OWHHHH...BILA DAH KANTOI SEMUA HILANG...

 


RINA HAMZAH


BILA DAH KANTOI, kenapa padam !!!

Terang dan jelas Menteri Pertahanan Ismail Sabri sendiri dan beberapa VVIP di sebelahnya telah melanggar SOP tidak memakai pelitup muka (mask) malah tiada penjarakan 1 meter ketika menyaksikan Acara Pertunjukan Berkuda yang diketuai oleh Sarjan Udara Donna anak Tayak di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) serta Pangkalan Udara Sendayan, semalam.

Rakyat langgar SOP terus dikompaun RM10,000, tetapi jika menteri langgar SOP kenapa pihak berkuasa senyap buta buat tak nampak ??!

#AntaraDuaDarjat

SR

 

May be an image of 5 people, people standing, horse and text that says "mindefmalaysia SR suara rakyat Menteri Pertahanan Sendiri Langgar SOP Kenapa Tidak Berani Dikompaun RM10,000? 259 likes mindefmalaysia Sarjan Udara Donna anak Tayak, mengetuai Acara Pertunjukan Berkuda yang. more MARCH 13 See Translation"





LAGI UNDANG UNDANG CELARU

 

Bercelaru dan mengelirukan. Bagus teruskan dgn undang-undang  2 darjat. Kami akan tolak kelombong najis pn di pru15.

https://www.hmetro.com.my/.../tiada-pelanggan-di-kedai...

 May be an image of 1 person, standing and text that says "Harian Metro CAP Ban Metro FOLLOW Tiada pelanggan di kedai pun kena kompaun BY OMAR AHMAD 13 MARCH 2021 AT 09:10 Johor Bahru: Tindakan nihak nenguatkuasa MORE FROM Harian Metro"

INI NAK PANGGIL APA YA KALAU TAK LANGGAR SOP...?


RINA HAMZAH


Ini Menteri KPKT jelas langar SOP PKPB yang tak benarkan 'fun ride'.

Dah lah ramai peserta tak pakai mask.

Kalau rakyat laju je kena saman RM10,000.

SR

 


 May be an image of one or more people, people standing, bicycle and outdoors




NILAI DAN MARTABAT POLITIK ANWAR IBRAHIM

 


Jika boleh digunakan istilah malaikat dalam politik, Anwar Ibrahim adalah salah seorang daripadanya. Anwar terlalu baik dalam politik sehinggakan kebaikannya disalah guna dan beliau sendiri terhukum dengan kebaikan itu.

Begitu pun, itulah ciri-ciri dan sifat manusia sejati yang diajarkan dalam agamanya. Anwar tidak berdendam dengan sesiapa dan cair dengan pujukan dan idea-idea yang boleh membantunya. Contoh klasiknya menerima OT95 untuk berbaik. Anwar terima OT95 kerana dipujuk dan diberi keyakinan PH akan capai kemenangan.

Betul, tetapi yang terguling dan merana adalah Anwar disebabkan OT95. Kalau pun ada benefitnya dapat pengampunan, tidak lebih daripada itu.

Terbaharu dalam wawancara dengan akhbar yang selama ini menabur fitnah kepadanya (Mingguan Malaysia) Anwar memberi tahu dia akan pujuk dua pemuka parti itu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Anwar mengakui kehebatan dan ketokohan kedua orang itu. Tetapi saat Anwar diserang dan dipalu keduanya meninggalkan Anwar dan parti.

Bagi saya siapapun kedua orang itu mereka adalah politis yang tidak bertanggungjawab, berjija kuman kurus. Namun mereka masih bernasib baik kerana ketua parti mereka seorang malaikat yang memaaf dan melupai peristiwa. Mungkin untuk Anwar,Tuhan ada sediakan makam teristimewa buatnya lebih istimewa daripada jawatan Perdana Menteri. Trims.

- MSO

 

KEADILAN Dilambung Ombak, Dipukul Badai

 


Oleh: Hassan Abdul Karim



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kini benar-benar diuji ketahanannya. Jika KEADILAN diibaratkan sebuah kapal, maka bahtera KEADILAN kini sedang dilambung ombak dan dipukul badai di lautan yang bergelora.



Masakan tidak. Dalam masa dua minggu di bulan Mac 2021 ini sahaja, KEADILAN telah hilang tiga orang Ahli Parlimennya yang meninggalkan parti dan melompat menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahyuddin Yassin. Amat menakutkan dan ngeri memikirkan sejak setahun lalu bermula dari Langkah Sheraton di minggu terakhir bulan Februari 2021, hingga ke saat ini belasan orang Ahli Parlimen KEADILAN telah menggugurkan perjuangan reformasi dengan pelbagai alasan diberi. Secara yang agak keterlaluan dan berlebih-lebihan saya sudah “lost count” bilangan Ahli Parlimen KEADILAN yang melompat.



Sebagai seorang anggota kerdil KEADILAN dan seorang Ahli Parlimen biasa KEADILAN, saya dapat menyaksikan sekarang bagaimana rakan-rakan Ahli Parlimen kami dilambung ombak dengan janji-janji jawatan ataupun dipukul badai dengan ancaman tangkapan Polis dan SPRM. Dan amat memilukan apabila saya membaca komen-komen dari rakan-rakan Ahli Parlimen di blok pembangkang dari parti sahabat KEADILAN yang mengutarakan pertanyaan seperti berikut: “Siapa lagi yang kita boleh percaya sekarang?” yang bermaksud ditujukan kepada Ahli-ahli Parlimen KEADILAN, setelah semalam 13 Mac 2021, Naib Presiden KEADILAN, Ahli Parlimen Kuala Langat, bekas seorang menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan merupakkan tokoh reformasi serta antara pengasas Parti Keadilan Nasional telah meninggalkan parti kerana ingin menyokong PM Muhyiddin.



KEADILAN dapat sokongan terbanyak



Namun malam tidak selamanya gelap memanjang. Esok pasti akan muncul siang, dan dunia akan kembali terang. Saya memujuk diri sendiri dan rakan-rakan anggota biasa KEADILAN di kawasan Parlimen saya, Pasir Gudang. Saya teringat sajak-sajak Said Zahari dan Kassim Ahmad yang menyeru para pejuang jangan patah semangat.



Lalu saya rujuk kembali akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Mac 2021. Dari kaji selidik akhbar tersebut mendapati bahawa parti yang akan mendapat sokongan tertinggi dalam PRU 15 ialah Parti Keadilan Rakyat, sebanyak 14.4%. Manakala Parti PPBM (Bersatu) yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional sekarang, di mana tempat ahli-ahli KEADILAN melompat, berada di tempat yang agak tercorot, hanya memperolehi sokongan 5.08% (lebih rendah peratusannya berbanding parti MUDA pimpinan Ahli Parlimen Muar yang memperolehi 5.32%).



Secara kaveat, saya berwaspada iaitu kaji selidik atau survey hanyalah suatu kaji selidik atau survey. Belum tentu jadi fakta dan realiti sebenar nanti dalam PRU 15. Tetapi sekurang-kurangnya, bagi para penyokong KEADILAN boleh menarik nafas lega, iaitu jangan risau dengan fenomena bekas Ahli-ahli Parlimen KEADILAN yang melompat kerana mengejar mirage atau fatamorgana, atau takut dengan bayang-bayang sendiri dengan mimpi negeri dikejar SPRM atau bunyi siren polis serta tembok batu dan jeriji besi di Penjara Sungai Buloh yang menanti.



Antara belantan dan lobak



Dalam keadaan di mana ahli-ahli politik pembangkang sekarang, khususnya KEADILAN berdepan dengan polisi mafia, belantan dan lobak di dunia gelap seperti dalam filem Godfather yang mengamalkan ancaman (stick/belantan) dan pujukan (carrot/lobak), maka saya teringat kepada sejarah diri peribadi yang dilalui sendiri oleh Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim yang berbelas tahun masuk penjara.



Secara jujur saya menghormati Anwar Ibrahim dalam aspek ini. Dia tidak gentar dengan ancaman. Dia tidak boleh dibeli dengan tawaran kedudukan atau jawatan. Apabila difitnah, dia melawan. Dia melawan sehabis-habisnya di mahkamah undang-undang, sama ada di mahkamah jenayah atau mahkamah sivil. Dia melawan dengan penuh azam dan semangat juang seperti semangat yang ditunjukkan oleh hero dalam novel Bumi Manusia karya Pramoedya Ananta Toer, sasterwan terkenal Indonesia.



Ketika bekas Ahli-ahli Parlimen dari KEADILAN yang cuba menyelamatkan diri masing-masing dari pertuduhan dan penjara berebut-rebut terjun ke laut bergelora meninggalkan bahtera tetapi Anwar Ibrahim sebagai pemimpin KEADILAN, PH dan Pembangkang tetap teguh dengan pendiriannya. Beliau kini masih bertarung di mahkamah undang-undang perlembagaan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen Malaysia. Kepada pemimpin seperti inilah sokongan akan diberi oleh rakyat Malaysia dalam PRU-15 nanti.

_________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 

Dr Xavier keluar: AMK Kuala Langat bersyukur parti dibersihkan

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kuala Langat kecewa terhadap keputusan Datuk Dr Xavier Jayakumar yang memilih untuk keluar parti namun dalam masa sama, bersyukur kerana parti dibersihkan daripada pemimpin yang tiada prinsip perjuangan.



Ketua AMK Kuala Langat, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata demikian sejurus selepas Dr Xavier mengumumkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional, semalam.





Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman

"AMK Kuala Langat menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat memilih keluar dari KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.



"Pada masa yang sama kami juga ingin menzahirkan rasa syukur kerana parti dapat dibersihkan dari mereka yang tiada prinsip perjuangan. Lebih-lebih lagi yang ingin menutup salah laku ketika mereka berkuasa.



"Setelah menghadapi pelbagai siri pengkhianatan, kini kami semakin mengenali kawan dan lawan," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Shah Rezza, AMK memilih untuk kekal setia bersama perjuangan reformasi dan kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Selaku pimpinan sayap parti di Kuala Langat, kami memilih untuk kekal setia bersama KEADILAN dan tolak perbuatan khianat.



"KEADILAN Kuala Langat masih kukuh dan utuh bagi menterjemah perjuangan reformasi.



“Pemimpin datang dan pergi, pejuang akan terus berjuang”," katanya lagi.

 

PKR TEGUH BERSAMA DSAI/RAKYAT BERSAMA PKR BUKAN SEBAB CALONNYA/REFORMIS ...

Ahli Parlimen pembangkang akan terus dipujuk, ditekan berkhianat - Fahmi

 


Pemergian Dr Xavier Jayakumar mungkin bukan yang terakhir dan episod 'membeli' dan 'menekan' Ahli Parlimen pembangkang.



Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, akan ada lagi episod-episod seterusnya kerana kerajaan Perikatan Nasional masih belum kukuh biar pun telah mencapai kedudukan 112 kerusi daripada 220 kerusi Parlimen.



"Sama ada pada minggu atau bulan akan datang, bagi saya ia tidak akan berhenti (cubaan berpaling tadah) dan akan bertambah kuat. Saya rasa iman Ahli-ahli Parlimen pembangkang akan terus diuji. Tidak mustahil ramai yang akan terkesan akibat ugutan, sama seperti yang berlaku kepada Dr Xavier," katanya selepas majlis perasmian Kedai Chatime di Desa Mentari Petaling Jaya, semalam.



Bagi kes Dr Xavier, kata Fahmi, sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak menjalankan tugas secara profesional amatlah dikesalkan.



"Kita sedar, asalnya kes SPRM tidak berkait dengan dia (Xavier) tetapi cara SPRM menulis kenyataan media memberi bayangan bahawa walaupun SPRM bergerak (menyiasat) tetapi ada tekanan politik di keliling. Bagi saya sukar untuk saya nafikan tempias politik daripada siasatan SPRM itu tidak terkena kepada Dr Xavier.



"Jadi ramai netizen bertanya adakah beliau keluar kerana kes tertentu? Dia sama seperti Larry Sng, Ahli Parlimen Julau dan Ahli Parlimen Tebrau. Bagi mereka kes-kesnya mungkin melibatkan agensi lain. Itu mungkin berlaku," katanya.



Bagaimanapun, menurut Fahmi, insiden 'melompat parti' itu sedikitnya telah memberi pengajaran kepada KEADILAN agar mengutamakan calon-calon yang setia dan tahan uji untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.



"Yang kita perlu pelajari daripada episod ini ialah pemilihan calon yang betul, yang taat kepada perjuangan parti dan tidak mudah tumbang akibat ugutan atau umpan," katanya lagi.

 

KEDATANGAN TIGA PELOMPAT KHIANAT HANYA MENUNDA KEJATUHAN PN, BUKAN MEMPERKASA PN



 Perikatan Nasional menerima sokongan 3 ahli Parlimen PKR baru-baru ini.

Demikianlah strategi mereka untuk mengukuhkan PN. Namun yakinlah, semua itu akhirnya hanyalah strategi untuk menunda kejatuhan PN, bukan memperkasakan PN.

Tiada pergerakan politik yang dibina dengan pendekatan tidak bermoral sebegini akan mampu bertahan.

Semua pergerakan politik hanya akan kukuh dan berkelangsungan dengan kerja keras dan keyakinan pada nilai yang diperjuangkan.

PN ditubuhkan tanpa ideologi dan kejelasan perjuangan dan sehingga waktu ini Malaysia tidak menjadi lebih baik dari sewaktu diperintah oleh PH. Semua ini adalah ramuan untuk kegagalan yang pasti.

Berapa lama pun PN berusaha untuk memanjangkan hayatnya, mereka akhirnya akan kembali kepada rakyat juga untuk menentukan masa depan.

Mungkin PN lupa bahawa Malaysia dan rakyatnya telah jauh berubah. Pengundi Malaysia telah menjadi sangat ‘sosphiticated’.

Penilaian rakyat pastinya adalah pada wibawa dan harga diri pemimpin yang akan mewakili mereka.

Mereka lupa bahawa BN suatu dulu sangat lebih kukuh dan berkuasa dari keadaan PN sekarang, tetapi boleh ditewaskan juga.

Sebabnya tidak perlu saya huraikan. Semua orang tahu betapa berupayanya BN memerintah. Tetapi apabila rakyat membuat keputusan, mereka mempunyai pelbagai dimensi dan pertimbangan.

PN sekarang menjadi perikatan dengan dukungan pelbagai individu bermasalah. Percayalah, mereka ini hanya ingin menyelamatkan diri mereka dan bukan PN. PN akan terbeban dengan masalah semua individu ini akhirnya.

Maka sangat tepat untuk BN menjauhkan diri dari semua ini. Kerana BN ingin menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya, bukan PN dan sekutunya yang telah menjadi masalah kepada Malaysia.

KHALED NORDIN

Naib Presiden UMNO

14 Mac 2021.



OWHHH..MUDAH SAJA..MACAM PARASITE....GANTUNG DAN HINGGAP MERATA PADA YANG BERKUASA...SELAGI MAHU PADA KUASA LAKUKAN APA SAHAJA

 


KATA PAK LONG ZAIN MELALUI TWEET DIA...INI MAKNA NYA....


Faham dulu makna pelacur...bai..ikut kamus pelacur bila seseorang menjuai,mengdai maruah demi mendapatkan habuan..so jika kita perati perangai pas laa btui dak pa yang Kuli cakap tuu...ha..ha guna otak bukan emosi..dapat la jawapanya.




Orang Pas tak faham apa itu pelacur, kata Takiyuddin

Orang Pas tak faham apa itu pelacur, kata Takiyuddin

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa pihaknya tidak boleh memberikan atau mengeluarkan sebarang komen berhubung kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur’.

Menurutnya, ini kerana “orang Pas” atau ahli-ahli parti berkenaan tidak memahami apa sebenarnya istilah “pelacur” seperti yang dilabel pemimpin veteran UMNO bekenaan.

“Kami orang Pas tidak faham apa itu pelacur, jadi saya tidak boleh komen, apa dia pelacur ini kita tidak faham,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin peringkat Negeri Kedah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, pada Ahad.

Pada Sabtu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menyatakan bahawa pihaknya rela dituduh pelacur dan parti politik yang kecil demi mempertahankan perpaduan ummah.

Jelasnya, pihaknya rela dilabelkan sedemikian berbanding menjadi ‘pelacur politik dan kuasa’ kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur’ dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada PRU15 akan datang.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula melabel Pas sebagai sebuah parti kecil. .




‘Saya tiada personal sangat dengan Azmin’, kata Anwar

 


‘Saya tiada personal sangat dengan Azmin’, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memilih tidak memberi respons kepada banyak serangan Mohamed Azmin Ali terhadap dirinya kerana tidak mahu mengambilnya secara peribadi.

“Saya ini tiada ‘personal’ sangat, kalau tengok kenyataan yang mana dia serang saya berulang kali, saya tak jawab pun,” katanya dalam temu bual yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, rakyat lebih menilai tindak-tanduk menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri itu.

Buat masa ini, katanya, keutamaan beliau adalah perjuangan politik partinya.

“Orang boleh nilai. Jadi biar rakyat yang hukum, tapi bagi saya, kembali kepada landasan.

“Saya nak fikir lebih baik kita tumpu kepada rakyat, sebab kita tak boleh perbodohkan rakyat.”

Presiden PKR itu berkata, ketika di penjara, beliau melihat tindak-tanduk politik sesetengah pihak, termasuk pencapaian dirinya.

“Namun, saya akui kelemahan saya untuk mengawal kerana masa itu saya masih dipenjarakan.

“Masa di penjara, orang di luar bina kekuatan, bina kekayaan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) masa PH (Pakatan Harapan) itu tak nampak kerana mereka hanya tumpu kepada Umno dan 1MDB.

“Jadi, yang gajah depan mata itu semua ditolak.”

Anwar berkata, rakyat tahu ada menteri yang mengumpul kekayaan melalui projek besar berbelanja mewah.

“Itu bertentangan prinsip PKR dan PH.

“Jadi, bagi saya, dia (Azmin) dah pilih, biarkan. Kita tumpu perhatian kukuhkan parti, dan belajar daripada pengalaman kita.

“Jangan mudah percaya orang yang beri janji dan bermuka-muka.” 



SEMINAR ANTARABANGSA PEMIKIRAN BUYA HAMKA DI ALAM MELAYU

(Live) Ezam Mohd Nor: Jelajah Gerak98 Kedah

ATAS ARAHAN BERSATU PAS LAWAN UMNO DI PRU15?


Ramai rakyat Malaysia mula mengeluh. Situasi politik dan keadaan ekonomi semakin teruk. Umum sedia maklum politik yang stabil memacu ekonomi yang baik. Tetapi perebutan kuasa di negara kita semakin menjadi jadi dan tidak lagi selindung-selindung. Masing-masing menyalahkan satu sama lain. Di pihak pembangkang mereka tidak boleh bersatu dan di pihak kerajaan sentiasa bergaduh-gaduh. Kita risau kerana pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia. Negara jiran Indonesia telah membuat lebih baik dari Malaysia dalam menarik pelabur asing kerana mereka bersatu hati. Pemerintah dan pembangkang di sana mahu bekerjasama tidak seperti di Malaysia. Semakin hari semakin teruk ekonomi negara kita. Dengan rakyat yang sudah tiga suku juta tiada kerja, masa depan Malaysia agak malap. Persoalannya sekarang, adakah kita akan dapat melihat, situasi politik kita menjadi stabil semula dan kucar kacir kembali tenang? Rakyat sentiasa memerhati. Namun ianya bergantung kepada ahli-ahli dan pemimpin politik. Jangan nanti menjadi terlalu lewat untuk negara kita bila nasi sudah jadi bubur. Kurangkanlah berpolitik atau cari jalan keluar. Apa pendapat anda? Apa pendapat anda?



NURUL IZZAH VS ZURAIDA-AMPANG?AZMIN AKAN TUMBANG DI GOMBAK/BIAR NURUL IZ...

Undi 18: ‘Hak anak muda tidak harus dinafikan’ – Chin Tong

 

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong sekali lagi menegaskan keperluan melaksanakan Undi 18 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menyifatkan anak muda sebagai ‘game changer’ politik Malaysia, katanya, hak anak muda tidak harus dinafikan hanya kerana sesetengah pihak bimbang sokongan golongan itu tidak berpihak kepada mereka.  

“Negara ini adalah amanah dan pinjaman, yang akan kita pulangkan kepada mereka (anak muda),” ujarnya yang juga Ahli Dewan Negara dalam satu kemas kini di Facebook, hari ini. 

Rais sebelum ini dilaporkan sebagai berkata “Undi 18 tahun tidak praktikal untuk diadakan pada musim ini” dan menyifatkan keputusan untuk melaksanakan Undi 18 adalah tergesa-gesa selain mendakwa anak muda “belum bersedia di sisi tuntutan demokrasi”.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur pengundi ke usia 18 tahun.  

Ia dijangka akan menambah hampir tujuh juta pengundi muda menjadikan jumlah pemilih kepada 22 juta orang menjelang Julai tahun ini.

Nurul Izzah: Ucapan Perasmian Program Di Permatang Pauh

HANYA YANG TEGUH PENDIRIAN AKAN KEKAL BERSAMA PKR – SAIFUDDIN


DARIPADA BELI MP ELOK MUAFAKAT BERSAMA PEMBANGKANG


(function() { var d = document, w = window; w

Kerajaan PN lembab beri bantuan kepada PKS: 65,000 hilang pekerjaan - KEADILAN

  Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi bantuan kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyebabkan pertumbuhan sek...