahli UMNO sama ada ahli biasa atau pun mereka yang berjawatan akan memilih untuk kekal bersama PN dan terus mendukung Tan Sri Muhyiddin.

“Mereka ini (sudah) pastinya telah memperhitung sebaik-baiknya untuk melakukan tindakan ‘kamikaze’ politik ini,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau berkata, UMNO bagaimanapun sudah pasti akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak mengikut keputusan rasmi parti berkenaan.

“Saya sangat pasti ada pemimpin UMNO yang berjawatan tinggi akan kekal bersama PN dan bersedia dipecat dari UMNO asalkan kekal jawatan dalam kerajaan, mereka ini pasti akan di terima menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Bersatu pula akan menjadi parti yang mempunyai ahli Parlimen teramai dalam Parlimen dan boleh sahaja membentuk kerajaan minoriti,” katanya di laman sosial itu.

Tambah beliau, sama ada UMNO akan bangkit selepas berlakunya tsunami politik kedua ini banyak bergantung kepada arah tuju baharu yang akan digariskan pucuk pimpinan parti dan bagaimana ahli di bawah memberi respon terhadap visi itu.

Dalam pada itu, Mohamad Khir berkata, walaupun keadaan kerajaan PN seperti di hujung tanduk namun tidak akan tumbang dalam waktu yang terdekat ini.

“Kerajaan PN akan kekal sebagai sebuah kerajaan minoriti selagi tidak ada ahli Parlimen yang boleh meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka memiliki majoriti,” katanya.

Pada masa sama beliau amat berharap suasana politik yang keruh ini dapat dijernihkan segera kerana rakyat kini ‘lemas’ dalam pandemik Covid-19.

“Hendak bekerja tak boleh, pendapatan hilang, simpanan sudah habis, kos sara hidup semakin tinggi, bahan makanan naik harga, ada hasil tak boleh jual, duduk termenung meluat tengok pemimpin berebut kuasa, alasannya demi rakyat tetapi sebenarnya tidak ada siapa peduli sungguh sungguh sama ada rakyat cukup makan atau kelaparan.

“Jika suasana semakin keruh rakyat semakin susah umpama air semakin keruh (akhirnya) ikan yang akan mati kelemasan,” katanya.

Siasat juga pemimpin himpun di hotel, ulang alik ke rumah Muhyiddin – Syed Saddiq

 MGF04082021_MP-PEMBANGKANG-BERI-KETERANGAN28-1

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (dua kiri) bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) hadir untuk memberi keterangan berkaitan sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka setelah tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mendesak polis supaya menyiasat pemimpin-pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional termasuk pemimpin UMNO yang berhimpun beramai-ramai tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau berkata, polis sepatutnya menyiasat Ahli-Ahli Parlimen UMNO, Barisan Nasional yang berhimpun di hotel.

“Mereka (ahli-ahli Parlimen UMNO) berhimpun di hotel, makan ‘dinner’ , kereta-kereta Vellfire boleh berulang alik ke rumah perdana menteri, pemimpin politik boleh jumpa PM di rumahnya sampai lewat malam sebab ada perjumpaan tergempar dan ini semua takda masalah tetapi kami nak ke Parlimen pula dipersalahkan.

“Kalau nak siasat kami, silakan kami tidak menghalang, tetapi sila siasat juga menteri-menteri yang berulang alik setiap malam ke rumah PM,” ujarnya.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata, beliau hairan mengapa pergerakan mereka ke Parlimen disekat sedangkan mahu menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat dan digajikan.

Malah, kehadiran mereka ke Parlimen Isnin lalu bagi memikul titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentang dan membahaskan isu rakyat, katanya.

Terdahulu Syed Saddiq dan Hannah Yeoh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini untuk dirakam percakapannya berhubung himpunan dan perarakan ahli-ahli Parlimen pembangkang ke Parlimen pada Isnin lalu.

Syed Saddiq tampil ke IPD sekitar jam 2.29 petang tadi sebelum bersama-sama dengan Ahli Parlimen Segambut itu memasuki premis polis itu untuk memulakan proses merakam keterangan.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian keluar meninggalkan IPD Dang Wangi selepas sejam kemudian.

Dalam pada itu, Hannah berkata, beliau memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

Katanya, beliau ke Parlimen Isnin lalu kerana itu adalah tempat kerja ahli-ahli Parlimen kerana mempunyai pejabat di sana.

“Pada Isnin lalu saya sepatutnya menghadiri dua mesyuarat jawatankuasa antaranya mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman tetapi kami menerima notis pembatalan kedua-dua perjumpaan itu agak lewat sedikit.

“Kami tidak berniat ke Dataran Merdeka tetapi tiada pilihan kerana semua jalan menuju ke Parlimen disekat oleh polis dan ditutup akses.

“Saya terpaksa memakir kereta tepi jalan dan bertanya polis trafik sebab tak dapat diakses ke Parlimen,” katanya yang kecewa dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang sepatutnya bersuara dan membela ahli-ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Hannah mendakwa Azhar membisukan diri dalam isu ini. – MG



PN bersama Pas pelopor khianat terhadap Raja-raja Melayu

 Muhyiddin Abdul Hadi


Gempar! Kerajaan PN Johor bakal tumbang?

 


Gempar! Kerajaan PN Johor bakal tumbang?

August 4, 2021 2:25 

ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, tindakan menarik sokongan itu berkemungkinan besar dilakukan susulan keputusan UMNO pada petang Selasa yang memutuskan untuk menarik sokongan kepada PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, tindakan UMNO itu memberi isyarat jelas bahawa kerajaan PN di Johor hasil gabungan Barisan Nasional (BN), Bersatu dan Pas telah tumbang.

“Memanglah kalau dari segi hakikatnya UMNO sudah tarik sokongan daripada PN, maka PN di Johor yang diketuai UMNO sudah jatuh. Itu bererti Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad juga perlu letak jawatan. Apabila PN tiada majoriti maka secara automatik jawatan beliau itu gugur.

“Bersatu Johor menantikan keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada terdapat keperluan bagi 12 ADUN Bersatu juga menarik sokongan di Johor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Osman yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) masih belum dapat menerajui kerajaan negeri kerana tidak memiliki jumlah kerusi dua pertiga.

“PH Johor terdiri daripada Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memiliki 27 kerusi. PH perlu ada dua atau tiga kerusi lagi untuk cukupkan jumlah dua pertiga.

“Sekiranya terdapat ADUN mengisytiharkan sebagai menjadi bebas dan sokong PH, maka PH akan bentuk kerajaan. Tetapi perlu diingat di Johor, kita tidak boleh ketepikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan perlu titah perkenan sebelum sebarang tindakan dibuat,” katanya.

Bekas Menteri Besar itu menjelaskan Johor cukup unik meskipun berpandukan keputusan di peringkat persekutuan, namun Sultan Johor masih mempunyai kata pemutus berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Apa-apa pun kita di Johor perlu tunggu titah Sultan Ibrahim. Bagi saya, itu sahaja kesimpulan yang dapat dibuat kerana belum dapat sebarang arahan dan maklumat sahih berhubung situasi politik sekarang,” katanya.

Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkini iaitu UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), Pas (satu), manakala Parti Amanah Negara (sembilan) serta Parti Keadilan Rakyat (empat).

Kerajaan Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang mendapat sokongan dari UMNO, Bersatu, MIC dan Pas memiliki majoriti tipis dengan 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang PH yang disertai DAP, Amanah dan PKR.


PH dan pembangkang boleh buktikan PM hilang majoriti

 

PH dan pembangkang boleh buktikan PM hilang majoriti


2- Itu yang cuba dilakukan Mahiaddin di Sheraton bila mereka berkumpul, Pemimpin GPS,UMNO dan PAS yang datang dari Retreat di Janda baik pada malam sebelumnya berkumpul di Sheraton semata mata menunjukkan mereka sudah cukup sokongan, Ketika itu mereka mengakui sudah ada 130 SD menyokong Tun Mahathir biarpun satu pembohongan..

3- Pada Petang 23 Feb selepas mesyuarat tertinggi, rombongan Kepimpinan Utama GPS, Warisan UMNO, Bersatu, PAS dan UMNO hadir ke rumah Tun menyatakan Sokongan, mahu Tun ikut rombongan ke Istana.. dan akhirnya Mereka kecewa..

4- Masa itu kenderaan pemimpin Utama UMNO, PAS, Bersatu dan GPS berlegar di dalam Istana kononnya membawa 130 SD, dan pada malamnya di depan Sheraton mereka menjerit Hidup Tun ! Hidup Tun.. akhirnya mereka kecewa bila Tun Mahathir tak muncul di Istana dan Sheraton, Hanya Syed Saddiq dan Rina harun dihantar mewakili Tun untuk dapat kepastian….

