ZAID IBRAHIM SERTAI PKR

Bekas ahli Umno Zaid ibrahim kini menyertai PKr.beliau yang sejak akhir-akhir ini kerapakali turun berkempen di setiap pilihanraya kecil yang disertai pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menyertai PKR sebagai wadah perjuangan beliau setelah Umno memecat beliau sebagai ahli parti.

Menurut Anwar Ibrahim, pemasihat PKR , kemasukan Zaid adalah satu penghormatan kepada parti kerana Zaid dilihat sebagai seorang peguam yang memperjuangkan isu ISA dan kezaliman serta amalan tidak sihat dalam parti Umno khasnya Bn.

Beliau dipecat kerana menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin dan bercakap di atas landasan undang-undang.


Menurut Anwar lagi ,Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. "Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dipecat daripada Umno pada Disember tahun lepas, hari ini disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengumumkan perkara itu pada sidang media sempena Kongres Nasional Khas PKR 2009 di sini hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keanggotaan Zaid ke dalam parti itu berkuat kuasa hari ini dan parti menerima kemasukan beliau sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan parti.

“Saya menganggap ini satu perkembangan yang amat positif dalam PKR. Tetapi saya perlu tekankan bahawa Zaid mempunyai pendedahan yang cukup baik bersama dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS, dan ini kita dapat manfaatkan supaya beliau dapat membantu memperkemas dan mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan,” katanya.

Anwar berkata sehubungan itu pada mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang akan datang yang dijangka membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan jentera sekretariat Majlis Pakatan pembangkang itu, beliau akan mencadangkan supaya Zaid dilantik bagi membantu sekretariat tersebut. Ditanya kedudukan Zaid dalam PKR, Anwar berkata disebabkan oleh kewibawaan dan pengalamannya, Zaid akan dilantik menganggotai Biro Politik parti serta ahli majlis kepimpinan pusat selepas parti mengadakan mesyuarat dan seterusnya mendapat persetujuan presiden.

Sementara itu Zaid yang turut hadir sidang media berkenaan berkata beliau menyertai PKR kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti itu. “Saya berterima kasih dengan pucuk pimpinan parti yang bersedia menerima saya sebagai ahli. Saya percaya jika diberi peluang saya akan berusaha untuk membantu Anwar dan pemimpin yang lain dan saya juga berminat untuk membantu mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan.

“Tetapi ini perlulah difikir dengan lebih lanjut oleh pemimpin PAS dan DAP, tetapi saya bersedia bantu supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi parti alternatif yang rakyat boleh benar-benar menaruh harapan,” katanya.

Zaid berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR dan selepas lama berehat dan hari ini adalah hari yang paling sesuai kerana ia juga hari yang dianggap bersejarah dalam PKR.
Ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai PKR dan bukannya PAS atau DAP, Zaid berkata PKR adalah parti yang sesuai dengan beliau dan beliau tertarik dengan konsep multi-racial yang diperjuangkan parti itu.

MPPP JANGAN TAK LIHAT?????

CJ Jimmy Leow returned to PISA, Penang to follow up on the draining of stagnant water from one of its pond which may be a possible breeding ground for Aedes mosquitoes. On the 31 May 2009, Jimmy has produced a video clip which described the need to immediately drain away the stagnant water to deter dengue.Video : Jimmy Leow (Citizen Journalist)Organization : CJMY Penang
Tags:
CJMY

DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA MELAPORKAN PEMBALAKAN HARAM

Puan Ibi Uding (44) dari Kampung Merakai Serian, Sarawak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Serian pada 6 Mei 2009 kerana dituduh mencederakan Sulong Bin Aron (seorang pekerja balak) di kawasan NCR penduduk Kampung Merakai dan kampung Lebor. Kes pembalakan yang diragui "haram" itu telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuching pada tahun 2004 dan perbicaraan kes telahpun selesai.

Sehingga kini, pemilik NCR terlibat masih menanti keputusan dari mahkamah. Dalam pada itu, aktiviti pembalakan itu diteruskan olah pembalak tanpa henti! Pada hari sebutan kes Ibi Uding pada 6 Mei 2009, sulong Bin Aron (pendakwa) gagal menghadirkan diri dan kes ditunda ke tarikh 9 Jun 2009 untuk disebut semula.


Namun, pada 9 Jun 2009, Sulong Bin Aron turut gagal menghadirkan diri. Pihak mahkamah seterusnya melucutkan pertuduhan terhadap Puan Ibi kerana pihak pendakwa gagal menghadirkan diri pada kedua-dua aturcara perbicaraan. Mungkin, ada pihak yang mengarahkan Sulong Bin Aron membuat laporan palsu untuk mengugut Puan Ibi Uding supaya menghentikan tentangan terhadap pembalak di kawasan berkenaan. Pendek kata, berani kerana benar membawa rahmat.



THANKYOU CITIZEN JOURNALIS TEAM

Jurukamera: Pairin Boka

Temuramah:Pairin Boka

Suntingan :Pairin Boka

Suara latar :





JIKA NEGARA CHINA BOLEH MEMAAFKAN,BEGITU JUGA CHIN PENG.



Terjemahan dari Neville Spykerman
Oleh Amiruddin Ahmad.



KUALA LUMPUR, June 13 — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan satu kenyataan bahawa kepada sesiapa yang menyatakan bahawa kepulangan Chin Peng ke Malaysia sebagai suatu isu hubungan kaum adalah tidak bertepatan sama sekali.


Beliau menjelaskan bahawa bekas ketua PKM itu adalah merupakan seorang warga emas dan hanya mahu menghabiskan sisa -sisa hidup beliau di Malaysia

Anwar menjelaskan jika Malaysia sanggup memaafkan negara China yang pada suatu ketika dahulu menyokong perjuangan PKM , ianya tidak ada sebab kenapa kes Chin Peng itu tidak boleh di maafkan.

"Kita sekarang sedang mengadakan usaha memulihkan hubungan dengan negara China ,dan negara komunis tersebut, maka kenapa kes Chin Peng tidak diambil kira? beliau melemparkan pertanyaan kepada kerajaan pimpinan Najib yang baru-baru ini telah melakukan lawatan ke negara komunis tersebut.


Anwar yang berucap dalam perhimpunan khas parti Keadilan Nasional di mana beliau menjadi penasihatnya menjelaskan memang beliau juga tidak mengharapkan atau memaafkan perbuatan yang dilakukan oleh pengaganas komunis di waktu tersebut, namun , apa yang beliau maksudkan telah disalahstafsirkan oleh media arus perdana.

Beliau juga menjelaskan bahawa ada sesetengah media tempatan yang menyatakan bahawa PKR menyokong perjuangan PKM namun mereka sebenarnya tidak bertanggungjawab malah membahayakan kepada pembaca umum malah tidak menolong parti mereka sendiri.

Beliau yang juga merupakan ketua pembangkang menjelaskan bahawa beliau juga menentang perjuangan PKM sewaktu mudanya dan itu tidak akan merubah sebarang tindakan beliau.