Minggu lepas saya menziarahi seorang sahabat yang cedera ketika melakukan kerja-kerja fisabilillah di SRI ABIM Jengka.
Sembang-sembang, terpacul satu soalan kepada saya, apa sebab orang Melayu tolak Anwar Ibrahim?
Berdasarkan pemerhatian saya, jawapan mudah ialah 'berjayanya label PELIW@T' kepada Anwar.
Orang Melayu tiga benda ni dia pantang.
i. Murtad
ii. Liw@t
iii. Babi
Kisah kaum Nabi Luth a.s adalah antara kisah yang selalu diceritakan oleh ustaz-ustazah sehingga tertanam dalam diri orang Melayu betapa jijiknya kelakuan tersebut.
Kepercayaan bahawa bumi akan diterbalikkan. Nabi tak mengaku umat. Menyebabkan amalan ini amat ditolak walaupun ia dalam dosa peribadi.
Berbanding rasuah dan pecah amanah yang merosakkan negara dan orang ramai. Ia seakan boleh diterima dan si pelaku dipanggil Bossku..
LABEL untuk Anwar.
Bayangkan, sekitar 1997, sepasukan elit politik berbincang dan berkonspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Kini, ada dikalangan mereka masih hidup dan sangat tua, tapi ramai juga telah meninggal dunia.
Mereka memikirkan,
Anwar mantan Presiden ABIM, tak murtad.
Anwar tak makan babi.
Maka dua tuduhan ini tidak valid untuk ditujukan kepada Anwar.
Paling mudah ialah buat tuduhan liw@t.
Saksi boleh diupah.
Bukti boleh direka.
Maka bermula konspirasi rekayarasa peringkat tertinggi.
Liw@t 1
Liw@t 2
Akhirnya ramai percaya. Kata mereka takkanlah sampai dua kali kan?
Kemudian mereka tambah lagi dengan c@bul yang juga sukar dibuktikan.
Kejadian ini, mengingatkan saya kepada perbincangan Abu Jahal dan Al-Walid bin Mughirah, dimana mereka berbincang untuk meletakkan satu LABEL kepada Nabi Muhamad saw.
Antara label yang mereka cadangkan ialah,
i. Orang gila
ii. Dukun
iii. Penyair
Namun semua label itu tidak padan dengan karektor Nabi Muhamad saw, al-Quran pula disahkan sendiri bukan syair oleh al-Walid bin Mughirah sendiri, dimana syair adalah bidang kepakaran beliau.
Akhirnya al-Walid memutuskan untuk meletakkan label sebagai 'tukang sihir' dengan alasan mesej Nabi Muhamad saw memecahbelahkan ikatan keluarga.
Kerana ada anak yang meninggal kan keluarga mereka untuk bersama Muhamad, dll.
Namun dengan izin Allah, label itu tidak berjaya. Malah Allah rakamkan kisah penentangan Al-Walid bin Al-Mughirah bersama Abu Jahal di dalam al-Quran. Ia dirujuk secara khusus dalam ulasan Surah Al-Muddaththir (Ayat 11 hingga 30).
"Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran" (Al-Muddaththir:18).
"Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?" (Al-Muddaththir:19)
Anwar bukan Nabi. Bukan.
Cuma kisah sirah ini dekat dengan apa beliau hadapi.
Anwar juga tiada pertolongan Allah yang jelas, seperti turunnya ayat al-Quran.
Adakah Anwar dalam pertolongan Allah atau tidak, kita tidak tahu.
Tapi Allah bagi panduan jelas. Antara maqasid syariah ialah menjaga maruah manusia.
Dalam soal tuduhan zina/liw@t, Allah minta bawakan empat saksi yang melihat. Sesuatu yang agak mustahil.
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;" -An-Nūr:4
Inilah pertolongan Allah yang terbesar untuk Anwar dan kita semua. Larangan menuduh seseorang dengan tuduhan zina tanpa saksi yang MELIHAT.
Larangan ini valid mengatasi zaman. Terbukti berkesan menolak fitnah, jika mereka beriman kepada ayat Allah.
Tuduhan terhadap Anwar bermula dari 1998. Namun di era PN inilah ia menjadi begitu dasyat dengan serangan bertali arus dari pimpinan dan penyokong PAS.
Hari ini, tuduhan itu bagaikan tidak terkawal. Hampir setiap posting berkaitan Anwar, tuduhan ini, dilemparkan dan dipanjangkan.
Masakan tidak, pimpinan PAS yang kononnya ulama dengan selamba memanjangkan tuduhan secara terbuka di atas pentas-pentas ceramah.
Sebagai Perdana Menteri, Anwar tentunya punya fokus yang lebih terhadap negara lebih-lebih lagi dalam usaha memulihkan kerosakan yang dilakukan khususnya kerosakan sejak zaman PM-6.
Tiada masa untuk menjawab dan mengatasi isu peribadi.
Dan jika Anwar fokus pada isu peribadi pun, fitnah lain pula yang akan muncul contohnya penyalahgunaan kuasa sebagai PM untuk membersihkan nama.
Apa yang terbaik ialah meningkatkan ilmu dan iman rakyat.
Usaha ini perlu berterusan dan insyaAllah dengan bantuan-Nya isu ini akan reda dan berjaya diatasi.
Kita teruskan usaha menulis dan menerangkan.
Akhir sekali terpulang kepada iman mereka.
Terima kasih
Fairul al Qasas

No comments:
Post a Comment