BERTEMBUNG: SEMUA RAKYAT HARUS TURUNMENYOKONG BAJU MERAH AHAD INI

stana Negara menjadi tumpuan dua kumpulan anti dan pro-kerajaan Selangor yang mahu menghantarkan memorandum masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini.

Bagaimanapun, angka kumpulan berbaju merah yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka jauh melebihi peserta perhimpunan yang menamakan diri mereka Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dengan pakaian hitam.

khalid ibrahim selangor waterKhalid dijadual menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor meminta Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Manakala Gaps pula mahu menyerahkan memorandum dan 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu, antaranya berhubung isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

Mengulas kemungkinan berlakunya pertembungan, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor Badrul Amin Bahrom menyifatkan tindakan Gaps merancang berhimpun pada hari yang sama sebagai satu provokasi.

badrul amin"Apa yang yang kita boleh buat, menasihatkan peserta kita tidak termakan provokasi mereka.

"Mereka hendak bawa, bawalah. Itu hak mereka. Cuma, kita 20,000, mereka 2,00 orang. Jadi faham-fahamlah, kita pun manusia juga," katanya yang juga pengarah komunikasi di pejabat menteri besar.

Tiada permit

Manakala Gaps pula dalam sidang media di Shah Alam pagi ini menegaskan "tak mahu bertembung dengan siapa-siapa".

"Kalau kita berkumpul pun kita berkumpul secara aman kita bukan nak bertembung pun, kalau dia (kumpulan prokerajaan negeri) nak bersalaman (pun) tiada masalah. Kita buat kerja kita, kita maksudkan demonstrasi aman.

NONE“Gaps bukan sebuah pertubuhan politik tetapi kita rasa prihatin terhadap rakyat Selangor dianggarkan 58 peratus bangsa Melayu cuba diketepikan," jelas presidennya Hamidzun Khairuddin (gambar, tidak berikat kepala).

Kumpulan berbaju merah dijadual berkumpul di Masjid Negara pada jam 12 tengah hari sebelum berarak ke Istana Negara, tidak jauh daripada tempat itu.

Manakala Gaps pula akan berkumpul di Masjid Jamek setengah jam selepas itu.

Laluan yang akan digunakan kedua-dia pihak setakat ini masih belum jelas.

Menurut kedua-dua penganjur, mereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Gaps juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan Selangor Jumaat ini.

Ketuanan Melayu: PKR Bayan Baru dakwa Zahrain khianat, bukan Anwar-Azizah

NI SEKOQ LAGI...KATA NAK SAMAN GUAN ENG SOAL CLUB GOLF...TAPI SAMPAI LA DIAM...ORANG BAYAN BARU BAGI AMANAH KAT DIA ...DIA LOMPAT...MINTA PINGAT ..ORANG DAH BAGI...DAH KAYA RAYA....SUDAH LA....

December 01, 2010

Zahrain Hashim
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru mendakwa bekas ketuanya Datuk Seri Zahrain Hashim membawa politik murahan dengan mendesak agar pingat “Datuk Seri” dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditarik balik.

“PKR Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia,” kata ketuanya, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sim, Adun Jerejak menegaskan, Zahrain yang keluar PKR awal tahun ini mngkhianati mandat rakyat yang diberikan sebagai Ahli Parlimen parti itu dengan melompat keluar parti.

“Beliau mengkhianati prinsip perjuangan PKR yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua.

“Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi lebih ghairah mengikut (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati pingat Datuk Seri yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum.

“Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu,” kata Sim.

Bagaimanapun jelas Sim, PKR Bayan Baru tidak ingin memperlekehkan isu pingat kerana ia adalah penghargaan hak dan kuasa Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri.

“PKR Bayan Baru ingin mengingatkan semua pemimpin Umno-BN dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit.

“Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi menggadai negara,” kata beliau.

Zahrain merupakan bekas ketua PKR Bayan Baru.

Semalam, Zahrain mencabar Anwar, bekas ketuanya agar menyerahkan gelaran “Datuk Seri” jika terus-menerus menolak konsep “Ketuanan Melayu”.

