RENUNGAN MALAM : PEDULIKAN APA ORANG KATA DAN MAAFKANLAH MEREKA KERANA IANYA TIDAK MEMBERIKAN KESAN SEDIKIT PUN PADA ANDA JIKA ANDA MELAKUKANNYA

 

Usry NorIE


Pada satu malam seekor ular telah memasuki sebuah kedai yang dimiliki oleh seorang tukang kayu. Kebiasaannya si tukang kayu ini akan membiarkan saja peralatan kerjanya berselerakan selepas dia habis berkerja. 

Ketika ular itu masuk ke sana, secara kebetulan ia telah terlanggar sebilah kapak yang di sandar di tepi dinding.  Kapak itu telah jatuh dan mengenai badan ular tadi. Ular mengalami luka. 

Ular beranggapan yang kapak itu ingin menyerangnya. Ia pun mematuk mata kapak itu berkali-kali. Kesannya, mulut ular itu pula yang berdarah. Malah giginya yang bisa itu juga patah kerana dia mematuk dengan sekuat tenaga.

Marah dan geram dengan kedegilan mangsanya kali ini, ular itu pun membelit dengan kuat hulu kapak itu pula. Tetapi semakin kuat dia membelit, semakin sakit dirasakan olehnya. Lama- lama ular itu semakin lemah dan akhirnya dia mati sendiri.

Pada pagi esoknya sewaktu tukang kayu itu masuk semula ke dalam kedainya, dia telah menemukan bangkai seekor ular yang sedang membelit kapak kepunyaannya. 

Moral of the story..

Sewaktu kita sedang marah, kita ingin melukakan hati orang yang mencetus kemarahan itu lalu kita pun menghambur kata-kata kesat dan tidak sedap didengar. 

Kita rasa kita telah berjaya menyakiti hatinya tapi setelah beberapa ketika kita mula menyedari bahawa orang yang kita hambur dengan kata-kata yang tak sedap didengar itu tetap seperti biasa. Sebaliknya hati kita yang semakin sakit melihat dia seakan tidak terkesan. 

Dendam atau marah itu seumpama ular yang membelit ulu kapak itu tadi. Perasaan itu terus menerus akan muncul dalam fikiran kita,  menusuk dan membakar batin kita sendiri. Kita tidak akan merasa puas sebaliknya semakin tertekan dan memakan diri sendiri.

Jadi, dalam sesetengah hal, belajarlah untuk melupakan. Ada ketikanya kita tak perlu memberi sebarang respon pun. Just let it be.. Jika semua  perbuatan orang terhadap kita, kita nak balas, kita tak ada masa untuk 'move on' dan yang susah adalah diri kita sendiri.


Isnin

11 Oktober 2021


Dana KWAN perlu digunakan dengan teliti, tiada ketirisan - Anwar- VIDEO DISERTAKAN

 

Hasimi Muhamad

Dana KWAN perlu digunakan dengan teliti, tiada ketirisan - Anwar
Anwar berkata penggunaan dana tersebut boleh diterima sekiranya ia untuk situasi mendesak termasuk perolehan vaksin - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) perlu dilakukan dengan cukup teliti, mengambil kira pengurusan kerajaan yang telus serta tiada ketirisan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan dana tersebut boleh diterima sekiranya ia untuk situasi mendesak termasuk perolehan vaksin, selain dilakukan dengan tata kelola yang ketat.
Membahaskan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat, Anwar berkata Kementerian Kewangan (MoF) juga perlu memberi jaminan bahawa sebarang perolehan pada masa akan datang dilakukan melalui sistem tender terbuka.
"Alasan ini kita juga terima dengan beberapa pertimbangan iaitu pertama, pengurusan cekap, tidak ada ketirisan, pembaziran dana serta cara tata kelola yang ketat termasuk peroleh vaksin.
"Ini kerana seperti mana YB Menteri (Kewangan) tahu, sampai sekarang kita tidak mempunyai maklumat lengkap tentang kos vaksin dan kadar perolehannya secara teliti.
"Ini pertimbang yang berat kerana memikirkan adalah tidak adil dan munasabah bagi generasi sekarang menggunakan dana dan berbelanja tanpa memikir kemungkinan generasi akan datang terpaksa membayar hutang tinggi, yang mana hutang dibuat sekarang ditanggung oleh generasi akan datang," katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.
RUU Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas usul itu disokong secara undi suara selepas ia dibahas dan dipersetujui di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Politik Melaka: PRN bakal saksikan pertembungan BN, PH dan PN - Abdul Rahim

