TUKANG BAGI NASIHAT PUN 2X5 SAJA

Mokhtar Senik bimbang ‘anak’, ‘adik’ kritik pelantikan Nasruddin terajui YADIM

Mokhtar Senik bimbang ‘anak’, ‘adik’ kritik pelantikan Nasruddin terajui YADIM

Membahasakan ahli Pas yang berusia lebih muda sebagai “anak-anak dan adik-adik”, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik mengingatkan agar mereka tidak bercakap senada dengan pihak lawan.
Mokhtar yang juga pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu berkata, kritikan terhadap pimpinan perlu dilakukan secara berhemah demi mengelak dijadikan modal oleh musuh politik.
“Anak-anak dan adik-adik abnaaul harakah. Waspadalah dalam mengkritik pimpinan dan jamaah.
“Jangan terlalu lurus sehingga suaramu senada dengan kritikan musuh-musuh jemaahmu. Mereka mengkritik dengan rasa benci dan permusuhan.
“Jangan sampai kritikanmu itu dirampas oleh musuh untuk mengiakan tuduhan dan kritikan mereka.
“Musuh akan mengambil kata-katamu sebagai senjata untuk menikam pimpinanmu dan akhir sekali mereka akan menikam kamu sama.
“Jujur itu bagus tapi jujur lurus itu sebuah kebodohan,” tegasnya dalam catatan di Facebook hari ini, lapor Malaysia Dateline.
Mokhtar mengingatkan hal demikian susulan kecaman sebahagian ahli Pas berhubung pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasruddin Hassan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu menggantikan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.
“Dua tiga hari ini saya lihat serangan musuh kepada Ustaz Din Tantawi yang baru dilantik sebagai YDP Yadim.
“Berbagai-bagai kata nista dan perlekehan terhadap beliau. Awalnya saya sedikit pun tidak bimbang melihat serangan itu selagi ianya keluar dari mulut musuh.
“Saya tidak bimbang kerana saya tahu sifat musuh yang sentiasa berniat jahat dan saya tahu Ustaz Din seorang pejuang yang kuat.
“Tapi bila saya lihat ada jugak ahli Pas yang terheret sama menyokong komentar musuh, maka saya rasa ada suatu yang perlu diperbetulkan sikap itu,” ujar Mokhtar lagi.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pelantikan Nasruddin ⁣berkuat kuasa 16 Julai lalu.

No comments: