Kerjasama PH - Muda: Perkembangan semasa, suara akar umbi diambil kira




 Parti Muda yang telah mula diundang dalam siri ceramah jelajah anjuran Pakatan Harapan (PH) mula menjadi isu dalam kalangan akar umbi parti.


Terdapat ulasan yang tidak mahukan Muda kerana parti komponen PH juga mempunyai sayap pemuda masing masing.


Bagi Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari, persoalan penyertaan Muda sebagai komponen, sekutu atau sebagainya mungkin boleh diperhalusi dalam permukiman PH yang akan diadakan menjelang Hari Malaysia nanti.


Katanya, permukiman itu merupakan forum yang paling sesuai untuk membincangkannya kerana semua pimpinan akan menyertainya.


"Ia (kemungkinan penyertaan Muda) harus dilihat kepada satu kerangka besar dalam perjuangan kita untuk melakukan reformasi dalam negara.


"KEADILAN dan PH yang mendukung gagasan tersebut harus memikirkan secara tuntas dalam retreat yang akan berlangsung berdekatan Hari Malaysia nanti.


"Dalam hal ini pandangan akar umbi juga penting kerana mereka yang bertugas, membantu kempen pada hari pilihan raya. Jika mereka tidak diyakinkan maka mungkin memberi kesan sebaliknya," kata Amirudin menjawab soalan wartawan di majlis anjuran Yayasan Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Tambah Menteri Besar Selangor itu, isu berkenaan sesuatu persefahaman mungkin pada awalnya dipandang negatif tetapi kemudiannya sudut positif mungkin terserlah.


Beliau memberi contoh, Memorandum Kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan PH yang pada awalnya dikritik banyak pihak kini dipuji kerana memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia.


"Saya ambil contoh MoU. Ada pandangan negatif peringkat awal. Namun hasilnya baik apabila kita dapat akta anti lompat parti yang telah diluluskan di Parlimen. Saya percaya ia satu yang reform dan diharap harapkan.


"Darti MoU ini hanya beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai, seperti had masa PM dua penggal, namun banyak perkara seperti jawatankuasa Parlimen misalnya diwujudkan hasil MoU


"Justeru pimpinan parti perlu melihat secara menyeluruh. Bagaimanapun langkah awal kita menjelang PRU ini ialah mengukuhkan PH," katanya lagi.

MASA BUAT TAK SEDAR DIRI..,


 

Doktor mata dibebaskan, mahkamah ketepikan sabitan kes tanam pokok ganja



Mahkamah Tinggi di Tawau mengenepikan hukuman penjara 30 tahun terhadap doktor mata kerana menanam 12 pokok ganja di perkarangan rumahnya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Tawau mengenepikan hukuman penjara 30 tahun terhadap pakar mata kerana menanam 12 pokok ganja di perkarangan rumahnya dua tahun lalu.

Hakim Lim Hock Leng berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan Azril Surash Masree Samy mempunyai pengetahuan bahawa tumbuhan yang ditanam itu dilarang di sisi undang-undang.

Lim berkata, alasan bertulis mengapa beliau membenarkan rayuan Azril akan diberikan kemudian.

Azril, 45, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Mega Ria, Tawau, pada 3 Ogos 2020.

Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain mewakili pihak pendakwaan manakala Surash diwakili Mark Rosaidey Amin Jaafar dan Nazreen Jaafar Abdullah Jaafar.

Pada 27 Jan, Hakim Mahkamah Sesyen Kerisnada Mahmud menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup maksimum 30 tahun kepada Surash selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah.

Mahkamah Sesyen turut memerintahkan Surash disebat enam kali, jumlah minimum yang dibenarkan di bawah undang-undang. Azril kemudiannya memfailkan rayuan.

YB PERTAMA DARI PKR DI PAHANG-SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT

 ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

‎اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَه وَأَغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Saya serta keluarga mengucapkan Takziah kepada keluarga dan waris Almarhum Tuan Hj Jafri bin Ab Rashid (Mantan Adun Chini) yang telah kembali ke Rahmatullah jam 4.00 petang tadi di rumah beliau di Pekan. Sebelum ini, beliau telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dan keadaannya selepas itu agak uzur.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang soleh.
WFAUZDIN NS
See translation
May be an image of 2 people and text

BYE BYE ZURAIDA.....Mahkamah rayuan tolak permohonan Zuraida batal saman PKR terhadapnya

 

Mahkamah rayuan tolak permohonan Zuraida batal saman PKR terhadapnya POSTED ON SEPTEMBER 6, 2022 BY ADMIN




Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin untuk membatalkan saman PKR yang mendakwa beliau melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dalam keputusan sebulat suara berkata, mereka bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa isu kesahihan dan kesahan kontrak di antara Zuraida dan PKR hanya boleh ditentukan melalui perbicaraan penuh.

“Mahkamah perlu mendengar keterangan penuh secara berdokumen mahupun lisan (viva voce) sebelum keputusan dibuat.

“Kami tidak mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam memutuskan isu yang dibangkitkan melalui saman ini yang dirasakan adalah tidak wajar untuk dipertimbang bagi permohonan ini.

“Justeru, rayuan ini ditolak dengan kos RM10,000 dan keputusan Mahkamah Tinggi adalah dikekalkan,” kata Vazeer ketika menyampaikan keputusan itu melalui telesidang.

Turut bersidang Datuk M Gunalan dan Datuk Seri Mariana Yahya.

Panel itu turut memutuskan bahawa selepas mendengar hujahan peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid, yang mewakili Zuraida, dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada 19 November 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zuraida untuk membatalkan saman yang difailkan parti itu pada 28 Sept 2020.


Skandal kapal perang: Kerajaan jangan bersikap bagai melepaskan batuk di tangga

 

Kenyataan Media Bersama mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada 6 September 2022.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan wajib melengkapkan proses siasatan terhadap skandal kapal tempur pesisir (LCS) dan mencari jalan penyelesaian bagi projek sakit ini.

Perhatian rakyat tertumpu kepada isu ini selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diumumkan pada 4 Ogos 2022 kerana ia membabitkan persoalan keselamatan negara.

Pada 10 Ogos 2022, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menyahklasifikasikan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan LCS. Dokumen penuh disiarkan secara umum pada 17 Ogos 2022. Penemuan siasatan menunjukkan beberapa red flags yang tidak dikesan, dibetulkan atau dihentikan oleh pihak berkuasa ketika projek LCS diluluskan.

JKSTUPKK yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang ditubuhkan selepas Jemaah Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat pada 30 Mei 2018 mencapai persetujuan untuk melakukan siasatan terhadap tadbir urus, perolehan dan kewangan di pelbagai kementerian. Ini merupakan inisiatif Mohamad Sabu selaku mantan Menteri Pertahanan dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Berikut adalah rumusan JKSTUPKK berhubung dengan  kelemahan perancangan projek tersebut:

1. Kaedah perolehan secara vendor-driven

Sejak mula lagi, projek pembinaan LCS merupakan projek vendor-driven yang diberikan secara rundingan terus kepada Boustead Naval Shipyard (BNS). Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima cadangan BNS untuk menukarkan reka bentuk dari sistem SIGMA kepada sistem GOWIND tanpa sebarang perundingan terdahulu dengan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia selaku pengguna (end user). Keputusan ini bertentangan dengan pendirian TLDM yang memilih reka bentuk SIGMA.

Segala keputusan berhubung dengan projek LCS diambil tanpa mengambil kira pandangan end user dan sebaliknya ditentukan oleh kontraktor yang hanya berniat untuk mengaut keuntungan. 

2. Tiada usaha wajar (due diligence) dilakukan terhadap syarikat BNS

Kementerian Kewangan telah meluluskan wang pendahuluan sejumlah RM 1.365 billion yang bersamaan dengan 14.95% daripada nilai kontrak RM 9.128 bilion kepada BNS. Selain itu, Kementerian Kewangan juga telah memberi pengecualian bagi jaminan bank sebanyak RM 836.9 juta bagi wang pendahuluan yang diluluskan.

Kedua-dua ini adalah di luar kebiasaan daripada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan PK4 – Pentadbiran Kontrak Perolehan Kerajaan Secara Am yang menetapkan had maksimum wang pendahuluan yang dibenarkan adalah 25% dari kos projek atau RM 10 juta mengikut mana yang rendah.

Pemberian projek kepada sebuah syarikat dengan kekuatan kewangan yang terhad bermakna projek ini ditakdirkan untuk gagal dan perlukan bailout daripada pihak kerajaan.

3. Prestasi kewangan BNS yang lemah

Analisis yang dibuat oleh JKSTUPKK bagi tempoh tahun 2014 hingga 2018 mendapati syarikat ini mengalami kerugian tiga daripada lima tahun tersebut. Kerugian terkumpul BNS didapati meningkat jumlah RM 462 juta pada tahun 2018 sehingga menjejaskan ekuiti syarikat kepada negatif RM 332 juta (saham berbayar RM 130 juta).

Sehingga 31 Mei 2019, kedudukan keseluruhan pemiutang (creditors) BNS berjumlah RM 801.11 juta dengan pemiutang (creditors) projek LCS berjumlah RM 733.55 juta.

4. Syarikat BNS dibebani pinjaman yang tinggi

Syarikat BNS tentunya akan menghadapi kesukaran dan ketidakupayaan untuk membayar faedah dan hutang sekiranya keadaan kewangan syarikat tersebut kekal lemah. Sehingga 31 Mei 2019, pinjaman BNS telah mencapai jumlah RM 956.85 juta yang terdiri daripada sebanyak RM 354.96 juta hutang jangka pendek dan RM 601.89 juta pinjaman jangka panjang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan perlu memberi keterangan dan penjelasan terhadap isu-isu di atas agar rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku dalam skandal LCS. Kementerian Pertahanan dan kerajaan tidak boleh bersikap seperti semua masalah akan hilang sendiri tanpa tindakan lanjut daripada pihak berkuasa. – Roketkini.com

Selepas polis, SPRM: Bila siasatan akan dibuat, mahu tunggu Zainab jadi Jho Low 2.0?


 Kontroversi syarikat pembekalan bahan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Latiff Ahmad dan 'isterinya' Zainab Mohd Salleh perlu diselesaikan segera oleh pihak berkuasa.


Sehubungan itu, anggota KEADILAN hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar satu siasatan dilakukan terhadap kedua dua individu yang disebut dalam laporan forensik LCS tersebut.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Akmal Nasir, oleh kerana pihak polis masih belum memulakan siasatan maka KEADILAN berharap pihak SPRM akan bertindak lebih pantas menangani skandal yang semakin dipertikaikan rakyat itu.


"Laporan SPRM yang dibuat hari ini bukan satu tindak balas kepada apa yang belaku pada hujung minngu lalu. Kita tahu bahawa Rafizi (Timbalan Presiden KEADILAN) telah dipanggil dan telefonnya telah dirampas


"Kita juga tahu skandal LCS ini melibatkan dana berbilion ringgit yang telah dinyatakan dalam laporan forensik, laporan PAC serta pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dan sebagainya, berlaku ketirisan.


"Oleh sebab itu hari ini Aizuddin Arifin telah masuk (Ibu Pejabat SPRM) untuk memulakan laporan terlebih dahulu yang menjadi fokus pada hari ini," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, terdapat 4 tumpuan utama dalam skandal yang membabitkan Latiff dan Zainab.


Katanya, kesemua perkara itu seharusnya dibongkar dalam satu siasatan yang telus terutama jejak kewangan dan bagaimana modus operandi melarikan wang keluar negara.


"Ada beberapa perkara kita kena fokus. Pertama, isu jejak kewangan. Kalau dilihat bagaimana wang kerajaan itu disalurkan keluar, bukan hanya melibatkan syarikat tidak sah tetapi syarikat itu berdaftar di luar negara.


"Berlaku aliran wang keluar secara haram yang masuk ke syarikat palsu berkaitan dengan Zainab. Itu yang kita ulang dan ulang tetapi sehingga hari ini belum ada siasatan dibuat," katanya.


Selain itu, Akmal juga tertanya tanya adakah kerajaan akan membiarkan Zainab menjadi Jho Low 2.0 kerana tidak mengarahkan pihak berkuasa segera menyiasat.


Katanya, Jho Low berjaya melarikan diri kerana pihak berkuasa Malaysia tidak bertindak pantas sejak skandal 1Malaysia Development Berhad terbongkar.


"Perkara kedua, kenapa dilihat menteri berkenaan bersungguh sungguh, sehingga ada laporan polis yang mendesak siasatan kepada Rafizi. Kalau kita lihat (pada sisi lain pula) Zainab ini berperanan seperti Jho Low kepada Dr Latif.


"Individu ini (Zainab) yang tidak kita kenali masih tidak muncul dan kenapa hendak melindungi identiti beliau?


"Ketiga, mengapa tidak berterus terang identiti beliau (Zainab)?


"Saya pasti Rafizi tidak pernah berjumpa Zainab ini. Juga kalau tengok di Suruhanjaya Syarikat Malaysia jelas terbukti Zainab dan Latif berada dalam syarikat yang sama. Latif memindahkan sahamnya kepada Zainab. Oleh itu identiti Zainab ini tidak boleh disembunyikan lagi


"Kalau betul Latif mahu menafikan (Zainab tiada kena mengena dengan beliau), bawa Zainab keluar dan tunjukkan kepada orang ramai. Jangan sampai masa macam Jho Low, dah terlepas tak tahu ke mana," katanya.


Perkara keempat yang ditekankan oleh Akmal adalah berkenaan perisytiharan harta oleh Dr Latiff sebelum menjadi menteri yang tidak dibuat secara menyeluruh.


Katanya, tiba masanya Dr Latiff bertindak mengisytiharkan kesemua hartanya demi ketelusan.


"Keempat, untuk Dr Latiff mengangkat sumpah sebagi menteri, sudah tentu beliau perlu membuat perisytiharan harta kepada pihak berkuasa. Saya dah semak semalam di laman web SPRM nama beliau ada sebagai salah seorang yang mengisytiharkan harta cuma tiada butiran


"Kalau betul mahu bersihkan keadaan kita mendesak hari ini supaya perisytiharan harta Dr Latif itu dibuat secara terbuka. Ini termasuk rekod dalam bisnes beliau, rekod perbelanjaan dan juga pendapatan selama ini kerana apa yang berlau saat ini belum ada penafian yang jelas mengenai penglibatan beliau dalam syarikat Mega P Asia Sdn Bhd (yang dikaitkan dengan pembekalan peralatan membina LCS)," katanya lagi.