MAHIADDIN TIPU AGONG?


Shahbudin Husin


PH iaitu PKR, DAP Amanah mempunyai 89 kerusi Parlimen.


UPKO (1 kerusi - Madius Tangau) dan PSB (dua kerusi -Baru Bian dan Masir Kujat yang sering mengeluarkan  kenyataan media bersama PH, kedua-duanya mempunyai 3 kerusi Parlimen.


Ditambah dengan Pejuang, Warisan dan Muda hari ini yang mengeluarkan kenyataan media berasingan kekal dengan pendirian menolak kepimpinan Mahiddin, mereka mempunyai jumlah 13 Ahli Parlimen.


89 + 3 + 13 = 105 Ahli Parlimen.


Berdasarkan perutusan khas Mahiaddin bahawa 8 orang Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan terhadapnya - bermakna 105 + 8 = 113.


Begitu pun, jumlah sebenar Ahli Parlimen UMNO yang setuju menarik sokongan terhadap Mahiaddin dikhabarkan telah meningkat kepada antara 12 hingga 14 berbanding surat akuan pertama seramai 8 orang yang dipersembahkan kepada Agong petang semalam.


Memahami bahawa dua Ahli Parlimen telah meninggal dunia yang bermakna jumlahnya sekarang hanya 220 dan dengan itu, keperluan untuk memiliki majoriti mudah ialah 111.


Ini bermakna jika 8 orang sekali pun Ahli Parlimen menarik sokongan yang jumlahnya seramai 113 orang, Mahiaddin tidak mungkin memiliki majoriti lagi.


Kiranya 12 atau 14 Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan, jumlahnya sama ada 117 atau 119.


Bagaimana Mahiaddin boleh mengaku kepada Agong bahawa beliau masih memiliki sokongan majoriti?


Kalau benar majoriti ada dalam tangannya, kenapa Mahiaddin mahu menunggu sehingga September untuk membuktikannya melalui usul percaya di Parlimen.


Adakah yang dibawanya ke Istana Negara pagi tadi adalah surat akuan atau SD palsu?


Jika begitu, adakah Mahiaddin telah berbohong dan menipu Agong?


No comments: