ZUNAR..KERAJAAN MALAYSIA TAKUT PADA CARTOON

Berjuang melalui kartun maraton tak berpenghujung

 
ULASAN Pada 1 November lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan saya untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa polis mempunyai hak untukmenahan dan menangkap saya bawah Akta Hasutan kerana melukis kartun.

Saya ditangkap pada 24 September 2010 beberapa jam sebelum pelancaran buku Cartoon-O-Phobia.

Dalam serbuan itu, pasukan polis turut merampas 66 buku tersebut.

Saya kemudian memfail saman terhadap kerajaan kerana tangkapan tersebut jelas berniat jahat.

Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan seakan mengesahkan pendirian kerajaan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah jenayah!

Saya akan menghadiahkan tiga buah buku kartun terbaru saya sebagai hadiah kepada para hakim supaya mereka memahami kartun.

Saya telah kalah dua kes di Mahkamah Tinggi dan menanti satu lagi kes di Mahkamah Rayuan dan saya tidak berharap untuk menang sebarang kes melawan kerajaan di mahkamah Malaysia.

Tujuan saya ke mahkamah ialah untuk membangkitkan kesedaran orang ramai betapa kerajaan cuba menutup pandangan berbeza sehingga menjadi takut dengan kartun.

Bagi saya, semua episod ini adalah sebahagian dari taktik kerajaan untuk menghentikan saya dari terus melukis untuk mendedahkan korupsi dan salah laku mereka.

Skrip bermula sejak September 2009 apabila pegawai-pegawai KDN menyerbu pejabat saya dan merampas lebih 400 komik baru, Gedung Kartun.

Keesokan hari mereka menyerbu kilang cetak dan memberi amaran lesen mereka akan tarik balik sekiranya terus mencetak buku Zunar di masa akan datang.

Amaran dan ugutan yang sama juga diberi kepada penjual-penjual buku di seluruh negara.

Dan apabila kerajaan nampak saya masih meneruskan penerbitan, mereka berpindah ke langkah kedua dengan mengharamkan lagi lima buah buku kartun saya atas alasan kandungannya "mengancam ketenteraman awam".

Akibatnya, perjanjian yang saya tanda tangani seminggu sebelum itu dengan sebuah agensi terkemuka untuk pengedaran buku terpaksa dibatalkan.

Kerajaan nampaknya berjaya dalam menyekat dan menakut-nakutkan dua tonggak sokongan produksi saya - pencetak dan pengedar.

Saya menanggung hutang puluhan ribu ringgit sehingga sekarang akibat halangan terhadap penjualan buku. Saya juga terpaksa memberhentikan kakitangan dan pembantu.

Kerajaan seolah berkata kepada saya: "Kamu boleh terus melukis, tetapi jika tiada siapa berani mencetak dan tiada siapa berani menjual, apa yang dapat kamu lakukan?"

Selepas itu, sukar bagi saya untuk mendapat pencetak yang berani mencetak buku saya dan berhadapan tindakan KDN.

Ketika produksi buku terbaru "The Pirates of the Carry-BN", saya terpaksa menghitamkan nama pencetak di dalam buku bagi melindungi kilang pencetak tersebut.

Saya tahu tindakan ini menyalahi undang-undang, tapi ini saja jalan penyelesaian yang ada.

Dari segi pengedaran, saya hanya bergantung kepada penjualan atas talian kerana tiada pekedai yang berani menjual secara terbuka.

Satu-satunya tempat yang boleh saya menjual buku ialah di majlis pelancaran 16 November ini di Petaling Jaya.

Seorang teman kartunis menasihati agar saya melembutkan cara menyampai mesej dalam kartun, dengan itu buku saya boleh dijual di pasaran terbuka dan saya boleh mendapat pendapatan selayaknya.

Jawapan saya tidak. Saya ingin menekankan bahawa saya tidak mahu sekadar melukis sebuah kartun.

Karya-karya saya bertujuan membongkar isu yang tidak disentuh oleh kartunis-kartunis ternama lainnya seperti isu Altantuya, Scorpene dan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri. Saya juga ada menghasilkan animasi mengenai isu ALtantuya dalam Youtube.

Saya tidak akan mengorbankan tugas ini untuk ganjaran wang. Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial kartunis!

Berjuang melalui kartun ialah maraton tak berpenghujung.

Kita mengepal genggaman untuk mencapai pembentukan sebuah negara yang benar-benardiperintah rakyat, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar adalah kebebasandan nilai kemanusiaan merentasi perbezaan agama dan kaum.

