PN Perlu Akui Kemelesetan Ekonomi, Tangani Pengangguran Parah






DS Anwar Ibrahim mengulas isu mengurus pandemik ekonomi susulan wabak Covid 19. Perdana menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PENJANA. Namun tidak boleh dibahaskan di parlimen. Pembentangan ratusan bilion ringgit tanpa disoal dari mana sumber dan ke manakah bantuan tersebut akan disalurkan. Dalam soal pertumbuhan ekonomi, Singapura lebih realistik, akui pertumbuhan tahun 2020 negatif 8%. Di Malaysia, bulan Jun pun negara belum buka ekonomi sepenuhnya. Unjuran Malaysia perlulah realistik. Jika tidak masalah pengangguran yang parah akan berlaku. Masalah pandemik ekonomi bukan sahaja melibatkan rantaian bekalan tetapi juga permintaan pengguna berikutan peluang kerja terbatas dan pengangguran tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi. Anwar juga menegur polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik ahli-ahli parlimen menerajui GLC secara sewenang-wenangnya. Menurut beliau, tidak semua ahli parlimen mampu melaksanakan tanggungjawab jadi pengerusi GLC. Ahli parlimen dipilih mewakili rakyat di kawasan dan bukan semua mampu mengawal GLC. Keadaan itu berlaku, kata Anwar, kerana pemerintahan PN sangat lemah dan mereka terpaksa berpaut kepada sokongan ahli parlimen yang disogok jawatan dan kewangan lumayan. Mengenai pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Anwar mempertikaikan moral pembebasan itu, kerana rakyat yang mencuri beberapa ratus ringgit dihukum penjara. Negara tidak boleh ada perundangan dua darjat. Biarpun Peguam Negara yang lalu Gani Patail memberi afidavit alasan perlepasan, tidak bolehkah dipersoalkan oleh kerajaan sekarang, bukti-bukti di Sabah perlu disiasat secara teliti. Oleh itu, menurut Anwar, Pakatan Harapan (PH) perlu menggandingkan kekuatan. Mesyuarat PH 9 Jun 2020, kata Anwar telah mencapai persetujuan, apa pun strategi harus bersama. Pembangkang dengan 107 ahli parlimen akan mara sebagai satu pasukan agar mandat rakyat dihormati. Mengenai pendidikan pula, isu penjarakkan sosial masih belum diselesaikan setelah beberapa bulan sekolah ditutup. Anwar mencadangkan masalah tersebut perlu dihalusi dan mengambil semua pendapat daripada guru, pensyarah, pelajar serta mahasiswa untuk mengutarakan pandangan mereka. Hal tersebut penting kerana keputusan di peringkat atasan biasanya berbeza dengan komuniti pendidikan di bawah.

RENTASAN 692 | PANAS!!! PENGAKUAN MENTERI KEWANGAN MEMBUKTIKAN TUN M-GUAN ENG BERCAKAP BENAR?



MENARIK DALAM RENTASAN 692
1. MENTERI KEWANGAN MENGAKU KERAJAAN TIADA WANG 2. GUGUR KES RASUAH: KELAZIMAN BAHARU KERAJAAN TEBUK ATAP? 3. PDRM TAK TAHUKAH JHO LOW DI KUWAIT? 4. TAKZIAH! HARGA SILING MINYAK DIHAPUSKAN






Kerajaan Muhyiddin bukan kerajaan Perikatan Nasional

Kerajaan Muhyiddin bukan kerajaan Perikatan Nasional

*Kenyataan Media* *Rabu, 10 Jun 2020*



*PEMUDA PH SABAH SOKONG DATUK PETER ANTHONY, SPRM PERLU MENDAKWA MENGIKUT PROSEDUR YANG ADIL TANPA TERLIBAT DENGAN POLITIK.*

Saya mengambil maklum berkenaan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang akan dituduh di Mahkamah Seksyen esok berhubung dakwaan salah laku urus niaga tanah Risda di Tongod beberapa tahun lalu.

Saya amat terkilan atas pendakwaan ini yang saya lihat seperti tergesa-gesa apatah lagi Datuk Peter Anthony dipanggil ke SPRM pada hari sama 46 pertuduhan keatas Musa Aman digugurkan pihak pendakwa.

Saya melihat kita telah kembali ke 'era kleptokrasi' semula apabila satu persatu koruptor bebas daripada pertuduhan walaupun terdapat bukti jelas namun sasaran beralih kepada pimpinan parti pembangkang diperingkat Persekutuan.