Zahrain membuat cabaran atas alasan tindakan Anwar menolak konsep itu bersamaan dengan langkah mempertikaikan Raja-raja Melayu, yang kedaulatannya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Wakil rakyat Bebas ini berkata jika Anwar dan orang-orangnya di PKR masih “tebal muka” untuk kekal dengan gelaran masing-masing, beliau akan memohon agar Raja-raja Melayu yang menganugerahkan gelaran dan darjah agar melucutkan.

Sim juga menambah, PKR memperjuangkan prinsip “Ketuanan Rakyat” dan keadilan untuk semua.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan Umno yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lain.

“Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib kelompok ramai Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India, Orang Asli dan Cina masih tetap terabai.

“Pakatan Rakyat akan terus berjuang membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar Umno-BN,” katanya.

Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu

BERSEDIAKAH JIKA MAKLUMAT BELUM SAMPAI DI KAWASAN PEDALAMAN.

BERSEDIAKAH KITA JIKA AKHBAR PARTI MASIH DALAM KEADAAN KELAM KABUT

BERSEDAIKAH KITA JIKA JENTERA PILIHANRAYA MASIH BELUM MANTAP?


TEMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?


Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.



ADA YANG DOK MERABAN TAK TENTU HALA

ENTAH APA LA BELIA 4B NI DOK MERABAN....LAMA DAH DENGAR BELIA 4 B NI SEJAK ZAMAN TOK NADOQ LAGI..PROGRAM APA NTAH YANG DIBUAT UNTUK MEMBANTU MELAYU ATAU DI PERGUNAKAN OLEH PARA PEMIMPIN UMNO.....MASAALAHNYA CAKAP TAK PAKAI AKAI.....GAMAKNYA SEBAB ITULAH KEMENTERIAN PELAJARAN ERKENALKAN SUBJEK SEJARAH.....BUTA SEJARAH GAMAKNYA.....ADOIIIII...LAWAK PULAK MENJELANG PILIHANRAYA NI......


FAHAM-FAHAM SAHAJA LAH KALAU DAH 4 B....BANYAK MAKNANYA TU ....



Ketuanan Melayu: Belia 4B mahu Wan Azizah dikena ISA





Tiada istilah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan hanya Ketuanan Raja, kata pakar

November 30, 2010
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Istilah ''Ketuanan Melayu'' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya ''Ketuanan Raja'' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut ''Ketuanan Melayu'' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan Cuma ''Ketuanan Raja'' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi ''bangsa bermaruah'' atau ''Melayu bermaruah''.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya.



TAHU KENAPA TANGGUH????HE..HE..HE




TAHUKAH ANDA KENAPA PEMILIHAN DI TANGUH SEHINGGA 18 BULAN....SEBAB TAKUT UMNO BERPECAH..MALAH MUNGKIN LEBIH TERUK DAN DAHSYAT DARI APA YANG DI KETAKAN KEPADA PKR...

KEDUANYA UNTUK KEFAHAMAN TUAN/PUAN/DATO/DATIN...PILIHANRAYA BAKAL MENJELMA DALAM TEMPOH TERSEBUT......MAKA KERANA ITU KALAU NAK KE PUTRAJAYA LIHAT-LIHAT LAH APA YANG TELAH DI LAKUKAN KEPADA RAKYAT DI KAWASAN MASING-MASING..


53 TAHUN UMNO TAK MANTAP-MANTAP LAGI RUPANYA




Pemilihan UMNO ditangguh


Muhyiddin Yassin menyatakan sesuatu kepada Najib Tun Razak semasa Perdana Menteri tiba di ruang legar Menara Dato’ Onn untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan.

Ketetapan itu dibuat oleh MT yang bermesyuarat malam ini dan diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, penangguhan berkenaan bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan parti selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.

Najib turut menafikan penangguhan itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum sebaliknya menjelaskan ia bagi membolehkan seluruh perhatian serta tenaga pemimpin dan ahli UMNO terarah kepada usaha pemantapan parti.


( 53 TAHUN PARTI TAK MANTAP-MANTAP LAGI RUPANYA)

YE...YE MINYAK NAIK LAGIIII....

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

[Baca berita penuh]

azlan