Ramai saja anak Melayu yang muda bersuara begitu. Tapi pengajaran apa? Pengajaran yang Melayu disisipkan? Atau pengajaran yang Melayu di sana lupa jati diri?
Biar aku beritahu apa pengajaran yang boleh diambil dari apa yang berlaku di Singapura.
Pertama sekali, pemimpin Melayu bodoh! Mereka tak pandai mentadbir, tak mempunyai wawasan dan tak berfikiran jauh.
Mereka cuma tahu berebut kuasa. Bila sudah bergaduh sesama mereka, British datang tawarkan bantuan dengan Singapura jadi barang gadaian, cepat saja setuju.
Alah... Singapura itu pulau, apa yang ada? Janji aku kekal berkuasa. Dan itulah jadinya!
British yang kuasai Singapura. British yang mahu Singapura jadi pulau antarabangsa. British yang bawa buruh dan peniaga dari China untuk kembang ekonomi Singapura. Itu ceritanya.
Hari ini yang muda dan buta sejarah, bodoh je tuduh konon orang Cina singkirkan Melayu. Sedangkan Melayu dah lama disingkirkan oleh pemimpin mereka yang sendiri terlalu asyik berebut kuasa!
Bukan setakat Singapura. Pulau Pinang dan Seberang Prai juga mengalami nasib yang sama. Digadai demi bantuan untuk kekal kuasa.
Semua negeri Melayu, bersekutu dan tak bersekutu, semuanya masuk dalam jajahan British kerana pemimpin Melayu ketika itu kerjanya nak berebut takhta dan kuasa.
Memerintah tak reti. Lepas tu tamak. Askar lemah. Bila British datang, tak baca syarat sanggup saja terima. Asalkan kekal duduk atas takhta.
Sampai sanggup serahkan kuasa sendiri kepada British kerana takut British lantik orang lain sebagai pemerintah. Itu sifat yang orang Melayu nak banggakan?
Apa pengajaran yang dapat diambil daripada apa yang berlaku di Singapura?
Tiada. Sebab orang Melayu tak reti belajar daripada pengalaman. Orang Melayu cuma pandai salahkan orang lain. Itu sahaja.