Kita sudah jangka sejak awal tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan di persekutuan dan terbentuknya sebuah kerajaan yang menggabungkan para koruptor yang telah ditolak rakyat pada PRU-14 lalu, akan ada pemimpin pembangkang didakwa dengan mempergunakan Polis mahupun SPRM. Begitu juga mereka yang telah dituduh di Mahkamah akan diumum bebas sepenuhnya. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan kerajaan baru ini dibentuk bersama-sama UMNO.

Kami dari Pemuda Pakatan Harapan Sabah bersolidariti buat Datuk Peter Anthony disamping menghormati SOP PKPP dan berharap agar pihak SPRM menjalankan tugas seadil-adilnya dan bukan hanya membuat pendakwaan terpilih tanpa terlibat dengan Politik.

*RAYMOND BIN AHUAR*
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan Sabah

Anwar Ibrahim: Mesyuarat Pakatan Harapan Dihadiri Pemimpin-Pemimpin Utama Bersatu & Warisan Semalam


Anwar Ibrahim: Satu Budaya Yang Sangat Tidak Sihat, Tokoh-Tokoh Politik Dah Jadi Barang "Jual Beli"


Anwar Ibrahim: Kemelesetan Akan Berlaku Mengambil Kira Kadar Pengangguran Yang Mustahil Dikurangkan


Anwar Ibrahim: Mesyuarat Pakatan Harapan Dihadiri Pemimpin-Pemimpin Utama Bersatu & Warisan Semalam



BOLEH BALIK KAMPUNG, KLUSTER RAYA?

TAK ADA CARA LAIN KAH NAK SAPU DUIT RAKYAT ? BACAAN METER ELEKTRIK MASUK BLOK 3, JUMLAH MELAMBUNG….

BERAPA BANYAK PAKEJ RANSANGAN DIUMUM, EKONOMI RAKYAT TERUK JUGA?

PH perlu kembali memerintah, pemimpin harus bertolak ansur – Suee Lim

*KENYATAAN MEDIA OLEH ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS, AHLI PARLIMEN P.169 KOTA BELUD 9hb Jun 2020*



Saya terkejut bila ada portal yang menyebut 4 orang ahli parlimen Warisan bakal keluar parti termasuk seorang wanita yang viral bermula petang tadi.

Saya adalah satu-satunya ahli parlimen wanita daripada Warisan  dengan ini menafikan bahawa saya akan keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional.

Saya adalah antara penggerak awal parti yang menjelajah seluruh negeri sejak 2016 demi masa depan Orang SABAH yang lebih baik.

Gelaran Yang Berhormat yang ada dengan saya sekarang adalah atas kepercayaan masyarakat dengan Parti Warisan itu sendiri dan saya tidak akan mensia-siakannya.

Saya berdiri teguh dan menyokong penuh kepimpinan Presiden dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal.

#WarisanAllTheWay

- Tamat -

Isnaraissah Munirah Majilis
Ahli Parlimen Kota P.169 Kota Belud
9hb Jun 2020


ADA KAH INI BUKTI RASUAH?



ALIFF AFFENDI

46 kes boleh terlepas
Tengokkan duit satu rumah setiap sudut!!!
Lari tak cukup tanah sampai ke udara
Siap lakonan separuh nyawa
HP tetap ditangan cukup hebat
Siapa pengarah ini semua?
Berita rampasan ini bersepah Google
Tolonglah Rakyat Malaysia tidak bodoh....






SOSIAL COVID 19 : Huru hara… Keranda jenazah Covid-19 terbuka ketika nak kebumi


Keadaan jadi huru hara selepas mayat Covid-19 jatuh menyebabkan orang kampung tidak pakai PPE turun liang lahad bantu. (Gambar Facebook)

Gempar di Sumatera Selatan apabila proses pengebumian pesakit Covid-19 bertukar huru hara selepas perkara tidak disangka terjadi.