Kita tidak boleh membisu dan merestui semua bentuk korupsi, ketidakadilan, dan cengkaman pemerintah. How can I be neutral, even my pen has a stand! 
 
 

VIDEO MELAYU MESTI TONTON: HIDUP MELAYU....PASAI HANGPA @#$%^&*

Terbongkar lagi.. NAJIB TIDAK SEBUT pun pemotongan beberapa dalam Bajet 2014 dalam ucapannya... Akhirnya DSAI bongkar satu persatu pemotongan tersebut..











Pembangunan kesihatan luar bandar DIPOTONG RM130 juta....
 DIPOTONG PULA Institut Kemahiran MARA RM50 juta, HIDUP MELAYU!!!...
DIPOTONG LAGI bekalan elektrik luar bandar RM47 juta...
DIPOTONG LAGI bekalan air luar bandar RM136 juta...
DIPOTONG LAGI Jabatan Kemajuan Orang Asli RM24 juta.. Nampaknya bulat2 meLAYU Kena Tipu Sama meLAYU.....


Sebab tulah Najib lari ke London kerana tak berani nak bersemuka dan bersidang di Parlimen nak menghadap pembangkang terutama dengan Ketua Pembangkang DSAI dalam Bahas Rang Undang-Undang Peberkalan 2014...

Ini la sebabnya tidak disiar dalam dlm RTM 1, RTM 2, TV3 atau media elektronik lain perbahasan penuh di Parlimen kerana UMNO takut informasi yg telus rakyat dapat menilai, media2 dari suku sakat UMNO hanya ambil sekerat dan di reka ulasan sehingga rakyat jadi keliru.

Kalau dah sifat pemimpin yg mereka pilih hanya berani fitnah bila ajak berhujah semua pakat kecut apa lagi Geng Otak Karat Biru saban masa duk jaja auta putar belit fitnah berpisah tiada..


Suhaimi Said dua kali ditahan di bawah ISA


Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
PETALING JAYA: Sekitar tahun 1980an, nama Suhaimi Said yang sinonim dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) begitu popular. Sebagai peguam yang aktif dalam parti pembangkang, beliau mudah diminta sebarang komen untuk mana-mana akhbar tabloid.
Beliau memulakan karier politiknya dalam PSRM kemudiannya menyertai PAS, UMNO dan berakhir dengan PKR. Beliau menyertai Umno bersama Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang keluar dari PAS.
Semalam Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR itu kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat  PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.
Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.
Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.
Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh,  beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944.
Beliau adalah anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM)  sebelum menyertai PAS.
Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) .
Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.
Di Melaka beliau menubuhkan banyak cawangan PAS dan mewujudkan Gagasan Selatan-Selatan membabitkan PAS Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.  Keadaan ini amat merunsing pemimpin Umno Melaka yang ketika itu diterajui Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Beliau sekali lagi ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.
Konflik dalaman PAS ekoran tindakan bekas Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaei meninggalkan PAS dan menyertai Umno turut mengheret Suhaimi.
Allahyarham menyertai Umno dan bergiat aktif di peringkat bahagian tetapi kemudian menyepikan diri.
Menyifatkan penyertaannya dalam Umno sebagai satu kesilapan besar dalam kerjaya politiknya, Suhaimi kemudian meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali.  Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said. Alfatihah.

RANGKUMAN BERITA HARI INI.

Dok kutuk Anwar...Suaram...Malaysiakini...Gabungan BERSIH...
Kini terdedah dlm Pentabiran Najib ada perisik CIA...bkn calang-calang  jabatan...tetapi di Jabatan Peguam Negara...
KITA DOA KAN SEMOGA TUN DR MAHATHIR...PANJANG UMURNYA HINGGA PRU14..KERANA "MELAYU MUDAH LUPA".
 
  PERSIDANGAN SOSIALISME
 
Persidangan SOSIALISME 2013 kembali lagi. Kali ini membawa topik perbincangan hangat mengenai model alternatif kepada sistem kapitalisme dan gerakan massa di dunia dan Malaysia.

Antara topik adalah Sosialisme Sebagai Alternatif, Pergolakan di Timur Tengah, Gerakan Kiri di Malaysia, Mengimbas Kembali Parti Komunis Malaya dan Arah Tuju Selepas PRU Ke-13

Daftar Sekarang !!!!
 

PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain

Ikhwan Zulkaflee | November 7, 2013
'Mana boleh kebetulan...Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama.'
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.
Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.
“Mana boleh kebetulan…Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama,” katanya dalam perbualan telefon.

Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.
“Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana,” cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.

Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.

Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.

Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.