Cuepacs jangka PM umum berita baik kepada penjawat awam 8 Ogos ini

 Cuepacs jangka PM umum berita baik kepada penjawat awam 8 Ogos ini

Julai 26, 2023 18:22 MYT

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi. - Gambar fail/BERNAMA

 

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menjangkakan pengumuman berita baik kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini.

 

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata kerajaan memberikan komitmen tinggi bagi menambah baik kebajikan penjawat awam di negara ini termasuk Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedang diguna pakai telah dilaksana sejak 1 Nov 2002.

 

"Cuepacs berterima kasih kepada Perdana Menteri dalam kenyataannya baru-baru ini iaitu kerajaan sedang menilai dan akan mengumumkan sesuatu kepada penjawat awam dalam waktu terdekat."Kami dimaklumkan ada satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri pada 8 Ogos, mudah-mudahan pada pertemuan itu, ada sesuatu untuk penjawat awam sebagaimana perkara kami bentangkan kepada Perdana Menteri pada perjumpaan 18 Julai lalu," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Malaysia Madani Perkhidmatan Awam Bersama Cuepacs dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.Adnan berkata Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat berhubung keperluan khusus kepada penjawat awam baru-baru ini dan satu pasukan kajian bagi sistem saraan ditubuhkan bagi memperhalusi pelbagai perkara bagi menambah baik kebajikan kumpulan itu.

 

"Tuntutan kami dimasukkan dalam pasukan kajian tersebut dan mungkin belum selesai lagi ketika ini, tetapi apa diharapkan adalah satu bentuk kelegaan semasa untuk penjawat awam bagi menampung perbelanjaan keluarga sementara menunggu kajian sistem saraan itu dimuktamadkan," katanya.

Perdana Menteri dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.

 

BERNAMA.

 

KEBEJATAN PN YANG 9 BULAN LALU TAK SEDAR LAGI KAH ATOK

 

Mahathir kata cuma Melayu yang bersatu je mampu jatuhkan pemimpin. Soalnya, kenapa nak jatuhkan pemimpin Kerajaan Madani ni? Untuk selamatkan negara? Selamatkan dari apa?

Nak selamatkan negara dari inflasi yang semakin menurun? Kenapa? Nak suruh inflasi naik semula macam masa PN perintah dulu?

Nak selamatkan Malaysia dari pelaburan yang kian rancak masuk? Kenapa? Seronok ke tengok banyak perusahaan tutup masa PN dulu?

Nak selamatkan Malaysia daripada harga barangan keperluan yang semakin stabil? Kenapa? Suka ke tengok rakyat beli barangan keperluan mahal?

Nak selamatkan Malaysia daripada pembasmian rasuah besar-besaran? Kenapa? Sebab geram kroni semua semakin kurang pendapatan?

Nak selamatkan Malaysia daripada PM yang suka kepada acara agama hingga kediaman rasmi PM pun jadi pusat dakwah? Sebab nak PM yang sakau duit berjuta ke?

Nak selamatkan Malaysia dari apa sebenarnya?

Hakikatnya negara ini sudah selamat. Malaysia di ambang kemusnahan ketika ditadbir PN dahulu.

Ekonomi susut, barangan naik harga, inflasi tinggi, pelaburan lebur, syarikat tutup, rakyat hilang kerja, ramai yang bunuh diri, rasuah berleluasa, malahan ada yang kaut berbilion ringgit hasil komisen projek kerajaan dan banyak lagi kebejatan pentadbiran PN.

Negara ini dah selamat. Apa yang penting sekarang, rakyat perlu bersatu selamatkan negara ini daripada perosak-perosak negara. Jangan benarkan mereka terus wujud. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

MUDA MUDA LAGI DAH KAYA




Dengar khabar dia ni orang kuat (associate) satu parti politik.

Umur muda sudah ada cash RM38 juta dan emas 200kg, sudah tentu hasil rajin menabung dari kecil.

***************

Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan dua rakan kongsinya ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia - Multi Agency Task Force (MATF), di sekitar Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan serentak di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi itu, wang tunai berjumlah RM38 juta dan emas seberat anggaran 200 kilogram, dianggar bernilai RM60 juta telah dirampas.

Katanya turut disita 17 kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

“Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

“Operasi ini merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara,” kata sumber itu.

Menurut sumber, operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Cyber Security Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan kesemua penahanan berkenaan.

Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

- Bernama

 

BERITA PALESU


 

INI BARU BETUL.

 

Ha...ha..ha.. baru betul.

Satu kumpulan guna bangsa, satu kumpalan guna ugama, ini yg dikatakan kumpulan TUMPAS.






KONONNYA ANWAR BERLAKON...TAK KAN LAH SAMPAI VIETNAM PUN NAK BERLAKON.,.


 

KISAH RASMI KFC DAN SIAPNYA TEBATAN BANJIR OLEH KERAJAAN PERPADUAN


 

(Terkini) Rafizi RamIl: Ucapan Penuh Jelajah Perpaduan Dun Sri Tanjung PR...




Sanusi kata negeri Kedah miskin sebab ‘diarah’ menanam padi. Padi pula yang disalahkan.

Orang Jepun tanam padi boleh kaya. Orang Taiwan tanam padi boleh kaya. Orang Sekinchan tanam padi dapat pendapatan tiap-tiap bulan lebih tinggi daripada petani Kedah. Isunya ialah bagaimana kita nak memodenkan industri sawah padi kita supaya memberikan hasil pendapatan yang lebih besar daripada yang ada sekarang. Itu yang pemimpin PAS dan Perikatan Nasional kena fikir dan cadang kepada rakyat supaya rakyat tahu apa penyelesaian kamu. Sepanjang tempoh kamu pimpin kerajaan negeri, apakah idea kamu untuk pastikan pesawah-pesawah di Kedah ini, dimodenkan supaya hasil tuaian mereka itu berganda,dan pendapatan tuaian mereka lebih tinggi setiap tahun. Air di bawah jagaan kamu. Tanah di bawah jagaan kamu. Sepatutnya tidak ada masalah untuk merancang. Seperti yang saya sebut sebelum ini, pilihan raya ada medan bagi persaingan idea dan penyelesaian. PAS dan PN perlu tampil dengan idea dan penyelesaian supaya hidup rakyat tambah baik.



[panas] LEBAI & PENYOKONG PAS MENGAMUK! BILAMANA KUASA YANG JADI REBUTAN!


Sekumpulan penyokong Pas di Gual Periok, Kelantan nampaknya marah benar apabila penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohamad Awang tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan mereka terbabit bertindak protes dengan membakar gambar bakal calon yang dianggap sebagai ‘bidan terjun’. “Calon bidan terjun ni, kami tak mahu. Ambo nak Ustaz Mad bulat-bulat. “Ni ambo nak royak ni, ambo toksir gambar ni (bakal calon)… bidan terjun toksir,” kata wakil kumpulan itu sambil mula menyalakan api di gambar tersebut.




PRN: Jangan bergantung kepada populariti semata-mata - Dr Taufiq





 Oleh: Abdullah Zaid


Strategi PN Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kelihatannya amat bergantung kepada populariti tokoh dan bukan prestasi Kerjaan Negeri diterajui Menteri Besar (MB) Datuk Seri Sanusi Md Nor.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, Pas - PN Kedah pada waktu ini mengambil pendekatan glamour yang antaranya menamakan Baddrol Bakhtiar, bekas pemain bola sepak kebangsaan sebagai calon PRN bagi menarik sokongan anak muda.


Oleh itu, beliau menyifatkan langkah tersebut agak tidak pratikal sekiranya PN berpaksikan populariti semata-mata.


"Sebenarnya dalam pilihanraya saya tidak menentang influencer (pempengaruh atau sesiapa pun menjadi calon). Bahkan saya menyokong hasrat Baddrol sebab dia ada ideologi tersendiri, mungkin dia mahukan kepimpinan Sanusi.


"Tetapi saya nak ingatkan pengundi Kedah. Adakah kita menyokong sosok tubuh hanya disebabkan populariti semata-mata atau pelan yang boleh memanfaatkan Kedah, kerana jika sebaliknya maka tergadailah negeri kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Tambah Ahli Parlimen Sungai Petani itu lagi, pengundi di utara tanah air itu lebih cenderung untuk memilih calon berdasarkan prestasi khidmat masyarakat daripada populariti semata mata.


"Saya tengok orang Kedah depa (mereka) menilai service (khidmat) yang mampu diberikan kepada mereka.


"Oleh itu, saya lihat calon KEADILAN tidak kurang hebatnya kerana calon-calon KEADILAN berkebolehan, lebih menyantuni dan telah lama berkhidmat untuk rakyat dan perkara ini yang pengundi mahukan," katanya lagi.


Terdahulu, bekas pemain bola sepak kebangsaan Baddrol Bakhtiar dinamakan sebagi calon PN bagi PRN Kedah pada 12 Ogos ini.


Sementara itu, lidah rasmi Pas pula melaporkan anak kelahiran Kedah itu menyifatkan MB Sanusi sebagai idolanya walaupun pemimpin Pas terbabit terpalit pelbagai kontroversi.


Sehingga kini, status kerusi DUN dan manifesto yang bakal dibawa oleh Baddrol masih belum diumumkan.


Rafizi cabar Azmin Ali debat tentang ekonomi








 Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli mencabar pemimpin kanan PN Selangor, Azmin Ali untuk berdebat dengannya berkenaan ekonomi Malaysia.


Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN melontarkan cabaran itu dalam siri ceramah Madani di DUN Sri Tanjung, Negeri Sembilan malam tadi.


Menurut Rafizi, cabaran berdebat tersebut bagi membuktikan rekod Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan sekarang.


"Kalau mereka ada rancangan, saya panggil Azmin Ali.


"Kalau Azmin Ali (iaitu) bekas menteri ekonomi Perikatan Nasional dia merasakan rekod dia lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan saya cabar Azmin Ali berdebat dengan saya pasal ekonomi Malaysia... kalau dia berani la," katanya.


Rafizi dalam ucapannya malam tadi menjelaskan usaha-usaha dilakukan kerajaan mengangkat semula ekonomi negara.


Hal itu termasuk usaha dilakukan kementerian untuk meningkatkan ekonomi rakyat termasuk melalui industri tani moden yang mampu menambah bekalan makanan yang sekaligus menurunkan harganya di pasaran.


"Untuk turunkan harga, kita kena tambah bekalan.


"Sekarang ini sejak kita lancarkan (IPR - Inisiatif pendapatan Rakyat) akhir Februari lalu, Kerajaan Perpaduan berjaya memulakan tapak tapak pertanian seluas seribu ekar di seluruh negara.


"Kalau dalam tempoh lima bukan kita berjaya buat, kalau kamu dulu tak mampu buat.. jangan perlekeh kerja orang," katanya.