Biar Khairy menerima dahulu perlawaan perlawaan Ustaz Nasaruddin kerana memang sudah lama menunggu penerimaan beliau.Biar Najib menerima cabaran Anwar. Ini agar dilihat lebih adil .Kerana sesuai dengan jawatan masing-masing. Adalah tidak manis untuk Pakatan membiarkan seorang ketua pemuda yang di anggap naik kerana sokongan mertuanya, berdebat dengan seorang ketua umum apatah lagi seorang ketua pembangkang. Bukan kah lebih elok dan meriahnya suasana demokrasi negara jika ketua pemuda Umno yang di katakan membela kaum Melayu berdebat dengan Ketua Pemuda PAS yang juga membela bukan sahaja kaum Melayu tetapi juga agama Islam. Biarkan lah Dato Seri Najib berdebat dengan ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang dan ini dianggap sebagai setaraf dengan amalan demokrasi negara-negara jiran dan juga negara luar. Apa yang perlu di takutkan jika semua dasar itu telah lama di perkenalkan oleh Perdana Menteri 1 malaysia dan ini sudah tentulah lebih jelas dimata rakyat. Bukan kah sesuai dengan gelaran masing-masing yang punya title yang sama dan setaraf pula , bukannya setaraf dengan Khairy yang bukan sahaja tidak punya apa-apa kapasiti selain ketua pemuda Umno yang belum tentu akan kekal dalam jawatannya di masa depan, setelah bapa mertuanya di pinggirkan oleh ahli Umno sendiri. WRLR t: Nasrudin harap Khairy terima |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 13 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan melahirkan harapan tinggi agar Khairy Jamaludin yang disifatkannya sebagai 'beria-ia' berdebat, menerima pelawaan forum Pemuda PAS. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, beliau mahu Ketua Pemuda Umno itu melupakan sahaja hasrat berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya tidak sepadan. "Maka saya berharap YB Khairy Jamaludin yang kini beria-ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut. "Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. Semalam, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat telah mengemukakan cabaran sama kepada Khairy dan telah dimaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS. Forum tersebut akan diadakan pada 18 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), bermula jam 9.30 hingga 12 malam dan terbuka kepada semua. "Insyaallah, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau hari ini. "Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak Umno dan BN terhadap Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat apabila menerima mandat sebagai kerajaan kelak," ujar Nasrudin. Tegasnya, forum tersebut bertujuan mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan, jauh sekali untuk bertegang urat. Ianya juga sebagai medium untuk mengemukakan hujjah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Pemuda PAS membuat pelawaan tersebut selepas Khairy dilaporkan sedia menggantikan Perdana Menteri menyahut debat yang dilontar Anwar kepada Perdana Menteri. Empat orang panel dijemput, masing-masing dua mewakili Pakatan Rakyat dan dua lagi mewakili BN. Pakatan Rakyat akan diwakili AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua manakala panel dari parti Gerakan dan Umno mewakil BN. "Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak Umno dan BN," katanya. |