Setiausaha Agung PAS Jangan Menipu
Semalam, 12 Januari 2025, Setiausaha Agung PAS telah menulis kenyataan media yang panjang bertele-tele mempertikaikan penjelasan PMX mengenai isu titah addendum terkait pengampunan Dato' Sri Najib Razak.
Kenyataan media sepanjang 4 muka surat dengan 21 perenggan itu ada memetik dua kes mahkamah yang menjadi duluan dalam kes pengampunan diraja. Kes tersebut ialah Superintendent of Pudu Prison lawan Sim Kie Chon [1986] 1 CLJ 548 dan Karpal Singh lawan Sultan of Selangor [1987] 2 CLJ 342.
Setiausaha Agung PAS yang juga ahli parlimen Kota Bharu telah memetik penghakiman dari kedua-dua kes itu, kononnya mahkamah telah memutuskan bahawa "Lembaga Pengampunan hanyalah badan penasihat dan AGONG TIDAK WAJIB MENGIKUT NASIHAT TERSEBUT SEMASA MELAKSANAKAN KUASA PENGAMPUNAN BAWAH PERKARA 42 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN"
Merujuk kepada penghakiman asal kedua-dua kes tersebut, ungkapan "Agong tidak wajib mengikut nasihat Lembaga Pengampunan" hanyalah rekaan Setiausaha Agung PAS sahaja. Diperturunkan di sini penghakiman asal dalam bahasa Inggeris dalam kes Sim Kie Chon yang kemudiannya diikuti oleh kes Karpal Singh. Kemudian bandingkanlah dengan apa yang 'diterjemahkan' secara curang oleh Setiausaha Agung PAS yang juga seorang peguam.
"The Pardons Board is only an advisory body and makes no decision whatsoever as such but only tenders advice to His Majesty for the purpose of the exercise of his powers of clemency under Article 42 of the Constitution." (per Eusoffe Abdoolcader SCJ)
Terjemahan bebas: "Lembaga Pengampunan hanyalah badan penasihat dan tidak membuat sebarang keputusan tetapi hanya menasihatkan Agong untuk tujuan baginda menjalankan kuasa pengampunan baginda di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."
Ternyata ungkapan "Agong tidak wajib mengikut nasihat tersebut..." yang dipetik oleh Setiausaha Agung PAS hanyalah rekaan Setiausaha Agung semata-mata, dan memberi gambaran seolah-olah Agong boleh menolak nasihat Lembaga Pengampunan begitu sahaja. Tidak terdapat dalam mana-mana bahagian dalam penghakiman Sim Kie Chon atau Karpal Singh yang menyebut bahawa raja pemerintah tidak wajib mengikut nasihat Lembaga Pengampunan. Kalau Setiausaha Agung PAS membuat tafsiran dan kesimpulan sendiri berdasarkan pemahaman sendiri berdasarkan penghakiman tersebut, itu dia punya pasal, tapi menyebut bahawa mahkamah yang memutuskan Agong tidak wajib mengikuti nasihat Lembaga Pengampunan adalah satu penipuan atas darat kering bak kata orang Rusila. Apatah lagi petikan tersebut dibuka dan ditutup dengan tanda pembuka kata dan penutup kata, memberi gambaran bahawalah ungkapan itulah sebenarnya keputusan Mahkamah Agung sedangkan ungkapan tersebut tidak wujud.
Kalau nak takwil kononnya disebabkan Lembaga Pengampunan hanya menasihat MAKA AGONG TIDAK WAJIB MENGIKUT NASIHAT LEMBAGA PENGAMPUNAN, ini juga tidak betul kerana status 'nasihat' oleh pihak eksekutif juga ada perbincangan panjang dari sudut undang-undang dan tidak boleh dirumuskan ikut seDAP tekak ahli parlimen Kota Bharu sahaja. Kalau mahkamah kata Lembaga Pengampunan hanya menasihat maka ambil yang literal sahajalah tak perlu tokok-tambah ungkapan lain.
