Usah biar kerajaan asing ‘curi’ pelajar kita, DAP rayu komuniti korporat sedia biasiswa



tony jpa

PETALING JAYA, 6 JUN: Komuniti korporat dirayu untuk membantu sembilan pelajar cemerlang yang terkandas mengikuti  program biasiswa luar negara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah kerajaan gagal melunaskan janjinya dengan merombak perjanjian biasiswa tersebut sebelum ini.
Rayuan ini dibuat setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk pertemuan dengan pegawai dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon, Setiausaha Perdana Menteri Datuk Wong Nai Chee dan sebagainya menemui jalan buntu.
“Kita amat kecewa kerajaan memilih untuk menghampakan pelajar-pelajar cemerlang ini yang telah berjaya untuk memasuki universiti-universiti terbaik dunia seperti yang diiktiraf JPA sendiri,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee.
Menurutnya walaupun pelajar-pelajar tersebut diberi tawaran baharu untuk melanjutkan pendidikan ke universiti tempatan, sebahagian kursus yang ditawarkan di universiti luar negara mempunyai kualiti dan perbezaan yang amat ketara .
“Misalnya ada pelajar kita diterima melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan di Universiti Cambridge, universiti ini hanya menawarkan 20 tempat kepada pelajar bukan rakyatnya dan Kesatuan Eropah.
“Namun, beliau tidak dapat lanjutkan pengajian kerana tidak mendapat biasiswa. Pihak keluarga juga tidak mampu menampung yuran pengajian yang tinggi di sana,” jelasnya.
Meskipun kerajaan memberi alasan kekangan kewangan negara untuk merombak perjanjian program bursari JPA itu, Tony menegaskan bahawa biasiswa pendidikan bagi pelajar cemerlang negara ini tetap perlu diutamakan kerana ia merupakan satu pelaburan menguntungkan buat negara.
“Kita tidak mahu perkara terburuk berlaku apabila kerajaan asing ‘mencuri’ bakat-bakat cemerlang pelajar negara ini,” ujar beliau.
Sehubungan itu, pihaknya merayu dan meggesa pihak kerajaan supaya merombak semula keputusan dan perjanjian mereka supaya pelajar-pelajar cemerlang ini dapat meneruskan pengajian mereka ke universiti-universiti yang telah menawarkan peluang pengajian.
“Masa terlalu suntuk, kita akan terus menggesa kerajaan untuk menunaikan dan melaksanakan perjanjian sebelum ini, kami juga merayu kepada komuniti korporat negara ini untuk membantu menyediakan biasiswa kepada sembilan pelajar cemerlang ini untuk meneruskan pengajian ke luar negara,” rayu Tony.
Pihak korporat yang berminat untuk memberikan biasiswa ujarnya boleh berhubung terus dengan wakil pelajar tersebut; Justine Jason Barnabas melalui email justine1706@yahoo.com atau melalui  telefon 011-10803855. – 

Calon Amanah dapat jolokan "Fadzil Noor"


Ahmad Termizi (kiri)  mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.Ahmad Termizi (kiri) mendapat jolokan "Fadzil Noor" ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam.
Calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli memdapat jolokan "Fadzil Noor" di kalangan penyokong mereka ekoran wajahnya mempunyai iras dengan bekas Presiden Pas Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.
Jolokan Fadzil Noor itu mula dipopularkan ketika perarakan ke pusat penamaan calon semalam, apabila Ahmad Termizi diminta berucap di atas pentas pacuan empat roda yang disediakan.
Ia kemudian mula menjadi buah mulut para jentera dan penyokong yang menyedari persamaan itu.
Mungkin persamaan paling ketara adalah pada bentuk muka yang membujur dan juga jambang serta kumis berwarna putih di keliling wajahnya membuatkan Ahmad Termizi dilihat mirip tokoh politik Islam itu.
Allahyarham menjadi presiden Pas bermula 1989 hingga 2002. Beliau meninggal dunia pada 23 Julai 2002 pada usia 65 tahun dan diganti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden Pas sebelum beliau adalah Tuan Guru Yusof Rawa.
Allahyarham pernah menjadi ketua pembangkang parlimen ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketokohan, kepetahan serta pendekatan sederhana beliau disegani rakan dan lawan.
Beliau juga antara tokoh gerakan Islam di negara ini yang menjadi pelopor kepada idea kerjasama politik atas nama tahaluf siyasi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah sehingga Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990.
Allahyarham juga antara kawan paliang rapat kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Hari ini, Amanah yang dipelopori bekas pemimpin Pas mendakwa mereka sedang meneruskan legasi perjuangan Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas pemimpin Pas hari ini tidak lagi membawa perjuangan asal parti itu.
Ahmad Termizi  Ramli Ahmad Termizi Ramli

CERAMAH PERDANA PAS DI KUALA KANGSAR KURANG SAMBUTAN

Keluar Pas bukan keluar Islam, tegas Abd Ghani


Ustaz Ghani sanggah Fatwa Hadi yang mengelirukan umat Islam



Ustaz Ghani Shamsudin (kiri) ketika bersama penyokong Amanah turut memberi sokongan kepada calon yang bertanding  semalam.Ustaz Ghani Shamsudin (kiri) ketika bersama penyokong Amanah turut memberi sokongan kepada calon yang bertanding semalam.Kepelbagaian parti politik atas nama Islam boleh diterima kerana perjuangan tidak semestinya khusus pada parti berjenama Islam semata-mata, tegas Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Menurutnya, Pas hanya salah satu daripada pelbagai jemaah Muslimin di negara ini dan tidak bererti keluar dari Islam sekiranya meninggalkan parti itu.
"Berlapang dadalah kerana kepelbagaian ini satu perkara sihat selagi jelas tidak lari daripada perjuangan bersekongkol dengan pemerintah zalim," ujarnya ketika ditemui sempena penamaan calon PRK Sungai Besar semalam.
Mengulas lanjut dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini, beliau berkata, kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.
"Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Ulamak termasuk Yusuff Al Qaradhawi pun menegaskan Islam menerima kepelbagaian parti," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).
Ditanya tentang pemilihan Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon bertanding di Parlimen Sungai Besar, beliau berkata, keputusan Amanah meletakkan tokoh usahawan itu lambang perpaduan blok pembangkang melalui Pakatan Harapan.
"Amanah didukungi PKR dan DAP serius untuk mengambil tempat (pemerintahan) dari BN yang terlalu lama berkuasa tapi menyeksa rakyat.
"Lebih menarik apabila kehadiran calon kita lebih 'segar' dan belum ada bebanan tugas lain berbanding calon BN dan Pas.
"Kedua-dua calon dari parti itu sudah cukup tanggungjawab dan tidak perlu dibebankan dengan tugas lain," tambahnya lagi.
Untuk rekod, seramai 42,655 pemilih berdaftar bakal membuang undi pada PRK Sungai Besar, 18 Jun ini.

NAMA NAJIB JANGAN SESEKALI DILUPAKAN....




Mesej paling penting dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap kepimpinan Najib Razak.

Kalahnya BN nanti dalam pilihanraya itu, walaupun mungkin tidak merubah apa-apa atau Najib boleh saja terus berdegil untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam PRU 14 semakin ternampak sinarnya.

Kemenangan BN pula pasti akan menambahkan lagi "kembangnya kepak" Najib untuk terus memimpin dan menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan keyakinan yang semakin bertambah.

Oleh yang demikian, pilihan yang ada bagi Pakatan Harapan selain berusaha sedaya mungkin memastikan kekalahan BN ialah menjadikan Najib sebagai sasaran utama sepanjang kempen dan ceramah yang akan diadakan. 

Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar harus disedarkan mengenai beban yang terpaksa mereka tanggung selagi Najib tidak berjaya diundurkan dan bagaimana banyak kemanfaatan dapat dijelmakan sekiranya ketiadaannya dapat dijadikan kenyataan.

Daripada kenaikan kos sara hidup, beban GST, peningkatan hutang negara, Perdana Menteri dan keluarga paling bermewah dan membazir, terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB yang ditubuhkannya sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya 7 buah negara, duit beribu-ribu juta pernah ada dalam akaun peribadinya, didedahkan media terpalit dengan penggubahan wang haram dan sehinggalah kepada pandangan buruk antarabangsa terhadap Malaysia, semuanya adalah Najib puncanya.

Daripada enam Perdana Menteri yang kita ada setakat ini, Najib ternyata mencipta rekod paling buruk untuk negara.

Tugas menyedarkan pengundi itu tentulah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan yang meletakkan calon Amanah di kedua-dua pilihanraya ini, dan bukannya boleh disandarkan kepada Pas, meskipun kedua-dua berlawan dengan calon BN juga. 

Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang lengkap dan mewakili semua kaum serta selayaknya menawarkan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pas pula hanya mewakili satu kaum saja dan tidak  mungkin mampu membawa sebarang perubahan. 

Lagi pun, Pas juga awal-awal lagi mengatakan mereka tidak mahu berebut kuasa dengan BN dan selesa jika dapat menjadi penasihat kerajaan saja.

Dengan itu, calon Amanah sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sementara Pas dilihat lebih banyak menyerang Amanah dan DAP dengan pelbagai versi ciptaan dan khayalan mereka sendiri, manakala UMNO hanya berdiam diri, Pakatan Harapan sebaliknya tidak harus terleka daripada terus  mendedah dan membongkar serta memberi tumpuan sepenuhnya mengenai keburukan Najib kepada rakyat dan negara.

Sebagaimana resepi kejayaan BN di Sarawak baru-baru, ada kemungkinan gambar dan poster Najib dalam pilihanraya kecil ini tidak sebanyak seperti dilambakkan dalam pilihanraya umum lalu. 

Namun demikian, sama ada BN meletakkan gambar Najib atau tidak, menjual rekaan sisi baik Najib atau sebaliknya, fokus Pakatan Harapan tidak harus tersasar.

Dua pilihanraya ini adalah mengenai Najib dan untuk mengundurkan Najib. Dan ia tentunya juga selari dengan kesediaan Tun Mahathir Mohamad yang telah mengesahkan akan turun berkempen untuk memastikan kekalahan BN di kedua-dua kawasan itu. (SH 05/06/2016

Apa khabar projek MyBeras?


Saya rasa amat kecewa dengan sikap kerajaan Barisan Nasional yang sekali lagi menipu golongan miskin dengan janji kosong projek MyBeras.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa lebih 200,000 keluarga miskin tegar akan mendapat bantuan 20kg beras setiap bulan ketika membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari tahun ini.
Projek ini, kononya akan membantu golongan miskin tegar yang mengalami kos hidup yang semakin meningkat. Selain daripada itu, program tersebut juga berniat untuk membantu golongan yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit serta keadaan ekonomi negara yang agak murung.
Perdana Menteri dengan bangganya mengumumkan bahawa kerajaan melalui projek ini akan menolong golongan berpendapatan rendah yang terpaksa menanggung kos hidup yang meningkat.
Ketika itu, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa projek ini akan bermula pada 1 Mac 2016 dan berterusan sehingga Disember 2016. Beliau juga menjanjikan bahawa beras yang akan diberikan adalah jenis ST10 dan ST15 iaitu beras bekualiti tinggi.
Bukan main kata-kata semangat beliau, “ Kita tidak mahu melihat seorang pun rakyat Malaysia kelaparan kerana tidak mampu membeli beras” Apa sudah jadi dengan janji ini? Capati?
Sehingga hari ini golongan miskin tegar masih belum menerima segenggam beras pun di bawah projek ini. Bermacam alasan diberikan oleh pihak kementerian berhubung dengan projek pemberian beras percuma ini.
“Kalau tak boleh bagi, jangan diumumkan. Ini adalah satu penipuan kepada golongan fakir miskin”. Bukankah ini juga merupakan satu perbuatan yang berdosa?
Pada mulanya Perdana Menteri mengumumkan lebih 200,000 keluaraga miskin tegar akan menerima bantuan ini. Kemudian Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani pula mengumumkan hanya kelurga yang didaftarkan di bawah e-kasih yang layak untuk mendapat MyBeras.
Beliau membuat kepastian seramai 85,401 keluarga miskin tegar yang didaftarakan di bawah e-kasih yang sebenarnya layak. Jumlah penerima yang dijanjikan pada awalnya telah dipotong separuh. Bukankah ini merupakan satu penipuan?
Tarikh yang dijanjikan ialah 1 Mac 2016. Kemudian ditangguh ke tarikh yang lain iaitu pada bulan Mei. Alasan yang diberikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama, “Sepatutnya MyBeras sudah dilaksanakan, tetapi kita tidak mahu ia dipolitikkan sebab sekarang pilihanraya sudah hampir. Jadi kita tunggu selepas pilihanraya Sarawak”
Pilihanraya Sarawak sudah berlalu. Projek MyBeras masih tidak dapat dilaksanakan pada bulan Mei. Alasan Menteri ialah pihaknya perlu menyemak senarai penerima dengan teliti bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja yang menerima MyBeras.
Kemudian, tarikh baru yang dijanjikan ialah 1 Jun 2016. Peliknya, sekali lagi kerajaan telah menangguhkan tarikh pelaksanaan projek MyBeras. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar telah mengumumkan bahawa projek ini ditangguhkan lagi kerana pihaknya masih belum mencari mekanisme terbaik untuk mengedarkan beras itu kepada golongan miskin tegar.
Perdana Menteri dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani seharusnya berasa malu kerana tidak dapat menunaikan janji. Adakah ini disebabkan kerajaan tidak ada wang untuk membiayai projek yang bertujuan membantu golongan fakir miskin? Dijangka projek ini akan menelan perbelanjaan RM100 hingga RM120 juta.
Saya berharap kerajaan akan menepati janji kepada warga miskin sekurang-kurangnya dalam bulan Ramadhan ini. – Roketkini.com
*Kenyataan Media Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak

UMNO yang gadai Melayu, kenapa marah DAP?



Dalam muktamar Pemuda PAS baru-baru ini kita dapat melihat penonjolan retorik yang penuh dengan hasrat buruk sangka yang tidak terkawal terhadap DAP, lebih-lebih lagi sejak PAS mula menjalin hubungan mesra dengan UMNO.
 Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Alias menyuarakan tuntutan mengekalkan ‘tanah milik Melayu’ dengan meminta semua konstituansi di Pulau Pinang menentang dan memperbetulkan apa yang diuar-aurkannya sebagai kononnya ketidaksamarataan sosial yang dibelenggu oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP.
Menurut beliau populasi “Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kedua terbanyak iaiitu 43.6 peratus namun hanya memiliki 20.1 peratus tanah di negeri ini.” Dengan kenyataan itu PAS nyata cuba menyemarakkan emosi perkauman sejajar dengan muslihat UMNO yang sentiasa mencari helah mengaitkan isu-isu tertentu dengan dakwaan perkauman.
PAS nampaknya sengaja buat-buat lupa dengan dosa tindak-tanduk UMNO yang lalu yang ternukil dalam lipatan sejarah. Umum mengetahui bahawa UMNO telah banyak “merampas” tanah-tanah milik kaum Melayu dengan membelinya dengan harga murah dan dijual dengan harga tinggi.
Contohnya kes Kampung Terang di Balik Pulau di mana 31 pemilik tanah (Melayu) menjualkan tanah mereka pada Januari 2012 kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah harga RM8,563,983.00 yang kemudian menjualkannya kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pada May, 2012 dengan harga RM13,457,664.00 – untung sebanyak RM5 juta dalam hanya 5 bulan.
Ini terang-terangan merupakan suatu eksploitasi sistem sedia ada dan apa lebih menyedihkan adalah ia juga merupakan suatu eksploitasi terhadap orang Melayu dengan cara amat jijik.
Jangan kita lupa bahawa dua daripada anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar. Kes-kes skandal tanah yang dirancang para pemimpin UMNO jelas memperlihatkan betapa hipokritnya mereka menuduh orang lain sedangkan mereka adalah petualang Melayu dalam senyap.
Tuduhan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang ini bukanlah yang pertama kali dan akan berterusan dari masa ke semasa. Pada masa yang lalu PAS pernah cuba memburuk-burukkan imej dan reputasi DAP sebagai kononnya sebuah parti yang anti-Islam dan anti-Melayu. Kes Kampung Mutiara dan Kampung Chetty diputarbelitkan dan dijadikan isu dengan manabur fitnah dan niat untuk memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan penduduk di Malaysia.
Hakikatnya, apa yang ketara ialah bahawa Kerajaan Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju berhubung sebarang isu berkaitan pembangunan. Contohnya kes-kes Kampung Permatang Tok Subuh di Bukit Mertajam, Kampung Chetty dan Kampung Batu Feringghi di mana para penghuni di kawasan-kawasan tersebut dipaksa keluar oleh pemaju di mana sebahagian mereka tidak diberi pampasan.
Nyata sekali bahawa dua komponen yang menjadi elemen keadilan sosial ialah makanan yang cukup dan perumahan asas untuk semua manusia. Pihak Pakatan Harapan telah bertindak tegas dan mengambil langkah-langkah demi keadilan sosial untuk mempertahankan hak-hak kemanusiaan mereka agar terjamin. Dengan melindungi hak-hak semua penduduk negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan, Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang menjamin kesejahteraan rakyatnya.
Percaturan yang dipermainkan PAS dengan menuduh DAP dan Pakatan Harapan dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan tanpa bukti-bukti kukuh menyerlahkan betapa gusarnya PAS ketika ini untuk menawan hati sekutu politik elit yang baru sehingga langsung tidak mengendahkan fakta-fakta dan sejarah yang ternyata boleh membuktikan siapa yang benar-benar menggadai orang Melayu.

Mujahid jawab tohmahan Cikgu Pa tentang Amanah dan DAP


Pas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehPas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh
Naib Presiden Amnah, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa menganggap kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Dato’ Mustafa Ali bahawa “undi AMANAH adalah undi untuk DAP” amat mengelirukan.
Kenyataan ini terpampang di dada akhbar Sinar Harian tempoh hari katanya menunjukkan ada beberapa perkara yang Mustafa Ali tidak cermat dalam kenyataannya dan tidak patut keluar dari mulut ahli politik veteran seperti beliau yang membuat rumusan pra-matang terhadap AMANAH yang didakwa tajaan DAP.

"Saya kesal sebagai ahli politik veteran, Mustafa Ali masih belum memahami bahawa yang dipertarungkan dalam mana-mana pilihan raya ialah perkara substantif tentang apa yang dibawa oleh parti masing-masing.
"Sampai bila orang lama seperti beliau hendak matang menunjukkan jalan kehadapan kepada generasi muda ahli politik jika beliau hanya ulang tayang sahaja menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri?" soal beliau
Menurut beliau tidak adil masalah Pas dan Amanah dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan Pas yang gagal berubah mengikut keperluan semasa dan gagal memenuhi janji 52 peratus undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Amanah tidak lahir dari DAP tetapi ia lahir dari kecelaruan PAS yang menjejaskan kelahiran politik baharu nasional yang dinantikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika sokong Amanah bererti sokong DAP katanya, maka apa salahnya jika kita kembali kepada isu substantif seperti jika DAP menentang rasuah, jika DAP menentang perkauman sempit, jika DAP berjaya mempraktikkan dasar pemerintahan telus dan berkebajikan dan jika DAP melaksanakan ketelusan, di mana salahnya jika AMANAH bersama dalam hal demikian?
"Maknanya jika sokong Amanah dikatakan sokong DAP ia bagus dalam konteks melawan rasuah.
"Adakah Pengarah Pilihan Raya Pas itu bermaksud demikian atau ia bermaksud secara negatif iaitu jangan sokong Amanah kerana ia menyokong DAP yang mahu lawan rasuah dan lain-lain?
Adakah Mustafa Ali tidak menyokong parti yang mahu lawan rasuah dan melawan parti yang rasuah?" soalnya lagi.
Jika ia bukan tentang semua di atas katanya, maka logik Mustafa Ali mungkin berpandukan kepada logik Umno iaitu naratif perkauman bahawa DAP ialah parti Cina dan Amanah menyokong agenda Cina-DAP.
"Saya kurang mahu percaya bahawa itulah kehendak Mustafa Ali tetapi melihatkan naratif Pas hari ini saling tak tumpah naratif Umno, saya cenderung kepada memahami kenyataan Mustafa Ali hanyalah mengulangi naratif Umno yang telah pun kita dengar selama ini.
"Saya mengharapkan perkara baru dari seorang veteran Pas tetapi ternyata Pas kehabisan peluru dan terpaksa memakai peluru Umno, dan amat malang sekali ia datang dari seorang veteran Pas," katanya.
Hakikatnya kata beliau, pertembungan yang sebenar dalam pilihan raya kecil kali ini ialah, Amanah melawan parti rasuah yang mana presidennya terpalit dengan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion.
"Kekuatan moral parti itu sudah reput hanya media perdana yang menutup kereputan itu dan parti Mustafa Ali mahukan isu Melayu-Islam jadi jambatan antara PAS dan UMNO lalu menutup isu sebenar berkenaan dengan kerajaan yang gagal dan demokrasi yang tidak berfungsi.
"Amanah tidak perlu melawan Pas jika ia komited kepada melawan rasuah, Amanah hanya melawan Umno/BN dan pengundi hanya perlu memilih parti mana yang lebih serius melawan rasuah," katanya
Bagi beliau Amanah adalah komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP dan PKR.
" Amanah mewakili PH, amat mengelirukan apabila Mustafa Ali mengulangi bahawa PKR masih ada hubungan dengan Pas malah mengugut untuk putus hubungan.
"Hubungan apa? Sama ada Pas bermain mata dengan rakan rasmi Amanah iaitu PKR atau PAS merasai bahawa blok ke-3-nya dengan IKATAN tidak membawa apa-apa makna," katanya
Mujahid yakin usaha Mustafa Ali membawa naratif Umno ke atas Amanah dalam menentukan sikapnya ke atas hubungan Amanah-DAP kepada pengundi dua pilihan raya kecil ini membuat saya tertanya-tanya, apakah mengundi PAS pada 18 Jun nanti sama sahaja seperti memberi undi kepada UMNO/BN?

Beliau amat meyakini bahawa pertembungan dalam dua pilihan raya kecil ini hakikatnya hanyalah antara BN lwn PH dan bukan PAS lwn Amanah lawan Umno seperti yang didakwa Pengarah Pilihan Raya PAS semasa membuat penggulungan di Muktamarnya baru-baru ini.

Tun M sindir keris PAS lebih panjang daripada UMNO


 | June 6, 2016
Nasionalisme kini diukur berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka (PAS) sedar mereka orang Melayu, sindir Dr Mahathir.
mahathir-keris
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PAS kini sebuah parti yang lebih nasionalis daripada UMNO.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu menyindir parti Islam itu susulan pemimpinnya menggunakan keris, lebih panjang berbanding yang pernah digunakan UMNO pada majlis perasmian Muktamar PAS ke-62 Khamis lalu.
Katanya, PAS sebelum ini pernah mengkritik UMNO apabila parti itu menggunakan keris dan memakai busana baju Melayu menjelang perhimpunan agung UMNO setiap tahun.
Namun Mahathir berkata perbuatan itu nampaknya kini terbalik dan meresap ke dalam jiwa pemimpin PAS pula.
“Sebelum ini mereka kritik UMNO sebagai nasionalis. Sekarang mereka lebih nasionalis kerana keris mereka lebih panjang daripada UMNO.
“Kita ukur nasionalis berdasarkan kepanjangan keris. Lebih panjang keris lebih nasionalis. Sekarang mereka sudah sedar mereka orang Melayu,” sindir Dr Mahathir pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku ‘Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man’ di Saloma Bistro hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling menjadi tumpuan kerana memotong pulut besar dengan keris panjang semasa majlis perasmian muktamar Khamis lepas, sehingga mendapat kritikan banyak pihak termasuk musuh politik mereka.
Pada masa sama Mahathir turut menafikan kononnya beliau terkejut dengan buku merwarna yang memaparkan wajahnya karya aktivis Fahmi Reza.
Katanya, apa yang dilakukan Fahmi itu terhadap beliau tidaklah seteruk gambar badut mirip Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Suka hati la dia (Fahmi) nak buat apa, saya dah 22 tahun jadi PM.
“Mereka (Fahmi) boleh buat apa yang mereka suka. Tengok Najib teruk lagi (merujuk kepada gambar muka badut yang dilukis Fahmi),” katanya.

Bryce Canyon National Park employs a group of astronomy rangers to help guests spot planets and stars
In Ireland, there's a statue made of glass that's lit by 5,000 candles open to summer night visits
There's a cave in Oregon that's lit by 2,000 genetically modified fruit bats, emitting ultraviolet rays
There's a walking night tour of the ancient city in Petra, Jordan that's lit by 1,500 candles
A night tour of Prague teaches about the city's infamous history, such as the legend of Templar Knights
Wood smoke and 80 braziers light up the Moshassuck and Providence Rivers for tourists
Whistler’s Ziptrek Twilight Tour is a zip-line adventure perched 150 feet up in British Columbia
Kona, Hawaii has a manta ray population that can be seen underwater at night via special lighting
In Fiji, swimming pigs are given food that light up their tummies at night for tourists to watch
There's a submarine tour of the ocean's night sea creatures off the coast of Monterey in California
Question
1/10
Your score
0
What Are The Best Night Owl Travel Spots?
TRUE
FALSE
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
You scored a ridiculous
3/10
CHALLENGE
YOUR FRIENDS

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..