Jangan sesekali tinggalkan reform dalam apa jua keputusan. Jangan sia-siakan perjuangan yang memakan masa lebih 20 tahun itu. Allah tidak tanya bila kamu memerintah, tetapi Allah akan tanya apa yang kamu buat sewaktu memerintah. Apabila kamu nampak kerusi empuk di Putrajaya itu terbentang buat kamu, jangan lupa toleh ke belakang, lihatlah wajah-wajah pejuang yang banyak berkorban untuk perjuangan reformasi.
Kamu tidak perlu tergesa-gesa untuk ke tampuk kekuasaan sehingga reformasi itu tercicir dari genggamanmu. Kita telah belajar dari pengalaman bagaimana tiada ertinya kuasa tanpa reformasi. Hanya yang berjiwa reformasi sahaja yang mampu melakukannya.
Andainya kali ini kamu gagal lagi setelah kamu, InsyaAllah, diberikan kuasa, jangan berduka dan meratap lagi apabila reformasi itu hanya menjadi sejarah. Justeru itu, buatlah keputusan yang terbaik dan bermohonlah kepada Yang Maha Esa agar diberikan pertunjuknya.
Kepada yang telah terlanjur, jalan taubat masih terbuka selagi kamu boleh menghirup udara. Kami di bawah ini sentiasa mendoakan agar semua pimpinan Pakatan Harapan dibukakan hati oleh Allah dan diberi pertunjuk olehNya.
WFAUZDIN NS