Apa Khabar Anwar’ kempen terbaharu PKR selamat Ketua Umum KEADILAN


“Checkmate”: DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur


“Checkmate”: DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur
Add caption

“Checkmate”: DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur

Lim Guan Eng meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya beliau gagal menjawab dakwaan dibuat Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Setiausaha agung DAP itu berkata, buat pertama kalinya, beliau terpaksa meminta Najib berundur susulan pendedahan serius yang dibuat akhbar perniagaan itu.

“Saya tak pernah minta beliau meletak jawatan. Kami harap beliau boleh memberi respons kepada tuduhan yang serius itu.

“Najib sepatutnya failkan saman di Amerika Syarikat terhadap penerbitan itu bagi membersihkan namanya. Tetapi, terlebih dahulu, beliau mesti jelaskan isu itu. Jika tidak, beliau terpaksa letak jawatan.

“Ini satu tuduhan yang tidak pernah terjadi seumpamanya dan amat mengejutkan… Sebelum ini, tidak pernah terdapat tuduhan sebegini terhadap seorang perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru hari ini.

Hari ini, WSJ dan Sarawak Report menyatakan artikel yang diterbitkan mereka itu berdasarkan dokumen daripada siasatan kerajaan terhadap 1MDB.

Dokumen itu, katanya, merupakan yang pertama melibatkan Najib secara langsung dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib mengetuai lembaga penasihat 1MDB dan kini menghadapi tekanan politik yang semakin meningkat berhubung dana itu yang setakat ini mengumpul sejumlah RM42 bilion hutang.

Siasatan kerajaan itu, menurut WSJ, menunjukkan apa yang dipercayai penyiasat sebagai pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, sebelum ia berakhir di akaun peribadi Najib.

WSJ berkata ia mengkaji borang pemindahan wang bank dan aliran carta yang diperolehi penyiasat kerajaan, mencerminkan pemahaman mereka tentang aliran tunai itu.
Ia masih tidak jelas dari mana wang itu datang dari dan apa yang berlaku kepada wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib.

PAS pula menggesa Najib untuk mengambil langkah strategik dengan melakukan pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan beliau bersama isterinya bagi segera membersihkan namanya.
“Bank-bank yang dinamakan perlu dijadikan saksi dalam pengisytiharan harta ini supaya ia nampak telus dan berwibawa.

“Langkah mengisytiharkan harta ini dilihat jauh lebih efektif untuk menangkis tuduhan terhadap Najib pada kali ini,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya PM ambil cuti sehingga siasatan selesai


Sekurang-kurangnya PM ambil cuti sehingga siasatan selesai

Sekurang-kurangnya PM ambil cuti sehingga siasatan selesai

PKR menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti bagi sementara penyiasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.

Malah, susulan laporan terkini Wall Street Journal (WSJ) hari ini, Naib Presidennya Tian Chua turut menggesa supaya Najib meletakkan jawatan bagi menunjukkan rasa tanggungjawabnya terhadap pendedahan itu.

“Perdana menteri tak ada pilihan lain sama ada letak jawatan atau sekurang-kurangnya ambil cuti untuk benarkan siasatan dijalankan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Selain itu, ahli parlimen Batu itu juga berkata, sekiranya laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa itu tidak benar, beliau meminta supaya pihak kerajaan menyaman WSJ berikutan laporan tersebut.

“Saya desak perdana menteri yang sebelum ini menyaman Malaysiakini dan Rafizi, jika laporan itu tidak tepat saya desak kerajaan Malaysia mengambil tindakan keras kepada WSJ untuk menyaman mereka kerana laporan yang tidak tepat itu,” katanya lagi.

Selain itu, Tian juga menyeru supaya kerajaan Malaysia turut bertanggungjawab terhadap pendedahan terbaru itu.

Tunjuk dokumen perjanjian

Katanya, pihak kerajaan tidak boleh mengendahkan laporan WSJ mengenai 1MDB dan perlu menepis dakwaan ini dengan menunjukkan dokumen perjanjian 1MDB yang sebenar kepada rakyat.

“Kerajaan tak boleh abaikan laporan ini. Sekurang-kurangnya kerajaan mesti menangkis dakwaan ini.

“Ini bukan permusuhan antara PKR dan Umno, ini perkara berkaitan kepentingan rakyat umum. Ini adalah untuk kepentingan negara,” katanya lagi.

WSJ hari ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Najib.

WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang diperoleh oleh akhbar kewangan antarabangsa itu dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Sementara itu, Sarawak Report pula melaporkan bahawa sebanyak AS681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013.

Wang itu didakwa dipindahkan dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

LEPAS WANITA CANTIK ,KINI CINDERELLA?


Skandal 1MDB – akaun Najib: PM kira hari letak jawatan?