AYAM BERKOKOK

SEMASA MENJADI AHLI PARLIMEN TAK PERNAH DENGAR PUN SUARA MEMBELA BANGSA MELAYU DI PUALAU PINANG. MALAH ADA MASYARAKAT DI BAYAN BARU TAK PERNAH LIHAT MUKA PUN DI MARKET ATAU PASAR.BUAT LAH LABU................

ORANG ASAL DAH MULA BANGKIT

Judi, arak, seks dilesenkan: Pemimpin Melayu Muslim derhaka

Oleh Era Pakatan

KUALA LUMPUR: Perkumpulan Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) hari ini mengutuk sekeras-kerasnnya beberapa pimpinan Melayu Muslim yang disifatkan mereka sebagai penderhaka kepada negara, agama (Islam) dan bangsa (Melayu).

Dalam suatu kenyataannya baru-baru ini, Pengerusi D' Nab Mohd Basir Abdullah telah membariskan nama-nama para pemimpin yang perlu bertanggungjawab untuk berdepan dengan kemusnahan masyarakat Islam, Melayu dan negara Malaysia.

"Antara mereka yang mesti bertanggungjawab adalah Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri kabinet Melayu Islam, semua ahli parlimen Melayu Islam, semua ahli Dun Melayu Islam, Yang Dipertua Majlis Agama Negeri, para pengarah Jabatan Agama Negeri-Negeri, para ulamak, tok-tok guru dan lain-lain bijak pandai dalam kalangan bangsa Melayu Islam Malaya.

"Mengikut pengakuan mereka, mereka inilah penjaga hak orang Melayu dan agama Islam. Sebenarnya mereka ini adalah biadap, pengkhianat dan penderhaka negara, agama dan bangsa," tambah Mohd Basir.

Menurut beliau, dakwaan ini dilakukan kerana benci golongan yang tiada ketakutan kepada Tuhan, sambil menyifatkan mereka sebagai bisu, pekak dan buta melihatkan kesengsaraan negara Islam tercinta ini.

"Betulkah anda semua jaga hak bangsa Melayu dan memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini? Jika anda amanah terhadap bangsa dan agama, bagaimana mungkin anda semua bisu, pekak dan buta terhadap judi, arak dan pelacuran yang dilarang sama sekali dan diharamkan Allah?

"Dalam negara ini, agama ini dikuasai bangsa Melayu, kenapa masih boleh diluluskan lesen-lesen judi? Adakah arak dan pelacuran boleh dibiarkan bebas berlaku?

"Dalam negara Islam ini, jika hal itu diharamkan Tuhan, tetapi lesen-lesen maksiat, judi, arak dan pelacuran masih diluluskan dalam jumlah yang banyak, pastinya ia mendapat restu anda semua," tambah beliau lagi.

Zulkifli Nordin, Fir'aun kecil?

Menyentuh perkembangan terkini berhubung kenyataan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Mohd Basir menyifatkan 'Fir'aun Kecil' itu adalah beliau sendiri.

"Pertamanya, Dr Mahathir, kedua kalau Firaun hidup semula, wajah dan namanya adalah seperti ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu, ketiganya Fir'aun Kecil itu adalah saki-baki ahli parlimen yang melompat parti jadi Bebas, sehingga porak-peranda negara, agama dan bangsa.

"Saya mengucapkan tahniah yang tidak berkesudahan kepada yang dimaksudkan di atas kerana menghidupkan semula era Fir'aun. Sayang sangat anda kepada Fir'aun sehingga terbawa 'sunnah'nya ke dalam kehidupan anda," kata beliau lagi.

Pengerusi D' Nab Mohd Basir Abdullah boleh dihubungi di talian 019-6824198, atau mohamad.basir@yahoo.com.

WARGA EMAS DI BERI HADIAH RM100


Kenyataan oleh Pejabat Ketua Menteri . Komtar,



George Town Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

Bersama sumbangan tersebut, akan disertakan satu salinan surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan kandungannya seperti berikut: Tuan/Puan, Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua. Kerajaan berjiwa rakyat boleh disempurnakan menerusi prinsip 3P-Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan rakyat. -Perkasakan rakyat dengan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri. -Perkayakan rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi. Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun. Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk.


Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian hanya atas amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) berdasarkan 'amar maa'ruf nahi mungkar'. Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta. Kerajaan negeri berasa kesal pihak lawan politik kami telah cuba sabotaj program penghargaan wang tunai RM100 ini dengan tuduhan pemberian wang kepada warga emas adalah satu tindakan rasuah.


Walaubagaimanapun, kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Penghargaan wang tunai RM100 kali ini merupakan kesinambungan kerajaan PR yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar, memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan juga sumbangan beras percuma pada tahun 2008-2009. Jangan ingat anda dilupakan apabila anda sudah tua. Selagi kerajaan PR Pulau Pinang ada, kepentingan warga emas akan diambil berat dan anda akan sentiasa dalam memori.

Usia Emas pujaan hati,Tak lekang dek panas mahupun hujan,Jasa dan budi di serata bumi,Sanjungan rakyat berzaman-zaman. Sekian, terima kasih. Yang benar, Lim Guan EngKetua Menteri Pulau Pinang ---------------------------------------------------------


Statement Released by Penang Chief Minister's Office on 15.3.2010 in Komtar, George Town. The Penang state government has decided to post the RM 100 Senior Citizens Appreciation program to the recipients at their home address. This is to facilitate the disbursement of such funds and reduce inconvenience caused to senior citizens of having to take the trouble to go to the PR wakil rakyat's constituency to receive the RM 100 funds. The RM100 will be posted after the launching of the Senior Citizens Appreciation Program in Kompleks Masyarakat Penyayang on 21.3.2010. A letter by Penang Chief Minister Lim Guan Eng will also be enclosied as follows. Dear Sir/ Mdm, Penang Senior Citizens Appreciation Program of RM100 Annually As a people-centric government, the Penang Pakatan Rakyat (PR) State government continually endeavours to listen to the people, do the people’s work and give hope to all. A people-centric government can be achieved through 3Es-to enable, empower and enrich the people. · Enable the people with the skills, knowledge and education to provide equal opportunity for all to create wealth. · Empower the people with fundamental rights, basic freedom and responsibilities with full observance for the rule of law. · Enrich the people by sharing wealth and economic benefits to persue socio-economic justice. For the first time in Penang's history, senior citizens above 60 years old residing in Penang shall receive RM100 annually. This is a symbolic gift from the Penang PR State government to all senior citizens for their contributions and efforts that have allowed Penang to enjoy its success today whether in the field of socio-economy or unity in diversity amongst our plural society. The Penang PR state government can afford to do so as we have been rigorously adopting a prudent budget, strict savings and good governance based on CAT- Competency, Accountability and Transparency. CAT governance has gained recognition from international bodies such as Transparency International that praised a state government in Malaysia for the first time ever. The 2008 Auditor-General’s report also praised the success of the Penang PR State Government in turning around a projected 2008 Budget deficit of RM35 million to a record surplus of RM88 million and a projected 2009 Budget deficit of RM40 million to a surplus of RM77 million. We regret that our political opponents have tried to sabotage this RM 100 cash appreciation program by describing giving money to senior citizens as an act of bribery and corruption. However we shall continue with this program and are prepared to face any investigation or action by the Malaysia Anti-Corruption Agency(MACC). The RM100 cash appreciation to the senior citizens continues the Penang PR government’s tradition of giving to the people such as the RM100 water rebates to the nearly 170,000 low-income families in 2008-2009. Lest you think that you will be forgotten when you grow old- Remember that so long as Penang PR government exists, you will always be in our heart! God Bless You!
Yours faithfully,
Lim Guan Eng Penang Chief Minister --------------------------------------------------- 槟州首席部长办公室于2010年3月15日在乔治市光大发布的文告: 槟州政府已经决定以邮寄方式将100令吉乐龄人士回馈计划寄到受惠者的住家。这是简化支出款项的过程,同时减少乐龄人士必须要到民联代议士的服务中心才能领取100令吉的不便。 100令吉回馈金将于2010年3月21日在爱心大厦举行的乐龄人士回馈计划发放典礼后,开始寄出。槟州首长林冠英的信也将会随同寄出如下: 敬爱的长辈们, 槟州一年一度乐龄人士100令吉回馈计划 首先,槟州民联政府作为一个民本政府,我们一定会继续听你们的话、做你们的事,并且带给每个人新希望。 一个民本政府能够执行“三民”任务,即启迪民智、赋权予民及富国强民。 -启迪民智:让人民掌握技能、知识及教育,拥有平等的 机会创造财富;- 赋权予民 : 让人民享有基本权利、自由及守法的责 任;-富国强民: 合理地分配财富及经济利益以追求社会经济 正义。 槟州掀开历史新页,首度每年发给60岁以上定居槟州的乐龄人士每人100令吉。这是槟州民联政府向所有乐龄人士表达感激的一份心意,感谢你们的贡献与付出,才让槟城这个多元社会享有今天的社会经济地位,并成就多元的团结和睦。 槟州民联政府做得到,因为我们一直开源节流、谨慎开销、秉持能干、公信及透明的施政方针。 我们的能干、公信及透明施政已经获得国际团体的认可,如国际透明组织就史无前例首度称赞我国的一个州政府。总稽查报告也称赞州政府在2008年预算案中从赤字3500万令吉,转亏为盈,变成盈余8800万令吉,在2009年也从预算的4000万赤字,转为7700万盈余。 我们对于政敌蓄意破坏这项100令吉的回馈计划感到非常遗憾。他们污蔑发放回馈金给乐龄人士是贿赂的行为。无论如何我们还是照旧执行回馈计划,并准备面对反贪委员会的调查与行动。 今天这项100令吉回馈金是延续槟州民联政府回馈人民的传统,正如我们在2008年-2009年让17万户低收入家庭享有100令吉水费回扣。 也许你们以为自己因渐渐老去而被遗忘了,但是,要记住 ,只要槟州民联政府继续还在,我们永远不会忘记你! 衷心祝福你们身体健康,生活愉快! 槟州首席部长林冠英启