 

Shuhada Abdul Kadir
Politik Melaka: PRN bakal saksikan pertembungan BN, PH dan PN - Abdul Rahim
Pertembungan dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika perbincangan antara parti-parti berkenaan gagal mencapai sebarang bentuk kerjasama. - Gambar fail
AYER KEROH: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertembungan di antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan kelak.
Menurut beliau, perkara itu dijangka berlaku jika perbincangan antara parti-parti berkenaan gagal mencapai sebarang bentuk kerjasama.
"Saya dapati makluman yang kita terima kedua-dua parti ini terutama oleh Pengerusi BN dan Pengerusi PN nampaknya belum ada satu kemungkinan boleh merundingkan satu formula yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.
"Masing-masing tidak dapat terima syarat-syarat dan kandungan yang akan dibincangkan itu, jadi saya fikir bahawa untuk pertama kali dalam sejarah politik negeri Melaka, PRN akan datang akan ditandingi oleh tiga parti yang besar ini iaitu PN, BN dan PH.
"Saya percaya ini boleh diterima oleh rakyat disebabkan ia merupakan satu peluang bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka ingini dari banyak pilihan," kata Abdul Rahim dalam sidang media yang diadakan di sini, pada Isnin.
Tambah Abdul Rahim, rakyat juga mendapat peluang terbaik untuk membuat penilaian dalam memilih parti politik berdasarkan prestasi yang ditunjukkan.
"Sekurang-kurangnya tiga pilihan ada di situ dan rakyat boleh membuat penilaian yang baik di antara ketiga parti dari segi prestasinya dari segi rekod kerjanya, integriti, komitmen, berbagai-bagai perkara yang akan dipertimbangkan dan mungkin untuk negeri ini dan Malaysia.
"Kita mungkin boleh memilih satu parti yang lebih dominan daripada apa yang berlaku sekarang, yang berlaku sekarang ini tidak dominan, kesemua parti mempunyai majoriti yang kecil, menyebabkan kerajaan menjadi lemah tidak stabil dan selalu dipersoalkan oleh ramai pihak," tegas beliau lagi.
Meskipun beberapa episod kemelut politik berlaku di negara ini, namun, Abdul Rahim percaya rakyat bakal memilih parti yang berwibawa dan integriti dalam menjamin agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.

Parti baharu Azmin bila pula, tanya Puad


 
Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
                                                          Mohd Puad Zakarshi


KUALA LUMPUR – Kerajaan diingatkan jangan pula pendaftaran Parti Kuasa Rakyat (PKR) diluluskan tetapi tidak meluluskan pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda)

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, kini ada dua Parti PKR, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kuasa Rakyat (PKR).

”Sama tapi tak serupa.

”Jangan pula pendaftaran PKR (baru) lulus, Muda tak lulus.

”Takut apa pada Syed Saddiq. Elok luluskan kedua-duanya,” katanya sambil bertanya bila pula parti baharu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan ditubuhkan.

Parti Penaja Kuasa Rakyat diasaskan oleh abang Perdana Menteri, Kamarazaman Yaakob semalam.

Parti baharu itu berkonsepkan nasionalisme marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta anak muda.

Katanya, parti itu tidak didorong atau diatur oleh sesiapa, sebaliknya 

dibentuk bersama rakan-rakannya dalam memperjuangkan hak rakyat 

miskin di negara ini.

Bagaimanapun, parti itu memutuskan untuk menjadi parti mesra kerajaan kerana apa yang ingin diperjuangkan tidak mampu terlaksana jika ia tidak mesra dengan kerajaan hari ini. 

 


MGNews: Rakyat Nak Jawapan Speaker...Jangan Tutup 'Mic' - Pembangkang

MGNews: Kalau Menteri Beri Jawapan Bodoh, Bodohlah Menteri Itu - Khalid ...


Kalau Menteri Itu Bodoh, Beri Jawapan Bodoh, Bodohlah Menteri itu - Khalid Samad..Semak imbang yang berkesan speker mesti menentukan dan ditegur dan dalam soal tambahan 45 billion itu perlu disemak dan ditentukan dengan telus.

SIASATAN PANDORA PAPERS : HARUS DISIASAT SECARA TERBUKA DAN TELUS : Anwar Mengamuk Lagi, Mungkinkah Akan Batalkan MOU?