Sebuah video viral di media sosial sejak beberapa hari lepas menunjukkan apa yang berlaku ketika kejadian.
Menurut Detik.com, kejadian itu berlaku pada 22 Mei lepas di mana sekumpulan pasukan medik sedang melakukan prosedur untuk mengebumikan jenazah Covid-19.
Jenazah itu dibalut di dalam sarung berwarna oren dan diletakkan di dalam peti keranda kayu.
Namun, ketika sedang menurunkannya ke dalam liang lahad menggunakan tali, penutup keranda itu terbuka membuatkan jenazah terkeluar.
Video itu menunjukkan keadaan menjadi huru hara selepas kejadian itu berlaku dan boleh kedengaran suara seorang wanita yang marah dan menengking pihak medik kerana tidak berbuat apa-apa.
Sebaliknya, orang kampung yang tidak memakai pakaian lengkap PPE cepat-cepat turun ke dalam liang lahad dan membantu menguruskan jenazah.
Boleh juga didengari suara tangisan dipercayai ahli keluarga mangsa Covid-19 berusia 57 tahun itu.
Menurut individu yang mengetuai tugas pengendalian pesakit Covid-19, Junaidi Anuar, pasukan tersebut telah dilatih dan melakukan proses simulasi sebelum itu.
Bagaimanapun menurutnya kejadian itu membuktikan pasukan tersebut perlu berlatih lagi untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku.
“Sebelum pelaksanaan pasukan telah diberikan briefing dan dilakukan simulasi dan sama-sama melihat video prosesi pemakaman yang telah dilakukan daerah lain.
“Namun kami menyadari bahwa hal tersebut tidak cukup, sehingga ke depan kami akan melakukan pelatihan terhadap anggota.”

Pendakwaraya diminta rayu keputusan bebaskan Musa Aman

Pendakwaraya diminta rayu keputusan bebaskan Musa Aman


USD10 bilion diambil kerajaan Najib dari ECRL, dakwa Sarawak Report

USD10 bilion diambil kerajaan Najib dari ECRL, dakwa Sarawak Report
"Ia menunjukkan tidak kurang dari USD10 bilion dijarah oleh kerajaan Najib dari 1MDB dan kedua-dua projek di atas. Bagaimanapun, maklumat itu tidak pernah diserahkan kembali ke Malaysia," kata Sarawak Report.

SCAM CARA NAJIB



A Kadir Jasin

1. Ini baru "scam" yang sebenarnya. Kita kena scam (tipu) berpuluh-puluh bilion ringgit melalui skim penipuan 1MDB.

2. Kalau tidak ada unsur scam dalam 1MDB, masakan kita boleh tuntut pihak yang terlibat supaya bagi balik duit yang mereka scam daripada kita?

3. 1MBD ini asalnya tabung kemakmuran Terengganu bernama Terengganu Development Authority atau TIA. Otak di belakangnya adalah Jho Low.

4. Kemudian bila Mohd Najib Abdul Razak jadi Perdana Menteri pada tahun 2009, dia dan Jho Low ambil alih kegiatan TIA dan bawa ke Kuala Lumpur untuk jadi syarikat kerajaan pusat bernama 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.

5. Najib lantik diri dia jadi pegawai nombor satu 1MDB selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan Jho Low sebagai eksekutif de facto nombor satu.

6. Maka bermulalah skim scam besar-besaran menggunakan nama dan jaminan Kerajaan Malaysia untuk berhutang di dalam dan luar negara serta melabur dalam projek-projek yang kebanyakannya tidak wujud.

7. Dalam meminjam di luar negara, Najib dan Jho Low guna khidmat bank pelaburan Amerika Goldman Sachs. Inilah syarikat yang disebutkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, dalam laporan yang saya lampirkan.

8. Unsur scam ini mula dikesan apabila Goldman Sachs dibayar komisyen AS$600 juta (kira-kira RM2.7 bilion pada kadar tukaran hari ini).

9. Satu dunia, termasuk Kerajaan Amerika, terkejut dengan jumlah komisyen yang Najib dan Jho Low bayar kepada Goldman Sachs.

10. Sebaik saja membentuk kerajaan pada tahun 2018, Pakatan Harapan (PH) terus menuntut ganti rugi daripada Goldman Sachs dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib dan pesekongkolnya dalam scam itu.

11. Tetapi bukan Malaysia saja yang sedang atau sudah ambil tindakan ke atas Goldman Sachs. Amerika, Singapura, Switzerland dan beberapa buah negara lain juga turut mengambil tindakan.

12. Kerajaan Amerika bercadang mendenda Goldman Sachs AS$2 bilion (RM9 bilion) kerana terlibat dengan skandal 1MDB itu.

13. Singapura dan Switzerland menutup beberapa buah bank persendirian (private bank) yang terlibat menyalurkan duit scam 1MDB itu bagi pihak Najib dan Jho Low.

14. Hanya di Malaysia saja perbicaraan masih dijalankan. Di negara lain yang terlibat semuanya sudah dipenjarakan, didenda dan diharamkan daripada bergiat dalam industri perbankan.

15. Ini barulah scam sebebarnya iaitu apabila pihak yang kena scam rugi berpuluh bilion ringgit dan menanggung beban yang sangat berat. Bukan scam di mana mangsa dapat habuan RM42 juta.

16. Walaupun Kerajaan PH telah ditumbangkan oleh Perikatan Nasional dalam rampasan kuasa Mac lalu, kita harap tindakan undang-undang ke atas "scammer/ scammers" 1MDB diteruskan tanpa tolak ansur.

17. Kita harap, Tengku Zafrul sebagai bekas eksekutif perbankan lebih arif dalam hal mendapatkan ganti rugi daripada Goldman Sachs dan meneruskan saman ke atas syarikat itu.

18. Kita kena ingat bahawa akibat scam 1MDB ini saja, negara menanggung hutang lebih RM42 bilion dan banyak aset nasional seperti Edra Global Energy telah jatuh ke tangan pelabur asing, khususnya negeri China.

19. Tak tahulah saya kalau ada lagi manusia Malaysia, khususnya Melayu-Islam, yang masih percaya dengan cerita penglipur lara scam yang menguntungkan mangsa atau skandal 1MDB adalah rekaan.

20. Kalau ada, memanglah layak mereka disamakan dengan ayam daging yang disumbat dedak dan steroid kemudian disembelih.

Wallahuaklam.Terima kasih.



46 KES BEBAS, PERTAMA DALAM SEJARAH

MENTERI KEWANGAN KATA NEGARA KENA UTANG...DIA NAK PINJAM DARI SIAPA AGAKNYA.,RAKYAT LA KENA



1. Ini bukan scam. Ini berita benar dan pahit daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

2. Selepas tidak sampai sebulan berkata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, sekarang Menteri dunia korporat itu kata kerajaan akan berhutang.

3. Bila Zafrul kata kewangan negara kukuh dan kerajaan ada duit, banyaklah laskar siber Muafakat Nasional yang sekarang menjadi penyokong tegar kerajaan Perikatan Nasional (PN) tuduh Guan Eng bohong bila dia kata kerajaan tak ada duit.

4. Saya tidak ada hal kalau laskar siber Muafakat Nasional masuk berbahas secara faktual tapi ramai yang suka maki hamun dan guna akaun palsu.

5. Ada yang suruh kerajaan korek atap siasat pinjaman Bon Samurai dari Jepun oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

6. Mereka tidak pun tahu yang kerajaan dari dulu lagi tak pernah cukup duit. Hasil tahunan kerajaan hanya cukup untuk bayar gaji dan pencen kakitangan awam, penyelenggaraan dan bayar balik hutang. Untuk pembangunan kena pinjam.

7. Sekarang Menteri Kewangan pujaan mereka sendiri bagi tahu Reuters yang kerajaan akan berhutang bagi merangsang ekonomi akibat pandemik Covid-19.

8. Bukan sekadar berhutang malah sampai defisit belanjawan (fiscal deficit) bagi tahun ini berganda. Maksudnya Zafrul cadang kerajaan berhutang dengan lebih banyak. Ertinya lebih banyak daripada zaman PH.

9. Daripada siapa dia nak berhutang? Daripada siapa lagi kalau bukan kita yang ada duit dalam bank, Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan KWAP.

1O. Untuk selamatkan kita, kerajaan berhutang daripada kita dan pungut cukai daripada kita untuk bayar balik hutang daripada kita.

Terima kasih.

A.Kadir Jasin


100 hari: Apa khabar usaha banteras rasuah?



Genap 100 hari Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan hari ini. Sehingga hari ini jugalah gabungan politik itu masih belum ada logo rasmi, belum didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan yang paling penting, tiada manifesto.
Ketiadaan manifesto ini menjanggalkan memandangkan secara lazimnya, sesebuah parti mempunyai manifesto untuk dipersembahkan kepada rakyat, yakni para pengundi. Namun memandangkan Kerajaan PN naik ke tampuk pemerintahan tanpa melalui proses pilihan raya umum, suasananya adalah berbeza.
Apa yang kita boleh gunakan untuk dijadikan ‘manifesto kecil’ adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpinnya, terutama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebarang bentuk janji atau perancangan olehnya, sedikit sebanyak boleh dicantum-cantum untuk menggambarkan aspirasi serta manifesto PN.
Daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin, boleh dikatakan bahawa kerajaan ini mahu menggambarkan ia berusaha menjadi sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Ini mirip apa yang telah diperjuangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama kira-kira 22 bulan sebelum ini.
Dalam ucapan sulungnya selepas memegang jawatan Perdana Menteri pada awal Mac lalu, beliau memberitahu, kerajaan pimpinannya akan berusaha memberi keutamaan ke atas usaha meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik
Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan, katanya.
Walau bagaimanapun, aspirasinya itu dilihat bercanggah dengan hakikat bahawa Kerajaan PN kini sedang bekerjasama dengan mereka yang sebelum ini pernah dikritik oleh beliau sendiri.
Sebagai contoh, Muhyiddin pernah mengingatkan rakyat agar tidak lupa bahawa kerajaan ‘Bossku’ sudah tumbang kerana Bossku telah buat hal curi duit rakyat, masalah skandal berkaitan 1MDB, Tabung Haji, Felda, Felcra dan pelbagai lagi.
Tetapi kini, realitinya Kerajaan PN turut dianggotai oleh parti kerajaan terdahulu yang terpalit dengan kes rasuah.
Pada Mac juga, Muhyiddin turut mengarahkan semua anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta yang dimiliki kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tindakan itu selaras dengan komitmen kerajaan memerangi rasuah, tegasnya.
“Borang akan diedarkan dan mereka perlu menghantarkannya kepada SPRM dalam tempoh sebulan,” katanya.
Itu cerita bulan Mac, sekarang sudah bulan Jun. Apa perkembangannya? Kita tidak tahu.
Ketika pentadbiran Kerajaan PH sebelum ini, maklumat jumlah aset anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen Kerajaan dipaparkan dalam Portal Pengisytiharan Harta https://mydeclaration.sprm.gov.my/.
Portal disediakan untuk membolehkan pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli Parlimen kerajaan dipaparkan kepada masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan ketika itu untuk membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan.
Daripada aspek integriti, Kerajaan PH merupakan kerajaan yang sentiasa bertungkus-lumus untuk memastikan elemen integriti terus dimartabatkan dalam pentadbiran kerajaan. Muhyiddin pernah menjadi salah seorang menteri dalam Kerajaan PH. Beliau pasti tahu tentang pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah diperoleh Malaysia di bawah PH.
Tidak perlu mengimbas jauh jika mahu melihat pencapaian Kerajaan PH. Pada awal 2020 sahaja, pelbagai pencapaian membanggakan berjaya diperolehi negara. Kerajaan PH telah berjaya melonjakkan imej negara di persada antarabangsa serta memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat Malaysia.
Meskipun berdepan dengan iklim ekonomi global yang mencabar, kerajaan ketika itu terus komited untuk meletakkan negara kembali ke landasan betul dan usaha-usaha yang dilakukan oleh PH telah membuahkan hasil dan membawa impak positif kepada rakyat Malaysia.
Pengiktirafan terawal yang diperoleh negara pada tahun ini adalah peningkatan kedudukan Malaysia bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk tahun 2019 ke tangga 51 (daripada 180 negara) sehingga meletakkan negara pada tangga tiga terbaik di Asia.
Peningkatan ini merupakan satu testimoni terhadap kejayaan kerajaan dalam memerangi gejala rasuah di negara ini terutama selepas beberapa tindakan drastik diambil oleh kerajaan.
Ini termasuk tindakan yang diambil kerajaan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, Felda, Tabung Haji serta penahanan beberapa ahli politik oleh SPRM berikutan rasuah dan pengubahan wang haram.
Selain itu, tindakan diambil kerajaan PH untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah juga menyakinkan pihak Fitch Ratings untuk mempertingkatkan penarafan kredit negara. Jelas agensi berkenaan, PH telah memperbaiki ketelusan fiskal dan menangani skandal-skandal rasuah seperti 1MDB.
Secara kesimpulannya, komitmen PH dalam membanteras rasuah serta memastikan Malaysia ditadbir dengan integriti, efisien dan berhemah sentiasa dipandang tinggi di dalam dan luar negara. Kini tumpuan rakyat adalah kepada Kerajaan PN yang usianya menginjak 100 hari.
Adakah kerajaan ini mempunyai kemahuan politik dalam memastikan momentum perjuangan kerajaan PH dalam aspek integriti ini dapat diteruskan? Semua ini akan diperhatikan rapat oleh rakyat.
Perlu diingatkan bahawa rakyat pada pilihan raya lalu telah memilih gabungan politik yang komited dalam melawan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.