UCAPAN AIDILFITRI

 May be an image of one or more people and text that says "Selamat Hari Raya Aidilfitri"



ASSALAMULAIKUM 

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN MUSLIM YANG MENYAMBUT HARI KEMENANGAN PADA HARI INI.


MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. KERANA SELAGI ANDA BERADA DALAM POLITIK, ANDA HARUS TERIMA HAKIKAT BAHAWA ANDA AKAN DIKECAM OLEH RAKYAT DAN MASYARAKAT.


SAYA  HANYA MENYAMPAIKAN KELUHAN RAKYAT MELALUI PLATFORM BLOG INI KERANA INI SAHAJALAH SUARA YANG DAPAT DIKETENGAHKAN  SELAIN MEDSOS LAIN.

BLOG INI TIDAK MENGAMALKAN FITNAH, TETAPI MENGKRITIK TERBUKA DAN SEKIRANYA PEMIMPIN BIJAK, MEREKA AKAN MEMBACA DAN MENILAI UNTUK MEMPERBAIKI PENTADBIRAN .

SEKIRANYA GAGAL, RAKYAT BERHAK MENGKRITIK. KERANA ANDA BUKAN KERAJAAN PILIHAN RAKYAT.SALAM REFORMASI.


WRLR



BALASAN CHIN TONG PADA ZURAIDA YANG MENGATAKAN DAP MAHU JADI ABANG BESAR

 


Tiada lagi parti dominan, Zuraida harus cermin diri


Sekolah Seharusnya Menjadi Tempat Selamat Menimba Ilmu

 

Oleh: Fuziah Salleh



Sekolah seharusnya menjadi tempat selamat, bukan tempat guru dan pelajar lelaki menjatuhkan maruah pelajar perempuan serta menjadikan pelajar perempuan sebagai sasaran kepada gangguan seksual.

#MakeSchoolsASaferPlace

https://www.malaysiakini.com/news/572149

Merujuk kepada laporan di atas, susulan video yang tular sebelumnya yang memaparkan kisah seorang guru membuat lawak lucah dan mempersendakan isu rogol di hadapan pelajar perempuan, kini timbul pula kisah pelajar lelaki mengugut untuk merogol pelajar perempuan tersebut. Hal ini jelas mencerminkan situasi tidak sihat sedang berlaku di sekolah anak-anak kita.

Sebelum itu, masyarakat turut digemparkan dengan berita dan laporan media mengenai pelajar-pelajar perempuan yang diraba oleh guru, ustazah serta warden asrama sebagai cara mengesahkan mereka datang haid atau cuma berlakon untuk mengelak dari melakukan ibadah solat. Dari laporan tersebut, jelas bahawa insiden seperti ini bukan kes terpencil yang berlaku setakat satu dua kes, tetapi menunjukkan satu ‘pattern’ tertentu dan ternyata selama ini kes tersebut telah lama wujud.

Hakis kepercayaan terhadap integriti institusi pendidikan

Wanita KEADILAN ingin menegaskan bahawa semua insiden yang berlaku ini adalah tindakan yang bukan sahaja merosakkan nama baik guru, tetapi ianya juga menghakis kepercayaan orang ramai terhadap integriti institusi pendidikan secara keseluruhan dan sewajarnya insiden ini tidak patut dibenarkan berlaku di sekolah anak-anak kita. Seluruh rakyat Malaysia juga harus memandang serius hal ini kerana sekiranya kita tidak berbuat demikian, mempersenda maruah wanita akan menjadi suatu 'kelaziman' di negara ini.

Hari ini mungkin berlaku ke atas anak orang lain, satu hari tidak mustahil berlaku ke atas anak kita sendiri sekiranya gejala ini tidak dibendung. Bagaimana jika anak kita pula berada dalam situasi di atas?

Sekolah yang merupakan tempat menimba ilmu dan sepatutnya dipenuhi dengan kenangan manis untuk dibawa ke alam dewasa dan dijadikan bahan bercerita sewaktu usia tua tentu sekali berbeza jadinya jika insiden sebegini berterusan terjadi di sekolah.

Saya yakin ibu bapa yang mempunyai anak perempuan tentu amat khuatir tentang keselamatan anak mereka di tempat yang seharusnya selamat bagi mereka. Saya juga yakin ibu bapa tentu sekali khuatir sekiranya anak lelaki mereka pula mampu mengugut untuk merogol pelajar perempuan sedangkan mereka masih dalam usia muda dan dikategorikan sebagai ‘bawah umur’ (minor).

