Calon BN, Pas sudah banyak tugasan, hanya calon Amanah mampu khidmat terbaik


Calon BN dan Pas sudah banyak tugas hanya calon Amanah boleh tumpu khidmat untuk rakyat Sungai BesarCalon BN dan Pas sudah banyak tugas hanya calon Amanah boleh tumpu khidmat untuk rakyat Sungai Besar
Kedua-dua calon BN dan Pas tidak terjejas jika gagal memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar memandangkan mereka masing-masing merupakan Adun yang masih berkhidmat.
Sebaliknya, pengundi di parlimen itu bakal memperoleh lebih banyak manfaat jika memilih Amanah pada 18 Jun ini, ujar calon parti berkenaan, Ustaz Azhar Ab Shukur.
"Budiman masih Adun Sungai Panjang. Dr Rani Osman pula Adun Meru. Mereka kalau kalah pun tidak berlaku apa-apa masalah.
"Bahkan, penduduk Sungai Besar boleh dapat dua wakil rakyat yang akan saling bersaing untuk beri perkhidmatan terbaik.
"Ini sudah tentu menguntungkan rakyat sendiri," jelasnya pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar tengah hari tadi.
Beliau berkata, penglibatannya dengan kerja-kerja kebajikan bersama masyarakat tempatan sebelum ini akan membantu tugasnya jika diberi peluang memenangi PRK ini.
"Saya sendiri turun kepada mereka (rakyat setempat), tidak galakkan mereka datang ke pejabat," tambahnya lagi.
Untuk rekod, seramai 42,892 pemilih berdaftar di P.093 Sungai Besar bakal membuang undi pada 18 Jun ini.

No comments: