Dr Mazslee Malek.
Media dan ramai pihak telah menghubungi saya tentang isu yang hangat mutakhir ini.
Seperti isu BASS (Bella Astila Syed Saddiq), isu ini juga telah ditanyakan bertalu-talu kepada saya oleh media, ahli parti, cikgu-cikgu dan rakan-rakan.
Seperti isu BASS, saya juga tidak boleh berikan jawapan kepada persoalan pertembungan dua orang besar ini.
Cuma saya tertanya-tanya, di manakah Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri, Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPM dan pimpinan KPM dari Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalannya?
Sepatutnya kurang 24 jam dari podcast Yang Berhenti Menteri DS Rafizi di mana beliau menyindir KPM, semua pihak ini telah bangkit tangkas menjawab dan bukannya MEMBIARKAN Menteri YB Fadhlina menjadi hentaman awam berdasarkan kritikan DS Rafizi.
DS Rafizi mengkritik KPM sebagai sebuah Kementerian dan bukan sekadar batang tubuh YBM Fadhlinna. KPM sepatutnya bergerak sebagai satu pasukan dan kumpulan.
Apabila DS Rafizi mengkritik KPM, kesemua pimpinan dan bahagian KPM kena bangkit pertahankan, dan bukannya membiarkan YBM Fadhlina berseorangan menjawab.
Saya seperti rakyat lain juga tertanya-tanyakan soalan yang sama kerana kami tidak tahu apakah hujah dan fakta KPM untuk menjawab dakwaan DS Rafizi yang mengatakan KPM tidak membuat apa-apa perubahan dasar yang signifikan.
Harapnya KPM akan keluarkan infografik dan juga penilaian pihak ketiga (bukan cytro dan ahli parti) mengenai pencapaian KPM agar dapat menepis dakwaan DS Rafizi.
Kita tidak mahu populariti sokongan 55% rakyat kepada PM terjejas dengan dakwaan-dakwaan tanpa dibalas dengan fakta dan hujah seperti ini.




No comments:
Post a Comment