POOOOODAHHHH- ...MASA DILANTIK JADI PENASIHAT TARAF MENTERI , TAK PERNAH PUN KELUAR AYAT CAM GINI...





 ‘Undang-undang ditanam penjajah yang masih tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan wajib dihapuskan’ – Presiden Pas

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) menegaskan umat Islam wajib mempertahankan ketinggian Islam dan menentang sesiapa sahaja yang merendahkan kedudukan Islam.

Tanpa menyebut pihak yang dimaksudkan, Abdul Hadi berkata, kedudukan Islam wajib ditinggikan agar berkuasa serta tidak mengizinkan Islam dihina dan direndahkan kedudukannya.

“Kita masih berada dalam keadaan yang dipaksa oleh penjajah setelah jatuhnya kerajaan Islam.



“Kini, kita telah merdeka dan penjajah asing sudah pun keluar, sementara telah diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Maka, kedudukan perlembagaan dan undang-undang yang ditanam oleh penjajah yang masih tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan wajib dihapuskan,” kata Abdul Hadi semalam menerusi siri Minda Presiden.

Pendirian pemimpin Pas berkenaan dilihat berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun lalu dalam kes rayuan melibatkan semakan terhadap tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor oleh Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia.


Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, para hakim veteran sebelum ini melakukan kebijaksanaan dengan merungkaikan yang tersirat tanpa merendahkan Islam, sementara perubahan tetap dilakukan.

“Namun begitu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan pengikut-pengikut mereka yang mempertahankan warisan penjajah cuba menegakkan kembali langkah sesat yang dilakukan oleh penjajah dahulu bagi merendahkan kedudukan Islam.

“Ada kalangan yang mengaku Islam membawa pendekatan haddathah (pembaharuan) yang berjenama Islam dengan membawa perubahan cara Barat sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap agama Yahudi dan Kristian atas nama agama.

“Mereka membawa pelbagai jenama dengan menempelkan bahasa al-Quran atau menempelkan Islam kepada perkataan bahasa penjajah,” dakwa Abdul Hadi lagi.






KAI MULA DEDAH !! Bagi Perolehan 18 Buah Fa 50M Tudm Varian Block 20 Bak...



Memang ia, kita amat menanti ketibaan Fa-50M perolehan TUDM Di Negare kita malaysia. KAI kembali dedah lagi kumpulan ke Empat Buah jet pejuang Fa-50M Varian Block 20 perolehan TUDM kita Malaysia, KAI beranji bakal hantar lebih awal daripada jadual ditetapkan, ketibaan Fa-50M TUDM DI Negara kita Malaysia Pada Oktober 2026 Sehingga Siap pada keseluhan di tahun 2028. Bagi kesemua Bilangan telah berjaya Dikabulkan 18 Buah jet pejuang Fa-50M perolehan TUDM Kita.





ALHAMDULILLAH !! Perolehan Tudm Dron Anka S Kini Mula Dilengkapi Peluru ...



Video, Dengan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh L-UMTAS yang boleh membedil sasaran sehingga sejauh 8km, dron ANKA kini boleh memikul tugasan sebagai “pemburu kereta kebal” yang berkesan. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara menggunakan ANKA yang telah teruji dalam pertempuran. Kejayaan ini yang dicapai dengan peluru berpandu anti-kereta kebal L-UMTAS keluaran ROKETSAN melambangkan kebanggaan hasil usaha jurutera kita yang bekerja tanpa henti siang dan malam.








PENGKHIANAT PKR DAN BON 10JUTA ZURAIDAH KES RASUAH MELIBATKAN ISMAIL RM1...



Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dilucutkan hak. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan memohon melucutkan kesemua aset itu dalam masa terdekat. Azam turut mengesahkan, kes membabitkan Ahli Parlimen Bera itu juga sudah selesai dan kini bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk membuat pertuduhan berkaitan jenayah membabitkan Ismail Sabri. "Setakat ini, TPR bersetuju untuk difailkan proses pelucutan aset yang dirampas itu dalam tempoh seminggu atau dua lagi selepas kita kemukakan afidavit untuk melucutkan hak. Sumber Berita/Video 1. YT Bro ISwardy





BUKAN PM ANWAR PUNYA PIKIRAN NAK CUKAI BUAH IMPORT MURAH SEPERTI APPLE BAGAI TU....PENASIHAT ATAU PUNAHSIHAT TAK RETI BAHASA KOT YANG BUAT MACAM TU

 

INILAH PENTINGNYA BILA RAKYAT BUAT BISING…




Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun kerajaan mahu menggalakkan rakyat mengutamakan buah-buahan tempatan seperti jambu, rambutan dan durian, langkah pengecualian cukai ke atas dua buah import utama itu dibuat bagi memastikan golongan berpendapatan rendah masih mampu mendapat pilihan makanan sihat.

“Semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita dengar keluhan rakyat, ada yang masih nak makan epal dan oren sebab lebih murah.

“Jadi, walaupun ada sedikit cukai untuk import buah-buahan lain, kita beri pengecualian untuk epal dan oren,” katanya dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota MADANI, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, keutamaan tetap diberikan kepada buah-buahan tempatan yang kaya dengan khasiat dan mudah diperoleh mengikut musim.

“Avokado pun sekarang dah ditanam di Sabah. Kita ada banyak buah.. langsat, duku, rambutan, durian. Tapi saya tengok, golongan B40 masih makan epal dan oren import, jadi kita timbangkan semula,” katanya.

Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju menaikkan had nilai ambang bagi perusahaan kecil dan penjaja mikro daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

“Kita naikkan kerana setengah juta terlalu rendah. Langkah ini supaya rakyat terus sokong usaha reformasi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan kerajaan akan meneliti semula peluasan SST beberapa komoditi import tertentu termasuk buah-buahan seperti epal dan oren.

Menurutnya, memandangkan buah-buahan itu diimport sepenuhnya dari luar, cadangan untuk mengenakan SST antara lima hingga 10 peratus perlu diteliti semula.

Pada 9 Jun lepas, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025.

Sumber – https://malaysiagazette.com/2025/06/26/peluasan-sst-import-epal-oren-dikecuali-cukai-pm-anwar/

0

Article Rating

 

KISAH REALITI KEHIDUPAN SEORANG SUAMI

 





Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

- Bil air RM30.00.

- Duit rumah RM700.00.

- Duit kereta RM700.00.

- Bil telefon suami dan isteri RM200.00.

- Bil elektrik RM170.00.

- Ansuran motor kapcai RM150.00.

- Yuran Tuisyen anak RM150.00.

- Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.


Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,

'Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?'.


Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.


Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..

'Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.."


Isteri spontan menyampuk..

'Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..'


Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..

'Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..'


Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).


Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).


Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.


Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.


Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.


Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).


Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).


Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .


Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

'Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..'


Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).


Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.


Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.


Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!


Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??


Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih...

'... Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie...'


Lalu isteri menjawab dgn sinis..

'.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?"


Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu...


Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab...




KISAH MENYAYAT HATI. JOM MAK AYAH DENGAR..ANAK ANAK JANGAN BUAT MACAM NI

 


PAS PENUNGGANG ISU ISU POPULIS! DR MUJAHID TEMPELAK PEMIMPIN PAS!

FADHLINA SIDEK BIDAS RAFIZI RAMLI! MAKIN PANAS DAN MENGEMPAKKAN!

JANGAN tanya saya!



Dr Mazslee Malek.








Media dan ramai pihak telah menghubungi saya tentang isu yang hangat mutakhir ini.


Seperti isu BASS (Bella Astila Syed Saddiq), isu ini juga telah ditanyakan bertalu-talu kepada saya oleh media, ahli parti, cikgu-cikgu dan rakan-rakan.


Seperti isu BASS, saya juga tidak boleh berikan jawapan kepada persoalan pertembungan dua orang besar ini.


Cuma saya tertanya-tanya, di manakah Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri, Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPM dan pimpinan KPM dari Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalannya?


Sepatutnya kurang 24 jam dari podcast Yang Berhenti Menteri DS Rafizi di mana beliau menyindir KPM, semua pihak ini telah bangkit tangkas menjawab dan bukannya MEMBIARKAN Menteri YB Fadhlina menjadi hentaman awam berdasarkan kritikan DS Rafizi.


DS Rafizi mengkritik KPM sebagai sebuah Kementerian dan bukan sekadar batang tubuh YBM Fadhlinna. KPM sepatutnya bergerak sebagai satu pasukan dan kumpulan.


Apabila DS Rafizi mengkritik KPM, kesemua pimpinan dan bahagian KPM kena bangkit pertahankan, dan bukannya membiarkan YBM Fadhlina berseorangan menjawab.


Saya seperti rakyat lain juga tertanya-tanyakan soalan yang sama kerana kami tidak tahu apakah hujah dan fakta KPM untuk menjawab dakwaan DS Rafizi yang mengatakan KPM tidak membuat apa-apa perubahan dasar yang signifikan.


Harapnya KPM akan keluarkan infografik dan juga penilaian pihak ketiga (bukan cytro dan ahli parti) mengenai pencapaian KPM agar dapat menepis dakwaan DS Rafizi.


Kita tidak mahu populariti sokongan 55% rakyat kepada PM terjejas dengan dakwaan-dakwaan tanpa dibalas dengan fakta dan hujah seperti ini.





Miskin akal budi adab- Pesakit Dari Neraka [Berdasarkan pengalaman doktor zakwan]




Malam tu langit tak menangis.

Tapi aku… dah lama.


Jam hampir 10.45 malam.

Bilik rawatan tinggal satu cahaya,

aku baru nak tutup sistem,

bila pintu kaca tu terbuka kasar 


Seorang ibu, dengan anak kecil demam di dukung.

“Doktor takkan dah nak tutup?! Anak saya ni panas tahu?!”


Aku diam.

Letak balik beg yang dah aku pegang sejak sejam tadi. Kaki dah longgar. Kepala berat.

Tapi aku pakai glove semula, senyum semula, dan buka semula hati yang dah hampir tertutup.


Aku periksa perlahan.

Tonsil merah. Suhu tinggi.

Aku terangkan rawatan. Bagi ubat. Siap tulis label satu-satu dengan tangan sendiri.


Tapi sebaik staff aku serah ubat  dia tembak aku:


“Kenapa ubat mahal sangat? Farmasi jual RM10 je!”

“Doktor ni tak ada hati ke? Anak saya tengah sakit!”


Waktu tu aku nak cakap:

Aku ada hati. Tapi hati aku dah banyak luka.


Aku nak cakap:

Bukan semua yang berkot putih hidup senang.

Sebahagian dari kami… berperang dalam diam.


Tapi aku tahu dia tak nak dengar.

Sebab manusia sekarang, lebih suka menghukum, dari memahami.


Dia keluar tanpa ucap terima kasih.

Dan aku, duduk semula di kerusi 

Dalam klinik yang sekarang terasa terlalu sunyi.


Aku tengok ubat-ubat kat rak.

Semua tu aku beli guna duit sendiri.

Aku tengok bil elektrik.

Printer. Sistem EMR. Tong sharps. Sticker label. Sewa. Gaji staf.


Semua tu tak ada diskaun. Tapi kami, bagi diskaun hari-hari.


Malam tu rasa sangat sedih.

Tapi bukan sebab dia marah aku.

Aku sedih sebab aku penat jadi baik, dalam dunia yang tak tahu berterima kasih.


Esoknya, aku nampak post viral.

Ada nama klinik aku. Ada nama aku.

Ada kata-kata keji dari manusia yang tak kenal pun siapa aku.


Dan di ruangan komen ramai yang menari atas air mata aku.


Kecam tu senang, kan?

Tulis satu ayat, tekan send, tunggu like.


Tapi cuba duduk 12 jam sehari dalam klinik,

tanpa cuti, tanpa MC. Cuba jawab 20 mesej WhatsApp tengah malam. Cuba senyum pada orang yang marah sebab harga ubat RM15.


Cuba rasa, dulu doktor itu pernah bahagia sebelum dia hilang percaya.


Kepada pesakit dari neraka,

Kalau satu hari nanti kau rasa nak tulis sesuatu,

atau kau rasa nak marah pada doktor…


Cuba tahan sekejap. Cuba fikir sejenak.


Sebab kau mungkin cuma hilang duit RM30,

tapi doktor tu mungkin…hilang seluruh percaya pada manusia


Rupanya,


Tak cukup dengan viral fitnah tu…

Minggu seterusnyanya, aku dapat panggilan dari pejabat Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).


Nada suara mereka tegas. Formal.


“Kami terima satu aduan berkaitan perkhidmatan di klinik doktor yang menjual ubat dengan harga mahal"

Kami mohon doktor beri penjelasan bertulis dalam masa 7 hari.”


Aku terkedu.


Aduan?

Aduan dari siapa?


Aku dah tahu jawapannya.

Tapi aku tak sangka...

sampai ke tahap ni.

Harga mahal RM 2 dari farmasi, tak kan tu pun nak buat aduan?


Malam tu aku duduk depan laptop.

Cuba tulis surat penjelasan.


Tapi jari aku beku.

Minda aku kosong.

Sedih, walau Air mata tak turun… tapi dada aku sesak.


Aku terfikir, kenapa aku tak kerja je balik hospital kerajaan? Sekurang-kurangnya kat sana, ada sistem yang lindung. Kat sini? Klinik aku sendiri..


Aku imbas balik waktu awal aku buka klinik.

Aku potong reben dengan tangan sendiri.

Isteri aku tersenyum, anak-anak aku lari keliling.


Aku rasa bangga.


Tapi sekarang…

klinik ni rasa macam kandang.

Dan aku binatang korban dalam kandang tu sendiri.


Fitnah yang sebar tu percuma.

Tapi bayarannya aku tanggung.


Reputasi klinik jatuh.

Pesakit jadi ragu.

Staf tengok aku pun macam pelik.


Dan aku?


Aku masih kena senyum setiap pagi,

walaupun hati aku koyak macam permaidani yang dah terlalu lama dipijak.


Kalau kau rasa cerita ini baru nak habis,

Kau silap. Cerita ni baru nak bermula.


Hari tu,

9.47 malam.


Aku baru nak tutup lampu. Klinik dah sunyi.

Hari ni pun sepi. Lepas cerita viral, pesakit makin kurang. Yang ada pun, tanya harga ubat dan terus keluar senyap.


Aku tarik nafas panjang.

Duduk di kerusi yang dah mula rasa keras macam lantai batu. Baru nak tarik pintu grill 

bunyi ketukan kuat.


Dejavu.


Aku buka.

Dan aku terdiam.


Dia.

Wanita yang pernah fitnah aku, tulis status panjang di Facebook, dan buat aduan rasmi ke CKAPS.

Tapi wajah dia tak nampak bersalah. Tak ada malu.


Tapi kali ni, dia datang sambil dukung anak kecil.

Anak tu nafas laju, pipi pucat, mata layu.


“Anak saya sesak nafas. Dah pergi dua klinik. Semua tutup. Saya tahu klinik doktor ni tak ramai sekarang...Jadi bolehlah rawat anak saya cepat.”


Aku masih diam.

Dalam hati aku remuk.

Tapi aku tengok anak dia  dan aku tahu, tak boleh biar dia terus sesak.


Aku buka pintu.


“Masuk.”


Aku jalankan rawatan.

Nebulizer. Suction. Oxygen.

Monitor O2 sat. Tengok response.


Masa anak dia mula tidur dengan tenang aku rasa lega. Tapi waktu aku kemas semula alat, dia bersuara.


“Saya tahu doktor mungkin simpan dalam hati, tapi…ini kan memang tanggungjawab doktor.”


“Saya tak minta maaf pun.Saya tak menyesal.

Kalau doktor betul-betul profesional, doktor patut tahan benda macam ni.”


Waktu tu, aku tak marah.

Tak balas.

Sebab aku tahu kalau aku jawab, aku akan jatuh ke tempat yang sama dengan dia.


Dia keluar dari klinik macam tak ada apa berlaku.

Tak ucap terima kasih. Tak pandang belakang.

Dan aku…aku duduk semula di kerusi lama tu.


Aku boleh je tolak dia.

Aku boleh kata, “Maaf, saya dah tutup.”

Tapi kalau aku buat macam tu…aku tahu aku takkan boleh tengok muka aku sendiri dalam cermin.


Aku tetap pilih untuk jadi manusia.


Walaupun manusia lain pilih untuk jadi tuhan  yang suka menghukum, tanpa sedar mereka cuma tetamu sementara dalam dunia yang Tuhan punya.


Kekadanh aku terfikir. Kenapalah wujud manusia perangu macam ni..


Korang pernah hadap pesakit dari neraka?

Cuba komen sikit.


25 Jun 2025


Dr Md Azhari Md Zhahir

MD (UKM), OHD, CMIA, MRO

Cert. In Dermatology (AFPM)

Dip. In Dermatology (IOD, Bangkok)




Tinjauan dapati sokongan terhadap Anwar meningkat

PANAS!! - RAKYAT KATA FADHLINA GAGAL - INI SENARAI KEJAYAAN RAFIZI

GEMPAK! YB ANTHONY BUAT PENDEDAHAN YANG MENGEJUTKAN SENERAI SAMAN!

KENAPA PMX NAK DIJATUHKAN ? APA LAGI KEKURANGAN YANG PENGHASUT NAK LAKUKAN. 33 BULAN TANPA BERBUAT APA APA...KINI MENGADU DUMBA ANAK ANAK MUDA?

 




*Wahai Anak² Muda Melayu islam M'sia, Waspadalah Agenda Gengs '3B' : Bangang, Bangsat, BodOoo yg  xhenti² nk tumbang Kerajaan Perpaduan Madani Pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara tebukatap.. Fikir itu Pelita ILMU jaga lah ADAB AkhlaQ Bahasa anda sbagai pewaris kemerdekaan dan Calon² Pemimpin Negara.. Renung dan Bandingkan cara tatakelola urustadbir kerajaan tebukatap 33 bln dgn kerajaan perpaduan Madani yg baru berusia 2 thn lebih🤔adaOtak.Pk.la guna.ilmu.iman🚘0k✍️*


*HAIRAN BIN AJAIB, KERAJAAN MADANI RAKYAT DISANTUNI KENAPA  'AI'  PMX DIHINA 'MF' 🤔Pls. Brain🚘0k ✍️*


*√√ Gaji Penjawat Awam NAIK*

*√√ Gaji minimum swasta NAIK*

*√√Harga getah NAIK*

*√√Harga sawit NAIK*

*√√Bantuan STR NAIK*

*√√Bantuan persekolahan NAIK*

*√√Bantuan pesawah NAIK*

*√√Harga lantai padi NAIK*

*√√Bantuan Khas pelajar NAIK*

*√√Elaun pelajar NAIK*

*√√Bantuan OKU NAIK*

*√√Bantuan warga emas NAIK*

*√√Bantuan  ticket flight pelajar NAIK*

*√√Bantuan sekolah agama NAIK*




PENDEDAHAN BERANI


 

PM ANWAR BEMESRA BERSAMA PELAJAR. PERNAH LIHAT PM SEBELUM NI MACAM NI ?


 

DOKTOR TAK RAMAI. KLINIK TUMBUH MACAM CENDAWAN LEPAS HUJAN PANAS..

 


Saya pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) pagi kelmarin dan telah mendaftar di Klinik Ortopedik sekitar jam 9 pagi. 






Namun, hanya selesai menerima rawatan pada jam 3 petang. 


Saya sempat bertanya kepada doktor pakar mengapa pesakit perlu menunggu begitu lama untuk berjumpa doktor. 


Jawapannya, ramai doktor telah berhenti atau meninggalkan perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


“𝘊𝘪𝘬 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘒𝘒𝘔,” 𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢. 


Gambar di bawah dilampirkan sebagai bukti. 


Bagi saya, ini menunjukkan kegagalan Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan. 


Terkini, pagi ini saya menerima mesej daripada seorang doktor yang memaklumkan mengenai isu ‘quit doktor’, dan difahamkan juga posting saya telah tular dalam kalangan warga perubatan.


Sumber: FB Saleha Fayyah