2- Itu yang cuba dilakukan Mahiaddin di Sheraton bila mereka berkumpul, Pemimpin GPS,UMNO dan PAS yang datang dari Retreat di Janda baik pada malam sebelumnya berkumpul di Sheraton semata mata menunjukkan mereka sudah cukup sokongan, Ketika itu mereka mengakui sudah ada 130 SD menyokong Tun Mahathir biarpun satu pembohongan..
3- Pada Petang 23 Feb selepas mesyuarat tertinggi, rombongan Kepimpinan Utama GPS, Warisan UMNO, Bersatu, PAS dan UMNO hadir ke rumah Tun menyatakan Sokongan, mahu Tun ikut rombongan ke Istana.. dan akhirnya Mereka kecewa..
4- Masa itu kenderaan pemimpin Utama UMNO, PAS, Bersatu dan GPS berlegar di dalam Istana kononnya membawa 130 SD, dan pada malamnya di depan Sheraton mereka menjerit Hidup Tun ! Hidup Tun.. akhirnya mereka kecewa bila Tun Mahathir tak muncul di Istana dan Sheraton, Hanya Syed Saddiq dan Rina harun dihantar mewakili Tun untuk dapat kepastian….
5-Persoalan yang begitu pelik, Bagaimana Begitu mudah semua kenderaan ini masuk kawasan Istana tanpa kehadiran Tun Mahathir.. Hanya yang faham dah tak termakan dengan lakonan UMNO saja yang boleh memahami semua ini..
6- Apapun, Kalau Ikut duluan di Perak, Kedah, Di Melaka dan Johor.. Tidak ada keperluan menunggu Sidang Parlimen pada September.. Sekarang Ordinan Dharurat jika mahu dibahaskan ia membawa maksud masih berkuatkuasa.. YDP Agong boleh laksanakan peranan dia seperti mana sebelum ini dengan memanggi satu sidang Majlis Raja Raja..Itu yang dilakukan YDP Agong sebelum nama Mahaiddin diperkenankan..
7- Ini soal Kestabilan Politik dan Negara… Adalah lebih baik semua pemimpin PH dan Barisan Pembangkang dan semua ahli dewan Rakyat untuk bersama tak kira di Parlimen, Hotel atau mana mana tempat menzahirkan bukti yang Mahaiddin sudah kehilangan Sokongan.. dan Ketika Itu sepatutnya satu permohonan dibuat satu Sidang parlimen Khas dari YDP Agong..
8- Apapun Terpulanglah kepada semua Kepimpinan PH dan Pembangkang.. Gunakanlah Kebijaksanaan..Ini bukan masa kumpul SD, Tetapi zahirkan Mahiaddin dah kehilangan Sokongan.. Apapun, Cepat atau lambat, Mahiaddin Tetap Akan tumbang.. Mungkin kententuan Allah itu lebih cepat dari Perancangan Mereka…
Ipoh Mali