MP Pas sah fitnah, akhirnya akui sekolah-sekolah dibenar laung takbir dan baca Qunut Nazilah


 


Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail dari Pas akhirnya memohon maaf kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung fitnah kononnya kementerian telah melarang laungan takbir dan bacaan doa di sekolah-sekolah seluruh negara semasa Minggu Solidariti Palestin pada 2023.

Selain Zulkifli, turut memohon maaf di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini adalah lidah rasmi Pas, Harakah.

Zulkifli yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka membacakan kenyataan permohonan maaf itu kepada Fadhlina di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

“Selepas meneliti semula kenyataan-kenyataan tersebut, kami mengakui ia telah mengundang pelbagai tafsiran dan menyebabkan salah faham orang ramai terhadap Fadhlina yang menjejaskan nama beliau.

“Sebenarnya sekolah-sekolah dibenarkan melaungkan takbir dan membaca Qunut Nazilah sepanjang Minggu Solidariti Palestin.

“Oleh itu, kami memohon maaf kepada Fadhlina atas kenyataan itu dan bersetuju membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Fadhlina,” kata wakil rakyat Pas berkenaan di mahkamah.

Dia turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dirinya dan Harakah bersetuju menyelesaikan pertikaian dengan Fadhlina kerana ketika ini terdapat isu berkepentingan nasional yang lebih utama dan memerlukan perhatian.

Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi, menerbitkan semula, menyebarkan atau mengulas kenyataan tersebut, atau membuat kenyataan lain yang membawa maksud serupa dalam apa jua cara dan bentuk.

Pada 5 November 2023, kerajaan MADANI dihujani cemuhan orang ramai selepas Zulkifli memfitnah kononnya kementerian telah melarang laungan takbir dan bacaan doa semasa Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah seluruh negara.

Fitnah wakil rakyat Pas itu dibuat dalam satu acara berasingan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, dan diterbitkan oleh Harakahdaily serta akhbar Harakah pada keesokan harinya.



Kajian global dedah ibu bapa di Malaysia paling ramai sokong larangan media sosial bawah 16 tahun


 


Malaysia muncul sebagai negara paling tinggi dalam kalangan ibu bapa yang menyokong cadangan mengehadkan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun, menurut dapatan awal kajian.

Kajian global Family First oleh Varkey Foundation yang melibatkan 15 negara itu mendapati, sebanyak 77 peratus ibu bapa di Malaysia menyokong larangan tersebut.

Peratusan itu adalah tertinggi berbanding negara lain seperti India (75 peratus) dan Perancis (74 peratus). 

Secara keseluruhan, 60 peratus ibu bapa di peringkat global menyokong langkah itu, manakala 21 peratus menentang dan 19 peratus masih belum membuat keputusan.

Sokongan paling rendah direkodkan di Jepun (38 peratus), diikuti Nigeria (39 peratus) dan Amerika Syarikat (51 peratus). 

Menurut kajian awal yang dimuat naik di laman Varkey Foundation, Australia adalah negara pertama melaksanakan larangan media sosial untuk bawah 16 tahun dengan sebanyak 66 peratus ibu bapa menyokong dasar tersebut.

Namun, kajian itu turut mendedahkan jurang pandangan yang ketara antara generasi. 

Hanya 37 peratus golongan bawah 18 tahun menyokong larangan berkenaan, mewujudkan jurang sebanyak 23 mata peratusan berbanding ibu bapa mereka. Jurang terbesar direkodkan di Australia, Sweden dan Kanada.

Menariknya, sokongan dalam kalangan golongan muda juga tinggi di Malaysia, dengan 62 peratus remaja menyokong sekatan tersebut.

Sebaliknya, sokongan paling rendah dalam kalangan belia direkodkan di Jepun (20 peratus), Argentina dan Sweden.

Dalam kalangan Gen Z pula, sebanyak 51 peratus menyokong larangan media sosial untuk bawah 16 tahun. 

Malaysia juga mencatatkan antara negara dengan kadar tertinggi dalam kalangan Gen Z yang menyokong usaha ini iaitu 65 peratus. Namun yang menduduki tangga teratas adalah India (73 peratus) dan Emiriah Arab Bersatu (67 peratus).

Menurut Family First, dapatan ini mencerminkan kebimbangan global yang semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa terhadap kesan media sosial ke atas perkembangan anak-anak. 

Laporan penuh kajian ini dijangka diterbitkan pada Jun, termasuk pengenalan Indeks Ikatan Keluarga pertama dunia yang akan menilai kekuatan hubungan kekeluargaan merentasi negara.



AKHIRNYA HADI AWANG MENGAKU AHLINYA SUDAH TIDAK WALA’ DAN GILA JAWATAN


 

KISAH ZRA TERBARU


 

JENIS GOLD DIGGER NI MEMANG WUJUD REEL...


 

AIHHHH...NAK SANTAU PULAK WALAUN PAS NI ?


 

SUBSIDI BUDI MADANI95 KINI 200 LITER, KEPUTUSAN PERIT YANG TERPAKSA KERAJAAN AMBIL


 

Ustaz Kazim telah pulih selepas menerima rawatan perubatan kecemasan yang tepat pada masanya.


 

JOM MANDI AYAQ DALAM SONGKRAN, AYAQ TAK DAK NO HAI, BIAQ MENDERITA...JANJI SANTAI.











CHE IBRAHIM


Adakah semua hukum perlu berubah dengan berubahnya tempat atau situasi atau sikap politik yang berubah ubah??





 




LEBAI TESLA- BACA QUNUD NAZILAH...TAPI AKHIRNYA FITNAH





 

Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail dan akhbar Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang dikeluarkan pada 2023.

Zulkifli yang membacakan penghakiman persetujuan bersama, berkata pihak defendan mengakui bahawa kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah mengundang pelbagai tafsiran dan salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap plaintif (Fadhlina) yang menjejaskan nama baik beliau.
“Oleh yang demikian, kami bersetuju untuk menarik balik sepenuhnya, secara mutlak dan tanpa sebarang syarat kenyataan-kenyataan tersebut,” kata beliau.



DUA HARI LEPAS JUMPA PENIAGA MELAYU ..SEMALAM PENIAGA CINA DAN INDIA

 







Petang tadi, saya meneruskan sesi libat urus bersama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melibatkan komuniti perniagaan milikan Cina dan India, selepas bertemu dengan usahawan Bumiputera minggu lalu.

Ketika ini, konflik Asia Barat telah memberi kesan yang amat mendalam kepada pasaran tenaga global, menjurus kepada tekanan ke atas kos operasi dan gangguan rantaian bekalan. Lantas sesi ini amat penting untuk mendapatkan gambaran langsung cabaran di lapangan, serta merangka langkah segera bagi membantu perniagaan yang terkesan.
Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan kos dan memastikan kelangsungan perniagaan, ini termasuklah meningkatkan peruntukan jaminan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sebanyak RM5 bilion, serta meluaskan liputan pembiayaan sehingga 80 peratus, ketimbang 70 peratus sebelum ini.
SJPP juga akan bekerjasama dengan pihak bank untuk memudah cara penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman, serta bantuan bayaran balik secara bersasar.
Kerajaan MADANI juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan bagi pelaksanaan e-Invois Fasa 4 sehingga 31 Disember 2027, untuk perniagaan dengan jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta termasuk kebenaran mengeluarkan e-invois disatukan tanpa penalti dalam tempoh tersebut.
Bagi perniagaan yang terkesan dengan eksport susulan konflik Asia Barat, Kerajaan MADANI akan memberi pertimbangan secara interim terhadap pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan semula barangan buatan Malaysia yang tidak dapat melengkapkan proses eksport, sehingga 31 Disember 2026.
Kita tidak boleh menafikan, krisis tenaga global ini akan dirasai secara berpanjangan. Ini bukan masanya untuk berpolitik atau adu domba. Ini masanya Kerajaan dan sektor swasta berganding bahu, agar kesan kejutan luaran ini dapat kita tangani demi maslahat rakyat.

BERBANDING DIMINTA KELUAR PARTI, LEBIH PENTING PKR MESTI BERANI PECAT MEREKA YANG TAK SEHALUAN ITU




19 April 2026
Naib Presiden PKR, Amirudin Shari meminta mana-mana ahli atau pemimpin yang merasakan mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan PKR supaya meninggalkan parti itu.
Bagaimanapun, ketua PKR Gombak itu berkata, mesej dalam ucapan perasmiannya bukan ditujukan kepada sesiapa, termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
“Ia bukan hanya Rafizi. Saya percaya isunya adalah berkenaan dengan siapa yang rasa tidak lagi secocok dengan parti boleh meninggalkan (parti), itu cadangannya,” kata Menteri Besar Selangor itu.
Amirudin menjelaskan, nasihat umum yang diberikannya bertujuan memastikan semua pemimpin dan ahli PKR kekal fokus terhadap mandat parti tanpa mengganggu kestabilan dalaman.
“Keutamaan mesti diberikan kepada agenda besar parti berbanding polemik peribadi yang boleh menjejaskan imej organisasi di mata rakyat,” tambahnya lagi.
Berkaitan hal di atas, sebenarnya tidak memadai dengan dengan Amirudin atau PKR hanya menyuruh mereka yang tidak sehaluan supaya meninggalkan parti.
Yang lebih penting, bahkan terpaling penting adalah parti mesti ada keberanian untuk memecat mereka yang tidak lagi sehaluan itu.
Apatah lagi jika mereka yang tak sehaluan itu hari-hari mengkritik dan mengecam parti dan kepimpinannya.
Mereka yang tidak sehaluan itu bukanlah tidak mahu meninggalkan parti, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang menghalang mereka berbuat demikian.
Misalnya mereka yang bergelar Ahli Parlimen dan Adun, selain mereka terikat dengan Akta Lompat Parti yang mana jika keluar parti, kedudukan sebagai wakil rakyat akan tergugur secara automatik, kekangan lain ialah ada perjanjian bon RM10 juta yang perlu dibayar.
Siapa pun tidak akan keluar parti dengan hambatan yang sedemikian itu.
Tetapi, jika PKR memecat mereka, bukan saja kedudukan pemimpin itu sebagai Ahli Parlimen atau Adun tidak terjejas, bahkan tiada apa-apa denda perlu dibayar kepada parti.
Dengan itu, lebih mudah untuk PKR memecat saja mereka yang tidak sehaluan itu.
Soalnya, kenapa dalam kes Rafizi misalnya, PKR tiada keberanian itu?
Bagi ahli PKR yang bukan bergelar Ahli Parlimen atau Adun pula, sebahagian mereka yang tidak sehaluan itu sebenarnya sudah pun keluar meninggalkan parti.
Bagi ramai yang lain, mereka sebetulnya masih menunggu ketua mereka, contohnya Rafizi dipecat dahulu atau ada parti baharu ditubuhkan, ketika itu barulah mereka akan meninggalkan PKR.
Jika ingin melihat berapa ramai akan keluar PKR, cuba pecat Rafizi dengan segera?
Yang pasti, semua mereka ini tidak lagi akan mengundi PKR pada PRU akan datang.
Pokoknya di sini, jika PKR pun takut-takut nak memecat ahli yang tidak lagi sehaluan itu, tak usahlah membazir air liur bercakap menyuruh mereka keluar parti.
Parti ada kuasa, guna sajalah kuasa itu. - ShahbudinHusin 19April2026.

Baca la ni statement Sanusi Md Nor sendiri Sembang Orang Kedah. Usah berbelit belit.

 

SYAM GHAZ





Jelas statement Sanusi di Harakahdaily ni: https://harakahdaily.net/.../gesa-kembalikan-langkawi.../ - jika edit kami boleh check balik la.
Kerajaan bagi bebas cukai kenderaan harga bawah 300k, lebih 300k kena bayar spt biasa di Langkawi.
Langkawi tetap bebas cukai pakaian, coklat, pinggang mangkuk, beg jenama, peralatan dapur dll.
Cuma rokok, tembakau, vape, kereta lebih 300k dan arak ja kerajaan kaji.
Zaman PN 33 bulan yang start tarik benda ni, tahun 2021. Sanusi lupa?
Betul dah tindakan Kerajaan tu, jika tidak kerajaan tak kenakan cukai, hasil Negara tiris dan tak dpt hasil dari jualan kereta mewah.
Kereta mewah bila rakyat Marhain pakai?
Sanusi pun ada pakai keta peribadi tak lebih 300k kan?
Nak backup buat apa benda tak betul, perbetulkan balik sahaja.
Kerajaan Kedah asyik minta duit dari kerajaan pusat, time kerajaan pusat nak berjimat MB Kedah nak suh beli kereta mewah dan masuk keta mewah kemudian bagi bebas cukai kembali ?
Kerajaan Pusat dpt rm15 Billion kutipan cukai yang tak pernah dpt sejak tarik balik cukai keta mewah, rokok, tembakau, vape, alkohol skrg.
Duit tu turun balik ke rakyat, mcm STR dan SARA tahun ni sahaja RM15 billion untuk 9 juta rakyat.
Contoh Mb Kedah tahu duk minta duit rm200 juta untuk tanah padi, kerajaan pusat bagi 3 Billion utk pengairan padi.
RM 1B dah jalan kerja utk empangan muda dan saliran air ke bendang hidupkan tanah padi, harga tanah makin naik.
Rosak pemikiran seorang MB mcm tu.
Duit orang lain dia nak, duit utk negeri sendiri tak kreatif nak cari pun, nak bagi tiris adalah.
Jika orang tua lama depa akan kata; “jenis menantu perabis beras”
Kamu bukan shja ceplos, tapi kamu tu lagi rendah dari ceplos iaitu Walaun. Walak dan Un tanpa fikir panjang, patuh dah walak. Jeng la😂




ZAMAN UMNO BERKUASA...PKR HARUS AMBIL CONTOH YA...


 

BAB AGAMA 3 MINIT BAB TOMAKDINAH


 

JOM DENGAR BABI MAKI ORANG BABI......NI PAS NAK BELA....SAPA LA TAKNIK ..KELUARGA TAK RASA MALU KAH.