Norman Daud
Saya dah baca kenyataan balas SUA KKDW kepada MOF mengenai isu kononnya Kerajaan MADANI pimpinan DS Anwar Ibrahim tidak melepaskan peruntukan kepada KKDW.
Kalau kita baca kenyataan tersebut, saya nampak kedua-dua pihak sebenarnya melihat isu ini daripada sudut yang berbeza.
Daripada POV KKDW, mereka terikat dengan tanggungjawab undang-undang untuk membayar kontraktor yang telah melaksanakan dan menyiapkan kerja berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang telah ditandatangani sebelum ini.
SST yang ditandatangani antara 2019 hingga 2021 merupakan ikatan kontrak yang sah. Apabila kerja telah dilaksanakan, kemajuan disahkan dan tuntutan dibuat mengikut kontrak, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membuat bayaran.
Disebabkan projek-projek yang tertangguh semasa Covid-19, sebahagian tuntutan pembayaran tersebut terkumpul dan KKDW memerlukan dana tambahan bagi menyelesaikan bayaran kepada kontraktor yang telah menyiapkan kerja.
SUA KKDW juga menegaskan bahawa dari sudut integriti proses dan undang-undang perolehan, KKDW tidak melanggar tatacara kewangan kerana semua tuntutan pembayaran diproses melalui iGFMAS dan memerlukan kelulusan MOF.
Itu daripada POV KKDW.
Tetapi kalau kita lihat pula daripada POV MOF, perkara ini perlu dilihat dari sudut pengurusan kewangan negara dan aliran tunai bagi tahun kewangan semasa.
MOF perlu memastikan perbelanjaan kerajaan dibuat berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan dalam Bajet.
Apabila jumlah tuntutan pembayaran projek KKDW yang masuk melebihi siling Vot Pembangunan tahunan yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi apabila terdapat tuntutan projek lama yang terkumpul, ia akan memberi tekanan kepada peruntukan dan aliran tunai kerajaan pada tahun semasa.
Sebab itu, apabila KKDW memerlukan tambahan RM300 juta untuk menyelesaikan tuntutan tersebut, MOF perlu melihatnya dalam konteks keseluruhan kedudukan kewangan kerajaan.
Walaupun SUA KKDW mempertikaikan bahawa RM300 juta tersebut bukanlah peruntukan tambahan baharu kepada KKDW, tetapi dari sudut MOF, apabila kerajaan perlu menyediakan RM300 juta tambahan bagi membuat bayaran yang tidak dapat ditampung oleh peruntukan asal tahun semasa, ia tetap merupakan tambahan kepada perbelanjaan kerajaan yang perlu dibiayai.
Jadi pada saya, kedua-dua kenyataan ini sebenarnya perlu dibaca bersama.
KKDW bercakap tentang kewajipan kerajaan terhadap kontrak yang telah sah dan kerja yang telah dilaksanakan.
MOF pula bercakap tentang kemampuan kerajaan menguruskan peruntukan dan aliran tunai dalam tahun kewangan semasa.
Persoalan sebenar bukan siapa yang tak lepaskan duit bayar kontraktor tapi bagaimana dua kementerian ini saling bekerjasama bagi memastikan obligasi kontrak dan Kewangan negara dapat dijaga.
Membuat tuduhan konon kerajaan menyekat peruntukan mana mana kementerian kerana isu politik adalah terlalu simplistic.. tapi yelah yang buat tuduhan tu pun jenis otak yang simple simple.. kalau yang berat berat kena fikir otak deme tu mana boleh terima. Hihihi
Apa pun.. pada saya kedua dua pihak ada hujah sendiri dan tak salah pun. Cuma sebagai dua kementerian dibawah kerajaan yang sama patut isu ini tidak dibangkitkan secara umum. Buat malu ke orang je..
Hal dalam kelambu settel dalam kelambu je lah. Ke memang sebab ada niat lain?.๐๐

No comments:
Post a Comment