Bank Negara beli tanah kerajaan RM2.07b selamatkan 1MDB - PAC

 


Dakwaan bahawa kerajaan ketika pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak menggunakan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam operasi membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan membeli tanah kerajaan bernilai RM2.07 bilion didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).


Menurut Pengersusi PAC, Wong Kah Woh, badan menemui fakta mengejutkan tersebut dengan nilai tanah asal menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) hanya bernilai RM1.422 bilion.


"Hasil jualan telah digunakan untuk tujuan pembayaran di bawah pelan rasionalisasi 1MDB pada 31 Disember 2017," kata Wong yang juga wakil rakyat DAP.


Jelas PAC dalam penemuannya, Bank Negara tidak pernah merancang untuk membeli tanah itu sebelum Kementerian Kewangan membuat tawaran


Pembelian tanah juga bukan sebahagian daripada pelan strategik BNM dari 2015 hingga 2017 walaupun bank pusat itu kemudiannya mendakwa mahu membangunkan hab perkhidmatan pendidikan.


"BNM tidak melaksanakan due diligence yang secukupnya dalam pembelian Tanah Lot 41. Lembaga Pengarah Bank Negara membuat keputusan untuk membeli Tanah Lot 41 dalam masa sembilan hari selepas perbincangan dengan MOF (15 Ogos 2017), dan tiga hari selepas tawaran dikemukakan oleh MOF (21 Ogos 2017).


“Transaksi perolehan diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat iaitu empat bulan. Kesemua ini membangkitkan keraguan sama ada BNM menghadapi tekanan daripada pihak krajaan dalam membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.


Hartanah berkenaan beralamat di Lot 41, bersebelahan kompleks Sasana Kijang milik Bank Negara di Kuala Lumpur.

PAC yang menjalankan mesyuarat prosiding pada 20 September lepas. Wong juga berkata, tiga saksi dipanggil pada mesyuarat berkenaan iaitu Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) Patimah Ramuji, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon dan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.


Selain itu, PAC juga mendapati BNM tidak melaksanakan usaha secukupnya dalam pembelian Tanah Lot 41. Lembaga Pengarah BNM membuat keputusan membeli tanah lot itu dalam masa sembilan hari selepas perbincangan dengan MOF pada 15 Ogos 2017, dan tiga hari selepas tawaran dikemukakan oleh MOF pada 21 Ogos tahun sama.


PAC turut merumuskan harga perolehan Tanah Lot 41 berjumlah RM2.07 bilion berdasarkan penilaian yang dilaksanakan Tetuan Suleiman & Co adalah tinggi.


Pindaan MA63 lulus dengan undi belah bahagi


Seramai 28 Ahli Parlimen telah membahaskan Rang Undang-Undang
 Perlembagaan (Pindaan) 2021 yang dinanti-nantikan untuk bacaan kali
 kedua di Dewan Rakyat awal hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan agar selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan hari ini melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga.

Undian dibahagikan kepada lima blok iaitu terdiri daripada Ahli Parlimen mewakili kerajaan, dan Ahli Parlimen pembangkang.

Ini menyaksikan lebih ramai Ahli Parlimen menyokong rang undang-undang (RUU) itu.

Seramai 199 Ahli Parlimen bersetuju, dengan tiada yang tidak bersetuju sementara 21 lagi tidak hadir.

Keputusan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun.

“Maka, undian lebih dua pertiga,” kata Azhar.

Seramai 28 Ahli Parlimen telah membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 yang dinanti-nantikan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat awal hari ini.

Bacaan kali pertama RUU itu dibuat pada 3 Nov lalu.

Parlimen memerlukan majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah membentangkan RUU yang menyaksikan Ahli Parlimen meminta Putrajaya memberi komitmen bahawa ia akan melayan Sabah dan Sarawak secara sama rata dengan peluang pembangunan yang sama.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula menggesa pemimpin Borneo untuk menghentikan penyalahgunaan imigresen dan rasuah.

RUU itu bertujuan antara lain menyenaraikan Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai rakan kongsi yang sama dalam persekutuan dengan negeri-negeri semenanjung.

Menurut RUU itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:

  • (a) Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan
  • (b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pada masa lalu, terdapat rasa tidak puas hati terhadap autonomi kedua-dua negeri, dengan kedua-duanya mendakwa pihak berkuasa persekutuan bersikap sombong.

Terdapat juga rasa tidak senang terhadap pembangunan yang “lambat” di kedua-dua negeri itu.

Apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya pada 2018, ia telah menubuhkan jawatankuasa peringkat persekutuan untuk memberi lebih kuasa kepada dua negeri Borneo itu.

Isu itu berterusan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan kini di bawah kerajaan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.


Anwar Ibrahim: Pembahasan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan Selaras P...

Don’t abuse immigration powers by barring entry of MPs, Anwar tells Saba...

Mat Sabu: Pembahasan RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan Selaras Perjan...

Ayam Segar Dibawa Masuk Dewan Undangan Negeri Perak Oleh Adun PKR

INI BUDAYA MALAYSIA


 

BOLEH SAJA..TAPI JANGAN TUKAR MERCEDES SELALU WALAU MISKIN

 

Perjuang royalti minyak, saya perlu 14 Ahli Parlimen berani tanding di Kelantan, kata Zaid



Zaid Ibrahim berkata mereka akan berkempen hanya melibatkan satu
 isu iaitu Perdana Menteri perlu membayar balik hutang RM20 bilion
 kepada Kelantan dan selepas itu, membayar royalti minyak 5% kepada
 negeri itu setiap tahun.


PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim mencari 14 Ahli Parlimen baharu yang berani bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Zaid berkata, beliau hanya mempunyai satu misi iaitu menggesa sekumpulan ahli akademik dan ahli perniagaan Kelantan berkelayakan untuk mengambil alih dan bertanding sebagai calon Parlimen di negeri asal mereka.

Katanya, mereka akan berkempen hanya melibatkan satu isu iaitu Perdana Menteri perlu membayar balik hutang RM20 bilion kepada Kelantan dan selepas itu, membayar royalti minyak 5% kepada negeri itu setiap tahun.

“Jika tidak, blok Kelantan akan menariknya ke bawah (tarik sokongan). Jika Sarawak boleh menarik Perdana Menteri dengan 18 kerusi GPS (Gabungan Parti Sarawak), kita di Kelantan boleh melakukan perkara sama dengan 14 kerusi kita ada.

“Saya mengingatkan mereka bahawa kemiskinan di Melayu Kelantan dan Terengganu adalah di luar kemampuan mana-mana kerajaan untuk menyelesaikannya tanpa royalti minyak. Ia akan menjadi masalah kepada generasi melainkan royalti dibayar kepada kedua-dua negeri ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Zaid berkata, kempen mendapatkan kembali royalti minyak bukanlah masalah undang-undang sebaliknya ia lebih kepada politik.

Katanya, ia mendapat tarikan kerana rakyat akan memahami isu yang dipertikaikan jika diterangkan kepada mereka.

“Rakyat akan menyokong dakwaan itu jika kita boleh menjelaskan kepada mereka bagaimana mereka disajikan dengan pembohongan selama ini,” katanya merujuk kepada pembohongan mengenai sempadan perairan maritim antara Kelantan dan Terengganu.

Beliau mempersoalkan mengapa saluran paip gas dari Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand perlu disalurkan ke Narathiwat, Thailand, dan bukannya ke Kota Bharu.

“Kami akan menjelaskan bahawa pemimpin PAS tidak berguna, sama seperti Menteri Persekutuan. Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan PAS selama 30 tahun mereka berkuasa untuk mendapatkan royalti minyak yang menjadi milik kita?

“Tidak diketahui ahli politik ini ada memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Saya memberitahu orang Kelantan terang-terang bahawa tidak kira parti politik mana mereka atau mereka bukan politik.

“Apa yang penting ialah mereka bersetuju dengan tuntutan tunggal supaya royalti minyak diberikan negeri-negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan. Minyak jangan sekali lagi digunakan untuk memeras ugut rakyat Kelantan dalam membuat keputusan politik,” katanya.

Katanya, banyak bukti bahawa orang Kelantan boleh menjadi pemimpin dalam perniagaan dan usahawan berjaya jika diberi peluang.

“Manfaat daripada royalti minyak akan memakmurkan rakyat di Kelantan dan Terengganu, sekali gus. Bagaimana kita boleh ke sana? Apa yang kita perlukan hanyalah 14 lelaki dan wanita yang berani untuk melakukannya pada PRU15 ini,” tulisnya.

5G: Bagaimana projek RM20 bilion, menteri tidak dapat pertahan rasionalnya?

 


Projek perbekalan perkhidmatan 5G yang diberikan kepada syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) dengan kos menghampiri RM20 bilion amat kabur apabila pihak kerajaan sendiri tidak dapat mempertahankan rasionalnya.


Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, projek perbekalan spektrum 5G itu berkemungkina besar mengulangi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sama ada dari segi skala, modal dan juga barisan syarikat kroni yang terlibat.


"(DNB) cadangan kerajaan semasa Tan Sri Muhyiddin lagi untuk tubuhkan, perkenalkan sitem 5G, bunyinya sebagaimana kita tahu amat baik dan lunak. Tetapi kosnya mencecah, RM15 - RM 18 bilion.


"Kita tak tahu apa, kita dah kemukakan hujah umpamanya mengapa perlu satu badan khas, orang tengah untuk sampai ke Microsoft umpamanya yang boleh ditembusi secara langsung.


"Keduanya kos, ketiga siapa yang dipilih, syairkat mana, keluarga siapa, kroni siapa? Selagi tidak telus ia dibimbangani akan jadi satu lagi 1MDB.


"Kita baru sahaja bahas 1MDB ini, belum pun selesai hutang RM30 bilion, sekarang 5G pula," katanya dalam sidang media ketika menerima memorandum bantahan projek 5G di luar bangunan Parlimen, pagi tadi.


Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, Dewan Rakyat seharusnya menyediakan jadual khas untuk membahaskan secara panjang lebar mengenai projek 5G berkenaan.


Bagaimanapun, dalam perbahasan terhad sebelum ini Anwar kecewa kerana banyak persoalan tidak dijawab oleh menteri yang berkenaan.


"Menteri Komunikasi jawab sebahagiannya dia tak tahu, Muhyiddin jawab ini dah dibentangkan, tetapi tak ada maklumat teliti. Bagaimana projek RM20 bilion kita tak tahu dan tidak dapat pertahankan dari segi rasionalnya?" tanya Anwar


Selain itu, projek 5G tersebut katanya, hanya mengutamakan akses bagi orang di bandar dan bukannya luar bandar. Sebagaimana 4G pun masih tidak dinikmati oleh masyarakat luar bandar dan lagi di pendalaman.


"Jadi orang Melayu di kampung, di pedalaman Sabah Sarawak nak tunggu sampai bila, sudahlah 4G pun tak dapat.


"Sekarang dasar semuanya memihak kepada golongan kaya. Kuota pun untuk orang atasan, tidak orang miskin. B40, bukan miskin bandar.


"Rakyat mesti bangkit. Saya fikir tidak boleh kita biar elit kerajaan tentukan semua perkara," katanya lagi.

 


PESAN RONNIE LIU BUAT RAKAN DAPIG NYA YANG MASIH TIDAK SEDAR TENTANG BAHAYANYA SAKA TUA PUNYA PERANCANGAN


Police summons Ronnie Liu for questioning after Raub court fracas

Ronnie Liu

Dec 13, 2021
1. Adun Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli-ahli parti berkenaan.
2. Liu berkata terdapat segelintir individu dalam parti itu yang tetap 'setia membuta tuli' kepada Mahathir walaupun dia memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kerana keenganannya menyerahkan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.
3. “Saya rasa selepas pertelingkahan antara Tun (Mahathir) dan Tony ini, semua orang DAP yang masih sayangkan Mahathir mungkin mula berfikiran berbeza.
4. “Selepas melihat bagaimana Mahathir menghentam Tony secara terbuka, mereka kini mungkin sedar apa yang saya katakan tentang Mahathir selama ini adalah benar.
5. "Mereka ini mungkin mula menjauhkan diri daripada Mahathir. Saya rasa tiada lagi swafoto," kata Liu kepada Malaysiakini.
6. Liu berkata semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, dia berulang kali bersuara menentang Mahathir kerana mengabaikan janji-janji untuk melakukan perubahan dan mewujudkan permusuhan dalam gabungan parti itu demi kepentingan dirinya sendiri.
"Saya buat bising ketika itu, tapi semuanya sia-sia. Ini takkan berlaku jika sesetengah mereka menyertai saya untuk bersuara.
"Kini sudah terlambat untuk sedar bahawa Mahathir adalah tidak bagus untuk DAP dan tidak bagus untuk PH. Sudah terlambat," keluhnya.
7. Liu hampir berdepan tindakan tatatertib apabila lantang mengkritik Mahathir ketika dia menjadi perdana menteri kali kedua.
“Saya diberi tiga surat tunjuk sebab berturut-turut kerana mengkritik Mahathir atau bersuara menentang kesilapan yang dilakukan oleh PH.
8. “Jika tidak kerana sokongan besar akar umbi DAP, saya sudah disingkirkan,” tambahnya.
9. Liu berkata, beberapa rakannya daripada parti itu telah 'dibutakan dan terpesona' dengan kedudukan mereka agar bersikap tunduk dalam kerajaan.
10. Katanya lagi, apabila kerajaan tumbang, mereka enggan mengakui bahawa mereka telah ditipu dan perdana menteri yang mereka pilih sendiri telah "menjual" gabungan itu.
11. “Sesetengah orang di luar sana beritahu saya bahawa Mahathir berjaya mendiamkan kepimpinan PH dengan menggunakan taktik dengan mengula-gulakan mereka.
12. "Mereka kata Mahathir selalu mengugut untuk memecat menteri dan timbalan menteri untuk menutup mulut mereka. Mungkin ada kebenarannya," kata Liu.
13. Katanya, mungkin inilah sebabnya rakan-rakannya dalam DAP yang dahulunya dilihat 'berapi-api', diam membisu apabila Mahathir menerima ahli parlimen Umno untuk menyertai Bersatu, menyantuni sokongan PAS dan menghadiri Kongres Maruah Melayu yang kontroversi.



MAKAN GUNA COPSTICK TAK HARAM..SOKONG, MAKAN RASUAH,SEKONGKOL ,MAKAN GAJI BUTA ITU HARAM DAN HARAMJADAH

 

Halus tapi sangat bermakna.


darul shabab: CHOPSTICK SUNNAH RASULLALLAH SAW


Maksud DS Anwar mudah. Islam tak haramkan penggunaan chopstick. Sehingga seorang ilmuan seperti Imam Daud Ting sendiri menghadiahkan beliau sepasang chopstick.
Orang Melayu dan Islam yang pandai berfikir pasti faham. Usah polemikkan isu chopstick ini. Ia hanya berkait dengan adat dan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan aqidah, teruskanlah.
Makan guna chopstick tidak haram. Bahkan yang haram adalah makan rasuah atau makan gaji buta, atau makan gaji dari penguasa yang zalim dengan syarat buat-buat buta pada kezaliman penguasa.
Termasuk yang haram apabila gunakan chopstick untuk dijadikan isu dan menghasut kebencian kaum dengan niat untuk dapatkan kuasa. Itu jelas haram.

KELAKARNYA DAPIG


 Kelakar la DAP ni. Masih nak harap Mahathir lead PH? Dah kena caci maki begitu punya teruk pun masih gila talak ke Mahathir?

Semalam aku baca komen ada penyokong DAP yang salahkan DS Anwar sebab terpedaya dengan Mahathir. Tapi siapa yang terpedaya sebenarnya?
Kalau DAP nak sangat Mahathir, kita bagi sajalah. Keadilan boleh gerak solo. Kalau Keadilan gerak solo, aku janji akan daftar sebagai ahli Keadilan.

Kerajaan terpaksa tanggung kos RM136,136 sebulan untuk bayar penasihat Ismail Sabri

 

Panas! Kerajaan terpaksa tanggung kos RM136,136 sebulan untuk bayar penasihat Ismail Sabri

Kos RM136,136 sebulan adalah lebih tinggi daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang mentadbir sebelum Ismail Sabri.

Muhyiddin juga mempunyai empat orang penasihat dengan gaji RM27,227.20 sebulan, kecuali Dr Jemilah Mahmood (penasihat khas kesihatan awam) yang diberi gaji RM18,204.67.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM99,886.27 sebulan.

Semasa Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan, dia mempunyai empat orang penasihat.

Mereka ialah Daim Zainuddin yang tidak mengambil gaji, Abdul Kadir Jasin yang menerima RM9,038 sebulan, Tan Kok Wai yang dibayar RM18,204.67 sebulan dan Muhammed Abdul Khalid yang diberi RM19,610.33 sebulan.

Kos keseluruhan sebanyak RM46.853 sebulan.

Pemegang rekod ialah Najib Razak yang berkhidmat sebagai perdana menteri keenam dari 2009 ke 2018.

Dia mempunyai seramai 16 orang penasihat. Jumlah yang besar itu sebahagiannya disebabkan oleh tempoh perkhidmatannya yang panjang selama sembilan tahun.

Mereka berkhidmat pada tempoh berbeza tetapi ketika kemuncaknya pada 2018, Najib mempunyai seramai 10 penasihat khas aktif yang menerima gaji keseluruhan RM244,791.65 sebulan.



"Pengajaran ada di seberang tambak. Kenapa tak ambil?"

 

Ramai saja anak Melayu yang muda bersuara begitu. Tapi pengajaran apa? Pengajaran yang Melayu disisipkan? Atau pengajaran yang Melayu di sana lupa jati diri?
Biar aku beritahu apa pengajaran yang boleh diambil dari apa yang berlaku di Singapura.
Pertama sekali, pemimpin Melayu bodoh! Mereka tak pandai mentadbir, tak mempunyai wawasan dan tak berfikiran jauh.
Mereka cuma tahu berebut kuasa. Bila sudah bergaduh sesama mereka, British datang tawarkan bantuan dengan Singapura jadi barang gadaian, cepat saja setuju.
Alah... Singapura itu pulau, apa yang ada? Janji aku kekal berkuasa. Dan itulah jadinya!
British yang kuasai Singapura. British yang mahu Singapura jadi pulau antarabangsa. British yang bawa buruh dan peniaga dari China untuk kembang ekonomi Singapura. Itu ceritanya.
Hari ini yang muda dan buta sejarah, bodoh je tuduh konon orang Cina singkirkan Melayu. Sedangkan Melayu dah lama disingkirkan oleh pemimpin mereka yang sendiri terlalu asyik berebut kuasa!
Bukan setakat Singapura. Pulau Pinang dan Seberang Prai juga mengalami nasib yang sama. Digadai demi bantuan untuk kekal kuasa.
Semua negeri Melayu, bersekutu dan tak bersekutu, semuanya masuk dalam jajahan British kerana pemimpin Melayu ketika itu kerjanya nak berebut takhta dan kuasa.
Memerintah tak reti. Lepas tu tamak. Askar lemah. Bila British datang, tak baca syarat sanggup saja terima. Asalkan kekal duduk atas takhta.
Sampai sanggup serahkan kuasa sendiri kepada British kerana takut British lantik orang lain sebagai pemerintah. Itu sifat yang orang Melayu nak banggakan?
Apa pengajaran yang dapat diambil daripada apa yang berlaku di Singapura?
Tiada. Sebab orang Melayu tak reti belajar daripada pengalaman. Orang Melayu cuma pandai salahkan orang lain. Itu sahaja.

KHALID SAMAD DAKWA TANAH DI KAMPUNG BARU ANTARA RM 850-RM 1000 KAKI PERSEGI.

 

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menegaskan, nilai tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu adalah antara RM850 hingga RM1,000 sekaki persegi sebagaimana nilai tanah di Kampung Bharu di bawah Malay Agriculture Setlement atau Mas.

Ini kerana, katanya, Kampung Sungai Baru terletak di sebelah Kampung Bharu dan di sebelah Segitiga Emas (Golden Triangle), Kuala Lumpur.


Kedudukan Kampung Sungai Baru antara Kampung Bharu dan KLCC di kawasan Golden Triangle, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Shah Alam itu  mengaku dan tahu Kampung Sungai Baru bukan dalam kawasan Mas tetapi ia berhampiran Segitiga Emas (Golden Triangle) Kuala Lumpur.


seperti Mas yang cukup ketat misalnya ang Melayu. Tu sekatan-sekatan yang cukup berat,” kata Khalid.

Tetapi yang kurangnya Kampung Sungai Baru ini adalah lease hold, kata Khalid.

“Tetapi tiada sekatan yang seberat kawasan Mas maka harganya mestilah dalam lingkungan RM850 ke 1,000 sekaki persegi seperti yang saya tawar dulu untuk kawasan Mas,” kata Khalid.

Khalid berkata demikian ketika mengemukakan usul tergempar di bawah Perkara 18 (2) di Dewan Rakyat yang bersidang di Kamar Khas petang semalam. 

“Ia tidak mempunyai sekatan-seka tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu malah nak sewa pun kena orang Melayu.

“Nak sewa rumah, bangunan dalam kawasan Mas pun mesti orang Melayu. Tu sekatan-sekatan yang cukup berat,” kata Khalid.

Tetapi yang kurangnya Kampung Sungai Baru ini adalah lease hold, kata Khalid.

“Tetapi tiada sekatan yang seberat kawasan Mas maka harganya mestilah dalam lingkungan RM850 ke 1,000 sekaki persegi seperti yang saya tawar dulu untuk kawasan Mas,” kata Khalid.

Khalid berkata demikian ketika mengemukakan usul tergempar di bawah Perkara 18 (2) di Dewan Rakyat yang bersidang di Kamar Khas petang semalam. 

“Ia tidak mempunyai sekatan-sekatanUsul itu dibincangkan semalam di Kamar Khas dengan dihadiri oleh wakil-wakil rakyat dari Kuala Lumpur dan dijawab oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Datuk Seri Shaidan Kassim.

Usul ini dikemukakan berikutan tindakan kerajaan memberikan kebenaran kepada pemaju menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah itu secara paksa dengan diberikan pampasan.

Media melaporkan, tanah itu dinilai debngan harga hanya RM400 sekaki persegi sahaja manakala pemilik unit di flat di situ hanya diberikan pampasan sekitar RM240,000 se unit sahaja.

Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid membuat tawaran untuk kerajaan membeli tanah Kampung Bharu di bawah Mas dengan harga RM1,000 sekaki persegi.

Namun ia dicerca oleh pelbagai pihak termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata, tanah di sebelah Kampung Bharu iaitu di KLCC bernilai RM3,000 sekaki persegi.

“Dahulu saya dituduh brokerlah, nak halau Melayu dari bandar, tuntut harga RM3,000 sekaki persegi, ini semua mainan politik yang songsang dan tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak hendak buat kerja-kerja macam itu ye, ini bukan cara kita,” kata Khalid dalam usulnya petang semalam.

DIA KATA PADA UMNO..TAPI UMNO FAHAM KE TIDAK ?

 

HAMDAN TAHA


Dia kata ke umno hahaha umno sedar ke tak tak tahu la...umno.dan parti yang dah tak ada ni berpeluk bila jumpa tapi dalam hati masing masing tak ikhlas dan saling membenci....hubungan yang sifatnya munafik pembohong...dua dua sama iaitu umno dan parti yang tak ada dalam pilihanraya ni...jadi apa guna bersama...


Pas tidak perlu tumpang parti lain, bahkan jadi tempat 'penyelamat' - Hadi Awang

astroawani.com
Pas tidak perlu tumpang parti lain, bahkan jadi tempat 'penyelamat' - Hadi Awang
Presiden Pas itu menegaskan, partinya turut menjadi tempat bergantung kepada parti lain yang ingin menyelamatkan diri.

(BERGAMBAR ) ANWAR MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA DI PARLIMEN

May be an image of 3 people and people standingMay be an image of 7 people, people standing, suit and indoor

May be an image of 6 people, office and indoor


Menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee di Parlimen hari ini.

Perbincangan kami menyentuh pelbagai isu dan cabaran di rantau ini termasuk soal demokrasi dan hak asasi manusia serta isu pakatan keselamatan AUKUS.
Malaysia dan Australia adalah rakan dagang yang erat dan juga dalam lapangan-lapangan lain, dan semestinya hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuh demi rakyat kedua-dua negara.