Jika hendak dikatakan budi bicara raja pemerintah dalam isu pengampunan merupakan isu yang tidak boleh diadili (non justiciable) sekali pun, ia membawa makna yang jauh berbeza dengan ungkapan "Agong tidak wajib mengikut nasihat Lembaga Pengampunan".
Ternyata Setiausaha Agung PAS hanya mereka-reka penghakiman yang tidak wujud dan membuat kesimpulan untuk menyeDAPkan cerita dan naratif sendiri. Setiausaha Agung PAS janganlah jadi kaki lebong. Jangan kata apa yang orang tak kata. Menipu kan hukumnya haram.
ORANG SUKA BUSUK HATI. DIA JADI MENTERI UNDANG UNDANG YDPA SAMPAI TEGUR SURUH BUKA DEWAN.
Taki... Taki... Busuk sangat hati kamu ni.
Memang ๐ฃ๐๐ฆ ni ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐จ๐ฅ๐๐ฃ. Lepas ๐๐ฒ๐ฟ๐ฐ๐ถ๐ฑ๐๐ธ dengan jawapan PMX, huru-hara dia pusing nak bagi nampak tindakan dia bersolidariti untuk Najib tu konon betul.
Paling kelakar, dia kata isu ni boleh buat ๐ธ๐ฒ๐ฎ๐ฏ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ผ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป. Nampak tak? Itu je yang dia nak sebenarnya. Jatuhkan kerajaan. Dasar gila kuasa.
Adendum tu ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ด๐๐ฎ๐บ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ selepas YDP Agong ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ธ๐ฎ๐ฟ. Jadi Peguam Negara serah kepada YDP Agong yang baru. Tiada seorang pun menteri terima adendum tu. Nampak?
Dekat mana salah kerajaan? Dungu betul Taki. Orang ๐๐ฒ๐ฑ๐๐ป๐ด๐ Taki ni jadi Setiausaha Agung PAS. Patutlah parti tu hilang punca. Dah la presiden pun ๐ป๐๐ฎ๐ป๐๐๐ธ.
Untuk pengetahuan Taki, Peguam Negara dan kerajaan Madani ๐๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ธ๐ฎ macam dia dulu. Tak pernah jadi dalam sejarah YDP Agong keluarkan kenyataan akhbar ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐๐ธ๐ฎ๐ฐ๐ถ๐๐ฎ macam dia dapat. Itu baru derhaka.
Cuba bayangkan, ๐ฌ๐๐ฃ ๐๐ด๐ผ๐ป๐ด ๐ซ๐ฉ๐๐ baru je naik takhta, tiba-tiba berlaku sesuatu yang besar. Satu perkara di luar pengetahuan Baginda. Kena ingat adendum ni ๐๐ฎ๐ธ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฎ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐ต๐ selain Peguam Negara.
Apa perasaan YDP Agong XVII? Isu besar tapi baginda tak tahu sebab apa ia dibuat. Tak rasa macam ๐ฏ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฏ ke begitu? Sebab tu Peguam Negara ๐ฟ๐๐ท๐๐ธ ๐๐ฎ๐ด๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ dulu. Benda ni normal bagi manusia biasa.
Cuma mungkin bagi ๐ฝ๐๐ฎ๐ธ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ธ๐ฎ macam PN ia agak ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐น. Sebab tu PN tak puas hati. Aku sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu, memuji tindakan Peguam Negara itu yang bagi aku amat ๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐๐ท๐ถ.
MCMC LEMAH KOT
Manalah pergi ๐ฃ๐๐ฅ๐ ni. Makhluk-makhluk politik dari pembangkang ni makin lama dah macam biadab. Dia komen macam Agong tu ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป-๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป dia je.
๐๐ฃ๐ก kena keluarkan amaran supaya tiada lagi ๐ธ๐ผ๐บ๐ฒ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ผ๐ฟ๐ผ๐ป๐ผ boleh dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkaitan isu adendum ni. Kalau tak, ia mampu gugat kesejahteraan rakyat dan mencemar institusi Di Raja.
๐๐ง๐๐๐๐ฉ๐ค๐ง ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ yang kelaparan kuasa ni akan guna apa saja isu demi capai matlamat mereka. Jika PDRM tak proaktif, ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Orang berminda mangsa jarang salahkan diri sendiri
Nik Hasyudeen
Ada manusia yang tidak pernah nampak diri dia salah. Jika berlaku perkara-perkara yang tidak betul ke atas dirinya, habis semua orang lain dipersalahkan melainkan dirinya sendiri.
Jika dia belajar tak pandai, dia salahkan gurunya. Jika muridnya tak pandai, sikap murid yang tak betul. Jika kerja tak cemerlang, bos tak pandai pimpin. Jika organisasi tak cemerlang, anak buah tak pandai buat kerja. Jika perniagaan tak maju, orang lain yang bomohkan. Dan seterusnya, dan seterusnya.
Saya golongkan orang-orang yang semacam ini sebagai orang yang berminda mangsa. Sukar bagi mereka nak menerima kenyataan bahawa ada beberapa aspek dalam diri mereka yang perlu dihebatkan. Selagi mereka tak usahakan sendiri, macamana mereka boleh jadi hebat?
Orang-orang yang berminda mangsa merupakan lauk yang sedap kepada ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Mereka mudah ditakut-takutkan agar bergantung kepada orang yang menjanjikan mereka keselamatan dan kesenangan. Untuk mengekalkan kebergantungan ini, pelbagai hantu kena diwujudkan supaya orang-orang berminda mangsa ini ada kumpulan yang boleh dipersalahkan dan terus bergantung nasib kepada penaung mereka.
Hanya keazaman mahu menjadi lebih baik dan usaha yang tidak mengenal penat lelah merupakan jalan keluar dari kepompong minda mangsa. Ini telah dilakukan oleh ramai atok nenek serta ibu bapa kita dahulu. Kesenangan yang kita rasai sekarang bersebabkan mereka mengharungi cabaran hidup demi membentuk masa hadapan yang lebih baik untuk anak, cucu dan cicit-cicit mereka.
Jangan kita ingat kita sahaja yang susah. Orang-orang dahulu pun susah juga. Begitu juga dengan cucu cicit kita di masa hadapan. Pusaka yang paling malang untuk diwariskan kepada mereka ialah minda mangsa. Sebaliknya, dari kecil lagi kita kena memerdekan jiwa anak cucu kita. Beranikan mereka mencuba perkara-perkara baharu walaupun akan menyebabkan kita tak nampak hebat.
Ketua yang hebat akan melahirkan anak-anak buat yang lebih hebat. Jangan dengki pula ya, ni satu lagi perangai orang-orang berjiwa dan berminda mangsa, tak boleh tengok orang lebih berjaya dari mereka.
Ingatkah kita kepada kata-kata Rabโi bin Amir ketika dia berhadapan dengan Rustum, panglima tentera Parsi?
โAllah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannyaโ.
Anda carilah sendiri kisah ini yang sepenuhnya termasuk latar belakang Rabโi itu sendiri. Baru anda faham bagaimana minda insan yang berjiwa merdeka kerana kehambaannya yang ikhlas kepada Allah SWT.
Kita sememangnya boleh salahkan setiap yang bergerak dan setiap yang terbang di atas nasib kita. Namun, pernahkan kita mempertimbang bahawa masalah sebenarnya ialah minda orang yang ada di dalam cermin yang kita hadap setiap pagi ketika menggosok gigi?
Orang berminda mangsa ada satu alasan lain, โsaya tak gosok gigi, jadi tak kenal siapa orang di dalam cermin ituโ.
TAKKAN SEMUA TAK SETUJU
RMS
Kali ni aku tak setuju.. nak naikkan peruntukan biarlah berdasarkan merit, ni dgn Singapore pun seri, berpeluh nak kalahkan Timur Leste, tetiba dapat extra RM30 juta..
