TENGAH KALUT RAKYAT DENGAN COVID DAN HILANG PEKERJAAN....SEMPAT LAGI...

FAEZUDDIN PUAD


1. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media sebentar tadi mengesahkan bahawa projek pembinaan dewan di Pagoh bernilai RM35,435,992 adalah benar.


2. Saya sebenarnya berharap sangat surat yang tular ini palsu kerana jumlah RM35.4 juta adalah sangat besar terutamanya dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.


3. Padangan saya, tersangatlah molek jika wang RM35.4 juta disalurkan kepada Kementerian Kesihatan sama ada menambah baik fasiliti hospital, menambah kakitangan kontrak atau menambah ubat-ubatan berkaitan supaya dapat memberi nilai tambah kepada keupayaan sedia ada dalam menguruskan pesakit-pesakit Covid-19.


4. Atau digunakan untuk membeli vaksin tambahan.


5. Atau beri tambahan wang saguhati kepada frontliners kita sebagai penghargaan kepada pengorbanan mereka berkerja siang malam 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti.


6. Atau disalurkan untuk membeli bantuan bakul makanan kepada asnaf dan tambahan bantuan kewangan kepada peniaga-peniaga yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 2.0.


7. Atau apa jua inisiatif yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan semasa kita semua pada hari ini.


8. Bina dewan bukanlah satu kesalahan cuma pada waktu ini ianya sangat tidak sesuai dan bukan satu keperluan mendesak.


Wallahualam.



 

MUHYIDDIN ZALIM TIDAK LETAK JAWATAN, RAKYAT JADI MANGSA KEANGKUHANNYA


Muhyiddin....ngaku je la dah tak mampu.  Covid semakin tinggi, sokongan kpd hang pun semakin kurang hingga langsung x capai majaroti langsung sbg PM.  Sbb itu Islam ajar, nak lantik Imam solat pun kena pilih yg sihat, segar, selain dari berilmu.  


Sedangkan kamu, dah ditakdirkan uzur, sakit, dan tiada ilmu serta keupayaan langsung memimpin, pastu khianat pulak semata2 nak juga jadi PM.  Sekarang, apa telah jadi?  Negara dan rakyat semakin menderita hanya kerana memuaskan nafsu dan ketamakan kamu.  lebai2 pula seronok sebab mereka ada jawatan menteri yang tidak pernah mereka impikan selama ini.  Mereka peduli apa tentang keabsahan sesebuah kerajaan.  Khianat dah jadi harus buat lebai asalkan menguntungkan mereka.  Peduli apa mereka tentang hukum?


Muhyiddin, letaklah jawatan, beri kepada yg segar dan berkeupayaan.  Jangan rakus.  Kesihanilah rakyat.  Allah tidak akan turunkan keberkatan kpd pemimpin yg berkuasa melalui pengkhianatan.  Sehari beribu kali kamu berdoapun, tiada gunanya selagi hak rakyat tidak kamu kembalikan.  Bayangkan jika kamu mati dalam keadaan khianat dan disumpah maki oleh rakyat?  Kamu suka? 


WFAUZDIN NS



JIKA TIADA PAU 31 JANUARI NANTI, UMNO TAK HARUS BERTANGGUH LAGI BERTINDAK KELUAR KERAJAAN


Sehingga ini belum ada kepastian lagi sama ada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU pada 31 Januari depan ditangguhkan atau diteruskan.


Sementara PKP 2.0 yang dilaksanakan di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekarang akan berakhir pada 26 Januari, perintah darurat pula berkuatkuasa sehingga 1 Ogos.


Dalam hal ini, jika PKP dilanjutkan lagi selepas 26 Januari nanti, ada kemungkinan PAU akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain.


Kalau PKP tidak dilanjutkan, barangkali tiada masalah untuk PAU diteruskan seperti dijadualkan kerana darurat difahamkan tidak menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.


Yang dikuatkuasakan dalam darurat ini hanyalah penggantungan Parlimen dan tiada pilihanraya dibenarkan.


Sebagaimana bukan lagi rahsia, PAU tahun ini adalah detik penting di mana ia sepatutnya menjadi medan memuktamadkan putusnya hubungan UMNO dengan Bersatu dalam PRU akan datang.


Bersekali dengan keinginan UMNO mendesak agar PRU disegerakan, PAU tahun ini juga dipercayai akan menyetujui tindakan susulan agar semua Ahli Parlimen UMNO keluar dan meletak jawatan daripada kerajaan.


Tetapi, oleh kerana cubaan UMNO itu telah dikekang oleh Muhyiddin Yassin dengan mencadangkan kepada Yang Dipertuan Agong agar darurat dikuatkuasakan dengan alasan untuk menangani Covid19, selain PKP diperintahkan, segala-galanya kini jadi tidak ketahuan.


Apa lagi dalam tempoh darurat yang dikuatkuasakan sekarang ini, di samping Parlimen digantung, apa-apa pilihanraya juga tidak dibenar diadakan.


Ini bermakna, jika pun PAU akan diadakan dan keputusan menamatkan hubungan dengan Bersatu serta tindakan keluar kerajaan diambil, UMNO perlu menunggu sehingga selepas 1 Ogos untuk berdepan PRU15.


Keadaan itu mungkin mencetuskan perbalahan di kalangan Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan kerana mungkin ada di antara mereka tentunya terasa sayang untuk melepaskan jawatan menteri dan timbalan menteri sehingga menunggu PRU diadakan selepas 1 Ogos nanti.


Lalu, apa yang sepatutnya UMNO lakukan?


Sebenarnya, kali inilah akan menguji ketegasan dan keteguhan pendirian UMNO susulan 189 daripada 191 UMNO bahagian-bahagian seluruh negara sudah pun meluluskan usul memutuskan hubungan dengan Bersatu.


Tambahan lagi, dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri memberitahu, mesyuarat MT UMNO pada 6 Januari lalu telah bersetuju dengan usul untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15 akan datang.


Bagaimanapun, tambah beliau, keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung UMNO 31 Januari depan.


Oleh kerana sekarang keadaan tidak menentu sama ada PAU dapat diadakan atau tidak, UMNO seharusnya kekal dengan pendirian menjadikan 31 Januari sebagai tarikh putusnya hubungan parti itu dengan Bersatu.


Tidak kira baik melalui PAU atau sidang media secara terbuka, UMNO tidak harus berganjak lagi dengan pendiriannya yang mahu menjatuhkan Muhyiddin yang sudah pun diketahui di seluruh dunia itu.


Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan seluruh MT UMNO serta Najib Razak sebagai Pengerusi BNBBC, mesti tampil pada 31 Januari nanti dengan pengumuman rasmi mengumumkan putusnya hubungan parti itu dengan Bersatu, menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan seterusnya keluar daripada kerajaan.


Meski dalam keadaan darurat, penarikan sokongan dan keluar daripada kerajaan secara rasmi itu akan membuatkan Muhyiddin secara rasmi juga hilang sokongan dan PN jatuh sebagai kerajaan.


Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan tidak menyokong Muhyiddin, disusuli Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz menarik sokongan baru-baru ini sebenarnya belum secara rasmi menjatuhkan kerajaan PN, walaupun dari segi matematik dan moral, Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.


Selepas secara rasmi Muhyiddin tiada lagi sokongan, kebijaksanaan Agong adalah diharapkan selepas itu untuk melantik Perdana Menteri dan kerajaan baru bagi menguruskan negara.


Ketika darurat, sementara Parlimen digantung dan PRU tidak boleh diadakan, Istana Negara tentu saja tidak ditutup untuk Agong menasihati Muhyiddin yang sudah hilang majoriti agar meletak jawatan dan kemudian melantik pemimpin lain yang baginda yakini memiliki sokongan majoriti sebagai pengganti baru Perdana Menteri.


Hanya dengan segera meninggalkan kerajaan dapat mengelakkan UMNO daripada terus dilumpuh dan akhirnya dimatikan oleh Bersatu. 

(Shahbudindotcom 16/01/2021)


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PEJUANG Pro Rakyat yang sangat ditakuti oleh KA...



DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PEJUANG Pro Rakyat sejak di usia muda dan sangat ditakuti oleh KAPITALIS serta politikus Korup & Kurap. Pelbagai FITNAH tak masuk akal ditimpakan ke atas dirinya tapi dia masih tegak berdiri.
Disenangi Ulama', para cendikiawan dan pemimpin dunia tapi dibenci sebahagian pemimpin dan Rakyat negara sendiri.
- Zus Din
16 Januari 2021




DALIL GUNA NAMA RASULLULLAH PULAK ? ATAU ADAKAH MAKAN GAJI BUTA?

 


BON KELANANG

PAPA nak beritahu la kepada sekalian walaun bahawasanya Nabi Muhammad xmakan gaji buta…

KOH KOH KOH… !@#$%^&* PUNYA  lobai!!

 Image may contain: 3 people, text that says "i KABANSARAWAK.COM Kelompok yang menolak Proklamasi s darurat disifatkan menolak Sunnah Rasuluallah Had..."

GOLONGAN KAYANGAN YANG SETIASA BERKUASA...

 


Polis dedah program “ayam beku percuma” anjuran Umno Putrajaya tak dapat permit

Polis dedah program “ayam beku percuma” anjuran Umno Putrajaya tak dapat permit

Polis hari ini mendenda penganjur program “pengedaran ayam beku percuma” yang berlangsung di Putrajaya pada hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata, program itu tidak mendapat kelulusan polis dan Putrajaya ketika ini berada di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Program pengedaran ayam beku percuma itu dibuat secara pandu lalu dengan konsep first come first serve dan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kehadiran ramai orang di lokasi program.

“Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan dalam kalangan hadirin serta Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi oleh pihak penganjur dan orang awam yang hadir,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Fadzil penganjur dikompaun di bawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang menyenaraikan kesalahan umum di bawah Akta tersebut.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi tujuan membendung seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini,” katanya.

Kawasan Presint 9, Putrajaya dilaporkan dikerumuni orang ramai pada hari Khamis lalu kerana program “pengedaran ayam beku percuma” yang dianjurkan oleh Pemuda Umno Putrajaya.

Gambar kesesakan lalu lintas menunjukkan kereta dan motosikal beratur panjang untuk mendapatkan ayam beku percuma tular di media sosial. Ini telah mencetuskan kebimbangan netizen mengenai kluster Covid-19 baru digelar ‘kluster ayam beku’.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/559207?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2pqxHc5UbNa_veQWk53xw6WlN5Zl6rK0OJmuvnEHsJAYFu19dgCvKvH8g

“Pakaian dalam mewah juga barangan keperluan masa PKP ke?” sindir Najib

 


“Pakaian dalam mewah juga barangan keperluan masa PKP ke?” sindir Najib

Najib Razak hari ini secara sinis menyindir keputusan kerajaan yang memberikan kebenaran beroperasi kepada kedai yang dianggap bukan keperluan asas rakyat.

Melalui media sosial bekas perdana menteri itu berkata ada pihak yang bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan syarikat gergasi perabot Sweden, Ikea, serta kedai emas beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) berlangsung.

“Macam-macam alasan diberi. Kedai perabot dibuka sebab mungkin ada keperluan ganti perabot yang musnah dalam banjir.

“Malah, kedai emas dibuka kerana ada setengah kedai emas yang juga beli emas dan ini perlu sebab mungkin ada mereka yang memerlukan cash (tunai) segera,” katanya.

Sebab itu, kata ahli parlimen Pekan itu lagi, dia tidak sabar untuk membaca apa alasan penyokong PN mengenai kebenaran beroperasi yang diberikan kerajaan kepada kedai pakaian dalam mewah terkenal Victoria’s Secret.

“Pakaian dalam mewah juga barangan keperluan masa PKP ke?” katanya.

Pada 11 Jan lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP ke atas beberapa negeri untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan sehingga 26 Jan sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung.

Jelas Muhyiddin, perintah itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu, PKP dikenakan ke atas lima buah negeri dan tiga wilayah persekutuan iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

PKP bersyarat (PKPB) pula dikenakan ke atas Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Bagaimanapun Kelantan dikenakan PKP mulai semalam.

Semalam, Najib mempersoalkan keputusan kerajan membenarkan perniagaan besar terus beroperasi tetapi pada masa sama peniaga kecil tidak dibenarkan berbuat demikian.

Najib berkata, kerajaan perlu adil kepada semua pihak, serta mempersoalkan apakah gedung perabot itu termasuk dalam perkhidmatan perlu (essential service).



PUNYA LA LIPAS KALUT..BUKAN APA TAKUT KERAJAAN TUMBANG KAH

 

BOB KELANANG 

Masa guling depan kereta Sultan Perak, tak derhaka pulak. Masa engkar perintah Sultan mengadap, tak derhaka pulak. Masa bantah Agong bagi pengampunan kat Anwar, tak derhaka pulak.

Tetiba masa Anwar mintak tamatkan awal perintah Darurat utk bincang masalah rakyat, jadi derhaka. Kah kah kah. Padahal dah terang² Darurat ni boleh ditamatkan sebelum Ogos 2021. Haaa itulah politik. Tak berdosa menentang PAS & kehendak politikusnya.

Apa²pun, antum dah pam tayar belum? Ana belum pam lagi.

 Image may contain: car and outdoor, text that says "Air dan Angin DAY 50"

ANWAR PM INTERIM?

 

Image may contain: 1 person


BOB KELANANG

Oleh kerana Muhyiddin sahih hanya tinggal 109 sokongan setakat hari ini, ertinya Muhyiddin tidak lagi layak jadi PM. Apabila darurat diistiharkan, maka Umno desak agar PM interim dilantik sehingga ada PM baru yang punyai majoriti diangkat sebagai PM baru atau diadakan PRU15.

Siapa paling layak untuk diangkat sebagai PM interim?

Jawapannya, adalah Anwar Ibrahim.

Kenapa?

Pertamanya, Anwar adalah Pengerusi PH dan PH adalah pilihan rakyat pada PRU14 yang lalu sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik.

Kedua, Anwar telah mengemukakan surat kepada Istana untuk mengadap ke bawah Duli Tuanku bagi membuktikan beliau punyai sokongan majoriti, tetapi proses masih tertangguh. Tindakan Anwar ini meyakinkan kita bahawa Anwar memang punyai sokongan majoriti apatah lagi dengan pengesahan Anuar Musa tentang 'ketulenan' surat dari Presiden Umno.

Sehubungan itu, wajarlah Anwar diangkat sebagai PM interim jika tindakan ini perlu dilakukan walaupun kita masih berharap ada proses yang lebih baik dan berkesan sepertimana Sultan Perak menangani krisis MB Perak baru-baru ini. Tindakan bijak Sultan Perak itu mendapat pujian ramai.

Apa yang penting, kita tidak boleh berterusan dengan keadaan PKP serta darurat dengan situasi ekonomi yang sedang kritikal terus berada di bawah seorang PM yang ternyata gagal DAN tiada majoriti.

 




PARLIMEN HARUS DIBUKA


Image may contain: text that says "10 negara tertinggi kes Covid-19 (23.8 juta juta-2j 2 juta) Tetapi di Malaysia (147.8 ribu kes kenakan DARURAT.. HANYA.. USA, Brazil, Perancis, Itali & Sepanyol isytiharkan Darurat. SR TAK SATU PUN 10 NEGARA ITU GANTUNG FUNGSI PARLIMEN!! KENAPA PERIKATAN NASI NAL GANTUNG PARLIMEN? Adakah sebab Muhyiddin dah hilang majoriti 109?"

FAEZUDDIN PUAD


1. Banyak negara di luar sana kes positif Covid-19 jauh lebih banyak daripada negara kita.

2. Berjuta kes.

3. Mereka juga ada kuatkuasakan perintah kawal pergerakan dan sebahagian negara lain laksanakan darurat untuk bendung penyebaran Covid-19.

4. Tetapi mereka tidaklah sampai membunuh demokrasi dengan menggantung parlimen dan dewan undangan negeri.

5. Ahli-ahli Parlimen negara-negara ini masih berperanan membahas masalah rakyat, mengemukakan pandangan dan menggubal undang-undang tertentu di dewan walaunpun dalam tempoh darurat.

6. Ada semak dan imbang.

7. Saya tak faham, apa la yang Muhyiddin takut sangat jika Parlimen dibuka ketika tempoh darurat?

8. Sebab pasaraya buka, tadika buka, bengkel buka, kilang-kilang buka, restoran pun dibuka. Takkan parlimen ditutup?

9. Kalau majoriti awak tu cukup, nak takut apa? Jadi gentle man sikit la Muhyiddin.

 



BERIKUT ADALAH KAITAN KAJIAN RINGKAS PROKLAMASI DARURAT .MOHON JAWAB KAJIAN RINGKAS INI DAN SEBARKAN.

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan pautan kajian ringkas berkaitan PROKLAMASI DARURAT
Mohon jasa baik tuan/puan untuk jawab kajian ringkas ini dan sebarkan
Demi kebaikan kita bersama



Proklamasi Darurat oleh YDP Agong



PUNYA LA TAKUT HILANG KUASA....

 Image may contain: 1 person, text that says "Azmi @azmi_mhdnr Lain macam Harakah dua tiga hari ni duk meratib kononnya Anwar derhaka pada Agong. Hadi yg jelas baru-baru ni derhaka pada Sultan Perak tu wala'un buat lupa."

Pembukaan sekolah 20 Januari ditangguh, hanya calon peperiksaan dibenar hadir - KPM

 

Astro Awani
Pembukaan sekolah 20 Januari ditangguh, hanya calon peperiksaan dibenar hadir  - KPM
Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.
Menurut satu kenyataan, KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.


Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

TERIMALAH HAKIKAT KERAJAAN YIDDIN TIADA MAJORITI, KEDUTAAN BERI AMARAN PKP/DARURAT AKAN LUMPUHKAN EKONOMI

 


NORMAN RADZUAN 

Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan kecil akn ditutup. Ia sgt2 membimbangkan kata mereka. Mereka meragui atas dasar keperluan apa darurat diperlukan?

Cuba kita flashback secara ringkas bagaimana Covid19 menjadi benteng ampuh utk kerajaan PN bertahan sehingga kini. Jelas apabila kerajaan PN ini stabil maka angka Covid19 pun dilihat menurun.

'Perdana Menteri Sidang Akhbar' sesekali muncul di kaca TV membaca teks pengumuman tanpa soal jawab walaupun dah hampir setahun menjadi PM. Betapa takutnya dia ingin bersoal jawab dgn wartawan apatah lagi wartawan luar negara.

Demi kuasa wang rakyat digunakan utk memberi segala jawatan dgn gaji puluhan ribu hingga ratusan ribu. Maka jadilah kabinet Muhyiddin kabinet obesiti dgn pelbagai pembaziran.

Utk mengelakkan pandangan negatif kpdnya, dia gunakan psikologi popular org Melayu iaitu berdoa. Org Melayu suka kalau bakal menantu boleh baca doa panjang. Maka berdoalah Muhyiddin kononnya inilah PM yg berjiwa Islamik.

Ketika Covid19 sdgkan merebak ke seluruh dunia... PN sibuk berpolitik merampas Perak, Melaka, Johor, Kedah dan kemuncaknya Sabah. Tapi bila pembangkang ingin melakukan perkara yg sama utk mengembalikan mandat rakyat, maka media lidah kerajaan setiap hari dari pagi hingga ke malam mencari Profesor2 Kangkung utk melahirkan persepsi kononnya pembangkang gila kuasa dan tidak fikir soal keselamatan rakyat.

Bermula dgn Anwar Ibrahim apabila mengumumkan pada penghujung Sep lalu beliau telah cukup majoriti. Dua hari selepas itu kes Covid naik mendadak. Setiap malam Anwar difitnah kononnya rakus, gila kuasa, tidak fikir nasib rakyat dan sebagainya.

Menghairankan pada Disember, org Selangor dan KL iaitu dua negeri Zone Merah di mana kes mencecah 1000 sehari masih dibenarkan rentas negeri. Seolah ada udang sebalik batu mengapa rentas negeri dibenarkan...nyata andaian saya itu benar dan terbukti skg... kes melonjak naik kerana pergerakan rentas negeri yg dibenarkan dari negeri Zon Merah.

Malaysia mencecah 4 angka setiap hari angkara tindakan agresif KKM membuat saringan. Bagi saya ia angka yg agak positif (angka yg relevan) berbanding Mac hingga Sep yg lalu. Sebabnya ketika Malaysia hanya mempunyai 10 ribu kes, Singapore telah mencecah 55 ribu kes ketika itu.

Sdgkan pintu sempadan negara sgt terbuka dari laut dan darat. Mustahil kita hanya mempunyai kes yg sedikit apatah lagi sempadan Malaysia dgn Filipina dan Indonesia di Borneo mudah ditembusi melalui jalan tikus atau 'jalan gajah' sekalipun.

Penghujung Dis angka seperti menurun.... tiba2 UMNO mengugut kerajaan PN. Klimaksnya lebih 130 Bahagian UMNO menolak utk bersama kerajaan PN dan mahu MP mereka meletakkan jawatan sebagai Menteri...angka kembali meningkat melebih 2 ribu sehingga mencapai 3ribu.

Sebenarnya bagi saya perancangan ini telah dilakukan dgn sgt sistematik. Covid19 dijadikan senjata ampuh dlm apa jua tindakan yg akn dilakukan.

Cuba anda perhatikan, desas desus Muhyiddin ingin membuat sidang akhbar sudah kita dgr pada hari Jumaat lagi. Yg lucunya dari hari Jumaat, hari Isnin baru pengumuman dibuat. Jika kritikal kenapa tidak dilakukan kadar segera pada Jumaat atau Sabtu.

Sebabnya mudah dlm masa 2/3 hari itu angka mesti menunjukkan ia tinggi utk mempengaruhi rakyat kenapa PKP dan darurat perlu dilakukan.

PKP diumumkan dgn pelbagai alasan. Rakyat terkejut... saya pula terkejut kerana sektor perkilangan, pembinaan dan beberapa lagi dibuka. Kemudian boleh pula satu family beriadah, boleh bersukan, berbasikal dan bermacam mcm lagi. Nampak mcm kerajaan ambil tindakan serius dgn melakukan PKP tetapi SOPnya sgt longgar... nampak tak game ni.

Rupanya PKP itu utk keesokan harinya diumumkan pula darurat... baru nampak real sikit tindakan kerajaan ini betul dan kononnya negara kita dlm saat kritikal. Maaf cakap, saat ini kekaguman saya kpd TS Noor Hisham sudah hampir tiada.

Kata2 Noor Hisham kes boleh melonjak 10ribu sehari pada Mac seperti mengiyakan kenapa perlu dilakukan darurat. Persoalannya bukankah pada Februari vaksin sudah berada di negara kita. Negara lain sibuk bicara soal vaksin kita kebelakang mahu PKP.

Sdgkan di mana suara TS Noor Hisham ketika PN ingin merampas Sabah? Di mana suara beliau ketika Selangor dan KL dlm kawasan Zone Merah , penduduknya bebas merentas negeri sesuka hati. Kenapa skg???

Sebagai individu diberikan kepercayaan sepatutnya Noor Hisham mengambil pendekatan mencegah dari awal bukannya bila parah mahu mengambil tindakan yg menyusahkan rakyat.

Berbalik kpd soal darurat...benar ada beberapa negara juga istihar darurat tetapi Parlimen mereka masih berfungsi. Jelas darurat politik negara kita utk Muhyiddin kekal sebagai kerajaan tanpa majoriti.

Ia sgt memalukan dan tidak bermaruah.Tak mengapalah... yg penting rakyat kena sedar dan ambil ikhtibar. Pengistiharan PKP dan darurat ini hanya menjahanamkan peniaga2 kecil/PKS.

Lihatlah bagaimana kilang, Mall, sektor pembinaan dan bebrapa lagi melibatkan tauke besar masih boleh beroperasi sepenuhnya. Mereka hanya menjaga tauke2 besar. Sedarlah rakyat... jgn tertipu kononnya atas nama agama dan bangsa yg menjadi modal utk mereka terus menipu.

Utk UMNO atau PH jika selepas ini mahu berpakat tidak boleh lagi main ugut atau istihar awal. Buat serangan hendap... dlm peperangan serangan hendap lebih berkesan ketika musuh sdg lalai.

Buat Muhyiddin sampai bila mahu lari... akhirnya kepenatan juga. Terima sahaja anda sudah tiada majoriti... tiada pemimpin mana2 negara di dunia ni mahu menerajui negara di kala dia tidak mempunyai majoriti.

Kita juga memohon utk lantikkan PM Interim kerana Muhyiddin telah kehilangan majoriti. Ia adalah baik utk negara. Kita bimbang sepanjang tahun ini bukan sahaja tiada pelabur malah pelabur yg ada lari ke negara jiran kerana tidak percaya kerajaan sudah tiada majoriti.

Kalian boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan saya. Apa yg saya tulis lahir tulus dari isi hati saya. Barangkali benar barangkali sebaliknya.

 

Perdana Menteri Belanda dan Kabinet Letak Jawatan

 

MALAYSIA TIADA MAJORITI MASIH MAHU BERKUASA


NORMAN RADZUAN

Negara-negara Eropah mereka maju kerana pemikiran mereka maju. Jadi pemimpin politik tidak akn membuatkan mereka kaya. Mereka sgt bertanggungjawab walaupun kes hanya melibatkan kebajikan kanak-kanak.

Jauh berbeza dgn negara kita. Rompak lah harta rakyat ratus juta hingga berbillion tidak mendatangkan masalah. Malah dipanggil Bos ku.

Lebih parah negara kita hilang majoriti masih mahu menjadi PM. Sebab apa? Seronok menjadi 'Raja'. Seronok dgn kuasa boleh menjadi kata raya sdgkan kuasa itu amanah. Aneh pemikiran org Melayu. Mereka hanya takut Anwar, DAP, anjing, babi dan hantu.

Yg pemimpin2 penipu/pengkhianat itu tahu Anwar dan DAP itu hanyalah persepsi yg mudah utk menipu. Yg org bawahan yg mudah ditipu ini kenapa?

 

Image may contain: 3 people, text that says "Government in Netherlands Resigns After Benefit Scandal A parliamentary report concluded that tax authorities unfairly targeted poor families over child care benefits. Prime Minister Mark Rutte and his entire cabinet stepped down. f"






Perangai Muhyiddin Sejak Dulu Lagi

Reformasi 1998: ANWAR MASIH BERHUTANG DENGAN PEJUANG REFORMASI DAN HUTANG ITU HANYA TERBAYAR APABILA BELIAU MENJADI PM






Ada yang masih hidup tetapi ramai juga yang telah pergi sebelum dapat menyaksikan Anwsr dibebaskan dari penjara. Mereka itulah pejuang reformasi tulen yang tidak menuntut apa-apa kecuali ingin melihat Anwar dibebaskan dari penjara dan memimpin reformasi di dalam negara ini.

Kita yang masih bernyawa ini meneruskan perjuangan rakan-rakan kita yang telah pergi menemui Maha Pencipta. Anwar masih berhutang dengan mereka dan kita pula masih berhutang dengan Anwar kerana Anwar telah mengorbankan segalanya, diri dan keluarganya demi sebuah perjuangan reformasi yang kita idamkan.

 

Anwar telah alami penderitaan dan kesengsaraan. Anwar telah difitnah, dizalimi, diseksa, dipukul dan diaibkan bertahun-tahun. Insan yang telah melalui pengalaman buruk ini sudah pasti merasai keinsafan tentang erti kezaliman dan penderitaan. Sudah tentu beliau tidak mahu rakyat dizalimi dan derita kerana beliau telah merasainya.

 

Ayuh, kita tiada pilihan selain dari mengangkat tokoh ini untuk memimpin negara tercinta ini. Kita bantu Anwar untuk membayar segala hutangnya kepada pejuang reformasi terdahulu.

WFAUZDIN NS

 

Covid 19: Peniaga besar dapat bantuan, peniaga pasar malam dibiar merana


Kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa melihat nasib peniaga pasar malam dan uptown yang terjejas teruk berikutan larangan berniaga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan seharusnya memikirkan cara untuk mencari penyelesaian bagi membantu golongan penjaja kecil tersebut yang sejak Mac tahun lalu amat terjejas pendapatan mereka.

"Hari ini apa yang diumumkan kerajaan mereka (penjaja) kurang jelas, melibatkan isu PKP di mana peniaga pasar malam tak dibenar berniaga di bawah undang-undang dan sebagainya.

"Kerajaan Perikatan Nasional bersungguh-sungguh nak bela rakyat. Yang di-Pertuan Agong pun umum darurat sampai bulan Ogos. Ertinya kerajaan tak fikir politik, mereka utamakan nasib rakyat, terutama golongan miskin.

"Hari ini peniaga-peniaga pasar malam, uptown dan lain-lain dalam situasi yang susah. Kalau ambil situasi Perusahaan Kecil dan Sederhana mereka dapat pelbagai bantuan.

"Kilang ada 100 pekerja, umur 40 tahun ke bawah dapat bantuan Perkeso. 40% gaji dibayar Perkeso, umur 60 tahun ke atas 60% gaji dibayar Perkeso.

"Jadi kilang-kilang kurang beban. Bagaimana pula dengan peniaga kecil yang berniaga tepi jalan? Jangan fikir beri bantuan RM3,000 kepada yang ada lesen SSM masalah selesai," katanya dalam sidang media NGO berkenaan.

Menurut Rizduan, kerajaan darurat harus memikirkan satu bentuk pampasan sekiranya peniaga berterusan tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, beliau yakin PKP akan berlanjutan sehingga negara memperolehi vaksin Covid 19 pada bulan Mac.

Sehingga tempoh itu peniaga telah kehabisan wang untuk membeli keperluan hidup.

"Saya yakin PKP tak berakhir dua minggu. Mungkin sampai Mac, tunggu vaksin atau lebih lama. Siapa nak beri mereka makan? Peniaga pasar malam belum dapat apa-apa lagi.

"Kerajaan perlu cari satu solusi termasuk Majlis Keselamatan Negara. Kami minta kaedah bagaimana mahu selesaikan. Golongan mewah dapat pelbagai pampasan dari kerajaan. Syarikat besar dapat geran bantuan dan sebagainya. Mereka boleh survive," katanya.

Selain itu, Mohd Rizduan juga mengingatkan kerajaan bahawa para penjaja juga adalah pengundi. Mereka dan keluarga akan menentukan arah sokongan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti yang perlu diambil kira kerajaan memerintah sekarang.

"Kalau ambil kira penjaja seluruh Malaysia yang berdaftar 1.5 juta orang. Setiap keluarga ada 5 ahli keluarga. Berapa juta? Ini suara besar dan boleh menentukan kerajaan pada PRU 15.

"Saya minta tolong kepada Tan Sri Muhyiddin selesaikan masalah orang miskin ini.

"Kenapa pasar raya boleh buka, ada negeri pasar pagi (pasar basah) boleh beroperasi. Adakah Covid serang orang waktu malam sahaja?

"Golongan penjaja ini melibatkan lebih 1,000 tapak pasar malam. Mesti ada kaedah atau bajet membantu peniaga. Adakah tiap-tiap bulan kerajaan boleh beri RM3,000 pampasan untuk setiap peniaga atau sebagainya. Ini kita perlu kaji," katanya lagi.



Mengapa perlu gantung Parlimen, adakah Covid merebak waktu persidangan?

 


Perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin dengan menggantung persidangan Parlimen menimbulkan tanda tanya ketika badan perundangan seperti mahkamah dan eksekutif dibenarkan bergerak seperti biasa.

Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah tidak rasional kerana akan merosakkan fungsi sistem demokrasi.

"Apakah rasional Parlimen digantung tetapi kabinet ataupun badan eksekutif boleh berfungsi seperti biasa? Ini bermakna semua menteri tidak kehilangan kuasa dan boleh menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

"Begitu juga badan kehakiman boleh berfungsi seperti biasa. PM berkata tidak akan mencampuri urusan mahkamah tetapi darurat ini telah menghalang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bersidang.

"Darurat (kononnya) dilaksanakan untuk mengawal Covid 19 sedangkan sudah terbukti dengan melaksanakan PKP dapat mengawal penularan Covid 19 pada PKP pertama tahun lalu. Ternyata pelaksanan darurat ini tidak selari dengan keadaan semasa di mana PKP telah dilaksanakan.

"Apakah niat sebenar kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbuat demikian (gantung Parlimen)? Adakah kerana Wabak Covid-19 merebak melalui Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri? Sudah semestinya, tidak. Apakah rasional untuk mengganggu urusan Badan Perundangan?" tanyanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua KEADILAN Cabang Kota Raja itu lagi, Mengantung badan perundangan ketika banyak sektor ekonomi beroperasi dan seluruh kabinet berkuasa seperti biasa akan menyebabkan tidak berlaku proses semak dan imbang dalam menguruskan wang rakyat.

Hal itu, katanya akan menyebakan sesebuah kerajaan darurat menjurus ke arah pemerintahan kuku besi tanpa proses semak dan imbang.

"Kerajaan darurat pimpinan Tan Sri Muhyiddin perlu berjiwa besar dan mempunyai "political will" untuk benar-benar meletakkan kepentingan negara melebihi daripada kepentingan peribadi.

"Usah berasa takut dan bimbang bahawa kerajaan PN akan tumbang jika persidangan Parlimen diadakan pada awal bulan Mac tahun ini jika kerajaan pimpinan PM mempunyai keabsahan dan majoriti di Parlimen.

"Adakah darurat ini diumumkan semata-mata untuk ‘political survival’ Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN?" tanya beliau lagi.

Darurat yang menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dikritik hebat banyak pihak kerana anggota Dewan tidak lagi boleh bertanya perkembangan selanjutnya perancangan kerajaan atau kelemahan perlaksanaan dasar yang akan merugikan rakyat dalam jangka panjang.



Benarkan kedai makan beroperasi hingga 10 malam - Fahmi Fadzil



POSTED BY AMIR WLR

Kerajaan digesa supaya membenarkan kedai makan dan penghantaran makanan beroperasi sehingga 10 malam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukannya di media sosial Twitter dan Instagram.

"Nampaknya ramai yang setuju kedai makan patut dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, untuk take away dan delivery," katanya.

Beliau juga mendapat maklum balas dari peniaga makanan kawasan Lembah Pantai yang meminta kerajaan melanjutkan tempoh beroperasi hingga 10 malam.

Katanya, tempoh antara 6 pagi dan 8 malam terlalu singkat untuk pekerja membeli makan malam dan untuk peniaga burger meraih pendapatan.

"Saya terima banyak pandangan termasuk dari warga Kg Kerinchi dan Pantai Dalam yang ada gerai burger dan kedai makan lain, yang minta dibenar beroperasi hingga 10 malam untuk take away dan delivery sahaja.

"Banyak gerai burger akan mula jam 5 hingga 6 petang, jadi tak banyak masa untuk mereka berniaga.

"Ramai juga yang kata bagi pekerja yang habis kerja jam 7 hingga 8 malam, tak cukup masa untuk mereka beli makanan," katanya.

 

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..