SALAHGUNA BANTUAN KEPADA RAKYAT : ANWAR KATA JANGAN SALAHGUNA BANTUAN : Dana tambahan RM45 bilion perlu khusus untuk B40


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dana tambahan RM45 bilion perlu khusus untuk bantu golongan B40 seperti yang dipersetujui dalam MoU persefahaman politik.


VIDEO ANWAR HENTAM LAGI SPEKER NAK JADI PEGUAMBELA KEPADA PENYAMUN : (Terkini) Anwar Ibrahim: Yang di-Pertua Nak Jadi Peguam Bagi Pihak Peras...

BARU HANG TAU WALAU WALAUN HANG DOK MAKI TOKONG DAP LA- KOMENEH LA DAPIG LA- DIA BAGI 100 JUTA UNTUK SEKOLAH TAHFIZ- CUBA HANG PE SANA PENANG TANYA ...DAPAT BANTUAN SEKOLAH AGAMA...WALAUN HANG TAK CERDIK....

 


Wakil rakyat PAS puji Guan Eng berhubung bantuan sekolah tahfiz





Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mendesak kerajaan segera membuat pengumuman bantuan sekali beri kepada sekolah tahfiz yang kebanyakannya sudah gulung tikar. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS memuji bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana tetap menyalurkan bantuan bernilai RM100 juta kepada sekolah tahfiz walaupun sering berbeza pendapat ketika era Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membuat kenyataan itu selepas melihat banyak sekolah tahfiz yang menderita dan tidak mampu meneruskan operasi kerana tekanan kewangan akibat pandemik Covid-19.

Justeru, beliau mendesak kerajaan segera membuat pengumuman bantuan sekali beri kepada sekolah tahfiz yang kebanyakannya sudah gulung tikar.

“Kita tak pertikai bantuan kepada sekolah aliran Cina tetapi dalam masa sama berapa sumbangan kepada sekolah tahfiz?

Ahmad Fadhli Shaari.

Kalau dulu era Bagan (Lim Guan Eng), walaupun banyak perkara kita tidak setuju tapi beliau tetap berikan RM100 juta untuk sekolah tahfiz jadi kenapa tidak dalam era ini, pengumuman segera dibuat berapa ratus juta untuk pendidikan dan bantuan segera kepada sekolah tahfiz,” katanya di Dewan Rakyat.

Fadhli juga mendesak Putrajaya membatalkan kenaikan cabutan nombor ramalan sebanyak 22 kali setahun pada tahun ini, sambil menegaskan ia tidak memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Beliau berkata, Putrajaya seharusnya tidak bertindak memaksa anggota kerajaan (wakil rakyat menyokong kerajaan) seperti PAS untuk membuat ugutan dalam kerajaan yang mempunyai majoriti kecil.

“Ia beri isyarat tidak baik, berapa banyak sangat wang yang dapat disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan yang akhirnya mengundang ketidakberkatan dalam perbelanjaan negara.

“Saya harap jangan memaksa kita ahli kerajaan membuat ugutan dalam (kerajaan) majoriti yang kecil,” katanya.

Jangan pandang sebelah mata rawatan murah untuk pesakit Covid-19, kata wakil pembangkang



Ahli Parlimen Kuala Kedah Azman Ismail berkata, tidak ada sebarang bukti saintifik yang baik mengatakan tubuh manusia tidak boleh ambil lebih 100mg. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menyelar kenyataan Kementerian Kesihatan bahawa tubuh manusia tidak boleh mengambil lebih daripada 100mg vitamin C sehari, sambil menegaskan kenyataan itu tidak bersandarkan kepada bukti saintifik yang kukuh.

Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan rawatan untuk pesakit Covid-19 menggunakan vitamin C dos tinggi seperti yang dilakukan di Wuhan, China dan Australia, yang dilihat kaedah lebih murah berbanding menggunakan pil rawatan yang lain.

“Doktor di Wuhan, China beri vitamin C pada kadar yang tinggi kepada pesakit Covid-19. Begitu juga di Australia, mereka gunakan vitamin C untuk rawat kes yang teruk.

“Penggunaan 4mg atau 5mg vit C sangat murah dan mudah tetapi ia tidak dilakukan. Jika orang lain boleh guna, ada satu jabatan di KKM pula keluarkan kenyataan bahawa pengambilan vitamin C tidak boleh lebih 100mg sehari, ini semua karut kerana tidak ada sebarang bukti saintifik yang baik mengatakan tubuh manusia tidak boleh ambil lebih 100mg,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang cepat mempercayai ubat yang masih dalam fasa uji kaji dan menggunakannya untuk merawat pesakit Covid-19.

“Kajian menunjukkan tiada kerosakan pada buah pinggang sekiranya ambil vitamin C pada dos tinggi, benda mudah kita tak pandang, tak minat tetapi benda kurang jelas seperti ubat antiviral molnupiravir, kita tempah.

“Kalau ivermectin sukar dilaksanakan saya faham tetapi kenapa kita pandang sebelah mata benda yang murah (rawatan vitamin C),” katanya.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata kerajaan menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) pembelian ubat antiviral molnupiravir sebagai pilihan tambahan rawatan inovatif baru dalam melawan Covid-19.

Beliau berkata menerusi perjanjian bersama Merck Sharp & Dohme itu, kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap bagi merawat pesakit Covid-19.

LAAA...TAK DAK KA MALAON LAIN YANG NAK MENIKAH ?

 



Susulan khabar angin yang mengatakan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sudah bernikah dengan primadona cantik, Erra Fazira.

Mohd Hafez Mubin dalam kiriman WhatsApps hanya menjawab “no comment” dan enggan mengulas lanjut.

Sama ada benar atau sebaliknya, kami doakan yang terbaik untuk Dato’ Seri Ahmad Faizal dan Erra Fazira.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Berita ini mula tersebar sejak Jun lalu apabila seorang wartawan hiburan mula memuatnaik status mengenai hubungan cinta Erra Fazira dengan seorang Menteri dari Utara.



Penulis blog Aspan Alias mengaku tak salah hina Agong

 




Aspan, 69, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik itu menggunakan laman profil Facebook ‘Aspan Alias’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2.47 petang, 16 Mei lepas. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penulis blog Aspan Alias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, Mei lalu.

Aspan, 69, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkenaan menggunakan laman profil Facebook ‘Aspan Alias’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2.47 petang, 16 Mei 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, pada 9 pagi, 18 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili OKS memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya sudah tidak bekerja sejak 30 tahun lalu.

Hakim M M Edwin Paramjothy membenarkan Aspan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Dis ini untuk sebutan semula kes.

NAK JADI PEGUAM PADA PERASUAH : ANWAR PERSOAL SPEKER

 

Kertas Pandora: Mengapa nak jadi peguam kepada perasuah, Anwar soal speaker

 Anwar Ibrahim memberitahu Azhar Azizan Harun bahawa sumbernya bukan sahaja media dan atas sebab itu beliau membawa perkara berkenaan ke Parlimen untuk dibahaskan.

KUALA LUMPUR: Selepas rayuan usul terbaharunya yang mendesak Kertas Pandora dibahaskan di Dewan Rakyat ditolak, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap Speaker Azhar Azizan Harun yang “bertindak sebagai peguam” berhubung isu kebocoran data itu.

Dalam jawapan balas berhubung tindakan beliau menolak usul itu, Azhar berkata, Kertas Pandora bukan mengenai pengeluaran duit dari dalam negara ke luar pesisir tetapi pendedahan pegangan saham di syarikat luar pesisir yang merupakan dua perkara berbeza.

“Semakan saya, sesetengah saham menurut kenyataan di luar sana, nilainya hanya kecil bukan bernilai berbilion, hanya sekadar lima pound sahaja, kalau tak silap saya,” katanya kepada Anwar.

Anwar (PH-Port Dickson) kemudian mempertahankan tindakannya membawa isu Kertas Pandora itu supaya dibahaskan di Parlimen.

“Mengapa speaker nak jadi peguam kepada perasuah-perasuah ini? Kenapa? Saya ada dokumen dan bagaimana seorang menteri boleh simpan saham di sana begitu banyak…(wang) ini dari mana dari langit? Itu bermakna dari sini…wang yang dibawa keluar, ratusan bilion, saya tak faham kenapa nak jadi peguam bagi orang-orang ini.

“Kalau betul hanya lima pound bahas la di sini. Sumber saya bukan sekadar di media, sumber saya lebih daripada itu, sebab itu saya nak bawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahaskan,” katanya dan menambah ia bukan untuk menghukum tetapi mahu rakyat mengetahui sumber sebenar dana berkenaan.

Anwar berkata, walaupun individu berkenaan mempunyai akaun di luar pesisir negara, ini tidak bermakna mereka boleh menyimpan begitu banyak wang.

Azhar kemudian menjawab: “Saya tidak mahu menjadi peguam bagi mereka, saya hanya betulkan fakta. Anda beritahu beratus bilion tetapi Kertas Pandora bukan mengenai aliran keluar wang tunai.”

Sebelum itu, beliau menolak usul terbaharu Anwar dengan alasan Ketua Pembangkang itu menggunakan Aturan Mesyuarat yang salah, sambil menegaskan keputusan menolak usul itu adalah muktamad.

Namun Azhar berkata, Anwar masih boleh mengemukakan semakan keputusan berdasarkan Peraturan 43 Aturan Mesyuarat yang menyatakan bahawa keputusan Speaker hanya dapat dikaji berdasarkan “usul substantif yang dibuat untuk tujuan itu”.

Pada 4 Okt, Anwar yang juga Presiden PKR mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara melibatkan beberapa nama besar.

Bagaimanapun, Azhar menolak usul itu atas sebab ia tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan mengetepikan urusan-urusan yang telah ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

SUDAH SUDAH LAH NAK TUNJUK JADI CHAMPIANG- HANGPA TAK MENANG WALAU SATU KERUSI PUN DAH NAK JADI ORANG TENGAH-HAKIKATNYA PAS NAK MAIN DUA KOLAM

 


Pas sedia jadi orang tengah Bersatu-UMNO


Bernama
Politik Melaka: Pas sedia jadi orang tengah Bersatu-UMNO
Nik Muhammad Zawawi berkata langkah diambil Pas itu juga bersesuaian dengan kehendak Islam yang mahukan umatnya bersatu padu.- Gambar fail
BACHOK: Pas bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan kemelut antara Bersatu dan UMNO supaya kedua-dua parti tidak bertanding berasingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata parti itu mahu PRN Melaka menjadi model kepada perpaduan orang Melayu sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik yang dapat melonjakkan ekonomi negara selain mengikis sifat kebencian rakyat terhadap ahli politik yang cenderung berpecah-belah.
"Tiada satu ayat pun dalam al-Quran dan hadis membenarkan umat Islam bercakaran sesama sendiri kerana ia boleh melemah serta menghancurkan umat Islam," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke Tapak Asuhan Ikan SB Aqua Marine and Construction Sdn Bhd di Kampung Tok Kederat, Pulau Kambing di sini hari ini.
Nik Muhammad Zawawi, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berkata langkah diambil Pas itu juga bersesuaian dengan kehendak Islam yang mahukan umatnya bersatu padu.

ISU BILA DEKAT PILIHANRAYA : Peguam keluarga Adib harap jawatankuasa khas lakukan siasatan telus, beramanah


Syazlin Mansor berharap jawatankuasa khas itu boleh mengambil input daripada beliau dan barisan peguam keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, serta menilai fakta dan keterangan dalam prosiding inkues sebelum ini.
PETALING JAYA: Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat kematian anggota bomba itu akan melakukan siasatan dengan adil, telus dan beramanah.
Beliau berkata, pihaknya dan keluarga Adib menyambut baik langkah serius kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas itu.
“Saya selaku peguam keluarga arwah bagi kes inkues, bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa khas ini.
“Saya juga amat berharap jawatankuasa khas ini dapat mengambil input daripada saya (dan barisan peguam keluarga Adib), seterusnya melihat dan menilai fakta serta keterangan yang dikemukakan dalam prosiding inkues,” katanya kepada FMT.
Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh, telus dan memberikan pembelaan sewajarnya terhadap kematian Adib.
Katanya, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Idrus Harun.
Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mengalami kecederaan parah dalam rusuhan di luar kuil di USJ 25, Subang Jaya itu pada 27 Nov 2018, sebelum meninggal dunia pada 17 Dis tahun sama di Institut Jantung Negara.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali.



SIAPA PELAKON DAN PENGARAH DITAHAN POSITIF DADAH ?

 

Pelakon ditahan positif dadah di Kuala Kangsar


Pelakon ditahan positif dadah di Kuala Kangsar



Pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Turut sama ditahan adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol.

Manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketika serbuan dijalankan, kesemua mereka berada dalam bilik berasingan.

Ketiga-ketiga mereka dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

UBAH CUBAAN BUNUH DIRI SEBAGAI KESALAHAN JENAYAH


MOU ENTAH KE MANA, PEMIMPIN UMNO CUBA ‘BUYING TIME’?


The bipartisan MoU and its implication to PH

(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...