LAWATAN PM 10 KE INDONESIA


 

ANWAR TOLAK TUDUHAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PERPADUAN DIKTATOR


RAKYAT ADA IMUNITI TERHADAP COVID VARIAN BA.5.2 DAN BF.7

 

ADA FORMULA MEMULIHKAN KEMELUT POLITIK DI SABAH


 

MB NS MELAWAT KAWASAN


 

KERJASAMA DENGAN PN NI MEMANG JAHANAM NI


 

BILA NAK KRITIK ANWAR?

 

Ketika pulang ke kampung menghadiri kenduri sempena cuti awal tahun baru-baru ini, saya telah dilontarkan satu soalan oleh beberapa saudara-mara yang membuatkan saya masih teringat-ingat mengenainya sehingga sekarang.

Saudara-mara saya yang majoritinya penyokong Pas itu menyoal – bila lagi saya nak menulis mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim?

Kata mereka, sebelum ini semua Perdana Menteri saya tegur, kritik dan hentam, takkan Anwar terlepas pula daripada kritikan saya?

Di selang waktu yang tidak jauh berbeza sebelumnya, ramai juga kenalan dan mereka yang selama ini mengikuti tulisan saya mulai melontarkan soalan yang sama.

Kata mereka, dengan banyak isu yang yang tidak memihak kepada rakyat yang muncul sejak kebelakangan ini, berdiam diri bukanlah pilihan yang baik buat saya sebagai seorang penulis.

Ada pula rakan-rakan penulis senior tidak terkecuali mahu saya mula menegur, mengkritik, malah menghentam kerajaan baru ini, termasuk jika perlu Anwar sendiri jika didapati melakukan sesuatu yang tidak wajar dari segi kepentingan rakyat.

Hujah mereka, mengkritik dan menegur bukan bererti tidak lagi menyokong, tetapi lebih bertujuan untuk memperbaiki dan agar kesilapan yang lama tidak diulangi, walaupun pemimpin itu diusahakan sebelum ini untuk dinaikkan.

Mereka juga mengingatkan bagaimana teguran, kritikan dan hentaman saya terhadap Perdana Menteri, bermula dengan Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob sejak 2011 lalu.

“Takkan nak berhenti mengkritik bila Anwar sudah jadi Perdana Menteri,” ujar mereka dengan nada sedikit menghasut.

Sebagai penulis, memang menegur dan mengkritik, apa lagi jika yang ditegur dan dikritik itu seorang Perdana Menteri, ia sebenarnya amat-amat memberi kepuasan.

Tambah memberi kepuasan, mungkin juga hanya kebetulan, semua Perdana Menteri yang saya kritik dan hentam itu pula jatuh akhirnya daripada jawatan mereka.

Menyokong pemimpin amat memberi kepuasan ketika mereka di luar kerajaan dan sehingga beroleh kuasa, tetapi setelah beroleh kuasa, sokongan yang dilakukan lebih mudah ditafsir dengan gambaran kurang enak iaitu mengampu dan membodek untuk tujuan mengharap sesuatu imbuhan.

Sebab itu, saya sebolehnya cuba mengelak untuk keterlaluan dalam menyokong dan mengangkat Anwar dalam keadaan dirinya sudah jadi Perdana Menteri sekarang ini, walaupun sebelum ini saya memang berusaha melalui penulisan dan terbitan buku-buku untuk melihat beliau akhirnya berjaya menerajui negara ini.

Mana kerja baik yang dilakukannya memang patut disokong agar diketahui rakyat bahawa beliau sentiasa berusaha melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin demi rakyat.

Tetapi, sudah tentu setelah menjadi kerajaan, apa yang rakyat mahukan ialah hasil atau nikmat yang boleh mereka rasai melalui kuasa dan jawatannya itu kerana itulah akan memastikan sokongan berkekalan.

Kemeriahan di sambut ketika bersolat Jumaat dan makan di medan selera misalnya, tidak akan kekal lama jika berbulan-bulan selepas ini harga ayam masih mahal, telur kekal tiada dan harga barang tidak turun dengan sewajarnya.

Dalam hal ini, Anwar jangan lupa beliau pernah berkata, banyak janji PRU14 lalu tidak dapat ditunaikan kerana beliau ketika itu bukan Perdana Menteri.

Namun, selepas PRU15 ini, tiada alasan lagi untuk hujah demikian kerana selain menjadi Perdana Menteri, beliau juga adalah Menteri Kewangan yang bermakna kuasa “kun faya kun” itu lebih besar ada dalam tangannya demi kepentingan rakyat yang menaruh harapan tinggi kepadanya.

Selepas tempoh 100 hari, Anwar dan kerajaan baru ini tiada pilihan lain melainkan harus berusaha sebaik mungkin menunaikan apa yang pernah diungkapkannya ketika berkempen dahulu.

Video-video janji ketika berkempen sebelum jadi kerajaan sebelum ini hendaklah ditonton semula dan jangan sampai rakyat sendiri memuat-naiknya semula serta membandingkan dengan apa yang dilakukan setelah berjaya menjadi kerajaan.

Di waktu ini, selain beberapa kelemahan ketara muncul berkaitan kerajaan ini, saya juga turut menerima banyak rungutan serta keluhan pelbagai pihak.

Ia bukan saja melibatkan menteri-menteri tertentu, malah juga berkaitan Perdana Menteri sendiri.

Saya percaya, daripada semasa ke semasa, luahan dan keluhan tidak puas hati itu akan terus saya terima, sudah tentu tujuannya untuk saya tulis dan dedahkan melalui tulisan saya.

Bagaimanapun, sebagai kerajaan baru, perlu difahami mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan memahami tugas dalam kerajaan sebelum benar-benar dapat melaksanakan apa yang pernah diungkapkan.

Tetapi, jika mereka dalam kerajaan sendiri tidak berubah, tidak sedia untuk berubah dan tidak mengambil iktibar daripada keseronokan pertama kali jadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini – mampukah saya terus mengelak daripada menegur dan mengkritik, bahkan menghentam kerajaan ini? – ShahbudinHusin 08/01/2023.



POLITIK SABAH BERGELORA KERANA APA SEBAB ?


 

HAAA...NI HUKUM KIRA MACAMANA PULAK


 

KEPALA HOTAK HANGPA- NAK BAGI PUN NAK IKUT BENDERA


 

BANYAKLA KAU MAIN DALIL BUKAN BUKAN


 

8 INISIATIF KEMENTERIAN KEPENGGUNAAN


 

BERITA DARI SABAH TERKINI


 

KISAH DIBELAKANG TABIR MENGAPA BERLAKUNYA KECOH DI SABAH-


 

KEH..KEH...


 

KEH..KEH...PUNYA TAKSUB TAHAP GILA


 

MUDAH SAJA- SURUH DIA LETAK JAWATAN DAN JADI PENCERAMAH BEBAS PUN BOLEH JADI TERKENAL


 

HEBAT NIK AMAR CERAMAH


 

FAHMI FADZIL- ADA LAGI YANG HENTAM KAU. SAMPAI BILA NAK NETIZEN DAN PENYOKONG BUAT KERJA FREE ? AKHBAR MEDIA PARTI PUN MACAM HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.....NAK AKU HENTAM KO LAGI KAH ?


 

TAHNIAH YB DAP KENDALI SUKAN NEGARA- WALAUN KECAM FB PENYANYI TU-TAPI TAK TAU YANG LULUS TU KERAJAAN PN JUGA DULUNYA


 

BARU JADI PEMBANGKANG TAPI AKHIRNYA MACAM PEMBANGGANG


 

MEMPERALATKAN NAMA ISLAM JANGAN KETERLALUAN


 

APA KAITAN CEO SEHINGGA BOLEH JADI BROKER UNTUK MENGAGIHKAN KEPADA KONTRAKTOR-NEMUN MEREKA MENGUMPAT DAN MEMFITNAH KERAJAAN SEMASA.


 

ULASAN YANG RAKYAT PERLU DENGAR - SELAIN KES KAWAN MENANTU- KES MENAMBAH CABUTAN JUGA MUNGKIN TERKAIT-KES MENARA BERKAIT ORANG ATASAN JUGA KINI MENJADI ISU


 

TIADA KULSTER MAHKAMAH DAN MEREKA TOLAK JAWATAN- JOM DENGAR KEMANA KES ZAHID


 

BILA FITNAH JADI BUDAYA


 

JANGAN SUKA MENYAKAT WALAUN

 



Ada yang mesej saya, minta henti kan untuk mengusik walaun . Saya kata, Un ini bukan berfikir di luar kotak, selalu nya mereka berfikir di luar otak. Jadi jawapan untuk orang yang macam ini adalah bersesuaian dengan tahap intelektual mereka.


MMMS



LANGKAH LONDON DAN JAKARTA TERKANTOI*



PERIKATAN NASIONAL masih tidak berputus asa cuba untuk mempengaruhi sekali lagi MP UMNO supaya menarik sokongan agar menjatuhkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO pada 17 Januari depan.

Kami difahamkan juga pertemuan yang diadakan di London dikatakan telah gagal malah terkantoi ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh pemimpin UMNO sendiri yang memaklumkan menerusi sidang media.

Ujarnya, pemimpin UMNO mendakwa bahawa tidak ramai MP UMNOBN hadir semasa perjumpaan tersebut diadakan di dua lokasi berasingan iaitu satu di London dan satu lagi di Jakarta.

Rancangan jahat yang ingin menggagalkan kepimpinan DSAI turut didalangi oleh Mahiaddin Yasin dan Presiden PAS sendiri seolah-olah mereka berdua ini tidak langsung menghormati amalan sistem demokrasi berpelembagaan malah bertindak berani membelakangi titah YDPA supaya menerima kerajaan perpaduan.

 

2 DICEKUP UNTUK JADI BARUA ORANG ATASAN. KITA TUNGGU SIAPA ORANG ATASAN ITU ?


 

TAWARAN PENERBANGAN LEBIH BANYAK DARI BBERAPA SYARIKAT PENERBANGAN BATIK AIR, MY AIRLINE SKS AILINE ,AIR ASIA DAN MAS


 

KES NI AAA-- SIAPA YANG KENA


 

KESIAN YA- WALAU TAK DATANG TAPI TETAP MENANG-ORANG MENANG DAPAT WAKIL RAKYAT DAN YB BERKHIDMAT..


 

RAMALAN INI KINI DAH MENJADI - MANA DANA YANG BANYAK DAN CYBERTROOPER DIBAYAT


 

NAK KATA DAP - PEMBOHONGAN PAS DAN AHLI AHLINYA


 

ANWAR- SAYA MESTI ADA KESEDARAN .. BAIK KEPADA KEISLAMAN. MAJLIS ILMU MENGELAK DARI PERTELAGAHAN DAN KESATUAN


 

NAK TANYA HALAL KA HARAM- KALAU PH BUAT MESTI HARAM- JADINYA ADIL BERSIH STABIL NI MENIPU PENGUNDI LA YA


 

MMMM- USAHAWAN MUDA- PANDAI DEPA BERNIAGA. MUDA MUDA LAGI DAH BERJAYA


 

MUKHLIS EDDIE




LOKMAN ADAM PART 1 DAN 2 - ADAM RAZLAN -SIAPA DIA..-TENGKU ZAFRUL ADAKAH TERLIBAT






 

KESAL DENGAN FITNAH-JADI AKU PERCAYA RUPA RUPANYA AKU SENANG DITIPU


 

KENAPA PN TIDAK MAHU DAN KENAPA YDPA PUTUSKAN


 

KITA HARUS MENGHENTIKAN PEMBODOHAN DARI PAS TERHADAP BANGSA ASING, FITNAH PAS HARUS DITENTANG.


 

(function() { var d = document, w = window; w

MENTERI KERAJAAN PERPADUAN TERLALU PERFORM

Suara rakyat untuk kerjaaan perpaduan. Sukar untuk dilihat pada kerajaan sebelum ini. Rakyat berharap agar pemimpin yang ada masa ini dapat ...