BERSAMA MEMAJUKAN PERTANIAN.










 Petang tadi Bang Mat bersama Astro Prima menerusi Borak Seni di Dewan D, MAHA 2026. Sempat berkongsi perkembangan dan sambutan MAHA setakat ini. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan nilai jualan mencecah RM8 juta dan kehadiran sekitar 1.49 juta orang pengunjung telah direkodkan.


MAHA hari ini bukan lagi sekadar tempat melihat tanaman dan ternakan. Ada teknologi dan inovasi pertanian, Pavilion Negeri, produk serta usahawan tempatan, makanan dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga. Bang Mat mahu lebih ramai, khususnya anak muda, melihat pertanian sebagai sektor yang mempunyai masa depan, peluang dan potensi yang besar.


Kehadiran keluarga dan golongan muda juga penting kerana di sinilah kita dapat mengenali dengan lebih dekat dunia agromakanan serta mereka yang berada di belakang makanan kita seperti petani, penternak, nelayan dan usahawan. Dalam masa yang sama, kita mahu masyarakat memahami bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan dalam memastikan keterjaminan makanan negara.


Terima kasih Astro Prima kerana bersama-sama membawa cerita MAHA kepada masyarakat. 


Kepada yang belum datang, masih belum terlambat. Mai ke MAEPS, Serdang bersama keluarga dan lihat sendiri masa depan agromakanan Malaysia di MAHA 2026.


#MAHA2026

#KPKM

#CukupDanTerjamin

#MADANIBekerja





BELIAU TETAP SEDERHANA



 Nasrul Hisham


BEG ISTERI PERDANA MENTERI






Cuba perhati beg yg dibawa oleh YB Datin Seri Dr Wan Azizah semasa sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 69. Langsung tak rasa kekok atau malu dengan penampilan ini.


Beliau isteri PM juga seorang Ahli Parlimen bukan tak mampu nak beg berjenama tp sikap beliau yg sgt bersederhana disamping menyokong industri kraf negara wajar dicontohi oleh wanita Malaysia.


Rasanya selepas ini nak dapat isteri PM yg merendah diri sudah tak jumpa dah… berbanding yg lepas2 beg yg dirampas shj bernilai berjuta2 ringgit semua branded dan special edition.




NAK KATA... TAK KATA.... ADOIIII....

 

Sam Lim





Jangan hon kawan-kawan.

Takut budak-budak tu terkejut..

Lain macam mainan T20 nih.. 🙄




𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲



 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 

𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲







𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜


Saya mengikuti perkembangan siasatan SPRM berkenaan Tabung Haji, termasuk siri penahanan yang melibatkan seorang bekas menteri  semalam. 


Dalam tempoh dua minggu yang lepas, tokoh-tokoh pemimpin dari Barisan Nasional telah direman, ditahan atau didakwa. 


Saya mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana ahli politik atau penjawat awam yang ada bukti telah melakukan pecah amanah. 


Pada masa yang sama, kredibiliti institusi seperti SPRM, PDRM dan agensi agensi lain juga adalah sangat penting supaya tindakan-tindakan ini tidak dilihat bermotif politik. 


Dalam suasana politik sekarang, akibat pertelingkahan di antara PH dan BN, saya khuatir usaha SPRM dan agensi penguat kuasa lain untuk membanteras rasuah dikecamukkan dengan tuduhan bermotif politik. 


Oleh itu, saya menyeru supaya YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mendedahkan dengan segera kertas siasatan mengenai skandal pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki yang telah pun dibentangkan di Jemaah Menteri. 


Memandangkan kes itu hanya bersifat disiplin mengikut peraturan penjawat awam, ia tidak sepatutnya diperam – tambah-tambah lagi jika pendedahan laporan itu boleh membantu menepis serangan-serangan politik yang mencemarkan usaha SPRM menyiasat kes bersabit Tabung Haji.


Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔



𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜




KALAU KAKI FITNAH NAK BAGI NGAJAR AGAMA KAH? CARI MAKAN JUAL AGAMA KAH? ATAU KEMPEN BURUKKAN KERAJAAN?



Jamzuri Ardani







 Dia kata Anwar zalim sebab tarik tauliah dia mengajar. Itu tuduhan. Kita semak fakta. 


Pertama. 

Tauliah dia ditarik pada bulan Mac 2022. Anwar jadi PM pada bulan November 2022.  Sebelum itu Anwar hanya Ketua Pembangkang. 


Siapa fitnah siapa? Siapa zalimi siapa?


Kedua. 

Tauliah mengajar ni bawah kuasa MAIS. MAIS pula adalah agensi agama di bawah Sultan Selangor. Anwar tak ada kena mengena urusan tauliah mengajar. Adakah dia nak kata Sultan Selangor zalim kerana tarik tauliah dia? Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. 


Ketiga. 

Dasar MAIS dalam urusan tauliah jelas. Mereka yang aktif atau memegang jawatan dalam parti politik tidak dibenarkan mengajar agama di masjid dan surau.  Bukan dia saja yg ditarik tauliah. Ramai ustaz yang aktif dalam PH juga ditarik tauliah. Jadi, zalim kot mana?






PROFILE PICTURE TAK SAMA DENGAN AKHLAK. MEMALUKAN

 

RMS







Walaun ni ada sejarah dgn aku, memang dia sering komen diposting page page aku, tadi ada yang msg, sdr ini komen pasal perceraian Hannah Yeoh... 


Apa dia tulis..??


Apam dah kering kot..


Ni real tuan puan, bukan AI atau rekaan.. memang inilah  cara walaun PAS khawarij guna mediasosial, jika tak menfitnah, memaki, kafirkan orang, mereka melucah...


Boleh masuk ke akaun FB dia ni...@MatDarusRomli






NANTI KITA BEREBUT DENGAN PUAK ASING NI


Nora Jamilah. 





 Bila PMX bukan Perdana Menteri lagi maka semua akan kembali kepada asal. Petrol tak ada limit, BUDI dihapuskan, warga asing seludup diesel. Penyokong BNPN suka benda tu. Minyak peket pun sesiapa boleh beli..berebut lah kita dgn berjuta warga asing yg ada di negara ni. Waktu itu bila mereka menyesal kita doakan mereka supaya mereka terus hidup sengsara.





GUNA ZAMAN PNPAS JADI KERAJAAN. MOF DAH JAWAB.


Che Ibrahim Muhamad



 Bila dia rasa hanya puak dia dan sesiapa yang dia suka sahaja yang betul, maka semua orang lain dilihat Salah.







PATUT ORANG KATA KETUA PEMUDA UMNO PALING BANGGANG ABAD INI

 






Semalam, Dr Akmal Saleh mempersoalkan kenapa bajet yang sudah diluluskan didakwa tidak disalurkan kepada kementerian sehingga ada kontraktor yang sudah melaksanakan projek tetapi masih belum menerima bayaran.


Beliau turut bertanya sama ada kerajaan tidak mempunyai duit atau mempunyai “agenda lain”.


Selepas penjelasan diberikan berhubung isu tersebut, Akmal kini membawa pula angka kementerian lain yang mencatat perbelanjaan sebenar lebih tinggi daripada peruntukan asal.


Menariknya, dalam hantaran terbarunya sendiri Akmal menjelaskan bahawa keadaan itu tidak semestinya salah kerana boleh berlaku melalui bajet tambahan yang perlu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.


Maknanya, perbelanjaan melebihi peruntukan asal bukan bukti menteri boleh sesuka hati berbelanja.


Itu sendiri Akmal yang terangkan.


Cuma persoalan asalnya lain.


Beliau asalnya membangkitkan dakwaan peruntukan tidak disalurkan dan kontraktor tidak dibayar. Bila isu itu sudah dijawab, perbahasan tiba-tiba beralih kepada kementerian lain yang berbelanja lebih daripada peruntukan asal.


Kalau penjelasan terhadap isu pertama dianggap tidak tepat, sanggah penjelasan itu dengan fakta.


Bukan tukar topik kepada isu lain, kemudian jelaskan pula bahawa isu baharu itu sebenarnya boleh berlaku secara sah melalui bajet tambahan.


Akhirnya, Akmal sendiri mengesahkan satu perkara — angka perbelanjaan lebih tinggi daripada peruntukan asal sahaja tidak cukup untuk membuktikan berlaku salah urus.


#UnofficialInfo



KEMPEN PUAK PARTI JALANG GINI GAYA.


Jamzuri Ardani






 

Kempen kebencian PAS semakin melampau dan menjejaskan keharmonian politik negara. 


Kerajaan tidak wajar membiarkan perkara ini berterusan.





ISU KKDW DAN MOF

 

Norman Daud



Saya dah baca kenyataan balas SUA KKDW kepada MOF mengenai isu kononnya Kerajaan MADANI pimpinan DS Anwar Ibrahim  tidak melepaskan peruntukan kepada KKDW.






Kalau kita baca kenyataan tersebut, saya nampak kedua-dua pihak sebenarnya melihat isu ini daripada sudut yang berbeza.


Daripada POV KKDW, mereka terikat dengan tanggungjawab undang-undang untuk membayar kontraktor yang telah melaksanakan dan menyiapkan kerja berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang telah ditandatangani sebelum ini.


SST yang ditandatangani antara 2019 hingga 2021 merupakan ikatan kontrak yang sah. Apabila kerja telah dilaksanakan, kemajuan disahkan dan tuntutan dibuat mengikut kontrak, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membuat bayaran.


Disebabkan projek-projek yang tertangguh semasa Covid-19, sebahagian tuntutan pembayaran tersebut terkumpul dan KKDW memerlukan dana tambahan bagi menyelesaikan bayaran kepada kontraktor yang telah menyiapkan kerja.


SUA KKDW juga menegaskan bahawa dari sudut integriti proses dan undang-undang perolehan, KKDW tidak melanggar tatacara kewangan kerana semua tuntutan pembayaran diproses melalui iGFMAS dan memerlukan kelulusan MOF.


Itu daripada POV KKDW.


Tetapi kalau kita lihat pula daripada POV MOF, perkara ini perlu dilihat dari sudut pengurusan kewangan negara dan aliran tunai bagi tahun kewangan semasa.


MOF perlu memastikan perbelanjaan kerajaan dibuat berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan dalam Bajet.


Apabila jumlah tuntutan pembayaran projek KKDW yang masuk melebihi siling Vot Pembangunan tahunan yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi apabila terdapat tuntutan projek lama yang terkumpul, ia akan memberi tekanan kepada peruntukan dan aliran tunai kerajaan pada tahun semasa.


Sebab itu, apabila KKDW memerlukan tambahan RM300 juta untuk menyelesaikan tuntutan tersebut, MOF perlu melihatnya dalam konteks keseluruhan kedudukan kewangan kerajaan.


Walaupun SUA KKDW mempertikaikan bahawa RM300 juta tersebut bukanlah peruntukan tambahan baharu kepada KKDW, tetapi dari sudut MOF, apabila kerajaan perlu menyediakan RM300 juta tambahan bagi membuat bayaran yang tidak dapat ditampung oleh peruntukan asal tahun semasa, ia tetap merupakan tambahan kepada perbelanjaan kerajaan yang perlu dibiayai.


Jadi pada saya, kedua-dua kenyataan ini sebenarnya perlu dibaca bersama.


KKDW bercakap tentang kewajipan kerajaan terhadap kontrak yang telah sah dan kerja yang telah dilaksanakan.


MOF pula bercakap tentang kemampuan kerajaan menguruskan peruntukan dan aliran tunai dalam tahun kewangan semasa.


Persoalan sebenar bukan  siapa yang tak lepaskan duit bayar kontraktor tapi bagaimana dua kementerian ini saling bekerjasama bagi memastikan obligasi kontrak dan Kewangan negara dapat dijaga.


Membuat tuduhan konon kerajaan menyekat peruntukan mana mana kementerian kerana isu politik adalah terlalu simplistic.. tapi yelah yang buat tuduhan tu pun jenis otak yang simple simple.. kalau yang berat berat kena fikir otak deme tu mana boleh terima. Hihihi


Apa pun.. pada saya kedua dua pihak ada hujah sendiri dan tak salah pun. Cuma sebagai dua kementerian dibawah kerajaan yang sama patut isu ini tidak dibangkitkan secara umum. Buat malu ke orang je.. 


Hal dalam kelambu settel dalam kelambu je lah. Ke memang sebab ada niat lain?.😏😏





TAK MALU KE ANAK ANAK KAH MAMAT NIH. DIA PUN ADA ANAK PEREMPUAN.



Khatijah Mohd Zin


 Bagi yang panas dgn nasihat saya pasal perceraian ybm HY, sekarang mamat sorang ni tengah kepanasan, fb dia dihujani kemarahan netizen melayu, melayu2 yang bermaruah, yg faham ajaran lslam. 


Posting ni dah dia delete, xde dah, dalam ketakutan la tu. Orang dah ss. Hadap la kau. 











.