MGID

Naik tarif elektrik ambil kira beban pengguna, kata Najib

Naik tarif elektrik ambil kira beban pengguna, kata Najib.mEMAMANG UNDI bN BARANG NAIK SAJA.

December 09, 2010

PUTRAJAYA, 9 Dis – Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

“Tidak boleh ... kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta ... tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

Peter Chin berkata kerajaan, pada prinsipnya, bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat. – Bernama

Tumpu kalahkan Umno BN dulu

Tumpu kalahkan Umno BN dulu
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Semua pihak mestilah menumpukan keutamaan untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan jangan tersasar dengan isu-isu tidak relevan dan tidak matang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam hal ini, adalah sangat tepat penegasan (Presiden PAS) Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bahawa apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat (PR) boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat.

"Ada isu yang tidak relevan buat masa ini dan ada pula yang belum matang untuk diperdebatkan. Yang paling penting dan paling relevan ialah usaha habis-habisan untuk mengalahkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Mahfuz percaya, banyak perkara yang masih belum matang untuk dibangkitkan boleh diselesaikan dengan penuh hemah berdasarkan prinsip demokrasi dan perundingan yang seimbang dan bertanggungjawab.

"Bagi PAS, setiap kali kita berunding dengan mana-mana pihak pun, kita berpegang tegas dengan tujuan perjuangan kita untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya sambil memberikan pertimbangan kepada realiti semasa.

"Malah, Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa memberi pertimbangan kepada realiti semasa sehingga dibantah oleh sahabat-sahabat tertentu kerana menganggap baginda terlalu bertolak ansur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz begitu yakin, pendirian tegas untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya akan membawa kesejahteraan kepada semua pihak kerana Islam bukan sahaja ajaran yang sangat rasional dalam hubungan sesama manusia malah ia adalah rahmat bagi seluruh alam.

"Apa yang penting, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam dengan tingkah laku, perbuatan dan amalan politik kita dan jangan melakukan tindakan yang menyebabkan Islam dituduh akibat persepsi terhadap kita," katanya.

Presiden PAS, baru-baru ini menegaskan bahawa PR bergerak secara kolektif.

"Apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat.

“Ketua bukan semesti PAS, bukan semesti PKR, tidak semestinya... kemungkinan ada orang Umno yang masuk PAS, ada orang Umno yang masuk PKR ada tokoh-tokoh mereka atau daripada kalangan kita sendiri yang jadi pemimpin,” katanya.


Kajian: Anwar didakwa masih relevan?

Orang ramai khususnya penyokong Pakatan Rakyat dilihat masih meletakkan harapan ke atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau dan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus berhadapan dengan serangan bertubi-tubi Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13. Pun begitu krisis dalaman yang melanda PKR ─ yang dikaitkan dengan pemilihan secara langsung – ternyata memberikan impak negatif kepada PKR dan kepimpinan Anwar dan keyakinan terhadap parti pimpinannya.

Kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya menunjukkan 43 peratus responden yang ditemui masih menaruh keyakinan terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berbanding 41 peratus responden berpendapat sebaliknya.

Peratusan kadar persetujuan berhubung soalan itu tidak jauh berbeza. Sebanyak 16 peratus responden pula menyatakan tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan iaitu kerelevenan Anwar dalam politik negara berikutan krisis dalaman yang melanda PKR dan serangan peribadi terhadap beliau yang hebat oleh pelbagai pihak dengan menggunakan media arus perdana dan televisyen.

Persoalan itu menurut pusat tersebut dikemukakan bagi menguji tahap keyakinan masyarakat terhadap beliau dan PKR ketika ia baru selesai mengadakan pemilihan langsung julung kali, yang turut tercalar dengan dakwaan kecacatan dan kepincangan proses pengundian.

“Respons yang ditunjukkan ini memperlihatkan bahawa walaupun dengan kempen dan usaha dilakukan bagi menghakis pengaruh beliau, namun peratus anggota masyarakat yang masih menaruh keyakinan kepada Datuk Seri Anwar masih tinggi.

“Apabila ditunjukkan hasil kajian yang memperlihatkan 41 peratus responden berpendapat bahawa beliau sudah tidak releven dengan politik negara, Datuk Seri Anwar menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah diduga, dan malahan berpendapat bahawa usaha memburukkan beliau dan PKR masih tidak begitu berjaya kerana masih terdapat peratus yang tinggi yang menaruh keyakinan kepada kepimpinan beliau,” kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan yang merumuskan hasil kajian itu.

Sebaliknya menurut beliau, kempen oleh media arus perdana terhadap PKR dan beliau telah memberikan publisiti kepada parti tersebut yang selama itu sukar medapat liputan.

“Beliau juga menaruh keyakinan bahawa dengan masalah rumah tangga PKR yang akan secara proaktif akan diselesaikan setelah berakhirnya pemilihan parti dan gerak kerja seluruh negara yang akan dipergiatkan, beliau yakin prestasi parti akan dapat diperbaiki,” katanya.

Kajian persepsi masyarakat terhadap parti dan kepimpinan PKR dijalankan bulan lalu ketika ia masih mengadakan pemilihan pusat.

Kata pusat itu, kemelut dalaman yang melanda PKR membabitkan beberapa orang Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bertanding atas tiket parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-12 meninggalkan parti dan kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan pimpinan parti baru-baru ini telah menarik perhatian rakyat secara umumnya.

Gambaran terhadap krisis dalaman yang dihadapi oleh PKR ini diperburukkan dengan gembar-gembur dan serangan secara besar-besaran oleh media arus perdana yang turut menjadikan Anwar, yang juga penasihat PKR, sebagai sasaran.

Kajian lapangan membabitkan 1,124 responden telah dijalankan antara 19 hingga 21 dan 27 hingga 28 November lalu ketika isu ini hebat dipaparkan oleh media arus perdana dan televisyen.


Kajian: 43% tidak akan undi PKR lagi






Satu kajian sains politik yang dijalankan di Universiti Malaysia (UM) menunjukkan bahawa hampir 43 peratus penduduk atau pengundi yang tinggal di dalam kawasan yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan tidak akan menyokong lagi parti itu di dalam pilihanraya umum akan datang. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada ramai yang menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini sebagai bermasalah dan tidak telus.

Walaupun begitu, seramai 35 peratus pengundi di kawasan berkenaan juga akan terus menyokong parti berkenaan di dalam pilihanraya nanti manakala selebihnya iaitu 22 peratus memberikan jawapan sebagai belum pasti lagi menyokong parti tersebut.

Selain itu, seramai 52 peratus pengundi yang dikaji pula mendakwa masalah dalaman parti itu dan kepincangan kepimpinan parti yang dikatakan membentuk barisan kepimpinan yang disenangi oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dikatakan sebagai penyumbang kepada ketidakyakinan para penyokong PKR sebelum ini.

Bukan itu sahaja, hanya 43 peratus daripada responden berkenaan masih menunjukkan bahawa mereka menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sementara 41 peratus lagi tidak bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihanraya umum akan datang. Bagi selebihnya 16 peratus, para responden dilaporkan tidak pasti membuat pilihan atau berkecuali.

Kajian poll yang dilaksanakan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya itu dilakukan sepanjang tempoh pemilihan PKR bulan lalu. Seramai 1,124 responden di antara umur 20 ke 50 tahun dari kawasan-kawasan yang dikatakan kubu kuat PKR di Bandar Tun Razak, Ampang, Lembah Pantai, Bukit Bintang, Subang Jaya, Titiwangsa, Cheras dan Wangsa Maju.

Kajian itu juga menemui sejumlah besar peratusan menyokong penurunan sokongan awam kepada PR secara keseluruhannya adalah disebabkan oleh masalah dalaman di dalam PKR. Ini secara langsungnya dikatakan akan menjadi penyebab kepada keadaan kekalahan PR atau sekurang-kurangkan status-quo yakni menafikan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional (BN).

Seperti yang dijangkakan, jumlah swing pengundi dikatakan meningkat dengan banyaknya kepada kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak kekalahan teruk BN pada pilihanraya tahun 2008.

Para responden nampak inisiatif pembangunan dan polisi transformasi serta pemulihan ekonomi sejak di bawah pentadbirannya sebagai sebab untuk mereka kembali menyokong BN.

Bukan itu sahaja, kekalahan PR di Batu Sapi dan Galas yang menyaksikan undi yang diterima oleh BN meningkat didakwa sebagai petunjuk penyokong-penyokong PKR dan atas pagar yang kembali kepada BN.

Krisis dalaman PKR memberi impak yang sangat negatif kepada PKR dan turut sama menurunkan tahap keyakinan pengundi kepada kemampuan Anwar bagi mengemudi PR dan juga negara sebagai bakal Perdana Menteri.

Kajian menunjukkan seramai 49 peratus responden bersetuju bahawa masalah dalaman telah menyebabkan penurunan keyakinan di dalam parti itu sendiri dan 39 peratus lagi masih menyokong PKR.

Walau apapun, jumlah yang pastinya perlu diambil sebagai penting oleh PKR ialah peratusan sebanyak 43 peratus daripada responden yang tidak lagi mengundi PKR di dalam pilihanraya akan datang. Ini adalah kerana mereka yang menyokong PKR semasa pilihanraya 2008 adalah kebanyakannya ialah pengundi di atas pagar dan pengundi BN sendiri yang melakukan undi protes kepada BN.-KLToday.com

Anwar jamin stabilkan PKR jadi keutamaannya


Anwar jamin stabilkan PKR jadi keutamaannya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menjadikan usaha untuk menstabilkan partinya sebagai keutamaan beliau sekarang ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada rakan twitter beliau Zaim90 yang membuat cadangan agar beliau memberikan tumpuan untuk menstabilkan PKR selepas berpendapat PAS dan DAP dalam keadaan stabil sekarang.

"Ya, ia menjadi keutamaan kami," kata Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dalam twitternya.

"Saya tidak menyokong Umno-BN. Kita perlu perubahan. PAS, DAP dalam keadaan stabil, tetapi PKR tidak. Anda perlu perkasakan PKR secepat mungkin," tulis Zaim90 dalam twitternya kepada Anwar.

Pengakuan Anwar ini memberikan harapan kepada semua pihak untuk melihat parti-parti dalam Pakatan Rakyat bersiap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

PKR dilihat sedikit bermasalah apabila melalui proses pemilihan kepimpinan baru-baru ini. Ini kerana, sistem pemilihan terus yang dilaksanakan PKR itu adalah satu sistem yang baru dan terdedahkan kepada banyak kelemahan.

Aklibatnya, PKR kehilangan salah seorang pemimpin kanannya, Datuk Zaid Ibrahim apabila beliau keluar meninggalkan PKR kerana tidak berpuashati dengan sistem pemilihan terus itu.

Selain Zaid, PKR juga berhadapan dengan kritikan dari ahlinya yang lain. Terbaru, calon Ketua Angkatan Muda, Badrul Hisham Shahrin enggan menerima sebarang jawatan dalam PKR ekoran kekalahannya merebut jawatan itu.

"Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

"Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Bookmark and Share

Mata lebam Anwar: Keputusan muktamad menteri Isnin depan, kata Nazri

Mata lebam Anwar: Keputusan muktamad menteri Isnin depan, kata Nazri

December 09, 2010

KUALA LUMPUR, 9 Dis ─ Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) memberitahu The Malaysian Insider semalam, beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad.”

Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998. Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.

“Kami akan menyampaikan pendirikan peringkat menteri Isnin ini dan itu akan menjadi keputusan muktamad berhubung perkara itu,” kata beliau sambil berkata, tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut.

Nazri berkata kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa kes mata lebam sudah ditutup adalah “tepat.”

“Hishammuddin tidak salah dalam mengatakan ia sudah ditutup. Kes itu sudah lama ditutup. APa yang yang berlaku baru-baru ini ialah wujudnya maklumat terbaru.

“Kami akan menjawab minggu depan, tunggu dan lihat,” kata Nazri. Kelmarin, Lim mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata lebam Anwar sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah.

Lim mempersoalkan sama ada Hishammuddin merampas tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawatannya Nazri agar mengendalikan perkara berkenaan, dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.

“Adakah beliau menyebabkan jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat dakwaan baru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?” kata Lim.

Ahli politik veteran ini merujuk kepada satu surat yang diterima daripada Hishammuddin pada 2 Disember lalu di mana menteri itu menafikan wujudnya sebarang percanggahan dalam kes mata lebam 1998 melibatkan Anwar dan mengisytiharkan kes itu tidak perlu dibuka semula meskipun adanya dawkaan terbaru bukti-bukti telah dipalsukan oleh seorang bekas pegawai penyiasat.

Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.

Nazri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain.

Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim pada 14 April lepas.

Hishammuddin dalam respons bertulis kepada pertanyaan Lim mengenai perkara itu ketika sesi perbahasan Bajet 2011 juga memberitahu Lim, Ahli Parlimen Ipoh Timor bahawa, Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan pemeriksaan mereka ke atas siasatan lama dan mendapati tiada sebab untuk mengesyorkan bahawa bukti palsu telah diberikan.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin menegaskan, meskipun Mat Zain mendakwa tetapi surat terbukanya tidak mempunyai elemen-elemen yang memerlukan sebarang siasatan susulan polis.

(function() { var d = document, w = window; w

UMNO Tidak Akan Berubah? Tetap Rasuah Dan Salahguna Kuasa?

Datuk Zaharin dedahkan sikap kapitalis pemimpin UMNO yang mengakibatkan UMNO sukar untuk berubah dan mengapa UMNO kekeringan pemimpin muda s...