KEBEJATAN PN YANG 9 BULAN LALU TAK SEDAR LAGI KAH ATOK

 

Mahathir kata cuma Melayu yang bersatu je mampu jatuhkan pemimpin. Soalnya, kenapa nak jatuhkan pemimpin Kerajaan Madani ni? Untuk selamatkan negara? Selamatkan dari apa?

Nak selamatkan negara dari inflasi yang semakin menurun? Kenapa? Nak suruh inflasi naik semula macam masa PN perintah dulu?

Nak selamatkan Malaysia dari pelaburan yang kian rancak masuk? Kenapa? Seronok ke tengok banyak perusahaan tutup masa PN dulu?

Nak selamatkan Malaysia daripada harga barangan keperluan yang semakin stabil? Kenapa? Suka ke tengok rakyat beli barangan keperluan mahal?

Nak selamatkan Malaysia daripada pembasmian rasuah besar-besaran? Kenapa? Sebab geram kroni semua semakin kurang pendapatan?

Nak selamatkan Malaysia daripada PM yang suka kepada acara agama hingga kediaman rasmi PM pun jadi pusat dakwah? Sebab nak PM yang sakau duit berjuta ke?

Nak selamatkan Malaysia dari apa sebenarnya?

Hakikatnya negara ini sudah selamat. Malaysia di ambang kemusnahan ketika ditadbir PN dahulu.

Ekonomi susut, barangan naik harga, inflasi tinggi, pelaburan lebur, syarikat tutup, rakyat hilang kerja, ramai yang bunuh diri, rasuah berleluasa, malahan ada yang kaut berbilion ringgit hasil komisen projek kerajaan dan banyak lagi kebejatan pentadbiran PN.

Negara ini dah selamat. Apa yang penting sekarang, rakyat perlu bersatu selamatkan negara ini daripada perosak-perosak negara. Jangan benarkan mereka terus wujud. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

No comments: