Penubuhan parti baru: Setelah lama berdiam diri, akhirnya Azmin buka mulut

 Penubuhan parti baru: Setelah lama berdiam diri, akhirnya Azmin buka mulut


Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, beliau tiada kaitan atau terbabit dengan mana-mana penubuhan parti baharu.

Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) BERSATU itu berkata, desas-desus atau sebarang berita yang mengaitkan namanya dengan perkara itu adalah tidak benar.

“Tidak benar sama sekali,” katanya ringkas kepada wartawan selepas merasmikan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ahmad Razali dan penyerahan bantuan kepada penduduk setempat di sini, hari ini.

Sebelum ini, laporan media memetik sumber, melaporkan sebuah parti politik baharu yang bakal diterajui ‘kenalan rapat’ kepada Mohamed Azmin iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, akan ditubuhkan.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang adalah AMPT BERSATU sama seperti Mohamed Azmin.

Memetik laporan itu, parti politik baharu berkenaan terbuka menerima keahlian pelbagai kaum.

No comments: