KALAU KAKI FITNAH NAK BAGI NGAJAR AGAMA KAH? CARI MAKAN JUAL AGAMA KAH? ATAU KEMPEN BURUKKAN KERAJAAN?



Jamzuri Ardani







 Dia kata Anwar zalim sebab tarik tauliah dia mengajar. Itu tuduhan. Kita semak fakta. 


Pertama. 

Tauliah dia ditarik pada bulan Mac 2022. Anwar jadi PM pada bulan November 2022.  Sebelum itu Anwar hanya Ketua Pembangkang. 


Siapa fitnah siapa? Siapa zalimi siapa?


Kedua. 

Tauliah mengajar ni bawah kuasa MAIS. MAIS pula adalah agensi agama di bawah Sultan Selangor. Anwar tak ada kena mengena urusan tauliah mengajar. Adakah dia nak kata Sultan Selangor zalim kerana tarik tauliah dia? Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. 


Ketiga. 

Dasar MAIS dalam urusan tauliah jelas. Mereka yang aktif atau memegang jawatan dalam parti politik tidak dibenarkan mengajar agama di masjid dan surau.  Bukan dia saja yg ditarik tauliah. Ramai ustaz yang aktif dalam PH juga ditarik tauliah. Jadi, zalim kot mana?






No comments: