“Harga barang naik, tapi gaji tak naik”

“Harga barang naik, tapi gaji tak naik”


ZURAIDAPULAU PINANG 23 DIS: Ketika harga barangan keperluan harian meningkat, rata-rata gaji pekerja Malaysia masih di takuk lama, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Katanya, kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan beban rakyat,, malah membiarkan syarikat pengendali keperluan utama rakyat seperti elektrik dan tol menaikkan harga tarif dan perkhidmatan.
“Gaji mereka tetap statik. Tidak dinaikkan oleh majikan. Tetapi kerajaan terus menaikkan kadar tol dan elektrik,” kata Zuraida pada majlis penerangan isu-isu semasa di Balik Pulau, 21 Disember lalu.
“Sebelum ini pun rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah telah diseksa oleh kerajaan dengan kenaikan harga barangan keperluan seharian,” tambah Zuraida.

September lalu, kerajaan membenarkan 600,000 syarikat menangguhkam pelaksanaan gaji minima RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak.

Justeru kata Zuraida, kenyataan Najib bukan sahaja membuktikan keangkuhannya sebagai Perdana Menteri, malah membohongi rakyat apabila BN sendiri memungkiiri janji untuk menurunkan kadar tol sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Kenaikan ini tidak wajar kerana ia membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
“Jelas (tindakan ini) mempamer wajah sebenar Najib selepas berjaya mendapat kuasa untuk memerintah negara,” kata Zuraida.


Zuraida sebelum itu hadir ke program anjuran pimpinan Wanita KEADILAN Cabang Balik Pulau.
Hadir sama mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ketua Wanita KEADILAN Negeri, Norhayati Jaafar.

Semakan Gaji Kakitangan Awam RM4,000 Sebulan VS Cabaran Kos Sara Hidup Naik!

Semakan Gaji Kakitangan Awam RM4,000 Sebulan VS Cabaran Kos Sara Hidup Naik!

Naik Gaji 2014
Nampaknya kepimpinan tertinggi Cuepacs telah berwajah baru yang mana sekarang ini dikemudi oleh Presiden Cuepacs yang baru, Azih Muda.
Melihatkan kalangan kakitangan seperti anda, anda di sini bukan hanya dialami kumpulan pelaksana sebaliknya penjawat awam lain yang bergaji kurang RM3,000 sebulan, terutama di bandar yang terpaksa berhadapan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup, Cuepacs telah bersiap sedia membela kebajikan kalangan kakitangan awam di Malaysia.
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015 akan meningkatkan pendapatan negara, Cuepacs merasakan ia boleh digunakan untuk menambahbaik skim gaji penjawat awam.

Tuntutan Cuepacs : Semakan Gaji Kakitangan Awam

  1. meningkatkan pendapatan penjawat awam kepada RM4,000 sebulan dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.
  2. meningkatkan gaji penjawat awam termasuk kumpulan pelaksana II, seperti pembantu am dan pemandu itu akan menjadi agenda utama kesatuan berkenaan dengan syarat kelayakan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diploma.
  3. Penjawat awam kumpulan pelaksana dengan gaji sekitar RM1,200 termasuk elaun kakitangan awam tidak dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Mungkin pada pandangan Berita Semasa elaun kakitangan awam perlu diberikan perhatian supaya elaun penjawat awam naik menikut aliran semara ekonomi dan juga diharapkan perbetulkan tangga gaji kakitangan awam yang berkhidmat lama kerana gaji mereka dengan yang berkhidmat bawa mereka satu tahun lebih tinggi, di mana tiada sinoriti.
Walaubagaimanapun, Berita Semasa tetap menyokong apa sahaja usaha yang memenangkan rakyat dan dalam pada masa yang sama pihak kerajaan dengan kerjasama NGO harus mencari jalan penyelesaian bagi mengekang kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Apa kata kalangan kakitangan awam pula?
P/S : Sebenarnya kenaikan harga barang & lonjakan kos sara hidup di Malaysia inilah yang menjadi punca rakyat hidup susah biarpun gaji dinaikkan.

VIDEO: LIHAT BAGAIMANA PENGEBOMAN DI THAILAND ..