BENARKAH SYARIKAT MILIK KAKI JUDI ,TERKAIT RASUAH LOBI TENDER BESAR KDN?


Baru-baru ini seorang penulis blog pro bekas Perdana Menteri, Najib Razak telah menulis mengenai tender bernilai billion ringgit Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mengaitkannya dengan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan bekas menteri kementerian berkenaan, Muhyiddin Yassin yang kini sudah pun menjadi Perdana Menteri.
Dalam artikel tersebut, nama Muhyiddin dipetik secara jelas dan dikaitkan pula dengan ahli keluarga Perdana Menteri di mana sudah menjadi buah mulut pemain industri sejak tender tersebut ditutup pada Ogos tahun lalu.
Tender Sistem Imigresen Bersepadu Nasional atau (NIISE) bernilai lebih satu bilion ringgit itu merupakan tender yang ditawarkan selepas KDN membatalkan kontrak Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 bilion yang diberikan kepada Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSSB).
Tender tersebut dibatalkan semasa zaman Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri dan ia belum sempat dianugerahkan kepada mana-mana syarikat kerana kompleksiti dan penilaian teknikal yang agak lebih ketat berbanding semasa zaman kerajaan BN terdahulu dimana ia dilakukan secara rundingan terus atau direct nego.
Selepas hampir setahun dan pelbagai proses penilaian teknikal dijalankan, tender tersebut kini dalam fasa terakhir sebelum ia mendapat lampu hijau daripada KDN.
Bagaimanapun, terdapat khabar angin yang tidak sedap didengar mula diperkatakan di kalangan pemain industri yang meluahkan rasa kurang senang apabila ada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod tidak cantik dikatakan sedang berusaha keras menggunakan hubungan politik melobi dengan menabur janji kepada individu tertentu bagi tujuan memenangi tender tersebut.
Individu yang dilobi itu sudah pastinya adalah melibatkan Menteri Dalam Negeri sendiri dan ia telah diperkatakan dengan meluas, termasuk difahamkan melibatkan pemimpin muda sebuah sayap parti politik sebagai perantaranya.
Pemimpin muda yang dijadikan perantara itu difahamkan mempunyai hubungan dengan keluarga Hamzah.
Lebih menarik lagi, syarikat milik seorang kaki judi yang pernah dikaitkan dengan kes rasuah dalam projek e-pasport Republik Guinea menjadi nama yang hangat diperkatakan sedang melobi untuk memenangi tender itu.
Pemilik syarikat tersebut pernah disaman oleh syarikat kasino, Wynn Macau kerana berhutang sebanyak HK$33 million ($4.21 million) yang tidak dibayarnya pada 2017, malah bekas Timbalan Pengarah Urusan syarikat ini juga pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2017 kerana penglibatan dalam skandal perniagaan di Republik Guinea.
Carian di internet sudah memadai untuk mengetahui mereka yang dimaksudkan itu.
Persoalannya, adakah Menteri Dalam Negeri akan mengulangi kesilapan sama dalam kes terdahulu yang melibatkan tender bernilai RM3.5 bilion yang diberikan kepada Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSSB) secara rundingan terus?
Jika Muhyiddin sebelum ini membatalkan tender tersebut kerana diberikan secara rundingan terus dan mahukan satu sistem yang lebih baik digunapakai, adakah Hamzah yang baharu menerajui Kementerian Dalam Neger mahu melanggar aspirasi Perdana Menteri?
Atau adakah projek secara runding terus ini sebenarnya mahu diguna untuk memperolehi dana politik bagi menghadapi PRU15 akan datang seperti yang didakwa oleh penulis blog Anotherbrickinwall baru-baru ini?
Tahun lepas, blog ini ada menulis artikel berhubung isu tender ini apabila Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu telah mengadakan satu pertandingan golf di mana syarikat-syarikat pembida dijemput sekali untuk menyertainya. (Shahbudindotcom 09/08/2020)

DENGAR KULIAH INI : Hukum Pemimpin Tipu Rakyat - Ustaz Azhar Idrus Official




Ini Jawapan Tuan Guru Haji Hadi Mengenai Amanat Haji Hadi Dan PAS Terima 90Juta Wang Dari UMNO


Senator Wan Ahmad Fayhsal Spotted Campaigning In Johor Without A Mask

Senator Wan Ahmad Fayhsal Spotted Campaigning In Johor Without A Mask

Senator Wan Ahmad Fayhsal Spotted Campaigning In Johor Without A Mask

The Bersatu Senator's photos of himself without a face mask in public come amidst public outrage after a teenager was fined RM1,000 for pulling down his mask.
Cover image via Wan Fayhsal/Twitter

Earlier today, 9 August, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal posted a set of three photos on his official Twitter account

In two of the photos, Wan Ahmad Fayhsal, who is the Deputy Minister of Youth and Sports in the Perikatan Nasional (PN) administration, is seen sitting around a round table with 12 other men.

The Bersatu Senator is seen without a face mask while more than half of his companions either have their face masks pulled down to the chin or are not wearing one, as seen in the photos.
In the third photo, Wan Ahmad Fayhsal, who is the former special officer of Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, is seen standing in the midst of a group consisting of over a dozen other people.

In this photo, too, the Deputy Minister is seen without a mask.

In comparison, at least 10 of the men in the third photo are seen wearing a mask.
Image from imgur.com
Image via imgur.com

He is in Johor to campaign for a party post

It is believed that Wan Ahmad Fayhsal is campaigning for the post of chief of Armada, the youth wing of Bersatu. The Bersatu Youth Chief position was previously held by Syed Saddiq.

In light of the COVID-19 pandemic, the government has passed a rule under which it is mandatory to wear face masks in public

According to a list of places and occasions where the people have to wear face masks are public and crowded areas, indoor areas where people gather, places of worship, hospitals, clinics, and retail outlets.

The list was released by the National Security Council (NSC) on 5 August, which states that face masks are also required when getting a haircut and visits to a spa or a beauty salon.
Image from Bernama
Image via Bernama

The Senator's photos of himself without a mask come amidst public outrage after a teenager was fined RM1,000 for pulling down his mask:



Bersatu tembak Umno, tak redha dengan 1MDB, Bosku



Bersatu tembak Umno, tak redha dengan 1MDB, Bosku



Pemimpin muda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu dialog menyatakan tidak redha dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pendirian Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu sekali gus dilihat ‘menembak pemimpin Umno memandangkan dua skandal terbabit berkaitan Datuk Seri Najib Razak.
“Kita masih di Bekas pegawai Syed Saddiq itu turut berpendapat Bersatu mendapat keberkatan kerana bersikap sedemikian.
“Kerana itulah kita mendapat keberkatan. Kita ada dua Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun. Parti yang dikatakan parti kecil ini tapi kecil-kecil cili api.
“Jadi, pertahankanlah presiden kita. Perkukuhkanlah institusi presiden kita kerana dengan itulah parti kita diangkat menjadi Perdana Menteri dan menteri-menteri kita diangkat,” katanya.
Fayhsal yang juga calon bertanding bagi merebut ketua sayap Pemuda parti Bersatu (Armada) usaha mengukuhkan kedudukan Presiden parti itu juga demi manfaat ahli-ahli Bersatu. yang sama seperti mana kita tubuhkan parti ini dahulu.
“Kita tidak pernah menyokong Bosku. Kita tidak pernah redha dengan 1MDB dan SRC, asas perjuangan kita pada awal dahulu,” ujarnya.

LAPORAN COVID 19 HARI INI.KEDAH BERJAGA JAGA TERMASUK JIRAN PERLIS DAN PULAU PINANG






Kluster Sivagangga dah merebak dari Kedah . Negeri mana selepas ini? 🤔
Polis buat sekatan jalan raya mulai 10 malam tadi


Polis melakukan sekatan jalan raya di Sanglang bermula malam tadi. - Foto BERNAMA
Polis melakukan sekatan jalan raya di Sanglang bermula malam tadi. - Foto BERNAMA

Laluan ke Kuala Sanglang ditutupShare



SANGLANG: Laluan utama ke Kuala Sanglang ditutup 10 malam tadi, selepas kerajaan negeri Perlis mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO).
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata polis melakukan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Kuala Sanglang bagi membendung penularan wabak COVID-19.
"Empat sekatan itu ialah di Simpang Tiga, Jalan Padang Keria, hadapan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Sanglang dan hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun," katanya hari ini.
Beliau berkata, seramai 20 orang anggota dan pegawai diletakkan pada setiap sekatan jalan raya.
"Orang ramai yang berada dalam kawasan TEMCO (Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul) diminta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak penularan wabak," katanya.
Semalam, media melaporkan kerajaan Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di dua kampung, iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.
Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga. – BERNAMA

PULANG PAKU BUAH KERAS??? DULU KUAT HENTAM PH..SEKARANG MASA PH HENTAM PULAK...

Image may contain: 9 people, including Hadi Bin Najib

KAH.KAH.KAH..MESIN ATM PUN NAK RESMI|? ZAMAN BILA NIH?


