KAMI TAK PEDULI PUN , KAMI HANYA MAHU UNDI KAMU UNTUK SOKONG KAMI.- ADA BANGSA ASING NAK SOKONG ?ARWAH TOK GURU TAK AKAN BUAT MACAM INI.KERJA HADI AWANG SAJA YANG NAK MELINGKUPKAN PAS.

 

Hentikan sandiwara, hati orang bukan Islam terguris, pemimpin PKR beritahu Hadi





Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sathia Prakash Nadarajan meminta
 Abdul Hadi Awang lupakan niat untuk mendapat sokongan bukan
 Islam.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menggesa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk berhenti bercakap mengenai hasrat mendapatkan pengundi bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sathia Prakash Nadarajan berkata, ini kerana kenyataan Hadi yang menuduh kononnya golongan bukan Bumiputra punca rasuah telah menguris hati masyarakat bukan Islam.

“Hentikanlah sandiwara Hadi Awang. Saya memang tidak faham mengapa sekarang Hadi ingin bercakap tentang pengundi bukan Islam.

“Bukankah beliau baru-baru ini ada mengguris hati masyarakat bukan Islam dengan menuduh kononnya golongan bukan Bumiputera iaitu bangsa lain selain Melayu Islam adalah punca rasuah dan majoriti mereka yang terlibat dalam merosakkan politik dan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hadi telah menulis sebuah artikel yang disiarkan menerusi portal Harakahdaily mengenai ‘ Hapuskan Pemberi Rasuah’ yang mengatakan bahawa PH merupakan sebuah parti yang dikelilingi golongan pemberi rasuah.

Dalam artikel tersebut turut menyebut secara jelas bahawa golongan pemberi rasuah itu majoriti bukan Bumiputera.

Semalam, Hadi di Muktamar PAS, berkata parti itu menggunakan pendekatan bijaksana untuk menarik pengundi bukan Islam khususnya mereka yang tidak berparti mengundi calon Islam.

Hadi berkata, usaha menarik kumpulan itu untuk memilih calon Islam dari PAS bukan sesuatu yang mustahil, mengambil contoh tindakan DAP mencalonkan wakil India bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina.

Dalam pada itu, Sathia yang juga Ketua PKR Hulu Selangor mempersoalkan bagaimana Hadi boleh berfikir dapat menarik undi bukan Islam selepas membuat kenyataan seperti itu.

Beliau meminta Hadi berhenti bersandiwara berikutan rakyat juga sudah celik.

“Adakah Hadi sudah lupa. Dengan keluarkan kenyataan seperti ini, bagaimana beliau boleh bercakap untuk menarik undi yang bukan Islam.

“Kamu hina kami seteruk mungkin kemudian kamu katakan kamu yang terbaik untuk kami beri undi sekaligus beri kuasa untuk kamu memerintah,” katanya.

Sathia juga membidas tindakan Hadi yang meletakkan wakil India bagi mewakili parti itu.

Beliau menyifatkan pendekatan Hadi itu sebagai lucu.

“Hadi Awang juga di petik media mendakwa jika DAP boleh melantik India di kawasan Cina untuk sokong pengundi mengundi DAP, mengapa bukan PAS meletakkan calon lain di tempat Melayu.

“Sememangnya menyerang DAP adalah satu keperluan untuk PAS dalam memberikan fakta mereka. Kalau bukan DAP, PH menjadi sasaran. Kena tuding jari untuk tutup kelemahan,” katanya.

Sementara itu, Sathia juga berkata PAS tidak komited memperjuangkan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) apabila sebahagian pemimpin menjadi menteri dalam kerajaan.

“PAS pernah jadi menteri undang-undang sebelum ini. Mereka ini suka bercakap sahaja.

“Asyik cakap perlu tangguh atas pelbagai alasan. Tidak pun kata perlu kuasa, bila berkuasa pun tiada apa-apa,” katanya.

No comments: