Anwar bimbang SPRM beri tekanan, campur tangan politik siasat Nazlan

 


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali, dianggap sebagai tekanan dan campur tangan politik.

PETALING JAYA: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali, dianggap sebagai cubaan memberi tekanan dan campur tangan politik, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan.

Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial.

Anwar berkata, institusi kehakiman sendiri mempunyai badan yang menyelia dan mengawal integriti hakim.

“Adalah dikhuatiri hebahan sebegini akan dianggap sebagai tekanan dan campur tangan politik.

“Ini ditetapkan untuk memastikan agar wujud pembahagian kuasa yang jelas di dalam sistem yang ada. Justeru, campur tangan SPRM melanggar prinsip ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil berkata, ia adalah “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” serta bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Beliau sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Najib Razak, di mana bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dalam pada itu, Anwar berkata, integriti dan kebebasan badan kehakiman kelihatan beransur pulih akibat dari kecelaruan dan ketempangan berdekad-dekad lamanya tanpa ada usaha serius pemerintah untuk membetulkannya.



DUA HALANGAN GANGGU ISMAIL SABRI CIPTA KEJAYAAN DALAM PRU15

 

Apabila MT UMNO membuat keputusan menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15, selain ia merupakan gambaran yang memperlihatkan kesepakatan parti itu, ramai juga yang melihatnya sebagai peluang lebih cerah untuk BN mengecap kemenangan.

Diperkatakan bahawa dengan watak Ismail Sabri yang tidak kontroversi, tiada isu mahkamah atau keluarga yang menyusahkannya serta sikapnya yang suka memilih jalan damai berbanding berbalah. dengan blok pembangkang, tidak kurang yang melihat beliau mungkin mampu mengulangi kejayaan cemerlang BN seperti PRU tahun 2004 dahulu.

Pada 2004, UMNO dan BN ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi yang baru mengambil alih pentadbiran parti serta kerajaan pada 2003 daripada Tun Mahathir Mohamad.

Pertama kami mengetuai PRU, BN ketika itu telah berjaya memenangi 198 daripada 222 kerusi Parlimen dan merupakan rekod paling cemerlang setakat ini.

Sebagaimana sokongan rakyat kepada Tun Abdullah kerana wataknya yang baik dan tidak kontroversi, tidak dinafikan persamaan perwatakan itu kini ada pada Ismail Sabri.

Cuma, yang membezakan ialah suasana dan cabaran politik ketika itu tidak sama seperti sekarang ini.

Tetapi, jika perbalahan dan pertembungan sesama sendiri di kalangan blok pembangkang dan mereka yang tidak mahu melihat kemenangan UMNO tidak menemui jalan penyelesaian, adalah tidak mustahil pengundi akan memberikan undi mereka kepada BN sebagai jalan selamat agar kerajaan yang dipilih nanti mempunyai majoriti yang kukuh.

Bagi sesetengah pihak, dalam keadaan blok pembangkang berkecamuk dan berpecah, adalah tidak berguna memberi undi kepada mereka kerana ia akhirnya tidak mungkin juga membuatkan kerajaan baharu dapat ditubuhkan.

Pilihan lain, sebagai protes dan bosan, tidak mustahil pilihan yang dibuat ialah tidak keluar mengundi sebagaimana berlaku dalam PRN Melaka dan Johor baru-baru ini.

Begitu pun, sementara laluan untuk Ismail Sabri mencipta kemenangan buat UMNO dan BN terlihat lebih cerah, halangan dalaman yang dihadapinya tetap ada.

Sekurang-kurangnya ada dua halangan yang boleh mengganggu atau menghalang Ismail Sabri sebagai “poster boy” BN dan calon Perdana Menteri daripada mencipta kemenangan dalam PRU15 akan datang ini.

Pertama, beliau mestilah dilihat sebagai Perdana Menteri yang sebenar selepas PRU15 itu nanti, bukan sekadar calon Perdana Menteri semata-mata.

Dalam istilah moden, janganlah sampai barang lain yang ditempah, tapi barang lain pula yang diterima.

Ini bermakna, Ismail Sabri mesti diberi peranan untuk mengetuai PRU15 itu dan berkuasa meletakkan orang-orang yang dipercayainya sebagai calon sebagai persiapan untuk pasukannya membina kerajaan.

Jika perkara itu tidak terlihat di mata pengundi, tambahan lagi jika kluster mahkamah masih bertanding dan meletakkan orang-orang yang diketahui rapat dengan kumpulan tersebut, ia pasti akan menimbulkan penolakan daripada pengundi.

Bagi pengundi, tidak guna mereka memenangkan BN kalau ternampak begitu jelas akhirnya kumpulan lain yang lebih menguasai kemenangan yang dicapai nanti.

Untuk itu, jika BN mahu Ismail Sabri benar-benar diyakini oleh pengundi, penglibatannya dalam pemilihan calon dan peranan ketika kempen hendaklah benar-benar dilihat meyakinkan.

Kedua, sementara pencalonan Ismail Sabri merupakan gambaran kesepakatan UMNO, ia juga secara tersiratnya menunjukkan kepimpinan UMNO membuka jalan kepadanya untuk mengambil alih kepimpinan parti selepas itu.

Secara tradisinya, belum pernah calon Perdana Menteri UMNO tidak dijadikan Perdana Menteri atau diketepikan setelah kemenangan diperolehi.

Dalam hal ini, selain gambaran Ismail Sabri akan tetap dijadikan Perdana Menteri mesti diperlihatkan dengan sejelas-jelasnya, langkah terbaik membuktikannya kepada pengundi ialah dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak mengundur diri dan tidak lagi bertanding sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

Untuk apa lagi mereka mahu bertanding, sedangkan Ismail Sabri sudah ada sebagai calon Perdana Menteri?

Kalau benar sayangkan UMNO dan ingin parti beroleh kemenangan, tidak bertanding bukan saja suatu pengorbanan yang seharusnya mereka lakukan, bahkan itulah yang sepatutnya dilakukan.

Tambahan lagi, dalam tradisi UMNO juga, belum pernah mereka yang ada kes mahkamah terus diberi peluang bertanding dalam pilihanraya.

Mereka biasanya akan direhatkan sehinggalah kes masing-masing selesai di mahkamah.

Tradisi itu jika dimungkiri, percayalah, sebagaimana BN ditolak dalam PRU14 yang secara kebetulan Najib dan Zahid Hamidi juga mengetuai BN dan kerajaan ketika itu, sejarahnya pasti berulang lagi.

Kepada Zahid Hamidi dan Najib, mahukan mereka BN kalah sekali lagi di ketika kemenangan begitu terbuka melalui Ismail Sabri? – ShahbudinHusin 24/04/2022.



BERKEMPEN DENGAN BERHEMAH: BILA RAFIZI CARIKAN KERJA UNTUK SAIFUDDIN?


KHEMAH BESAR: RAKYAT TERIMA ATAU SYOK SENDIRI?


TAKKAN NAK KENA SAILANG LAGI...

 

Ishk... Inilah bukti Isnail cuma boneka. Macamana MT UMNO berkuasa dalam menentukan perjalanan kerajaan? Apa tidak ada garis pemisah antara parti politik dan kerajaan?

Jelas Isnail adalah PM paling lemah dalam sejarah Malaysia moden. Sampaikan perkara seperti MoU pun bukan atas kuasa dia untuk tentukan. Ini apa jenis pentadbiran?
Bayangkan kalau Isnail terus diberi kuasa. Apa lagi yang UMNO akan kawal dal kerajaan nanti. Rakyat akan terus dikesampingkan. Sebab itu rakyat wajib tolak UMNO. Guane boh?
0:00 / 0:36

PADAN MUKA UMNO KENA KENCING DENGAN PAS...KAH..KAH...KAH

 

Selepas isu dokumen bocor, hubungan PAS-Umno ‘tak boleh dibaiki’ lagi, kata penganalisis




Umno dan PAS membentuk kerjasama Muafakat Nasional (MN) pada September 2019.

PETALING JAYA: Dakwaan berhubung rancangan untuk menjatuhkan pemimpin Umno telah merosakkan hubungan antara parti itu dan PAS serta “tidak dapat dibaiki”, menurut seorang saintis politik Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Fauzi yang juga profesor di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dakwaan itu menyerlahkan lagi rasa ketidakpercayaan yang mendalam di antara Umno dan PAS serta Bersatu.

Ketika Umno dan Bersatu tidak menyukai antara satu sama lain, hubungan dengan PAS juga tegang sejak Umno menarik sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin Yassin pada Ogos 2021.

Tonton video di sini.

PAS dan parti pimpinan Muhyiddin, Bersatu adalah sekutu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), manakala PAS dan Umno adalah sekutu nominal dalam Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, calon Umno dan PAS bertembung dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini, satu petanda jelas bahawa PAS mengutamakan PN di hadapan berbanding MN.

Fauzi berkata pengguguran bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khairuddin Aman Razali mempunyai banyak kaitan dengan pendiriannya yang pro kepada MN biarpun Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara jelas memberi keutamaan kepada PN.

“Jadi, ia tidaklah menghairankan jika memang wujud komplot PAS-Bersatu untuk mengetepikan Umno dan merampas semula jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum (pru) akan datang,” katanya.

“Perancang komplot itu, jika mereka wujud, akan melihat langkah itu sebagai usaha menyelamatkan PN daripada kemungkinan dimalukan dan bahkan dilupakan menjelang PRU15.”

Dakwaan komplot itu timbul daripada kebocoran dokumen yang dikatakan minit mesyuarat melibatkan pemimpin PAS dan beberapa tokoh terkenal daripada Bersatu serta Umno.

Antara minit mesyuarat itu ialah rancangan untuk mempercepatkan hukuman terhadap pemimpin tertinggi Umno yang sama ada dalam perbicaraan atau telah disabitkan dengan tuduhan seperti pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Sejak itu, beberapa pemimpin PAS telah menafikan dakwaan rancangan itu sambil berkata dokumen terbabit adalah cubaan merosakkan hubungan mereka dengan Umno.

Bagaimanapun, Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata beliau percaya hubungan Umno dan PAS tidak dapat diperbaiki lagi dan kerjasama PRU15 adalah “di luar persoalan” pada masa ini.

“Yang pastinya, kebocoran dokumen itu memburukkan lagi keadaan,” katanya.


Sokong Anwar jadi PM, Farhash gesa parti yang mahu bersama PH



Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata sebarang kerjasama
 lanjut dengan parti pembangkang lain mestilah mengambil kira
 pandangan akar umbi.

KUALA LUMPUR: Mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan PKR mestilah menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang, kata Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Bekas ketua PKR Perak itu berkata sekaranglah amat penting untuk parti dan sekutunya menyokong kepimpinan Anwar, selepas kekalahan teruk pada PRN Johor, Sarawak, dan Melaka.

“Dalam Pakatan Harapan, masih sama; Anwar satu-satunya calon perdana menteri. Parti lain yang mahu bekerjasama mesti terima ketetapan itu.

“Kita mesti rapatkan saf di belakang Anwar, semua sebagai satu suara, dan percaya pada kepimpinannya. Jika kita satu suara, masyarakat akan terima mesej kita,” katanya dalam temubual FMT.

Farhash percaya PKR dan sekutunya dalam PH mempunyai kekuatan secukupnya untuk bertanding PRU15.

Beliau menegaskan sebarang kerjasama lanjut dengan parti pembangkang lain haruslah dikaji secara mendalam dan mestilah mengambil kira pandangan akar umbi.

Sebelum ini, Anwar yang juga presiden PKR menyeru PH berbincang dengan semua parti pembangkang menjelang PRN Johor. Awal bulan ini pula, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata PH sedia membincangkan kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU15.

Bagaimanapun, tak semua parti pembangkang lain mahu Anwar jadi perdana menteri. Presiden Warisan, Shafie Apdal, baru-baru ini berkata rakyat mahu perubahan kepimpinan.

Mahu menang

Dalam pada itu, Farhash berkata PKR mahu melangkah ke PRU15 dengan kemahuan dan keyakinan untuk menang.

“Jangan tawar hati dengan cakap-cakap kononnya kita tidak akan dapat memenangi dua pilihan raya akan datang. Politik boleh berubah bila-bila masa, jangan menyerah kalah,” katanya.

Beliau menepis kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa PH memerlukan sekurang-kurangnya dua pusingan pilihan raya untuk menawan Putrajaya.

Farhash berkata PKR dan PH mesti mendengar denyut nadi akar umbi dan pengundi jika mahu faham sentimen di lapangan, serta meningkatkan peluang mereka menjelang PRU15.

Mengulas mengenai pemilihan PKR tidak lama lagi, Farhash berkata pemilihan itu langkah perlu untuk ‘membersihkan’ parti dan mengisi kekosongan dalam saf kepimpinan selepas Langkah Sheraton pada 2020.

“Pemilihan ini salah satu langkah untuk kami merapatkan saf dan kembali lebih kuat,” katanya.

“Ketika ini ada kekosongan yang ketara. Kami tiada timbalan presiden, banyak naib presiden tidak ada, malah ada kekosongan jawatan di beberapa bahagian.”

Farhash berkata PKR perlu mengisi kekosongan di jawatan-jawatan penting parti agar dapat menghadapi PRU15 dengan sempurna.


(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN ANWAR TERKAIT HARGA BARANG DAN JUGA NILAI RINGGIT