5-Persoalan yang begitu pelik, Bagaimana Begitu mudah semua kenderaan ini masuk kawasan Istana tanpa kehadiran Tun Mahathir.. Hanya yang faham dah tak termakan dengan lakonan UMNO saja yang boleh memahami semua ini..

6- Apapun, Kalau Ikut duluan di Perak, Kedah, Di Melaka dan Johor.. Tidak ada keperluan menunggu Sidang Parlimen pada September.. Sekarang Ordinan Dharurat jika mahu dibahaskan ia membawa maksud masih berkuatkuasa.. YDP Agong boleh laksanakan peranan dia seperti mana sebelum ini dengan memanggi satu sidang Majlis Raja Raja..Itu yang dilakukan YDP Agong sebelum nama Mahaiddin diperkenankan..

7- Ini soal Kestabilan Politik dan Negara… Adalah lebih baik semua pemimpin PH dan Barisan Pembangkang dan semua ahli dewan Rakyat untuk bersama tak kira di Parlimen, Hotel atau mana mana tempat menzahirkan bukti yang Mahaiddin sudah kehilangan Sokongan.. dan Ketika Itu sepatutnya satu permohonan dibuat satu Sidang parlimen Khas dari YDP Agong..

8- Apapun Terpulanglah kepada semua Kepimpinan PH dan Pembangkang.. Gunakanlah Kebijaksanaan..Ini bukan masa kumpul SD, Tetapi zahirkan Mahiaddin dah kehilangan Sokongan.. Apapun, Cepat atau lambat, Mahiaddin Tetap Akan tumbang.. Mungkin kententuan Allah itu lebih cepat dari Perancangan Mereka… 🙂

Ipoh Mali

Muhyiddin dakwa Zahid minta campuri urusan mahkamah?

 Muhyiddin dakwa Zahid minta campuri urusan mahkamah?


Perdana Menteri mendakwa ada pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau tidak melayan beberapa tuntutan sehingga mencetuskan kemelut politik.

Ia termasuk desakan supaya beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan institusi Raja Berpelembagaan,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas di sini hari ini.

Tegas Muhyiddin, beliau tidak akan mengorbankan prinsipnya dan membelakang sumpah jawatan untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan negera serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

Dalam pada itu, beliau menambah, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

Malah, beliau akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

”Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya para frontliners, agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh,” kata beliau semasa mengakhiri perutusan khas itu.

Muhyiddin tidak mengaku derhaka, beri alasan pertahan perlembagaan

 


Muhyiddin tidak mengaku derhaka, beri alasan pertahan perlembagaan


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyelar tuduhan derhaka kepada raja yang dilemparkan padanya.

Sedangkan, kata anggota parlimen Pagoh, apa yang dilakukannya semata-mata untuk memelihara keluhuran perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi raja berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan.

“Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah SWT dan kepada-Nya jualah kita berserah,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.

PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini

 

Astro Awani

PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat September ini. - Foto tangkapan layar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit.
Perdana Menteri berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
Jelas Perdana Menteri lagi, Agong telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini.
“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.

ADA LA YANG BAKAL MELETAKKAN JAWATAN-PASTI ATAU TIDAK ITU BUKAN SOAL...TAPI ADA YANG AKAN LEPASKAN JAWATAN

 


Hanya dua tiga orang letak jawatan, 

itu pun belum ‘confirm’

 
MGF04082021_PERTEMUAN-UMNO04

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berjalan keluar selepas mengadakan pertemuan khas dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen UMNO di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OGOS 2021.

 

 

KUALA LUMPUR – Pertemuan sekumpulan ahli Parlimen UMNO bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanyalah perbincangan mengenai keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dalam pertemuan yang berakhir kira-kira jam 1.45 pagi Rabu itu juga tiada sebarang peletakan jawatan baharu dimaklumkan.

”Tak ada letak jawatan, yang ada dua tiga orang itu pun belum confirm,” katanya ketika ditanya hasil pertemuan tersebut oleh para wartawan yang menunggu di perkarangan Hotel Seri Pacific sejak jam 10 malam Selasa.

Sementara itu, turut kelihatan beredar meninggalkan hotel tersebut Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang enggan mengulas apabila ditanya tentang pertemuan dengan Naib Presiden UMNO itu.

MGF04082021_PERTEMUAN-UMNO03


Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berjalan keluar selepas mengadakan pertemuan khas dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen UMNO di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OGOS 2021.




Beberapa pemimpin lain yang dilihat meninggalkan hotel tersebut termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Terdahulu Ismail Sabri tiba di Seri Pacific kira-kira jam 12.30 pagi selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara. 



(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021