PRK Hulu S’ngor : BN Turun bila Pilihanraya Tiba

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini
)

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) hanya turun dan membantu rakyat apabila tibanya pilihanraya seperti yang terjadi di Hulu Selangor ketika ini.

"Berbanding kerajaan negeri yang konsisten membantu rakyat, kerajaan BN hanya turun ke Hulu Selangor didorong oleh Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor," kata Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Samad kepada Erapakatan.

"Tentang pemberian geran tanah, ramai yang tertinggal dan tidak mendapat geran itu.

"Apabila diselidik rupa-rupanya mereka tidak mendapat geran itu kerana mereka bukan penyokong Umno dan BN,"jelas Iskandar Samad.

Menurut Iskandar, Kerajaan negeri sentiasa memastikan semua yang berhak mendapat hak mereka tanpa ada sebarang pilih kasih dan tidak memilih mana-mana parti politik.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum itu mencabar Badan Pemantau Pilihan Raya Mafrel menyiasat dakwaan menyatakan Menteri Besar, Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan akan membuka pejabat khas di banggunan Pejabat Daerah Hulu Selangor menjelang PRK Hulu Selangor 25 April ini.

Ketika diminta mengulas mengenai cabaran Noh Omar itu beliau dengan tangan terbuka bersedia sekiranya Mafrel ingin menyiasat dakwaan Noh Omar itu.

Noh Omar terdahulu mendakwa Mafrel bersikap tidak bebas dalam menyatakan pandangannya dan bersikap berat sebelah.

Namun pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh dengan tegas menafikan Mafrel berpihak kepada mana-mana parti.

Bagi Syed Ibrahim, mafrel hanya mahu setiap pemimpin tidak kira daripada parti mana sekalipun jujur dalam mengasingkan kuasa di antara jawatan dalam kerajaan dengan parti terutamanya dalam menghadapi pilihanraya.


No comments: