KHALID SAMAD DAKWA TANAH DI KAMPUNG BARU ANTARA RM 850-RM 1000 KAKI PERSEGI.

 

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menegaskan, nilai tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu adalah antara RM850 hingga RM1,000 sekaki persegi sebagaimana nilai tanah di Kampung Bharu di bawah Malay Agriculture Setlement atau Mas.

Ini kerana, katanya, Kampung Sungai Baru terletak di sebelah Kampung Bharu dan di sebelah Segitiga Emas (Golden Triangle), Kuala Lumpur.


Kedudukan Kampung Sungai Baru antara Kampung Bharu dan KLCC di kawasan Golden Triangle, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Shah Alam itu  mengaku dan tahu Kampung Sungai Baru bukan dalam kawasan Mas tetapi ia berhampiran Segitiga Emas (Golden Triangle) Kuala Lumpur.


seperti Mas yang cukup ketat misalnya ang Melayu. Tu sekatan-sekatan yang cukup berat,” kata Khalid.

Tetapi yang kurangnya Kampung Sungai Baru ini adalah lease hold, kata Khalid.

“Tetapi tiada sekatan yang seberat kawasan Mas maka harganya mestilah dalam lingkungan RM850 ke 1,000 sekaki persegi seperti yang saya tawar dulu untuk kawasan Mas,” kata Khalid.

Khalid berkata demikian ketika mengemukakan usul tergempar di bawah Perkara 18 (2) di Dewan Rakyat yang bersidang di Kamar Khas petang semalam. 

“Ia tidak mempunyai sekatan-seka tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu malah nak sewa pun kena orang Melayu.

“Nak sewa rumah, bangunan dalam kawasan Mas pun mesti orang Melayu. Tu sekatan-sekatan yang cukup berat,” kata Khalid.

Tetapi yang kurangnya Kampung Sungai Baru ini adalah lease hold, kata Khalid.

“Tetapi tiada sekatan yang seberat kawasan Mas maka harganya mestilah dalam lingkungan RM850 ke 1,000 sekaki persegi seperti yang saya tawar dulu untuk kawasan Mas,” kata Khalid.

Khalid berkata demikian ketika mengemukakan usul tergempar di bawah Perkara 18 (2) di Dewan Rakyat yang bersidang di Kamar Khas petang semalam. 

“Ia tidak mempunyai sekatan-sekatanUsul itu dibincangkan semalam di Kamar Khas dengan dihadiri oleh wakil-wakil rakyat dari Kuala Lumpur dan dijawab oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Datuk Seri Shaidan Kassim.

Usul ini dikemukakan berikutan tindakan kerajaan memberikan kebenaran kepada pemaju menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah itu secara paksa dengan diberikan pampasan.

Media melaporkan, tanah itu dinilai debngan harga hanya RM400 sekaki persegi sahaja manakala pemilik unit di flat di situ hanya diberikan pampasan sekitar RM240,000 se unit sahaja.

Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid membuat tawaran untuk kerajaan membeli tanah Kampung Bharu di bawah Mas dengan harga RM1,000 sekaki persegi.

Namun ia dicerca oleh pelbagai pihak termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata, tanah di sebelah Kampung Bharu iaitu di KLCC bernilai RM3,000 sekaki persegi.

“Dahulu saya dituduh brokerlah, nak halau Melayu dari bandar, tuntut harga RM3,000 sekaki persegi, ini semua mainan politik yang songsang dan tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak hendak buat kerja-kerja macam itu ye, ini bukan cara kita,” kata Khalid dalam usulnya petang semalam.

No comments: