AWANI745 21 Julai 2020



Anda tersisih di tempat kerja, jangan risau, 70% pekerja Amerika juga begitu



Sekiranya anda merasa terkuras, tidak dihormati, atau didera secara emosional di tempat kerja, anda tidak sendirian.
Menurut tinjauan Gallup, hampir 70% pekerja Amerika merasa tersisih dari pekerjaan mereka, dengan jumlah yang sebanding di negara perindustrian lain.
Akhir-akhir ini kita banyak mendengar mengenai Gangguan Keperibadian Narsisistik tetapi bagaimana dengan organisasi narsisistik?
Oleh kerana kita menghabiskan sebahagian besar waktu dan masa bekerja, tempat kerja kita mempunyai kesan besar terhadap kesihatan kita.
Menurut Persatuan Psikologi Amerika, persekitaran kerja yang penuh tekanan boleh menyebabkan kegelisahan, kemurungan, peningkatan tahap kortisol, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, dan senarai panjang penyakit yang berkaitan dengan tekanan .
Sama ada kita suka atau tidak, kerja kita adalah perkara utama. Dan di tempat kerja, terdapat individu, yang boleh menjadi narsisistik, terlalu menuntut, mementingkan diri sendiri, dan kurang berempati.
Cuba anda fikirkan keadaan di tempat kerja anda samada tanda-tanda ini kelihatan biasa.
Rasa mementingkan diri dan bermegah serta perhatian berlebihan terhadap perhubungan awam dan imej korporat.
Kesibukan disertai dengan khayalan kekuatan organisasi dan kejayaan dengan mengorbankan pekerja dan operasi harian.
Kepercayaan pihak pengurusan yang tinggi dan sering memaklumkan bahawa organisasi itu “istimewa lagi hebat”, biasanya gah dan mengaitkan diri dengan selebriti dan orang berstatus tinggi.
Organisasi menonjolkan budaya kekaguman, ketaatan, dan kesetiaan 24/7 yang berlebihan dari para pekerja, yang menafikan keseimbangan dalam kehidupan peribadi mereka.
Organisasi bertindak dengan rasa berhak, mengharapkan kepatuhan pekerja terhadap tuntutan korporat.
Organisasi bersikap eksploitatif, mengambil peluang keatas pekerja dengan memperlihatkan teknik rasa bersalah, ancaman, atau nasihat tentang “kebaikan bersama.”
Organisasi tidak mempunyai rasa empati. Polisi dan prosedurnya tidak fleksibel ketika menangani keperluan pekerja. Ia memperlakukan pekerja seperti bahagian yang boleh diganti.
Organisasi anda sangat cemburu terhadap organisasi lain, didorong oleh ketakutan persaingan dan kegelisahan kewangan yang mendasari, yang mengakibatkan kenaikan gaji dan pemotongan besar dalam anggaran operasi dan faedah sambil mengekalkan tahap gaji yang tinggi untuk pengurusan atasan.
Organisasi menunjukkan sikap sombong terhadap pekerja, menjadi kasar dan pendendam ketika pekerja mencadangkan pendekatan alternatif atau mempersoalkan status quo.
Menurut DSM-5, seseorang yang mempunyai lima atau lebih kriteria serupa akan didiagnosis dengan Gangguan Keperibadian Narsisistik (Narcissistic Personality Disorder (APA, 2013)). Berapa banyakkah dalam sebutan diatas yang berkaitan dengan organisasi anda?
Jika persekitaran tempat kerja anda berbaur narsisistik, anda mungkin memerlukan terapi untuk membantu anda pulih dari dianiaya, memahami pilihan anda dengan lebih jelas, dan membuat perubahan yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
———————-
Penulis adalah seorang pendidik.


BAGAI DIKATA, MEMANG RAKYAT DAH BENCI SANGAT PADA KAMU.


AHMAD SHAHRIL SHAHRIL




KRIK...KRIK...KRIK...



DS.MEGAT...PESAN KATA WALAUN TOLOL






SUDAH LA TUN....NAK TUNDING PADA SIAPA PULAK..


REZIEAL MOHAMMAD


Dah jelas salah Tun....nak tunding jari kat siapa pula....nak maki lebih-lebih dah tua....nanti cakap x hormat orang tua pula....nak puji dah rasa benci....

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan teks

PM SALAH ANGKA..MESTI PEGAWAI LENA


BERIKUTAN TEGURAN AKHIRNYA DIAKUI KESILAPAN


Berikutan teguran Anthony Loke berhubung kesalahan fakta yang disebut Muhyiddin Yassin semalam, Pejabat Perdana Menteri akhrinya mengaku perkara tersebut.
Seterusnya Pejabat Perdana Menteri membuat kenyataan media untuk membetulkannya.
Berikut adalah kenyataan pembetulan tersebut:-
Bagaimanapun, bagi seorang Perdana Menteri, kesalahan fakta sebagaimana yang dilakukan Muhyiddin semalam tetap sesuatu yang memalukan.
Ia tidak pernah berlaku kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini, malah selama 22 tahun Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri, ia .juga tidak pernah berlaku.
Kenapa ia berlaku kepada Muhyiddin yang belum 5 bulan menjadi Perdana Menteri?
Selain kesalahan fakta ini turut merupakan kecuaian Muhyiddin yang tidak teliti membuat semakan, kualiti pegawai-pegawai yang ada di sekelilingnya juga adalah penyumbang utama kepada perkara itu.
Tak malu ke?

 (Shahbudindotcom 21/07/2020)


EBIT LIEW MART BERNIAGA TANPA BMF?

KAUNTER SAWIT NAIK PERMAINAN PELABUR SAHAM?

PAS JOHOR MUNGKIN BERSENDIRIAN PRU 15?

KALAU PERCAYA LAGI KE DIA NI, MEMANG MELINGKUP LA HANGPA..KAMI PUN MELUAT DAH NAK SOKONG..



INGAT UNDI KAMI BERHARGA..........

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, teks yang berkata 'Guan Eng cadangkan Shafie sebagai calon PM, kata Dr M "Tetapi malangnya, walaupun cadangan itu datang daripada beliau, Lim kemudian patah balik dan kata calonnya Anwar Ibrahim," kata Mahathir. 21 JULAI 2020 10:02 PG CHEDET'
Sebelum ni, Shafie kata Amanah dan DAP yang calonkan beliau untuk jadi PM.  Terbaru, Mahathir pulak kata DAP yang calonkan Shafie jadi PM.

Pakat dua ekor ni dok dedah hasil perjumpaan mereka.  Dua ekor ni  memang nak tengok PH berbalah.  Peliknya, kita dok sujud lagi kat dua ekor ni sedangkan rumah kita cantik molek dah selama ni...demi kuasa? Demi mandat rakyat kononnya?  Jangan la jual maruah diri sampai ke tahap itu...

WFAUZDIN NS



Gesaan tubuh RCI, Mujahid sedia buka fail pamer bukti proses pemulihan TH

Gesaan tubuh RCI, Mujahid sedia buka fail pamer bukti proses pemulihan TH

BAHAYA LAGI YANG MENIPU YDPA

[Video] Rakaman CCTV paparkan 2 wanita conteng mural

Khabarnya yang conteng mural gambar KP Kesihatan YDP Agong tu tertangkap dalam CCTV...

Aku tak mahu kecoh tentang orang conteng mural. Mural je pun.

Lebih bahaya orang yang menipu YDP Agong dengan mendakwa majoriti ahli parlimen menyokongnya padahal tidak.

Jauh lebih berbahaya orang yang belanjakan duit rakyat macam duit arwah bapa dia.

Dan paling berbahaya orang yang mencemarkan nama Islam dengan melaras dalil mengikut keperluannya.

Setakat menconteng mural, bagi aku bukanlah dosa yang terlampau besar.

Tapi iyalah. Orang kita ni, hormat orang sampai ke gambar pun dimuliakan. Lantaklah. Itu pun aku tak ada hal.

Tapi aku tak sokong juga yang menconteng mural itu. Dah tak ada kerja sangat ke?

Kalau banyak sangat masa lapang, pergilah ke rumah orang tua atau anak yatim, atau mana-mana rumah miskin tegar. Tolong catkan rumah mereka bagi cantik. Itu lebih berfaedah.

Sekarang ini, pandai-pandailah korang bawa diri. Kalau di berkas nanti janganlah disalahkan pihak polis pula. Sendiri yang cari fasal, kan?

- R a j a G e l a p -




KHIANATNYA MAHATHIR


RINA HAMZAH

Bagi yang malas membaca, cuba lihat gambar ni perlahan lahan, senang nak hadam mcmana busuknya, khianat Dan dengkinya Madey Kutty ni kepada DSAI. Kalau Tak faham lagi korang pergi hardware store beli cangkul lepas tu korek lubang 6kaki terjun dalam lubang tu minta walatok tolong kambuih/tutup lubang tu! Sila meninggal!


Imej mungkin mengandungi: 3 orang


Siaran Langsung Dari Parlimen 21/07/2020



MUHYIDDIN YANG MEMALUKAN


Ucapan YAB Perdana Menteri kepada seluruh negara melalui televisyen merupakan satu ucapan yang serius. Fakta dan angka yang diungkapkan mestilah tepat dan tidak mengelirukan orang ramai.
Saya memetik perenggan ke-7 ucapan YAB PM petang tadi dan mendapati angka yang diberikan adalah salah.
Pertamanya, jumlah pemandu e-hailing di seluruh negara tidaklah sampai 1.4 juta orang. Jumlah pemandu e-hailing yang telah berdaftar dengan APAD hanyalah dalam lingkungan 120 ribu orang.
Kalau 1.4 juta pemandu dibayar RM500 seorang, jumlah yang diperlukan ialah RM700 juta, bukannya RM34 juta.
Saya rasa angka yang lebih tepat ialah RM34 juta telah dibayar dan kalau dibahagikan dengan RM500, jumlah penerima ialah 68 ribu orang, jauh beza dengan 1.4 juta orang!
Keduanya, kalau betul 477 ribu pemandu pelancong, pemandu teksi dan bas dibayar RM600 seorang, jumlah yang perlu diperuntukkan ialah RM286.2 juta, bukannya RM28.8 juta.
Kalau setakat RM28.8 juta telah dibayar untuk RM600 seorang, jumlah penerima hanyalah 48 ribu orang, BUKAN 477 ribu! Itu perbezaan 10 kali ganda.
Saya tak pasti sama ada pegawai Kementerian Pengangkutan yang memberikan angka yang salah kepada Pejabat Perdana Menteri, namun pegawai-pegawai PMO seharusnya menyemak betul-betul sebelum YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan secara langsung.
Saya harap PMO akan memperbetulkan fakta tersebut dan tidak mengulangi kesilapan fakta seperti ini.
Teks ucapan rasmi PM dirujuk melalui FB Tan Sri Muhyiddin Yassin:
Anthony Loke
Mantan Menteri Pengangkutan

JANGAN ESOK ERROR 404


Apabila melibatkan YDPA, sudah tentulah kena jaga semua tu. Yang itu pun tak boleh nak fikir. Patut la banyak isu yang hilang .Nanti jangan hilang pulak ya bila cari bukti...bodo piang


Image

MAHATHIR TIADA JATI DIRI


W.FAUDZIN

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, jambang, teks yang berkata 'DIA AKAN DIKENANG SEBAGAI PENGKHIANAT'
Apabila Mahathir bangun bcakap saja dalam parlimen, kompom dia kena bertalu-talu serangan oleh MP dari Umno. Dia tak mampu nak tangkis sebab dia tiada kekuatan dan jati diri. Soalan paling mudah ditanya oleh MP dari Umno iaitu, " Kenapa Tun letak jawatan?", itu pun dia tak boleh nak jawab. Jawab sajalah,
" Saya letak jawatan sebab saya tak mahu Anwar jadi PM dan saya mahu bantu kamu jatuhkan kerajaan PH". Susah sangat ke nak jawab ?
Berbeza dengan Anwar. Bila dia bangun berbahas, sesiapa dari belah kerajaan pintu belakang mahu ganggu dia, kena fikir banyak kali, tak betul cara kena batang hidung sendiri. Sebab itulah amat jarang ucapan Anwar diganggu kerana dia bercakap dengan fakta, dia menegur benda yang betul dan dia buat apa yang dia cakap.
Bila kita ada prinsip dan integriti, jangan takut dengan sesiapa.



BINA SEMULA NEGARA-INSAN YANG PATUT DIKENANG

(netizen)
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, jambang, teks yang berkata 'DIA AKAN DIKENANG SEBAGAI PENGKHIANAT'


Untuk memudahkan orang ramai untuk memahami siapa sebenarnya yang jadi punca kepada kejatuhan PH, di sini saya huraikan satu persatu supaya mudah di fahami.
Soalan 1 : Apakah punca kejatuhan kerajaan PH?
Jawapan:
Kerajaan PH jatuh secara rasmi apabila Tun M meletak jawatan dan seterusnya beliau telah menasihati YDPA untuk membubarkan jemaah menteri.
Soalan 2 : Kenapa Tun M letak jawatan ?
Jawapan yg di beri oleh Tun M sendiri :
Beliau kata kerana PPBM serta kem Azmin sudah keluar PH dan menyebabkan PH hilang majoriti.
Soalan 3: Betul kah bila PPBM serta Azmin dan gang2 nya kuar PH menyebabkan PH hilang majority?
Jawapan: Tidak benar.
Alasannya: Sebelum Tun M letak jawatan, PH ada 141 sokongan MP seperti berikut:
Pkr 50
Dap 42
Amanah 11
Ppbm 26
Warisan 9
Upko 1
PSB 1
Star 1
Sebaik saja PPBM dan Azmin keluar PH, mereka membawa 30 MP keluar PH iaitu 20 PPBM serta 10 kem Azmin.
So bakinya 141-30 = 111. Sekiranya Tun M menerima nasihat YDPA untuk tarik balik perletakan jawatan, PH dengan mudahnya mendapat majority selesa melalui perundingan dengan ramai pihak termasuk GPS Sarawak. Kalau Tun M masih tetap nak letak jawatan ketika itu, patutnya beliau menasihati Agong untuk lantik Anwar jadi PM, tapi itu tidak di lakukan, sebaliknya beliau menasihati Agong untuk bubarkan kabinet.
Soalan 4 : Adakah apabila PM letak jawatan akan menyebabkan Kerajaan turut tumbang?
Jawapan : Tidak semestinya
Bukti 1 : Tahun 2003 Tun M letak jawatan sebagai PM dan beliau menasihati Agong untuk lantik Pak Lah sebagai PM
Bukti 2: Tahun 2009 Pak Lah letak jawatan sebagai PM dan beliau menasihati Agong untuk lantik Najib sebagai pengganti.
Soalan 5: Apa beza perletakan jawatan Tun sebagai PM tahun 2003 serta Pak Lah pada tahun 2009 dengan perletakan jawatan Tun M pada Feb 2020?
Jawapan : Bezanya ialah tahun 2003 dan 2009 tersebut Tun M serta Pak Lah menasihati Agong untuk lantik pengganti mereka ketika itu, tapi pada Feb 2020, Tun M letak jawatan tanpa menamakan pengganti beliau pada Agong, sebaliknya beliau menasihati Agong untuk bubarkan anggota kabinet.
Kesimpulannya : Nampak tak siapa yang jadi punca kejatuhan PH?
Pada ketika ini PH serta lain-lain dari pembangkang ada total 109 MP.
Sekiranya dulu Tun M tidak letak jawatan serta PH masih jadi kerajaan, dengan mudah saja dapat cari tambahan sokongan dari para MP lain kerana kita adalah kerajaan yang berkuasa.
Malah para MP PPBM pun akan pusing belakang semula. Tapi bila Tun letak jawatan dan PH bukan lagi kerajaan, dah tentu kita sukar nak dapat tambahan MP.



TUKANG BAGI NASIHAT PUN 2X5 SAJA

Mokhtar Senik bimbang ‘anak’, ‘adik’ kritik pelantikan Nasruddin terajui YADIM

Mokhtar Senik bimbang ‘anak’, ‘adik’ kritik pelantikan Nasruddin terajui YADIM

Membahasakan ahli Pas yang berusia lebih muda sebagai “anak-anak dan adik-adik”, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik mengingatkan agar mereka tidak bercakap senada dengan pihak lawan.
Mokhtar yang juga pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu berkata, kritikan terhadap pimpinan perlu dilakukan secara berhemah demi mengelak dijadikan modal oleh musuh politik.
“Anak-anak dan adik-adik abnaaul harakah. Waspadalah dalam mengkritik pimpinan dan jamaah.
“Jangan terlalu lurus sehingga suaramu senada dengan kritikan musuh-musuh jemaahmu. Mereka mengkritik dengan rasa benci dan permusuhan.
“Jangan sampai kritikanmu itu dirampas oleh musuh untuk mengiakan tuduhan dan kritikan mereka.
“Musuh akan mengambil kata-katamu sebagai senjata untuk menikam pimpinanmu dan akhir sekali mereka akan menikam kamu sama.
“Jujur itu bagus tapi jujur lurus itu sebuah kebodohan,” tegasnya dalam catatan di Facebook hari ini, lapor Malaysia Dateline.
Mokhtar mengingatkan hal demikian susulan kecaman sebahagian ahli Pas berhubung pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasruddin Hassan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu menggantikan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.
“Dua tiga hari ini saya lihat serangan musuh kepada Ustaz Din Tantawi yang baru dilantik sebagai YDP Yadim.
“Berbagai-bagai kata nista dan perlekehan terhadap beliau. Awalnya saya sedikit pun tidak bimbang melihat serangan itu selagi ianya keluar dari mulut musuh.
“Saya tidak bimbang kerana saya tahu sifat musuh yang sentiasa berniat jahat dan saya tahu Ustaz Din seorang pejuang yang kuat.
“Tapi bila saya lihat ada jugak ahli Pas yang terheret sama menyokong komentar musuh, maka saya rasa ada suatu yang perlu diperbetulkan sikap itu,” ujar Mokhtar lagi.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pelantikan Nasruddin ⁣berkuat kuasa 16 Julai lalu.

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Ucapan Di Dataran Merdeka "Parlimen" 02/08/2021