Walaupun aku tak setuju tak bermakna aku bangkang, itu fahmi reza..semua benda dia tak setuju..
TAKI PASANG PAIP KOT.
RMS.
Tahukah anda.. Unexplained Mystery..??
Takiyuddin masuk hospital kerana komplikasi Jantung pada hari Ahad, Isnin buat operation, Selasa dah boleh balik rumah..
Sampai hari ni, kejadian itu direkodkan sebagai unexplained fonemena oleh institusi jantung seluruh dunia.
ORANG LAIN MIKIR BAB KAROMAH JUGA
Che Ibrahim
Jika kita rasa kita ada karomah, ada berkat, ada keajaiban, maka orang lain pun memikir gitu juga...
Tidak ada apa pun yang menimpa atau yang berlaku itu, kecuali apa yang telah termaktub di sisi Alah atau apa yang Allah telah tetapkan.
KUPASAN KES ADENDUM
Kamaruddin Mahmud
Kupasan isu berkaitan titah addendum yang dikaitkan dengan PMX (Perdana Menteri X) dan YDPA (Yang di-Pertuan Agong) ini menonjolkan beberapa poin penting. Berikut adalah analisis terhadap kenyataan tersebut:
1. Pengakuan PMX Tentang Kewujudan Titah Addendum
PMX mengesahkan kewujudan titah addendum tetapi menegaskan bahawa dokumen tersebut tidak pernah berada dalam simpanan beliau, Lembaga Pengampunan, atau mana-mana menteri. Ini menunjukkan ketelusan PMX dalam menjawab dakwaan, sekaligus menjelaskan kedudukan dokumen tersebut sebagai bukan sebahagian daripada proses rasmi kerajaan.
---
2. Titah Addendum Dialamatkan Terus Kepada Peguam Negara
Dokumen tersebut dilaporkan dihantar terus kepada Peguam Negara, yang kemudian menyerahkannya kepada Istana Negara. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada tindakan itu selari dengan prosedur Perlembagaan. Walau bagaimanapun, kedudukan YDPA17 sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan memberikan justifikasi bahawa dokumen itu berada dalam simpanan baginda.
---
3. Isu 'Sorok' Tidak Berasas
Kenyataan bahawa dokumen itu tidak berada dalam simpanan kerajaan tetapi di bawah kendalian YDPA17 menjawab tuduhan bahawa titah addendum itu disorok. Ia menekankan bahawa urusan tersebut kini dalam bidang kuasa Istana Negara, bukan kerajaan.
---
4. Status Ketidakabsahan Titah Addendum
Peguam Negara menegaskan bahawa titah addendum tidak sah kerana ia dibuat di luar mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan. Ini bertepatan dengan prinsip Perlembagaan yang menggariskan bahawa keputusan pengampunan hanya sah jika dibincangkan secara formal dalam mesyuarat Lembaga.
---
5. Peranan YDPA17 dan Tindakan Lanjut
YDPA17 diberi kuasa untuk memutuskan sama ada untuk melaksanakan titah addendum atau meminta permohonan pengampunan baru daripada pihak berkaitan. Pendekatan ini selari dengan sistem Perlembagaan dan memastikan proses keadilan diteruskan dengan telus.
---
Kesimpulan :
a. Tiada Unsur Penyelewengan: Kewujudan dokumen tidak disembunyikan tetapi disalurkan kepada pihak berkuasa yang sah.
b. Kepatuhan Kepada Prosedur: PMX dan Kerajaan Perpaduan menghormati bidang kuasa Istana Negara dalam perkara ini.
c. Politik Dimanfaatkan: Tindakan PAS dan PN menyerang isu ini didapati tidak berasas, dan naratif mereka tercabar dengan penjelasan PMX dan Peguam Negara.
d. Implikasi Perlembagaan: Kes ini menunjukkan kepentingan memahami peranan dan kuasa YDPA serta prosedur formal dalam sistem pengampunan.
Perkembangan ini menegaskan perlunya semua pihak menghormati prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam menangani isu-isu sensitif.