RINA HAMZAH

Timbalan Menteri PAS.. mesin ATM pun nak rasmikan ke?
Siap pasang khemah apa semua..!! Apa keperluan buat majlis perasmian ?
Timbalan Menteri pergi merasmikan mesin ATM tu dapat claim berapa ribu dari kerajaan ?
Membazir wang rakyat je.
Jakun baru jumpa mesin ATM ke?
SR
Image may contain: 1 person, text that says "sitizailahmohdyusoff BANK ISLAM ASMI MAIAERAH PASIR MAS EKT TAU ದ 37likes sitizailah sitizailahmohdyusoff Alhamdulillah harin harini KakLah Lah patan nerasmikan Bank Islam Malaysia Berhad Rantau kepada cukup (BIMB) Terima keriasama semua petugas Semoga inisiatif kewuj ATM imemberi kemudahan kepada Rantau Panjang. #MalaysiaSejahtera SR suararakyat"


Jeming sedia berdepan dengan penceramah azab kubur di mahkamah

Jeming sedia berdepan dengan penceramah azab kubur di mahkamah

PIMPINAN LAIN PULA BILA NAK SAMAN? TAK KAN DIAM SAHAJA DENGAN CERAMAH LEBAI AZAB KUBUR NI?SEBAB APA TUMBANG? ..LEMBAB...


Ahmad Dasuki Abdul Rani
Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan bersedia berdepan dengan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Dasuki Abdul Rani di mahkamah ekoran isu Lembaga Tabung Haji (TH).
Hazmi yang juga dikenali sebagai Jeming memberitahu perbincangan bagi mendapatkan nasihat sewajarnya telah dibuat dengan pihak peguam.
“Saya yakin saya tidak fitnah, saya sudah bincang dengan peguam. Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani kita jumpa di mahkamah,” katanya.
Terdahulu, Dasuki yang terkenal dengan kuliah berkaitan cerita tentang azab kubur itu menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Jeming susulan video bertajuk, “Dasuki Rani kantoi fitnah tapi tak mahu minta maaf – Reaksi Isu Tabung Haji” di YouTube pada 15 Julai lalu.
Dalam video tersebut, Jeming menggelar Dasuki sebagai jahat dan kaki fitnah apabila banyak fakta salah tentang TH disebarkan demi memburukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Sehubungan itu, Dasuki menuntut Jeming membuat permohonan maaf melalui tulisan dalam akhbar Sinar HarianHarakahUtusan Malaysia dan Berita Harian selama tiga hari berturut-turut.
Jeming juga dikehendaki menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Ahmad Dasuki di YouTube dan Facebook dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat berkenaan.

KELUARLAH.TINGGALKANLAH BERSATU


Bagai air menderu ketika musim hujan melanda, begitulah umpamanya ahli-ahli Bersatu berduyun-duyun waktu ini meninggalkan parti itu.
Daripada pimpinan di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan – hampir setiap masa ada saja berita pengumuman mereka yang keluar parti.
Daripada mulanya hanya di Selangor dan Kedah, ia sudah pun mula merebak ke Perak, Johor dan lain-lain negeri.
Untuk hari-hari seterusnya, dipercayai tindakan mereka yang keluar meninggalkan Bersatu ini akan berterusan lagi.
Semua tindakan itu adalah susulan pengumuman Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau akan menubuhkan sebuah parti baru untuk meneruskan perjuangan berikutan peluangnya untuk kembali kepada Bersatu sudah tertutup rapat.
Sememangnya Tun Mahathir tidak ada pilihan lain untuk meneruskan perjuangannya selain menubuhkan sebuah parti baru.
Bersatu yang dalam kawalan Muhyiddin Yassin sepenuhnya sekarang bukan saja tidak memerlukan lagi Tun Mahathir, malah telah membawa parti itu lari daripada tujuan asal penubuhannya.
Kerana kuasa, Muhyiddin bukan saja sanggup bekerjasama dengan UMNO yang telah dijatuhkan melalui kuasa rakyat, dengan Bersatu bersama PH antara pemain peranan utamanya, malah beliau juga sanggup memecat Tun Mahathir dan mereka yang tidak lagi sealiran dengannya.
Dengan bersekongkol bersama UMNO, kemudian dibuli oleh parti itu sehingga kerusi untuk ditandinginya pun tidak menentu serta terpaksa mengharapkan ihsan Zahid Hamidi berkaitan dengannya, Bersatu hakikatnya sudah mati masa depannya.
Yang tinggal pada Bersatu hanyalah jasad yang masih berfungsi selagi Muhyiddin ada di kerusi Perdana Menteri.
Melalui parti baru yang bakal diwujudkan oleh Tun Mahathir, inilah sebenarnya wadah perjuangan untuk mengganti Bersatu yang sudah terpesong dan hanya menunggu untuk dikebumi, mungkin sebaik saja PRU15 berakhir nanti.
Untuk itu, selain mereka yang sudah membuat keputusan keluar meninggalkan Bersatu, mereka yang masih dalam parti itu serta kekal menghargai perjuangan Tun Mahathir menumbangkan UMNO, harus juga berbuat demikian dengan segera.
Mereka harus bertanya kepada diri sendiri apakah tujuan menyertai Bersatu sebelum ini?
Apakah kerana ingin bersama Tun Mahathir menyelamatkan negara, menumbangkan kleptokrat UMNO atau disebabkan tertarik hati dengan Muhyiddin?
Dalam hal ini, jangan sesekali dinafikan, barangkali tidak sampai 10 peratus ahli Bersatu menyertai parti itu kerana faktor Muhyiddin.
Rata-ratanya menyertai Bersatu kerana perjuangan yang dibawa oleh Tun Mahathir serta kegigihannya untuk menjatuhkan UMNO yang dibawah kepimpinan Najib Razak telah merosakkan banyak perkara dalam negara ini.
Hari ini, Tun Mahathir kembali berjuang menubuhkan sebuah parti baru setelah Bersatu yang diasaskannya sudah menyeleweng jauh, bahkan Muhyiddin sendiri telah mengkhianati bekas Pengerusi Bersatu itu.
Maka, ahli-ahli Bersatu yang masih ada perasaan terhadap perjuangan Tun Mahathir menjatuhkan UMNO sebelum ini dan kekal menghargainya harus segera keluar daripada parti itu dan beramai-ramailah menyertai parti baru yang bakal ditubuhkannya.
Kekal lagi dalam parti itu bukan saja bererti terus memberi nyawa kepada UMNO menjarah apa-apa yang ada dalam negara ini, malah seperti merelakan diri mereka sendiri menuju ke kuburan bersama Bersatu yang pada hakikatnya lebih mahu dibawa mati oleh Muhyiddin yang sanggup menggadaikan perjuangannya bersama dengan UMNO itu sendiri. (Shahbudindotcom 09/08/2020

LAMA SUNGGUH DIAM..INGAT DOK BERTAPA DI GUA PERLIS DAK PUN NAIK BUKIT MENGKUANG

IBRAHIM MAT ISA

Dah lama aku tak follow kuliah Mufti Perlis. Baru ni aku bertaubat dan berasa nak follow balik kuliah asatizah tersohor itu.
Ternyata beliau masih lagi meriwayatkan kisah palsu mengenai tukang supir di Langkawi. Dan kenangkan kisah bahasa beliau yang lahirkan kebencian mengenai kegagalan Pakatan Harapan (kononnya) menangani kes korona virus, aku jadi ingat kecaman beliau sewaktu itu.
Tamatlah riwayat kajian salafi dari benak aku kerana asatizah suka tipu begitu. Aku kesal kenapa seharusnya golongan salafi mesti membawa riwayat palsu mengenai kisah kehidupan masyarakat marhaen hanya untuk menguatkan hujah beliau..
Kenapa?
Kenapa?
Hilang sudah suara tok mufti apabila Klaster sivagangga mula merayap ke Perlis. Untuk info anda, Kuala Sanglang adalah di Kedah, tapi Sanglang itu di Perlis. Sudah tentu mufti sembunyi dalam banglo baharu tanpa sebarang kenyataan mengecam kerana kebencian kepada DAP dan Amanah.
Tok mufti suka agamawan memeluk erat kumpulan kleptokrat atas dasar sesama bangsa dan agama.
Sejarah golongan salafi (Parti Ek Nour) yang menyokong Al Sisi di Mesir banyak meninggalkan titik hitam buat kita mengkaji dan memahami keselesaan asatizah sebegini dengan menggadai dalil dan rujukan agama.
Bukan susah untuk melenyapkan cahaya hanya kerana bisikan iblis, namun untuk merintis jalan menerangkan laluan sentiasa melalui lorong dan denai sukar kerana wajah-wajah durjana yang memakai jubah agama berligar dalam kelompok bangsa kita.
Aku hampir tidak percaya lebai mana yang boleh dipercayai sekarang!
Khalas...!
Image may contain: text that says "KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mins 9 daripada 10 kes baharu #COVID19 yang dikesan di Perlis hari ini dari Kluster PUI #Sivagangga adalah generasi ketiga. Setakat ini, Perlis merekodkan 11 kes #COVID19 dari kluster itu. 1 kes di Kedah adalah kontak rapat dan di Pulau Pinang hasil saringan tersasar (targeted screening). kes Sehingga 7 43 disahkan positif dari ini iaitu warganegara manakala 38 warganegara melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ogos 2020 Kluster PUI Sivagangga Generasi Generasi2 Generasi3"

BESAQ SUNGGUH BUDI NAJIB PADA PAS?

Bentuk Partai Baru, Mahathir Mohamad Bakal Calonkan Diri Jadi PM Lagi?

Bentuk Partai Baru, Mahathir Mohamad Bakal Calonkan Diri Jadi PM Lagi?


PH AKAN MEMPERTIMBANGKAN JUGA KEMASUKAN PARTI BARU.TAKUT MENANG DUA TIGA KERUSI JAWATAN PM YANG DIMINTA

BERSATU DILANDA GELOMBANG KELUAR PARTI, SOKONG TUN M