MGID

APCO 425...

Anwar jangan jadi pengecut - Musa


KUALA LUMPUR 6 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen kononnya pasukan itu bekerjasama dengan perisik Israel.


Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pembangkang tersebut mengemukakan bukti dengan segera agar siasatan dapat dijalankan.


“Jika membuat tuduhan (perisik Israel) tanpa sebarang bukti, saya anggap dia (Anwar) pengecut.
“Datang dan beritahu siapa sahkan dakwaan itu? Saya tidak pernah dengar dakwaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Musa pada masa sama, turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDRM menjalin sebarang bentuk kerjasama keselamatan dengan rejim zionis berkenaan.
Musa diminta mengulas kenyataan Anwar yang ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat mendedahkan kewujudan perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.


Sambil mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut, dakwa Anwar, perkara itu telah disahkan oleh cawangan khas Bukit Aman.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menamakan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Israel yang telah mendapat projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi di Bukit Aman.

PRK Hulu S’ngor : BN Turun bila Pilihanraya Tiba

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini
)

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) hanya turun dan membantu rakyat apabila tibanya pilihanraya seperti yang terjadi di Hulu Selangor ketika ini.

"Berbanding kerajaan negeri yang konsisten membantu rakyat, kerajaan BN hanya turun ke Hulu Selangor didorong oleh Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor," kata Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Samad kepada Erapakatan.

"Tentang pemberian geran tanah, ramai yang tertinggal dan tidak mendapat geran itu.

"Apabila diselidik rupa-rupanya mereka tidak mendapat geran itu kerana mereka bukan penyokong Umno dan BN,"jelas Iskandar Samad.

Menurut Iskandar, Kerajaan negeri sentiasa memastikan semua yang berhak mendapat hak mereka tanpa ada sebarang pilih kasih dan tidak memilih mana-mana parti politik.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum itu mencabar Badan Pemantau Pilihan Raya Mafrel menyiasat dakwaan menyatakan Menteri Besar, Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan akan membuka pejabat khas di banggunan Pejabat Daerah Hulu Selangor menjelang PRK Hulu Selangor 25 April ini.

Ketika diminta mengulas mengenai cabaran Noh Omar itu beliau dengan tangan terbuka bersedia sekiranya Mafrel ingin menyiasat dakwaan Noh Omar itu.

Noh Omar terdahulu mendakwa Mafrel bersikap tidak bebas dalam menyatakan pandangannya dan bersikap berat sebelah.

Namun pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh dengan tegas menafikan Mafrel berpihak kepada mana-mana parti.

Bagi Syed Ibrahim, mafrel hanya mahu setiap pemimpin tidak kira daripada parti mana sekalipun jujur dalam mengasingkan kuasa di antara jawatan dalam kerajaan dengan parti terutamanya dalam menghadapi pilihanraya.


Pemuda Sarawak bangkit, tuntut perubahan

Oleh PAS Miri

Dewan Pemuda PAS Miri bersama-sama parti komponen Pakatan Rakyat Sarawak terdiri Angkatan Muda Keadilan,

DAPSY dan SNAP telah menjayakan program Pentas Pemuda Pakatan Rakyat bertempat di perkarangan rumah YDP Pas Miri, Tuan Haji Jofri.

Lebih menarik kehadiran pimpinan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduk Nik Aziz serta Saudara Khairul Anuar ,Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat yang juga merupakan bekas calon Parlimen Pekan yang berhadapan dengan Perdana Menteri Najib pada 2008.

Lebih ratusan hadirin tidak berganjak dari tempat duduk biarpun hujan turun pada malam itu.

Hadirin yang kebanyakan golongan pengundi muda turut serta mendaftarkan diri sebagai ahli PAS bersempena program Jom Sertai PAS.

Simbolik pada malam Pemuda Pakatan tersebut, satu majlis pengistiharan Pakatan Rakyat Miri dengan setiap wakil Pemuda parti menyerahkan vest yang tertera logo keempat empat parti dan nama Pakatan Rakyat kepada semua pimpinan tertinggi PR Miri.

Lebih manis ia disarungkan oleh komponen berlainan dengan Pn Zulhaidah (AMK) menyarungkan kepada Madam Lim yang mewakili Saudara Fong Pui Tek (DAP) dan Ustaz Nik Abduh (DPPas) menyarungkan kepada Dr Michael Teo (PKR) Sementara wakil DAPSY, Saudara Micahel Ding menyarungkan kepada wakil SNAP, sementara wakil SNAP Abg Azeez memakaikan kepada Haji Jofri (PAS).

Ini jelas menunjukkan solidariti Pakatan Rakyat yang terus kukuh menjelang PR DUN nanti.

Michael Ding (DAP) selaku pimpinan muda pertama berucap telah menzahirkan akan kerjasama lebih erat khasnya dari pimpinan muda parti DAP yang akan terus kukuh dalam menjalin kerjasama erat bersama PAS, PKR dan SNAP dalam menjayakan msi Pakatan.

Beliau turut menyatakan kekaguman terhadap kepimpinan PAS terutama Tuan Guru Nik Aziz dalam menjadi pemimpin yang rendah diri dan berjiwa rakyat.

Ini menjadi panduan hatta kepada pimpinan DAP seperti Datuk Seri Lim Guan Eng yang menyatakan misi mencontohi tokoh kepimpinan ulama Khalifah Umar Abdul Aziz.

Bagi Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Syukairi menjelaskan prinsip asas semasa kerajaan PAS memerintah di Terengganu pada 2004 bahawa setiap rakyat diberi tanah atas prinsip kebajikan dan kemanusiaan akan tetapi di Sarawak tanah adat dirampas dari menjadi hakmilik rakyat tetapi diberi kepada kroni pembalakan Taib Mahmud.

Ini disusuli ucapan daripada saudara Khairul Anuar yang membawa isu pendidikan apabila menunjukkan fakta dan bukti masalah kewangan Kerajaan apabila mengarahkan pelajar Sekolah Berasrama pulang pada hujung minggu bagi mengurangkan kos perbelanjaan makanan.

Lebih malang lagi kata beliau apabila PRK DUN Hulu Selangor, BN menabur gula gula politik projek mee segera dengan janji membina 4 sekolah baru;akan tetapi di Miri Sarawak, guru hanya tinggal di bawah bilik darjah malahan bekalan air bersih pun tidak mampu dimiliki.

Program pada malam tersebut dihangatkan oleh ucapan Ustaz Nik Abduh (PAS) yang membawa mesej dari ayahanda beliau Tuan Guru Nik Aziz bahawasanya PAS dan DAP akan terus erat bersama PR biarpun usaha giat UMNO/BN menghalangnya.

Politik yang PAS majukan adalah berteraskan Politik Li Ta'arafu - politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini, ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.

PAS menegaskan menawarkan diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan Negeri bersama setiap rakan PR dalam mengambil alih tampuk pemerintahan dari regim BN/Taib Mahmud yang telah mendatangkan banyak kegagalan dalam sudut pentadbiran di negeri ini.

Pesan ayahanda TG Nik Aziz untuk membawa perubahan di Negeri Bumi Kenyalang yang kaya hasil minyak dan balak untuk kebajikan rakyat.

Pada kesokan harinya rombongan bergerak kerumah fakir miskin dan ibu tunggal bagi menyampaikan bantuan keperluan di sekitar Tudan.

Ustaz Nik Abduh jelas kecewa dengan keadaan uzur rumah rakyat di Sarawak membandingkan hasil negeri yang begitu tinggi.

Secara sinis beliau berkata;“Di Kelantan kami disekat royalti tapi rakyat tidak semiskin di Miri.

Di Sarawak empangan ada royalti ada tapi rumah tiada elektrik dan hampir nak runtuh".

Sementara itu, Ustaz Wan Syukairi secara berseloroh menambah "Jangan runtuh seperti Stadium di Terengganu sudah. Inikan semua salahguna kuasa BN”.

Yang pasti program yang berlangsung di Miri ini akan menjadi satu momentum perubahan besar kearah menjayakan misi Sarawak kearah Negeri Rakyat dan Berkebajikan.

SPRM,PDRM,SPR: PASTIKAN JANGAN JADI ALAT Bn

http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com/



Baru-baru ini Muhyiddin Yassin turun ke Hulu Selangor dalam rangka kerja yang kononnya atas platform beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. Media tidak langsung menyebut kehadiran beliau sebagai Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional walaupun hakikatnya kehadiran beliau itu atas tujuan rasmi parti yang dinaunginya.


Selepas itu pula, Najib Razak pula menjejakkan kakinya ke kawasan pilihanraya yang sama juga atas urusan partinya. Najib menghabiskan sehari suntuk bersama-sama peneroka-peneroka Felda, masyarakat orang asli, masyarakat cina dan india yang bermastautin dan menjadi pengundi di situ. Sudah tentulah lawatan kerjanya itu juga dikatakan sebagai lawatan kerja rasmi seorang Perdana Menteri Malaysia walaupun kehadirannya di situ sah-sah sebagai seorang Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.Apa tujuan sebenar kedua-dua pemimpin Umno turun ke kawasan Hulu Selangor dalam tempoh dua hari berturut-turut itu? Jawapannya sudah tentu untuk berkempen bagi memenangkan calon BN yang belum diputuskan lagi akibat percakaran parti-parti komponen BN yang makin parah dari hari ke hari.


Kebiasaannya, Pengerusi SPR akan berpesan semasa sidang media selepas membincangkan tarikh sesuatu pilihanraya samada kecil atau umum iaitu parti-parti atau calon-calon yang bertanding hanya dibenarkan berkempen selepas proses penamaan calon selesai, itu pun tertakluk kepada peraturan-peraturan pilihanraya yang telah ditetapkan oleh SPR dan pihak keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia.Beberapa hari lalu, Polis juga telah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan sebarang permit berkempen selagi proses penamaan calon PRK Hulu Selangor tidak selesai. Tidak dapat dipastikan permit macam manakah yang dimaksudkan oleh pihak keselamatan itu. Biasanya permit polis perlu dipohon sekiranya berhasrat untuk menganjurkan sesuatu program yang melibatkan perhimpunan orang ramai untuk tujuan ceramah atau tujuan-tujuan lain tanpa mengira waktu samada siang atau malam hari.


Dalam hal yang melibatkan Najib dan Muhyiddin tadi, secara terang-terangan kedua-dua pemimpin BN itu telah memukul gendang memulakan kempen mereka di Hulu Selangor walaupun proses penamaan calon PRK Hulu Selangor belum lagi berlangsung.Berdasarkan kenyataan amaran kedua-dua pihak pengendali pilihanraya tadi, Najib dan Muhyiddin tidak seharusnya dibenarkan berkempen di situ walaupun kehadiran mereka atas platform PM atau TPM. Kehadiran mereka walaupun di siang hari memang sah-sah untuk berkempen dan inti pati ucapan mereka tersiar di media-media cetak dan elektronik seluruh negara.



Malangnya SPR dan Polis tidak pula nampak pelanggaran undang-undang yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu. Atau, apakah siri-siri kempen BN di Hulu Selangor itu memperolehi kelulusan dan permit dari pihak keselamatan?Kedua-dua pengendali pilihanraya, SPR dan Polis perlu bersikap adil dalam hal ini. Peraturan dan undang-undang yang ada bukan hanya untuk sebelah pihak sahaja. SPR dan Polis perlu menyiasat salah laku kedua-dua pemimpin tertinggi BN itu seperti siasatan yang sering dilakukan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.SPRM juga perlu memantau kempen kedua-dua pemimpin tertinggi BN yang sering dikaitkan dengan rasuah pilihanraya.


Media tanpa segan silu mendedahkan kedua-dua mereka memberikan rasuah pilihanraya ketika berkempen di Hulu Selangor di kedua-dua hari tersebut.Muhyiddin dalam kempennya cuba merasuah pengundi di Kampung Sentosa dengan projek mengatasi masaah banjir yang sering melanda penduduk di situ. Manakala Najib pula dikesan cuba merasuah peneroka-peneroka Felda, masyarakat orang asli, masyarakat cina dan india dengan projek-projek segera yang menjadi amalan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.


Perlu diingatkan bahawa SPR, PDRM dan SPRM adalah agensi-agensi kerajaan yang menerima gaji dari rakyat Malaysia. Oleh itu ketiga-tiganya diharapkan dapat bersifat sebagai sebuah jabatan kerajaan dan bukannya bersifat sebagai sayap-sayap BN. Janganlah ketegasan mereka hanya terhadap lawan BN sahaja.


Mohd Firdaus Jaafar,Ahli Parlimen Jerai.

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR PD - BEBERAPA AKTIVITI MEMBANTU MASYARAKAT

  4 MAC   Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan...