BERIKUTAN TEGURAN AKHIRNYA DIAKUI KESILAPAN


Berikutan teguran Anthony Loke berhubung kesalahan fakta yang disebut Muhyiddin Yassin semalam, Pejabat Perdana Menteri akhrinya mengaku perkara tersebut.
Seterusnya Pejabat Perdana Menteri membuat kenyataan media untuk membetulkannya.
Berikut adalah kenyataan pembetulan tersebut:-
Bagaimanapun, bagi seorang Perdana Menteri, kesalahan fakta sebagaimana yang dilakukan Muhyiddin semalam tetap sesuatu yang memalukan.
Ia tidak pernah berlaku kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini, malah selama 22 tahun Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri, ia .juga tidak pernah berlaku.
Kenapa ia berlaku kepada Muhyiddin yang belum 5 bulan menjadi Perdana Menteri?
Selain kesalahan fakta ini turut merupakan kecuaian Muhyiddin yang tidak teliti membuat semakan, kualiti pegawai-pegawai yang ada di sekelilingnya juga adalah penyumbang utama kepada perkara itu.
Tak malu ke?

 (Shahbudindotcom 21/07/2020)