Gangguan seksual di sekolah, mengerikan

Seorang guru dewasa boleh membuat lawak lucah di hadapan pelajar perempuan di sekolah dengan selamba, tanpa merasakan ianya satu kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Hal ini adalah sesuatu yang amat mengerikan. Adakah berkemungkinan untuk guru tersebut melakukan perkara yang sama kepada wanita-wanita lain? Dalam keadaan negara kita yang ketiadaan undang-undang melindungi wanita dari gangguan seksual, situasi ngeri seperti ini boleh menjadi trauma yang mendalam bagi kaum wanita.

Pelajar lelaki yang mampu mengugut mahu merogol seorang pelajar perempuan, mungkin mampu juga mengugut wanita lain apabila dia dewasa kelak? Persoalan lebih besar ialah persekitaran anak-anak kita belajar dan membesar kini menjadi persekitaran yang menakutkan.

Pihak pemerintah iaitu kerajaan sedia ada wajar meneropong kepada isu lebih besar yang dibangkitkan di atas, iaitu pembentukan budaya adab sopan, serta hormat kepada wanita di sekolah dan dalam masyarakat. Di dalam keluarga seharusnya sudah bermula asas pendidikan adab sopan yang disambung serta diteruskan oleh guru-guru di tempat belajar. Seterusnya, dperkukuhkan pula norma-norma tersebut di dalam masyarakat. Kepincangan sistem ini akan menghancurkan generasi masa depan.

Budaya yang merupakan amalan sesebuah masyarakat memang sukar dibentuk kerana ia mengambil masa panjang. Akan tetapi parameter membentuk masyarakat tersebut bermula dengan penggubalan sistem dan undang-undang. Wajib dipersetujui bersama apa yang boleh diterima dan apa yang tidak boleh diterima sebagai sebahagian dari norma dan adab sopan di sekolah, dalam keluarga dan juga dalam masyarakat.

Gangguan Seksual BUKAN salah satu norma yang boleh diterima, malahan ianya wajib dikecam!

Kegagalan bentang Akta Gangguan Seksual

Kegagalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Menteri Pendidikan mengenalpasti isu ini sebagai satu isu yang amat besar adalah amat mengecewakan. Rang Undang-Undang Gangguan Seksual gagal dibawa ke Parlimen seperti yang telah dijanjikan sewaktu PH menjadi kerajaan. Menteri Pendidikan sunyi sepi seolah-olah mulut dizip mempamerkan sikap sambil lewa pihak Menteri dan kementerian memberi gambaran seolah hal ini merupakan perkara yang enteng.

Walaupun terdapat Akta Kanak-kanak dan peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Keseksaan serta beberapa undang-undang lain yang sedia ada untuk mengekang jenayah gangguan seksual, namun ia belum mampu menangani gangguan seksual secara spesifik. Sebab itulah kita memerlukan RUU Akta Gangguan Seksual dibentangkan dengan serta merta.

Saya juga menggesa agar kerajaan memperhebatkan pendidikan gender dan advokasi kesedaran gangguan seksual. Wanita KEADILAN bersedia menawarkan khidmat nasihat berkaitan dakwaan dan salah laku gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat.

_________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ahli Parlimen Kuantan dan Ketua Wanita KEADILAN

 

Vaksin Antara Darjat: AstraZeneca oh AstraZeneca

 

Oleh: Hassan Abdul Karim


Ini kes vaksin dalam masyarakat Malaysia berkelas-kelas yang mengamalkan sistem dua darjat.

AstraZeneca nasibnya tidak sama seperti Pfizer. 280,000 dos AstraZeneca sampai ke Malaysia tidak disambut macam selebriti seperti ketika Pfizer sampai di KLIA. Ada liputan khas secara langsung televisyen. Dua menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan hadir menyambut Pfizer. Kemudian Pfizer dibawa dari lapangan terbang dengan pengiring polis. Hebat layanan kepada vaksin kelas bangsawan ini.

Manakala ketibaan AstraZeneca bukan sahaja tidak disambut oleh VIP tetapi ketibaannya di bumi Malaysia ini disangsikan. Sekarang dunia tanpa sempadan. Berita beberapa negara di dunia menolak AstraZeneca untuk rakyat mereka dapat dibaca oleh rakyat Malaysia melalui internet.

Benarkah AstraZeneca selamat?

Dalam hal ini, saya angkat tabik hormat kepada Menteri Khairy Jamaludin yang peka terhadap kebimbangan rakyat terhadap tahap keselamatan AstraZeneca kepada penerima vaksin itu. Kata-kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa kemungkinan risiko AstraZeneca adalah kecil berbanding manfaatnya tidak mudah diterima oleh rakyat. Anak-anak Malaysia bangkit dan bangun mencabar. Mereka tidak akan benarkan ibu bapa mereka, datuk nenek mereka yang tua berumur lebih 60 tahun itu disuntik dengan vaksin AstraZeneca.

Akhirnya dua orang menteri yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi kebangsaan iaitu Khairy Jamaludin dan Adham Baba terpaksa tunduk dan mengalah. Mereka akhirnya bersetuju bahawa vaksin AstraZeneca itu tidak dimasukkan dalam program vaksinisasi kebangsaan. Syabas kepada Khairy dan Adham kerana sedia mendengar protes rakyat. Jika berdegil dan keras kepala mungkin padahnya besar dalam pilihan raya tak lama lagi yang akan tiba.

Tetapi kenyataan menteri Khairy yang menyatakan dia tidak mahu AstraZeneca itu membazir sahaja kerana telah dibeli maka dicipta satu program yang bernama "first come, first serve". Maksudnya kerajaan menjemput rakyat yang sanggup tampil kedepan untuk menerima vaksin AstraZeneca itu secara sukarela. Sekali pandang agak menasabah pendekatan menteri Khairy ini, tetapi jika ditimbang-timbang dan dibuat dua kali pandang, cadangan menteri Khairy ini semacam memperjudikan nyawa rakyat secara sukarela mereka. Ada persamaan seperti perjudian nyawa tembak pistol di kepala sendiri secara “Russian Roullette”.Tidakkah menteri Khairy menyedari bahawa terdapat Perkara 5(1) di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk hidup kepada rakyatnya? “Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya kecuali mengikut undang-undang.”

Berjimat tidak kena gaya

Saya menghormati sikap berjimat cermat menteri Khairy Jamaludin yang tidak mahu Vaksin AstraZeneca 280,000 dos itu terbuang membazir begitu sahaja. Vaksin itu dibeli dengan duit rakyat. Mungkin dari RM5 bilion yang diambil dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara yang kontroversi sekarang. Kerajaan sanggup membatalkan projek keretapi laju HSR dengan Singapura dan telah membayar sebanyak RM320 juta sebagai pampasan kepada republik itu. Bayaran pampasan itu juga satu jenis pembaziran. Projek HSR tidak diteruskan tetapi negara rugi RM320 juta. Bagaimanapun tidak ada nyawa yang jadi pertaruhan dalam kes pembatalan projek HSR. Tidak sama dengan vaksin AstraZeneca ini. Negara Denmark di Eropah hari ini tetap dengan keputusannya menolak vaksin AstraZeneca untuk rakyatnya.

Akhir kalam, AstraZeneca ini benar-benar menggambarkan cerminan masyarakat berkelas di Malaysia yang masih feudal.Vaksin pun ada kelas bangsawan dan kelas marhaen. Pfizer vaksin kelas bangsawan dan AstraZeneca vaksin kelas marhaen. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan kepada semua rakyatnya tidak terpakai dalam program vaksinasi melawan Covid-19.

Golongan tidak produktif dapat risiko?

Falsafah Charles Darwin yang mengkaji teori evolusi dengan memperkenalkan konsep "natural selection" dan "survival for the fittest" nampaknya digunapakai dalam program vaksinasi di Malaysia. Menteri Kesihatan Adham Baba dengan cepat sebelum ini menyatakan vaksin AstraZeneca akan disuntik kepada golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas. Kenyataan menteri itu mengundang tafsiran bahawa rakyat golongan tua yang telah bersara dan tidak produktif lagi dari segi ekonomi akan disuntik dengan vaksin yang berisiko.

Namun menteri itu lupa, rakyat Malaysia apabila ditekan-tekan mereka akan bangkit. Kini mereka bersuara lantang dan garang. Mereka menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan menentang keputusan Menteri Kesihatan Malaysia itu. Mereka tidak mahu ibu bapa, nenek dan datuk mereka yang tua itu, yang mereka sayang dan kasihi itu, dijadikan tikus makmal atau guinea-pig untuk disuntik dengan vaksin AstraZeneca yang penuh kontroversi itu.



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 


SEMBANG LA PAK LONG...TAPI RAKYAT FAHAM DAN ANAK MUDA MENENTANG

 

Jangan sembang banyak sangat la Mail, denda kepada Mahiaddin, Hamzah Zainuddin dan beberapa kayangan lain yang gambar mereka melanggar SOP sudah bersepah-sepah di media sosial ini pun senyap sampai sekarang....


Kompaun terus sesiapa langgar SOP, tiada beza rakyat atau 'kayangan' - Ismail Sabri


astroawani.com
Kompaun terus sesiapa langgar SOP, tiada beza rakyat atau 'kayangan' - Ismail Sabri
Polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kaw



Apa sikap tidak acuh atau rasa angkuh yang membuatkan kita menganiayai orang lain?


Jika kita dapat melihat diri kita di dalam diri orang lain serta ‘pernah duduk bersama mereka yang patah hati’, kita pasti memahami serta menghormati antara satu sama lain dengan lebih baik

By

 Prema Devaraj

 May 2021



Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

Di seluruh dunia, pandemik Covid berterusan. Kita melihat dengan penuh ketakutan bagaimana keadaan Covid sudah tidak terbendung di India. Kehilangan nyawa serta penderitaan azab rakyatnya sungguh dahsyat.

Apakah kita sebagai sebuah negara sudah melakukan semuanya dengan mencukupi bagi mengelakkan keadaan seperti itu terjadi di sini? Wujud kebimbangan dengan kes yang meningkat, keberkesanan pemberian vaksin Covid serta adakah rakyat mematuhi (atau tidak) sekatan, termasuklah dalam melintas sempadan serta perjumpaan besar-besaran.

Peristiwa melibatkan sikap ‘antara dua darjat’ cukup tidak membantu. Kedua-dua negara, Norway dan Thailand, sudah pun mendenda perdana menteri mereka kerana melanggar kawalan sekatan Covid. Jelas kita memerlukan sikap yang sama di sini.

Namun, rasa perikemanusiaan juga diperlukan oleh mereka yang membuat undang-undang serta mereka yang menjalankan kawalan bagi memastikan langkah berkadaran serta denda yang dikenakan tidak mengakibatkan rakyat jatuh miskin.

Walaupun Covid sudah memporak-peranda seluruh dunia, namun ada beberapa perkara yang berlaku di Malaysia yang bukan disebabkan olehnya. Beberapa perkara ini sungguh memalukan kita sebagai sebuah negara.

Hal baru-baru ini melibatkan ‘pemeriksaan mengejut haid’ merupakan sebuah penyalahgunaan serta pelanggaran privasi kanak-kanak yang tidak boleh dijustifikasi sama sekali.

Tindakan ini tidak mempedulikan langsung autonomi seorang kanak-kanak perempuan terhadap tubuh serta privasinya. Fikirkan sejenak apakah mesej daripada tindakan sebegini kepada kanak-kanak tentang apa yang boleh dilakukan orang dewasa terhadap mereka serta kesan psikologikal akibat dari perkara yang memalukan ini. Ianya seakan-akan mengejek kerajaan kita yang menandatangani Konvensyen Hak terhadap Kanak-Kanak PBB.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Kementerian Pendidikan perlu tampil ke hadapan dengan garis panduan yang jelas bagi semua sekolah, membersihkan sekolah serta guru yang dikatakan terlibat serta menghentikan terus perlakuan ini secepat mungkin.

Ianya sesuatu yang ironik saatnya pelbagai undang-undang digubal bagi mengelakkan pemangsa seksual dari memudaratkan anak kita, dengan memastikan hukuman yang lebih keras, memperkenalkan penyenaraian pesalah seksual serta melancarkan talian bantuan bagi kanak-kanak. Namun, pada masa yang sama, kita membenarkan penganiayaan untuk berlaku di institusi pendidikan.

Sebelum kemarahan kita reda, muncul tuduhan tentang seorang guru yang melakukan ‘lawak rogol’ pula muncul. Pelajar remaja yang membawa perkara ini pula kemudiannya menerima ancaman rogol dari rakan sekelas laki-laki: “Kalau aku dapat kau, aku akan cincang atau rogol kau dan hantar ke Thailand,” inilah yang dikatakan rakaman audio yang dihantar kepada pelajar remaja tersebut.

Timbalan ketua polis, yang membuat siasatan terhadap kedua-dua perkara, dilaporkan menyebut bahawa laporan kedua itu mungkin adalah berkenaan “gurauan dari rakan sekelas, yang pelajar itu tidak dapat terima”.

Sejak itu, rakan sekelasnya itu sudah meminta maaf, pihak polis menegaskan bahawa mereka mengambil hal ini secara serius, Kementerian Dalam Negeri pula menyiasat media kerana dikatakan membuat laporan salah terhadap komen timbalan ketua polis serta remaja itu pula terpaksa berhadapan dengan komen-komen lucah dari akaun Facebook.

Keseluruhan peristiwa ini adalah contoh bagaimana ‘budaya rogol’ itu wujud, misalnya mengambil ringan serangan seksual; memperleceh, memberi alasan serta menormalisasi ancaman serangan seksual; serta mengakibatkan mangsa untuk menyalahkan diri sendiri.

Apa peluang yang ada bagi mengelakkan serangan seksual (belum lagi masuk tentang keadilan serta membawa keadilan kepada mangsa serangan seksual) saatnya masyarakat berterusan menyokong ‘budaya rogol’.

Siapa yang akan memastikan mereka yang terlibat dengan budaya rogol ini akan dipertanggungjawabkan? Siapa yang akan melindungi mereka yang bersuara terhadap keganasan seksual atau lawak tidak wajar serta komen-komen melibatkan keganasan seksual?

Mesej yang tegas perlu datang dari pemimpin di seluruh negara – ahli politik, pemimpin komuniti serta lain-lain. Mereka perlu menonjolkan diri serta menolak keganasan seksual serta budaya rogol dengan tidak menyalahkan pakaian mangsa atau pun bertanya adakah mangsa menutup aurat atau tidak.

Kita juga memerlukan pemimpin lelaki untuk menampilkan diri dan memainkan peranan bagi menunjukkan seperti apakah menghormati wanita itu sebagai mereka yang setara. Adakah ianya sesuatu yang berlebih-lebihan untuk dilakukan?

Pada waktu yang sama, muncul sebuah kes melibatkan pasangan warga asing, Simon Momoh. Beliau sudah pun menjalani hukuman jel simbolik selama satu hari serta membayar denda sebanyak RM12,000 bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di mana beliau sudah pun mengaku bersalah. Beliau kemudiannya ditahan oleh pihak imigresen selama hampir 40 hari. Ketika ditahan, visa pasangannya dibatalkan serta perintah penghantaran pulang dikeluarkan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini membuat keputusan bahawa arahan ketua pengarah Jabatan Imigresen adalah salah serta secara prosedurnya tidak dibenarkan serta mengarahkan Simon agar segera dibebaskan berdasarkan perintah habeas corpus.

Keseluruhan episod ini membongkar penyalahgunaan kuasa serta prosedur oleh pihak berkuasa imigresen yang bukan sahaja melibatkan Simon semata-mata tetapi juga semua warga asing yang ditahan serta menanti untuk deportasi seperti yang dilaporkan media. Siapa yang akan memastikan pihak imigresen untuk bertanggungjawab?

Kemudiannya kita juga berdepan dengan keadaan melibatkan anggota polis. Bertahun lamanya, rakyat sudah membuat aduan berkenaan salah laku polis serta berulang kali menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya bebas salah laku dan aduan polis (IPCMC). Namun, jika ketua polis sendiri yang mengadu wujudnya kartel polis, bagaimana rakyat pula akan merespon?

Cerita di belakang tabir terus dimainkan media di mana wujudnya dakwaan campurtangan politik melibatkan pelantikan ketua polis yang baharu.

Sementara itu, dakwaan terhadap keganasan pihak polis juga berterusan. Kurang dari seminggu yang lalu, A Ganapathy, 40, didakwa memberitahu kepada keluarganya bahawa beliau dipukul dengan teruk menggunakan hos getah oleh pihak polis ketika di dalam tahanan, mengakibatkan beliau maut akibat kecederaan dialaminya selepas dimasukkan selama sebulan ke unit rawatan rapi Hospital Selayang. Bagaimana kita dapat memastikan perkara ini dapat disiasat?

Menyiasat dakwaan keganasan atau salah laku polis merupakan pertarungan yang sukar, jika melihat kepada inkues yang dijalankan baru-baru ini terhadap seorang lagi mangsa yang meninggal dunia dalam tahanan. Mohd Fadzrin Zaidi 29, ditemui meninggal dunia pada 22 November 2019 di dalam selnya di ibu pejabat Polis Seberang Perai Selatan.

Mengikut peguam yang mewakili arwah Fadzrin, koroner sudah menangguhkan inkues sebanyak empat kali serta menahan dokumen penting dari dikeluarkan.

Akhirnya, menerusi permohonan penilaian semula jenayah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, mahkamah memerintahkan pihak koroner untuk mendedahkan semua dokumen serta bahan yang relevan kepada inkues. Mengapa ianya begitu sukar untuk mendapatkan kebenaran dari perkara yang sudah berlaku? Apa yang dapat rakyat simpulkan dari hal sebegini?

Terdapat sebuah lagi contoh penggunaan kuasa secara sewenang-wenangnya yang dapat kita lihat apabila sebuah keluarga melakukan protes di luar Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan campurtangan dari mereka. Bersama dengan keluarga ini adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang menanggapi keadaan ini sebagai sesuatu yang tidak adil kerana bank melakukan lelongan terhadap rumah kos rendah mereka ini.

Walaupun keadaan ini akhirnya diselesaikan dengan kedua-dua pihak mencapai persetujuan di antara bank dan keluarga, namun kita perlu mempersoalkan pihak bank – apakah proses yang sepatutnya dijalankan sebelum memutuskan bagi melelong sesebuah kediaman serta apakah kawal imbang yang dilakukan bagi memastikan rundingan serta makluman berkenaan dengan nilai yang tertunggak dengan peminjam dapat dibincangkan.

Keputusan bagi melelong kediaman dengan hanya menandatangani sekeping kertas, mempunyai akibat yang cukup mengesankan bagi mereka yang hidup mati mereka bergantung kepada kediaman itu. Dengan kuasa yang luas, datang tanggungjawab yang besar dan keperluan bagi bank, pada musim Covid yang sebegini, adalah bagi memastikan golongan rentan dibantu dan tidak dipinggirkan oleh prosedur birokratik serta garis panduan yang keras.

Ada juga kebimbangan lain yang perlu kita risaukan – penangkapan aktivis-artis Fahmi Reza oleh kerana senarai lagu Spotifynya yang berunsurkan “Ini Dengki Ke?” serta siasatan terhadap kartunis politikal Zunar, akibat kartun yang dilihat ‘mengapak’ cuti Thaipusam di Kedah.

Tindakan sebegini membongkar bagaimana ruang kebebasan berekspresi sedang dibungkam, termasuklah kurangnya kefahaman tentang satira politik.

Namun, tindakan membunuh diri oleh Shahzad Ahmed, 30, seorang pekerja migran akibat dari keterdesakannya kerana tidak menerima gajinya selama lima bulan, cukup mengejutkan. Berapa ramai agaknya yang berada di dalam situasi yang sama serta tidak berdaya untuk menyuarakannya.

Contoh-contoh sebegini dan banyak lagi cukup membuatkan kita patut malu sebagai sebuah negara. Mengapa? Kerana sepatutnya dalam keadaan sekarang, kita patut lebih tahu. Apakah sikap acuh atau rasa angkuh atau pun ‘besar kepala’ atau betapa istimewanya kita yang sekaligus membenarkan kita untuk menganiayai orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang rentan? Mengapa kita begitu semberono serta bersikap cuai sesama insan?

Saatnya kita mengharungi pandemik ini sebagai seorang individu serta sebagai sebuah negara, saatnya kita cuba mencari jalan yang benar untuk maju ke hadapan bagi diri dan negara kita, kita perlu melihat diri kita di dalam diri orang lain, tidak kira jika orang lain itu berbeza kepercayaan, berbeza kelompok etnik, berbeza status kerakyatan, berbeza gender atau berbeza latarbelakang sosio ekonomi.

Dua petikan ini muncul ke dalam fikiran saya:

Compassion becomes real when we recognise our shared humanity. (Ihsan menjadi nyata saatnya kita memperakui kemanusiaan bersama.) – Pema Chondron

I am not interested if you have stood with the great, I am interested if you have sat with the broken. (Aku tidak kisah jika kalian sudah berdiri bersama dengan yang agung, aku lebih tertarik jika kalian sudah duduk bersama mereka yang patah hati.) – Sue Fitzmaurice

Jika kita dapat melakukan kesemua ini – melihat diri kita di dalam diri orang lain serta “duduk bersama mereka yang patah hati” – kita akan memahami keadaan di antara satu sama lain dengan lebih baik, melayan di antara satu sama lain dengan penuh hormat, menjadi lebih bertanggungjawab di dalam menggunakan kuasa serta membuat keputusan dan barangkali, bersama di dalam perjuangan bagi meruntuhkan semua undang-undang serta sistem yang tidak adil sekarang. 

