DARI AWAL LAGI DAH TUNJUK BIADAP

*Jika mahu berkawan, kita terbuka. Jika mahu berlawan, ayuh kita ke gelanggang."

 

Hebat. Aku pula yang bersemangat baca kenyataan media Naib Ketua Wanita Keadilan Datin Hajjah Faizah Ariffin. Ini baru dikatakan berani.

Apa yang jelas, sikap Muda sangat biadab dan lupa yang mereka sebenarnya tiada kekuatan langsung pun. Bagaimana parti yang tak punya apa berani mengugut parti sebesar Keadilan?

Sebenarnya Muda cuba plat victim. Konon mereka sudah cuba berbincang tapi Keadilan yang ego. Itu yang cuba mereka tonjolkan. Hakikat mereka cuma mahu kerusi selamat Keadilan tak pula disebut.

Macam aku tulis sebelum ini, Muda hanya ingin mengugut Keadilan sambil berharap Keadilan akan tunduk lalu mencetuskan, protes dari akar umbi.

Namun sebaliknya, pendapat aku, dengan respon yang ditunjukkan oleh pihak Keadilan, Muda yang kini dalam ketakutan. Kalau benar Keadilan letak calon di Puteri Wangsa, Muda pasti berputih mata.

Silap-silap, tak esok, lusa akan ada permohonan maaf daripada Saddiq. Nanti dia katalah terkhilaf atau Kenyataan dipetik luar konteks.

Tapi aku rasa akan ada permainan busuk lagi lepas ini dari mereka. Jadi rasanya bagus kalau Keadilan tetap sediakan calon di Puteri Wangsa. Kalau Muda main busuk dan letak calon di kerusi yang Keadilan tandingi, Keadilan boleh masuk bertanding di situ.

Sekarang Muda mungkin telah sedar, kalau hendak robohkan PH, mereka mesti hancurkan Keadilan dahulu kerana 2 parti lain sudah dalam genggaman.

Oleh sebab itu, Muda takkan berdiam diri. Mungkin ada helah atau onar lain yang akan mereka buat demi selesaikan misi mereka hancurkan Keadilan.

Sebaiknya Keadilan terus lebih berhati-hati dan bersiap-siaga. Ini baru permulaaan. Dan aku yakin ini bukan yang terakhir. Guane boh?

Raja Gelap

 



Undi pos: Seolah olah ada muslihat untuk kurangkan minat mengundi - Anwar

 



Sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak bersungguh sungguh berkempen agar rakyat Malaysia di luar negara mendaftar untuk mengundi secara pos dan kesukaran mendaftar melalui laman web suruhanjaya itu menimbulkan persepsi seolah olah ada pihak yang tidak mahu mengurangkan rakyat membuang undi pada 12 Mac ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan SPR, sekiranya mereka benar benar bertanggungjawab dalam memastikan setiap warganegara Malaysia di luar negara berupaya mengundi, maka tempoh pendaftaran secara pos perlulah dilanjutkan.

"Ikhtiar SPR dalam isu undi pos ratusan ribu di Singapura ternyata gagal.

"Sekadar pengumuman dan tidak ada ikhtiar tambahan, seolah olah ada suatu muslihat dengan mana mana pihak untuk mengurangkan minat (mengundi).

"Pertama tidak membenarkan mereka pulang mengundi, kedua tidak membantu secara yang agreasif mendaftar untuk membenarkan mereka mengundi.

Maka oleh yang demikian kalau SPR itu mewakili satu institusi yang menginginkan majoriti rakyat mengundi mereka harus menambah hari, melanjutkan dan tempoh pendaftaran pengundi pos dan mengambil langkah tambahan untuk mengirim wakil ke Singapura bagi membantu proses tersebut," katanya dalam siaran media petang ini.

Tempoh pendaftaran pengundi pos yang tamat pada hari ini menimbulkan kegusaran kepada pemerhati pilihan raya apabila dispekulasikan hanya 1% pengundi daripada ratusan ribu pekerja bangsa Johor yang berada di Singapura telah mendaftar dalam dua hari lalu.

 

JOM UNDI- ZUNAR FANS CLUB-


 

PRN Johor: Jika MUDA tak mahu bertolak ansur, PKR wajar lawan, kata Farhash

 



Pihak pembelaan menutup kes selepas saksi pembelaan ketiga, iaitu pengurus forensik digital di Siaga Informatics Sdn Bhd, Nurul Aiman Azmail, 34, selesai memberi keterangan.

PETALING JAYA: PKR perlu menentang MUDA dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor sekiranya parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu enggan bertolak ansur dalam isu pembahagian kerusi seperti yang ditawarkan, kata Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim itu membuat gesaan tersebut selepas Syed Saddiq membayangkan kemungkinan berlakunya risiko pertindihan kerusi antara MUDA dan PKR di Johor susulan rundingan pengagihan kerusi tamat tanpa persetujuan.

“Jika MUDA tidak menggambarkan sikap toleransi yang baik dan tidak menghormati rakan, maka atas dasar prinsip demokrasi, PKR juga wajar meletakkan calon di kerusi-kerusi yang telah selesai proses rundingan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Ketua PKR Perak itu turut menyifatkan sikap Syed Saddiq dan MUDA sebagai angkuh serta sombong dan tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) perlu meneliti semula rundingan dan kerjasama bersama MUDA, jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

“Sifat angkuh dan sombong yang ditonjolkan rakan baharu PH, iaitu MUDA kelihatan menjejaskan keharmonian dan seolah-olah wujud agenda tersembunyi yang lebih besar,” katanya.

Sebelum ini Amanah dan DAP memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi dalam PRN Johor, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai, sementara PKR menawarkan tiga kerusi, namun tidak menamakan kawasan berkenaan.

TEORI INI ADA LOGIKNYA-BIAR PKR GADOH





Muda minta kerusi bandar. Kerusi yang Keadilan punya sokongan yang kuat. Berkeras mereka mahu. Kenapa agaknya?

Bukan setakat kerana kerusi mudah, tapi kerana Muda mahu penyokong Keadilan di DUN tersebut memberontak.

Jika Keadilan mengalah, pimpinan Keadilan di situ akan marah kepada pimpinan negeri dan federal. Malah mungkin ada yang menyerang pimpinan secara terbuka.

Ini sekali gus menyebabkan Keadilan bergolak. Amat jelas tujuan Muda hanyalah untuk sabotaj PH dan Keadilan.

Keadilan jangan mengalah. Aku yakin rata-rata ahli Keadilan begitu bersemangat untuk kuburkan parti hingusan ini.

Lawan tetap lawan. Guane boh?

#MudaBukanPH

Raja Gelap

 

ADA PENGUNDI NAMA DESEASED- FUZIAH SALLEH

 

Fuziah Salleh 






Yesmtttpe1nrday aitg7i3 f0003:00e6d9  · 

Dalam Daftar Pemilih PRN Johor ada nama pengundi bernama ‘Deseased.’ Apa maksudnya tu?

Ada kah ini sebabnya mengapa SPR belum dapat membekalkan daftar pemilih kepada party politik satu bulan setelah daftar tersebut di wartakan?

SPR sunyi sepi selepas saya keluarkan kenyataan semalam. Come On SPR! Jawab lah dengan berintegriti.

#JohorBangkit

 

TOLONG RAKYAT MALAYSIA- SAIN PETISYEN INI




Zunar Cartoonist Fan Club

@ZunarCartoonist Artist

Tolong sain petisyen ini...

Can you add your signature? Description: ✍️

https://chng.it/ynXpGLRt

DI PAHANG, mereka yang vocal pasal balak kini diambil tindakan. In termasuk Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, seorang aktivis alam sekitar, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia ( PEKA - pekamalaysia.org ) dan juga MP Wong Tack. Juga khabarnya beberapa pemilik resort di Janda Baik juga terima surat saman. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia

 

INI ALASAN MUDA KERANA NAK BERTANDING DI BANDAR SAHAJA- KETUA AMK JOHOR

 





KEADILAN Johor telah membuka ruang yang cukup luas untuk membuat rundingan dua hala sejak awal bersama Parti MUDA.

Saya juga hadir mesyuarat PH Johor bersama pimpinan negeri beberapa minggu lalu dan Keadilan menyatakan akan adakan perbincangan bersama MUDA dan KEADILAN telahpun menawarkan 3 kerusi kepada Parti MUDA. Tapi mereka tolak ketiga-tiga kerusi dan sebaliknya minta 3 kerusi yang lain.

Kalau tolak 1 atau 2 maka masih boleh pertimbangkan untuk tukar kerusi yang lain tapi mereka tidak mahu kerusi Kawasan Majoriti Melayu atau kawasan luar bandar.

ADAKAH MUDA HANYA MEWAKILI SUARA RAKYAT BANDAR SAHAJA? BAGAIMANA PULA DENGAN KAWASAN LUAR BANDAR?

Kenapa MUDA tidak mahu bertanding di kawasan yang mempunyai pengundi Melayu yang melebihi 78% ? Apakah mereka takut pengundi Melayu akan tolak mereka dalam PRN Johor?

Kalau benar Parti MUDA mengangkat atau mewakili suara dan aspirasi Rakyat maka mereka harus membuktikan mereka mempunyai sokongan di semua kawasan termausk dari pelbagai latar masyarakat khusunya di semi-urban dan rural area.

DUN SRI MEDAN antara 20 kerusi yang KEADILAN akan bertanding. Komposisi pengundi adalah 90.6% Melayu 8.6% Cina dan 0.3% india. Kerusi DUN Sri Medan adalah kerusi yang paling tinggi pengundi Melayu antara 20 kerusi yang Keadilan akan bertanding. Ini baru “gentlemen fight”.

Sebagai parti politik, kita harus berani menghadapi semua rintangan bukan duduk dalam comfort-zone.

Nota: Ramai juga pemimpin yang berwibawa dalam keadilan yang tidak dicalonkan dalam PRN15. Fikir-fikirkan la sebelum letak calon di kawasan KEADILAN bertanding.

( Ini parti derita, jangan salah ugut)

Sekian.

R. YUNESWARAN

Ketua AMK Johor

#AMKJohor #AMKMalaysia

 

PAKAT MAI QAMAI QAMAI


 

CEKAP POLIS MALAYSIA


 Bapa yang wheelie motor sambil bawa anak telah berjaya dikesan oleh polis. Aku tak baca berita lanjut sebab aku malas nak ambil tahu yg berita begitu.

Cuma aku nak kata aku kagum dengan PDRM. Walau muka sekali imbas pun dapat juga dicari. Macam kes pemandu kereta tunjuk gari pun sama.

Tak berapa lama dahulu, pembunuh abang presiden Korea Utara pun dapat dikesan walau CCTV tak jelas. Malah yang conteng mural muka Isnail Sabri, DG Noor Hisham pun tak lama dah dapat dikesan.

Sebab itu aku hairan bila Jho Low masih tak dapat diberkas. Mungkin betul cerita Jho Low dah bedah muka jadi macam beruang. Kalau tak, takkanlah polis secekap PDRM tak dapat cari.

Lagi satu yang aku pelik, kes video liwat Azmin. Sampai sekarang senyap. Kalau kabur pun, carilah siapa yang sebarkan. Haziq siap mengaku, kenapa tak dakwa dia?

Dulu DS Anwar dituduh meliwat dalam bangunan yang belum dibina pun boleh kena dakwa. Saiful Ju Bukhari (kena baca laju² nama dia) simpan air mani 3 hari dalam dubur pun diterima di mahkamah.

Ini siap video yang pada mata kami amat jelas. Siap ada pengakuan daripada gay partnernya, tapi boleh senyap terus. Yang tukang sebar pun tak kena dakwa. Pelik. Guane boh?

Raja Gelap

 

Razlan pula dedah Muhyiddin mungkir janji lepaskan Zahid jika Umno terus sokong jadi PM

 


Panas! Razlan pula dedah Muhyiddin mungkir janji lepaskan Zahid jika Umno terus sokong jadi PM

TAN Sri Muhyiddin Yassin didakwa pernah berjanji untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kes mahkamah yang dihadapinya, sekiranya Presiden Umno itu terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii menerusi ciapan di Twitternya dengan mendakwa, perkara itu berlaku ketika Umno memutuskan untuk menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

“Cuba tanya Muhyddin, semasa Umno tarik sokongan kepada beliau, kenapa ada pujukan dan rayuan kepada Zahid dan berjanji untuk melepaskan Zahid dari Mahkamah agar Umno terus sokong beliau sebagai PM.

“Nasib Zahid tidak layan dan berkeras mengantikan Muhyiddin. Selamat Rakyat,” katanya dalam ciapan itu.

Malah, Mohd Razlan berkata, Ahmad Zahid boleh sahaja tidak didakwa di mahkamah sekiranya mengikut kehendak Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri, untuk menyokong Bersatu dan membubarkan Umno.

“Tekanan dan ugutan (Dr Mahathir) tidak dilayan, terus arahan kepada AG (Peguam Negara) untuk mendakwa Zahid dan rakan-rakan Umno kerana terus berada dalam Umno,” katanya.

Sementara itu, Mohd Razlan turut mendedahkan ketika Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, keluarga Ahli Parlimen Pagoh itu menangis menelefon Ahmad Zahid bagi meminta ikhsan agar Muhyiddin tidak ditangkap kerana pecah amanah.

“Janji Zahid semasa Menteri KDN (ketika itu), tidak akan melakukan kezaliman kepada beliau (Muhyiddin) dan keluarga,” katanya.

Justeru, Mohd Razlan meminta Muhyiddin berhenti menabur fitnah terhadap Umno yang berjuang untuk kestabilan negara.

“Cukup-cukuplah menabur fitnah wahai Muhyiddin, parti Umno berjuang untuk Kestabilan, parti kamu pula terus berjuang untuk menabur hasad dengki.

“Semoga Rakyat semua kembali mengingati kegagalan semasa PH memerintah 22 bulan. Janganlah termakan dengan mainan hasad mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Razlan berkata, kata-kata Muhyiddin tidak boleh dipercayai ini kerana nama sebenarnya juga ‘ditipu’ satu negara.

“Ingat lagi Muhyddin berdegar-degar semasa kempen PRU14 membalun PAS, sekarang lain pulak. Hari ini dia berdegar-degar berkempen membenci dan menfitnah lagi,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Muhyiddin mendakwa pemimpin Umno mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Mac 2020.

Muhyiddin berkata, perkara tersebut hanya diketahuinya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri apabila menerima kunjungan Ahmad Zahid.

“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).

“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya.



PESANAN BUAT SYED SADDIQ- BERI BETIS, JANGAN MINTA PEHA




Keadilan telah merealisasikan 'khemah besar' sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Presiden PH. Meskipun idea khemah besar ini banyak menimbulkan kontroversi khususnya dalam parti Keadilan, namun sikap Presiden Keadilan yang suka bertoleransi dengan rakan-rakan dalam PH berjaya membuka peluang kepada parti Muda untuk mendapatkan tiga kerusi Dun yang ditawarkan oleh Keadilan dalam PRN Johor

Malangnya, mungkin memang sifat anak muda yang gelojoh dan pelahap, mereka tidak menghargai pemberian ini bahkan merengek dan akhirnya mengugut Keadilan kerana mereka mahu kerusi yang mereka boleh menang. Siapa boleh jamin kemenangan dalam pilihanraya? Keadilan sendiri boleh jaminkah untuk menang di semua kerusi yang ditandingi? Maka, bekerjalah untuk mencapai kemenangan dan bersyukurlah apa yang diperolehi. Tidakkah Syed Saddiq sedar di dalam Keadilan sendiri ramai yang kecewa tidak terpilih sebagai calon setelah banyak melakukan kerja di kawasan-kawasan mereka? Namun, demi persahabatan dan konsep khemah besar, Keadilan beri juga kepada Muda beberapa kerusi ini.

Sebagai parti baru, tambahan pula Muda bukan dari PH, sewajarnya Muda terima tiga kerusi tersebut tanpa banyak soal. Seawal parti Keadilan wujud dan kali pertama bertanding dalam pilihanraya, Keadilan juga meraih kerusi dari Pas kerana Pas adalah parti yang jauh lebih senior dari Keadilan. Keadilan berunding dengan Pas waktu itu dan tidak banyak songeh menerima saja berapa jumlah kerusi yang Pas berikan ketika itu. Memang ada yang menang dan ada yang kalah bahkan tidak hairan ada yang Keadilan hilang deposit kerana Keadilan masa itu adalah parti baru. Parti baru mesti bermula dengan belajar erti kesusahan bukannya terus mahu kesenangan.

Amat silap jika Muda mahu mengugut Keadilan. Anwar Ibrahim selalu tunduk dengan rakan-rakan yang suka berbincang. Tapi Anwar tidak pernah tunduk dengan ugutan. Muda silap besar jika mahu mendapatkan sesuatu dengan cara 'kasar' kerana Keadilan sudah biasa berdepan dengan kekasaran.

Jika Muda merasakan bahawa 'jika kami gagal dapatkan apa yang kami mahu, maka ayuh kita bertempur", dan jika itulah yang dimaksudkan dengan 'khemah besar', maka saya yakin Keadilan telah bersedia untuk menyahutnya.

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD

Ketua Cabang Paya Besar

 

KAN DAH KATA- TAPI MUDAH...DENGAN SOKONGAN DAN JENTERA YANG KITA ADA...KITA LANGGAR SEMULA..

 

Bila Saddiq kata nak langgar kerusi Keadilan kalau tak dapat kerusi yang dia mahukan, aku tergelak besar. Setidaknya aku dah membuktikan aku betul. Machai PH boleh tengok sekarang jahatnya Muda.

Kenapa perbincangan kerusi gagal? Sebab Muda mahu kerusi selamat sedang kerusi yang Keadilan tawarkan belum cukup selamat untuk Muda. Itulah parti tak sedar diri. Tiada akar umbi, tiada jentera tiba-tiba nak menang mudah. Bongok!

Tapi yang bagusnya, kalau betul Muda nak langgar kerusi Keadilan, itu boleh jadi penentu sama ada Keadilan patut jalan sendiri atau terus dengan PH dalam PRU15 nanti.

Kita tengok bagaimana tindakan pemimpin DAP dan Amanah. Jika mereka sokong kempen Muda atau BERKECUALI sekalipun, maka sahih mereka sudah tidak mahu kepada Keadilan. Jadi Keadilan pun sila bermaruah dan segera angkat kaki.

Aku fikir ini memang sebahagian dari perancangan Saddiq. Dia tahu kalau dia langgar kerusi Keadilan akan buat pemimpin Amanah dan DAP serba salah. Licik, kan? Siapa la yang ajar dia ni? Hahaha...

Masih tak percaya aku kata Muda cuma salah satu usaha Mahathir nak hancurkan PH? Guane boh?

Raja Gelap

 

ADAKAH MUDA NI DITAJA ?


MAN TOBA


Jumpa kat instagram. Sapa boleh ulas? Masa sidang media Sadiq tersasul sebut nama baju merah tu. Sebab nak tau sapa nama disebut aku buat la sikit kajian. Tapi masih kurang faham lagi kaitan2nya. Yg aku nampak macam penaja MUDA ni si baju merah. Sapa baju merah tu? Adakah proksi atok 95?








KAMI PARTI PERJUANGAN, MEMBESAR DI JALANRAYA, TIDAK TAKUT DICABAR – PKR BERI PERINGATAN PADA MUDA


 Saya membaca Free Malaysia Today pagi ini 18 Februari 2022. Saya mengurut dada menahan sabar apabila portal FMT tersebut melaporkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi amaran akan berlaku pertentangan antara Muda dengan Parti Keadilan dalam Pilihanraya Negeri Johor ini jika rundingan tentang kerusi menemui kegagalan.

Garang sungguh amaran Presiden Parti Muda yang baru berusia empat bulan tersebut.Kalau bayi, baru berumur empat bulan belum boleh makan nasi atau makanan keras. Kena minum susu sahaja. Perut bayi belum kuat untuk menghadam.

Jangan marah analogi seperti ini digunakan. Parti Muda satu hari nantipun akan jadi tua.Syed Saddiq orang Johor.Penulis ini pun orang Johor. Kita di Johor ibarat cucu cicit Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji.

Orang Johor bahasanya lembut, jika berkata dan berhujah, ia berkata dan berhujah dengan sopan dan santun, seperti madah Sasterawan Negara Usman Awang (seorang lagi anak Johor yang terbilang).

Syed Saddiq adalah pemimpin generasi baru yang punya masa hadapan yang cerah. Memang elok dan tepat melangkah dengan tangkas dan berani.

Tetapi awas juga, anda baru kali pertama memimpin sebuah parti baru menghadapi pilihanraya. Lalu jangan cepat memberi amaran dan ugutan. Jangan cepat menghunus keris untuk menikam, penulis bimbang, takut-takut nanti akan tertikam dengan keris sendiri.

Penulis ini tidak banyak pengalaman. Sekadar mengenal politik di Johor sejak tahun 1974 lagi. Sejak itu mengenal uaha pihak-pihak parti pembangkang berusaha membina fron pembangkang.

Penulis pernah ikut serta dalam usaha itu sejak tahun 1986 ketika penulis menjadi Setiausaha Agung sebuah parti kiri yang radikal, lebih radikal ideologinya dari Parti Muda sekarang.

Tetapi kami, walaupun radikal, jika bermesyuarat, kami berbincang baik-baik.Tidak pernah kami gunakan ugutan dan ancaman sesama parti pembangkang.

Syed Saddiq pemimpin Muda memang mempunyai karisma. Anda mempunyai ramai pengikut di alam maya. Tetapi di alam nyata, jangan sesekali memberi amaran atau ugutan kepada Parti Keadilan.

Presiden Muda kena pelajari sejarah kami Parti Keadilan. Parti kami lahir dari perjuangan. Kami membesar di jalanraya dan di dalam penjara. Kami tidak akan berundur jika dicabar oleh sesiapapun, hatta kepada mereka yang cepat menghunus pedang.

Pantang kami berundur. Lihat bendera kami berwarna merah, itu maknanya keberanian berjuang.Lihat bendera kami berwarna biru, itu maknanya kami mencintai perdamaian dan keadilan.

Maka berhati-hatilah jika mengeluarkan kata-kata, wahai sahabatku Syed Saddiq. Mungkin penulis ini sudah tua tetapi orang tua ini kenal perangai “anak muda julung berkeris”.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

18 Februari 2021 (Jumaat)


PSC ditangguhkan lagi: Azam Baki kebal?





Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Kewangan dan Ekonomi yang dijadual memanggil Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kes pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangguhkan semalam.


Ini kali kedua PSC ditangguhkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah ditangguhkan bulan lalu.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir tertanya tanya adakah Azam memiliki kekebalan sehingga semua jawatankuasa khas dan pihak berkuasa seolah olah 'tergendala' dalam menyiasat kes beliau?


"Apa cerita akaun abang tu, macam mana pula dengan kes Azam Baki sekarang ni? Krik krik je.


"Dengar cerita mesyuarat Jawatankausa Khas Parlimen yang dijadualkan untuk tengok akaun saham beliau telah ditangguhkan tanpa sebab. Ini kali kedua mesyuarat PSC ditangguhkan. Kebal betul dia ni.


"Perdana Menteri mana pula? Lama tak nampak dalam isu ini. Seronok betul dia ini. Selepas satu Malaysia marah pasal kes ini, anak muda turun tunjuk batahan untuk desak undur Azam Baki tetapi tak jadi apa apa. Apa benda ni?


"Kuasa "avengest" mana yang lindungi dia untuk kekal berkuasa di sana. Yang paling kita kecewa kerajaan dilihat tidak bersungguh sungguh untuk pulihkan imej SPRM," katanya.


Ahli Parlimen Johor Bahru yang berjanji akan mendedahkan pada setiap hari kecurangan kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Negeri Johor itu terus mendesak jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai institusi yang dipermainkan di negara ini.


Beliau juga menyeru rakyat Johor agar mengalahkan BN dalam PRN untuk memberi isyarat pengundi muak dengan perangai korup pemimpin BN.


"Mana perginya kebertanggungjawaban PM, Menteri Undang undang, kabinet tatkala imej SPRM retak menanti belah? Kumpulan NGO, parti politik, individu tampil membuat desakan PM kita buat tak kisah. Nak bagi lagi muka kat dia, kluster mahkamah, jangan ingat kita dah lupa kes integriti ini.


"Sebagai rakyat Malaysia, orang Johor perlu tuntut, desak, lawan penyelewengan. Lawan rasuah, lawan korupsi. Yang penting kita jangan mengalah dan give up, bangkit lawan korupsi ini," katanya lagi.

 

RUU Anti Lompat Parti mesti diluluskan pada sidang Perlimen Mac - Bersih





Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa kerajaan BN agar tidak berdolak dalik dalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sesi Parlimen Mac ini.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu BERSIH, undang undang berkenaan sangat perlu bagi menjamin integriti calon dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Bagaimanapun BERSIH agak skeptikal dengan sikap Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan masih lagi belum ada kata sepakat bagi terma “lompat parti” kerana setiap parti mempunyai tafsiran sendiri berkenaan makna dan ruang lingkupnya.


"Kami juga kesal dengan penundaan mesyuarat libat urus bersama Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) yang dikelola oleh Menteri Undang-Undang pada 17 Februari kerana peningkatan kes Covid-19.


"BERSIH dan CSO lain sangat ternanti peluang untuk bertemu dengan Kementerian tersebut dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membincangkan cadangan cadangan pembaharuan termasuk draf Undang-Undang Anti Lompat.


"BERSIH berharap kenyataan Wan Junaidi dan penangguhan libat urus ini bukanlah dalih Kerajaan untuk tidak melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan mustahak sebelum PRU15," kata kenyataan berkenaan.


Menurut kenyataan itu lagi, kegagalan meluluskan RUU Anti Lompat Parti pada Mac mungkin menyebabkan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU) yang ditandatangan oleh kerajaan Ismail Sabri dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September tahun lalu berisiko terbubar, dan keadaan politik menjadi tidak menentu.


"BERSIH faham isu lompat parti kompleks dengan pelbagai tafsiran, perundangan, pertimbangan antara parti dan pilihan raya, tetapi untuk mencari penyelesaian sempurna adalah hampir mustahil.


"Kami juga berpandangan pasca Langkah Sheraton, di mana lompat parti telah menyebabkan keruntuhan Kerajaan Persekutuan sebanyak dua kali dan secara langsung atau tidak langsung mencetuskan perubahan di lapan Kerajaan Negeri dalam masa dua tahun, penggubalan undang-undang ini sangat penting untuk mencegah lompat parti di Malaysia bagi mengembalikan kestabilan politik," kata mereka.


Oleh yang demikian, BERSIH menggesa agar dipertimbangkan beberapa perkara mengenai RUU tersebut seperti hal wakil rakyat meninggalkan partinya untuk menyertai parti lain atau menjadi bebas; Wakil rakyat bebas menyertai parti politik; Wakil rakyat meletakkan jawatan secara sukarela daripada parti atau kerusi dan Wakil rakyat dipecat oleh partinya


Kata mereka, dalam Undang-Undang Anti Lompat tradisional, sekiranya perkara tersebut terjadi, kerusi mereka akan diisytiharkan kosong secara automatik dan pilihan raya kecil akan berlangsung.


BERSIH, menurut kenyataan itu, lebih cenderung kepada Undang-Undang Anti Lompat melalui Prosedur Pecat yang tidak akan secara automatik mengosongkan kerusi pelompat parti tetapi menyediakan prosedur untuk pengundi pelompat parti mengosongkan kerusi tersebut.


Bagaimanapun BERSIH akan menyokong cadangan undang-undang anti lompat kerajaan dengan beberapa perkara perlu diselesaikan.


"Mansuhkan Perkara 48(6) di mana wakil rakyat meletakkan jawatan daripada kerusinya dihalang bertanding selama lima tahun. Hal ini akan memberi laluan kepada wakil rakyat meletak jawatan kerana prinsip daripada partinya dan bertanding di kerusi yang sama untuk mendapat mandat baru daripada pengundi. Sekiranya Perkara ini tidak dimansuhkan, wakil rakyat akan berhadapan dipecat sebelum dibenarkan bertanding semula.


"Negeri perlu diberikan kebebasan untuk menggubal undang-undang anti lompat sendiri, sama ada anti lompat tradisional, anti lompat melalui prosedur pecat seperti cadangan BERSIH dan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Said Othman, atau kaedah lain," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, BERSIH menggesa Menteri Undang-Undang dan kerajaan PM Ismail Sabri agar membentangkan RUU Anti Lompat pada sidang Parlimen bulan Mac dan memastikan usul tersebut menjadi undang-undang selepas mengambil input daripada Ahli Parlimen, CSO dan orang ramai.