Khairy patut debat dengan saya bukannya Anwar, kata SU Agung PKR




January 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Gelanggang cabar-mencabar memperlihatkan kehangatan dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar berdebat dengan beliau.

Saifuddin berkata Ahli Parlimen Rembau itu sepatutnya berdebat dengan beliau, bukannya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan kedua-dua mereka merupakan pemimpin barisan kedua dalam parti masing-masing.

“Memandangkan Datuk Seri Najib Razak tidak bersedia, maka pemimpin barisan kedua boleh teruskan. Khairy harus menghantar surat jemputan kepada setiausaha agung, bukannya Anwar.

“Saya bersedia untuk debat dan Khairy, selaku graduan Oxford, tidak sepatutnya ada masalah,” kata Ahli Parlimen Machang ini kepada The Malaysian Insider.

Jemputan rasmi Khairy dihantar ke pejabat Anwar pagi tadi.

Malam tadi, seorang lagi pemimpin PKR iaitu Ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mengajak Khairy berdebat dengan beliau berhubung dasar ekonomi dibawa Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Dewan Pemuda PAS juga mengajak Khairy terima jemputan mereka untuk sertai forum mengenai aspek itu minggu depan di ibu negara.

Ia akan memfokus Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

MENYUSUL LAGI

BELIT CAKAP ZAHID HAMIDI KERANA TIDAK MEMBACA



Bantuan Buat Guru KAFA at Anwar Ibrahim

BERNAMA - Kerajaan Pulau Pinang Bayar RM100 Kepada Guru Kafa ...

Guru KAFA di penang dapat RM600 sebulan(Page 1) - Isu Semasa ...

Pulau Pinang naikkan elaun guru KAFA RM50 - pasbukitbendera.com

Guru KAFA Pulau Pinang Dapat Duit Raya RM 250 - pasbukitbendera.com


MAT SABU KATA ZAHID HAMIDI JAHAT




Scorpion scandal profile. Information about Scorpion scandal ...


dan banyak lagi yang patut zahid hamidi betulkan





ALASAN DEBAT ANWAR DAN NAJIB

DEBAT: KHAIRY TERIMA DULU PERLAWAAN PEMUDA PAS.BIAR NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR


Biar Khairy menerima dahulu perlawaan perlawaan Ustaz Nasaruddin kerana memang sudah lama menunggu penerimaan beliau.Biar Najib menerima cabaran Anwar. Ini agar dilihat lebih adil .Kerana sesuai dengan jawatan masing-masing. Adalah tidak manis untuk Pakatan membiarkan seorang ketua pemuda yang di anggap naik kerana sokongan mertuanya, berdebat dengan seorang ketua umum apatah lagi seorang ketua pembangkang.

Bukan kah lebih elok dan meriahnya suasana demokrasi negara jika ketua pemuda Umno yang di katakan membela kaum Melayu berdebat dengan Ketua Pemuda PAS yang juga membela bukan sahaja kaum Melayu tetapi juga agama Islam.

Biarkan lah Dato Seri Najib berdebat dengan ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang dan ini dianggap sebagai setaraf dengan amalan demokrasi negara-negara jiran dan juga negara luar. Apa yang perlu di takutkan jika semua dasar itu telah lama di perkenalkan oleh Perdana Menteri 1 malaysia dan ini sudah tentulah lebih jelas dimata rakyat.
Bukan kah sesuai dengan gelaran masing-masing yang punya title yang sama dan setaraf pula , bukannya setaraf dengan Khairy yang bukan sahaja tidak punya apa-apa kapasiti selain ketua pemuda Umno yang belum tentu akan kekal dalam jawatannya di masa depan, setelah bapa mertuanya di pinggirkan oleh ahli Umno sendiri.

WRLR








t: Nasrudin harap Khairy terima
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan melahirkan harapan tinggi agar Khairy Jamaludin yang disifatkannya sebagai 'beria-ia' berdebat, menerima pelawaan forum Pemuda PAS.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, beliau mahu Ketua Pemuda Umno itu melupakan sahaja hasrat berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya tidak sepadan.

"Maka saya berharap YB Khairy Jamaludin yang kini beria-ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut.

"Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat telah mengemukakan cabaran sama kepada Khairy dan telah dimaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Forum tersebut akan diadakan pada 18 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), bermula jam 9.30 hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.

"Insyaallah, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau hari ini.

"Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak Umno dan BN terhadap Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat apabila menerima mandat sebagai kerajaan kelak," ujar Nasrudin.

Tegasnya, forum tersebut bertujuan mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan, jauh sekali untuk bertegang urat.

Ianya juga sebagai medium untuk mengemukakan hujjah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS membuat pelawaan tersebut selepas Khairy dilaporkan sedia menggantikan Perdana Menteri menyahut debat yang dilontar Anwar kepada Perdana Menteri.

Empat orang panel dijemput, masing-masing dua mewakili Pakatan Rakyat dan dua lagi mewakili BN.

Pakatan Rakyat akan diwakili AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua manakala panel dari parti Gerakan dan Umno mewakil BN.

"Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak Umno dan BN," katanya.

BUAT PEJUANG KE TENANG

MAMPUKAH PEGUAM NEGARA BELA MICHAEL CHIA?

MAMPUKAH PEGUAM NEGARA BELA MICHAEL CHIA?


BUDDY... Hubungan akrab Michael Chia (kanan) dengan Richard Barnes sentiasa kukuh bagi melindungi kegiatan jenayah mereka di Hong Kong.


Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

KETIKA Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dihujani pelbagai isu yang mencabar kredibiliti beliau, terutama kemelut dengan Panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ‘Lelaki Terkaya di Malaysia’ Michael Chia Tien Foh masih bergantung tali hayat dengan Jabatan Peguam Negara dalam Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong dan Kes Rasuah di Sabah yang akan disambung lagi selama dua hari mulai hari ini dan esok (13 hingga 14 Januari 2011).

Michael Chia yang memperdaya seorang usahawan tempatan, Datuk Agus Hassan Tan berhubung Skandal Peluamas yang melibatkan nama UMNO Sabah terpalit untuk mendapatkan suapan sejumlah RM3 juta; masih berjaya mengheret Ketua Menteri Sabah, merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman sehingga tidak menyambung kontrak Mohd Daud Tampokong sebagai Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah.

Pemberhentian Daud sebagai orang paling berkuasa di Yayasan Sabah sedikit sebanyak akan menyebabkan perbicaraan kes berkenaan terganggu kerana Daud menjadi saksi utama yang melibatkan kes rasuah tersebut disebabkan hubungan langsung dengan tertuduh, Michael Chia, yang diperkenalkan Daud sebagai Juruperunding dan Agen Yayasan Sabah bagi semua konsesi di Yayasan Sabah.

Akibatnya, Yayasan Sabah terpaksa menubuhkan Panel Khas untuk mentadbir urus yayasan berkenaan yang terdiri daripada Mohd Hatta Jaafar, Andrew Garcia, Robie Makajil dan Esther Lee.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Peguam Negara telah mengarahkan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morrais melalui telefon agar memaklumkan kepada Hakim Elsie Primus untuk menangguhkan perbicaraan tersebut kerana salah seorang saksi penting, Chong Shak Nyen ingin meminda keterangannya; sedangkan saksi berkenaan tidak tahu menahu dan tidak ada membuat sebarang permohonan; sehingga statusnya sebagai saksi kini akan dijadikan sebagai salah seorang ‘Defendan’.

Dikhabarkan Gani gagal membantu Michael Chia dalam kes Penggubahan Wang Haram di Hong Kong baru-baru ini sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berjaya mendapat perintah mahkamah untuk membekukan wang sejumlah RM430 juta, tidak termasuk RM16 juta yang dirampas di Lapangan Terbang Cek Lap Kok pada 14 Ogos 2008.

Usaha untuk menentang ICAC di mahkamah Hong Kong ternyata gagal kerana tidak ada sebarang pihak muncul mewakili Michael Chia, setelah ada pihak yang berkepentingan bimbang akan menyebabkan pembangkang mempergunakan isu berkenaan pada pilihanraya kecil Batu Sapi.

Usaha untuk mencairkan RM446 juta berkenaan masih terus dilakukan termasuk untuk menggunakan pengakuan palsu Kerajaan Malaysia bahawa wang tersebut adalah wang parti, namun masih menemui jalan buntu setelah jet peribadi yang membawa Michael Chia ke Hong Kong berjaya dipintas ketika operasi besar-besaran menangkap mereka yang terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong sedikit masa lalu.


PERANGKAP.... Michael Chia cuba memerangkap Musa Aman dengan menghantar lebih 10 gambarnya ke Sabahkini.net.


Walaupun Ketua Menteri Sabah mengakui tidak pernah mengenali Michael Chia secara peribadi, namun Michael Chia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengaitkan Musa Aman dengan beliau yang menunjukkan kemesraan mereka sekalipun gambar tersebut merupakan gambar yang dikirimkan kepada Sabahkini.net diambil ketika majlis sambutan Hari Raya.

Bukan sahaja Michael Chia yang bersalaman dengan Musa Aman, malah semua tetamu juga turut bersalam kerana mereka menjadi tetamu di majlis rumah terbuka yang diadakan Ketua Menteri Sabah di kediamannya.

Berjayakah Michael Chia terus berselindung di sebalik nama Musa Aman dan menggantung tali hayat kepada Gani Patail? Jawapannya hanya diketahui Richard Christopher Barnes yang menjadi Pemegang Amanah bagi semua wang yang disimpan di Hong Kong and Shanghai Bank di Central Hong Kong!

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media