Prema Devaraj
Editor bersama, Surat berita Aliran Mei 2021

 

Kerajaan perlu perbaharui proses pelantikan ketua polis negara (Malay/English)

 

 ALIRAN KESEDARAN NEGARA





 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula  dan menambahbaik proses pelantikan ketua polis negara bagi meningkatkan integriti jawatan tersebut serta menambahkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan ketua polis menjalankan tugas dengan bersih, adil dan saksama.

Pada 1 Mei, Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri, telah mengumumkan Acryl Sani Abdullah sebagai ketua polis negara bagi menggantikan Hamid Bador.

Bersih 2.0 menzahirkan kebimbangan terhadap perbualan Hamzah bersama seorang individu yang tidak diketahui untuk membincangkan calon untuk ketua polis negara. Perbincangan yang bocor di media sosial dan telah diakui oleh Hamzah antara lain menyebut bahawa mereka perlu melantik “budak kita” untuk menjadi ketua polis.

Pengakuan ini sangat membimbangkan disebabkan keputusan ini sepatutnya dibuat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis berdasarkan kriteria-kriteria yang objektif dan bukan calon itu budak kepada sesiapa kerana ketua polis negara perlu menjalankan tugas dengan profesional dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Hamzah juga perlu mengumumkan kriteria yang digunakan oleh mereka untuk melantik ketua polis agar rakyat dapat menilai sejauh mana kompetensi beliau.

Untuk memastikan proses pelantikan ketua polis negara lebih telus dan berakauntabiliti, Bersih 2.0 mencadangkan agar Suruhanjaya Pasukan Polis membentuk satu panel penasihat penilaian yang akan mencadangkan tiga calon ketua polis negara kepada Suruhanjaya Pasukan Polis. Suruhanjaya ini kemudiannya akan memilih seorang calon dan menghantarnya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk disahkan. Selepas pengesahan daripada jawatankuasa ini, Suruhanjaya Pasukan Polis akan mempersembahkan calon yang terpilih kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai ketua polis.

Kini, proses pelantikan ketua polis negara termaktub di dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan di mana Suruhanjaya Pasukan Polis, yang dipengerusikan oleh seorang menteri persekutuan, akan mencalonkan kepada Agong untuk melantik ketua polis. Jawatan ini walaupun dilantik oleh Agong, namun Bersih 2.0 berpandangan proses sebelum nama calon dibentangkan kepada Agong untuk pelantikan boleh ditambah baik untuk meningkatkan ketelusan dan integriti jawatan ketua polis.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

READ MORE:  Proses pelantikan jawatan utama kerajaan harus dikaji semula dan diperbaharui (Malay/English)

 

Proses pelantikan jawatan pegawai utama kerajaan seperti ketua polis negara adalah amat penting dan perlu melalui Parlimen agar pelantikannya benar-benar telus, berakauntabiliti serta berdasarkan merit dan bukannya dibuat kerana kecenderungan oleh menteri semata-mata.

Bersih 2.0 juga mencadangkan agar kerajaan menggubal rang undang-undang pelantikan dan pemecatan jawatan pegawai utama kerajaan 2021 agar segala proses pelantikan dan pemecatan jawatan-jawatan utama kerajaan dapat diperhalusi oleh rakyat bagi menambahbaik proses pelantikan yang sedia ada sekarang.

Penglibatan Parlimen juga adalah penting dalam proses pelantikan yang telus dan tidak terhad hanya sekadar menggubal undang-undang atau peruntukan kepada pihak berkuasa sahaja.

Bersih 2.0 juga mengharapkan agar Ketua Polis Negara yang baharu, Acryl Sani Abdullah, dapat menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih dan benar-benar mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat. – Bersih 2.0

 

(function() { var d = document, w = window; w

Lelaki ini geram kenyataan Menteri Kesihatan yang flip flop

  September 26, 2021  “KERAJAAN PN BN, TOLONG UNTUK TIDAK BODOH SEHARI BOLEH?” Saya tak faham kenapa menteri atau kerajaan ni sukar mengguna...