SUDAH SUDAH LAH NAK TUNJUK JADI CHAMPIANG- HANGPA TAK MENANG WALAU SATU KERUSI PUN DAH NAK JADI ORANG TENGAH-HAKIKATNYA PAS NAK MAIN DUA KOLAM

 


Pas sedia jadi orang tengah Bersatu-UMNO


Bernama
Politik Melaka: Pas sedia jadi orang tengah Bersatu-UMNO
Nik Muhammad Zawawi berkata langkah diambil Pas itu juga bersesuaian dengan kehendak Islam yang mahukan umatnya bersatu padu.- Gambar fail
BACHOK: Pas bersedia menjadi orang tengah untuk mendamaikan kemelut antara Bersatu dan UMNO supaya kedua-dua parti tidak bertanding berasingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata parti itu mahu PRN Melaka menjadi model kepada perpaduan orang Melayu sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik yang dapat melonjakkan ekonomi negara selain mengikis sifat kebencian rakyat terhadap ahli politik yang cenderung berpecah-belah.
"Tiada satu ayat pun dalam al-Quran dan hadis membenarkan umat Islam bercakaran sesama sendiri kerana ia boleh melemah serta menghancurkan umat Islam," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke Tapak Asuhan Ikan SB Aqua Marine and Construction Sdn Bhd di Kampung Tok Kederat, Pulau Kambing di sini hari ini.
Nik Muhammad Zawawi, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berkata langkah diambil Pas itu juga bersesuaian dengan kehendak Islam yang mahukan umatnya bersatu padu.

No comments: