LAMA SUNGGUH DIAM..INGAT DOK BERTAPA DI GUA PERLIS DAK PUN NAIK BUKIT MENGKUANG

IBRAHIM MAT ISA

Dah lama aku tak follow kuliah Mufti Perlis. Baru ni aku bertaubat dan berasa nak follow balik kuliah asatizah tersohor itu.
Ternyata beliau masih lagi meriwayatkan kisah palsu mengenai tukang supir di Langkawi. Dan kenangkan kisah bahasa beliau yang lahirkan kebencian mengenai kegagalan Pakatan Harapan (kononnya) menangani kes korona virus, aku jadi ingat kecaman beliau sewaktu itu.
Tamatlah riwayat kajian salafi dari benak aku kerana asatizah suka tipu begitu. Aku kesal kenapa seharusnya golongan salafi mesti membawa riwayat palsu mengenai kisah kehidupan masyarakat marhaen hanya untuk menguatkan hujah beliau..
Kenapa?
Kenapa?
Hilang sudah suara tok mufti apabila Klaster sivagangga mula merayap ke Perlis. Untuk info anda, Kuala Sanglang adalah di Kedah, tapi Sanglang itu di Perlis. Sudah tentu mufti sembunyi dalam banglo baharu tanpa sebarang kenyataan mengecam kerana kebencian kepada DAP dan Amanah.
Tok mufti suka agamawan memeluk erat kumpulan kleptokrat atas dasar sesama bangsa dan agama.
Sejarah golongan salafi (Parti Ek Nour) yang menyokong Al Sisi di Mesir banyak meninggalkan titik hitam buat kita mengkaji dan memahami keselesaan asatizah sebegini dengan menggadai dalil dan rujukan agama.
Bukan susah untuk melenyapkan cahaya hanya kerana bisikan iblis, namun untuk merintis jalan menerangkan laluan sentiasa melalui lorong dan denai sukar kerana wajah-wajah durjana yang memakai jubah agama berligar dalam kelompok bangsa kita.
Aku hampir tidak percaya lebai mana yang boleh dipercayai sekarang!
Khalas...!
Image may contain: text that says "KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mins 9 daripada 10 kes baharu #COVID19 yang dikesan di Perlis hari ini dari Kluster PUI #Sivagangga adalah generasi ketiga. Setakat ini, Perlis merekodkan 11 kes #COVID19 dari kluster itu. 1 kes di Kedah adalah kontak rapat dan di Pulau Pinang hasil saringan tersasar (targeted screening). kes Sehingga 7 43 disahkan positif dari ini iaitu warganegara manakala 38 warganegara melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ogos 2020 Kluster PUI Sivagangga Generasi Generasi2 Generasi3"