MAHATHIR MASIH INGINKAN JAWATAN PM, NAMUN DITENTANG PIMPINAN PH.SESUAI DENGAN USIANYA .HANYA SYAFIE AFDAL SOKONG . MAHATHIR SEHARUSNYA DILANTK SEBAGAI MENTERI KANAN ATAU PENASIHAT KABINET NEGARA , JAWATAN KHAS DALAM KABINET PH.
Pimpinan Pakatan Harapan (PH) bersama pemimpin Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengadakan mesyuarat hari ini, menyifatkan perbincangan yang diadakan menampakkan kemajuan yang amat positif.
Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin PH, Bersatu dan Warisan itu berkata, mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dan menampakkan kemajuan yang amat positif.
“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (AMANAH), Lim Guan Eng (DAP), Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan).
Mesyuarat yang diadakan bermula jam 3 petang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Petaling Jaya itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum mesyuarat bermula, Anwar dan Dr Mahathir dikatakan mengadakan pertemuan tertutup antara mereka bagi memuktamadkan usaha untuk mengambil kembali mandat yang telah diberikan rakyat pada PRU 14 lalu.